18 March 2015

Update kali ini

Assalam semua,

dah lama tak update.. entah la gmail ni ada masalah ..

baru ni ade kesempatan untuk update blog..

Aku dah temui hobi baru ...dan dari suka-suka , akhirnya boleh menambahkan pendapatan sampigan aku.. walaupun tidak seberapa tapi ..aku puas hati bila feed back bagus ..seronok sangat .. dan menambahkan lagi semangat nak buat yang lebih baik dan kemas lagi..

Doakan aku dimurahkan rezeki ya.. Insyaallah .. Amin ..





kalau ada yang berminat nak buat tempahan boleh pm saya ya..

Insyaallah harga berpatutan dan memuaskan anda semua..

018-365 9551 -ina 


06 January 2015

Tahun baru 2015

Assalammualaikum,

Dah jarang dah aku berblogging, bukan apa ..sebab kedudukan workstation aku yg betul2 bertentangan dengan bilik boss besar..
Tambahan lagi aku ni banyak nau kerja nak buat ..( atau buat-buat bizi ) hehehe

Pejam celik pejam celik , kita dah melangkah dah ke tahun baru ,cepat je kan..sekarang ni banyak sungguh masa dihabiskan dengan kerja hakiki, anak-anak dan suami ..
Penat pun ada tapi bila fikirkan balik , itu la namanya tugas seorang isteri, nak menjaga rumah, menjaga kebajikan suami dan mengajar anak-anak...

Anak aku yang sulung pun dah masuk 5 tahun, dan tahun ni dia akan start sekolah,sekolah pagi dan sekolah petang..segala urusan utk persekolahan anak tadika ,aku dah settekan awal-awal, tinggal nak daftarkan anak utk sekolah petang pulak, sekolah agama..

Bak kata suami ,dia nak anak-anak sekolah agama..tahu mengaji,sembahyang dan sebagainya... aku pun menurut perintah la.. demi kebaikan anak-anak ku nanti, tapi rasa macam kesian sebab mesti dia kepenatan dan tak ada masa nak bermain-main dengan kawan-kawan..

Takpe ,kita tengok macam mana dulu.. dan second choice kalau tak dapat sekolah agama... aku just nak hantar dia mengaji kat rumah orang yg pandai mengaji.. utk dia dan adiknya..
Maybe sebelah petang sebelum maghrib la kot,sebab malam cikgu tu nak ke masjid pulak katanya..tapi yang ini belum deal lagi..

Dan sempena tahun baru ini , aku ada banyak wishlist yang aku harap dapat laksanakan ..Antaranya :

 Menjadi seorang insan yg patuh agama, taat pada suami dan lebih menyanyangi anak-anak

 Menjalankan bisnes sendiri sambil menjaga anak-anak..

 Berhenti kerja bila bisnes yang ingin diusahakan berjalan lancar atau stabil

 Ingin belajar menjahit

Dan jika , aku diberi kekuatan  utk menjaga anak-anak orang, aku berhasrat nak mengusahakan taska utk kanak-kanak ... sambil-sambil tu boleh menjaga anak-anak sendiri .. Insyaallah .. Ini memang dalam perancangan .. tapi rasanya kena modal besar dan kena ada ilmu utk menjalankan perniagaan macam ni..

Itu je impian aku , tak ada yang lain, disamping jaga suami,jaga rumah dan jaga anak-anak .. aku nak pegang duit jugak.. Harap semua dipermudahkan ..