Hari ni nak bincang topik hangat sikit dikalangan para-para ibu semua,yang bapak-bapak sila fahamkan ..aku tak sure kalau ada bapak-bapak yang baca blog aku ni...
Macam ya nak mulakan .. sebenarnya seorang isteri ni mudah aje tanggungjawab nya ,jaga makan pakai suami,jaga maruah suami dan keluarga dan ikut segala suruhan Allah,menghormati kedua ibu-bapa bagi aku Insya-Allah syurga tempatnya..
Tapi kadang-kadang yang sedihnya bila seorang suami tu sendiri mengaibkan isterinya sendirim, contohnya kalau sang suami tu marah isterinya , tolong la jangan marah atau malukan isterinya di depan orang sekeliling,kesian isteri tu,malu dia,yelah walau sebesar manapun kesalahan isteri itu ,kalau nak marah ,marah la di dalam rumah,jangan nak cadang kesalahan isteri di luar, aib isteri tu, malu dia ..orang sekeling akan mengata dan menuduh isteri tu yang salah ,walau pun kadang-kadang isteri tu tak sengaja kan.
Entah la, aku pun hairan la kenapa suami tu sanggup buat macam tu,setahu aku jarang la seorang isteri akan memarahi suami tu depan orang ramai,memang ada jugak segelintir bersikap macam tu, tapi aku rasa tak banyak kot..
Entah .. kadang -kadang suami tu macam nak kena ajar sikit, tapi nak ajar pun tak tahu nak ajar macam mana kan.. entah la..bagi pendapat aku kalau boleh jangan la memalukan isteri tu sebab kang malam-malam kang ko jugak yang nak peluk isteri kau tu kan.. isteri kau jugak yang siap kan makan pakai ko,basuh baju kau,siapkan baju kau..kau sedap-sedap marah marah die ..tak kenang langsung susah payah isteri tu,die jugak la bagi zuriat kat kau kan...
Lagi satu kalau boleh ,kalau nak marah anak-anak tu jangan la keluarkan perkatan yang kesat, aku rasa nanti budak tu akan malu dan self confident dia akan jadi rendah,dan kalau mak ayah tu nak marah ... tolong la ayat tu berlapik sikit sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa tu adalah suatu doa kat anak-anak..
Sedih la,sebab kau seorang yang panas baran ,kau ingat nak marah orang sesuka hati je,tanpa mengira tempat..sedih kan.. Kalau la kau rasa isteri dan anak-anak kau tu bukan yang terbaik untuk kau ,kau cari la orang yang lebih baik dari mereka..mereka pun tak susah dan x sedih sebab kau dah lepaskan mereka..dan kalau kau masih sayangkan lagi mereka cuba untuk berubah. Cuba ubah taraf pemikiran kau tu,cuba ubah taraf sosial kau tu dan ingat kau pun bukan la bagus sangat nak cakap yang kau ni bagus sangat..
Benci la aku dengan orang yang perangai begini... kadang-kadang aku rasa kau orang ni patut diajar supaya hormat orang,supaya tahu kalau kau kena maki tu macam mana pulak.supaya kau tahu dunia kau ni kalau tanpa mereka kau bukan la sesiapa pun.kau nothing.
Ok mood aku memang tengah geram,,kang lagi panjang aku tulis lagi panjang ayat -ayat yang keluar kan..# baik diam je.. #
#mood bengang# ok bye
No comments:
Post a Comment