30 October 2014

Kelebihan vivix


Kelebihan Vivix yang anda perlu tahu :





Penemuan hebat vivix :



PM untuk maklumat lanjut ...


# Arlina Abd Rahim
#018.365.9551

Dinner semalam

Semalam petang suami ada kat rumah,sebab kerja tak ada..dan dia pun macam penat je..
So aku bagitau suami ..stok barang dan barangan anak dah hambis nak habis..
so semalam ke Matahari mall lah kita..
survey pampers dengan susu anak kat sana..tapi harga mahal bagi aku sebab aku boleh dapat pampers dengan susu murah dari harga semalam..

so esk atau hari ni decide nak ke Chekers plak ..
kat sana kadang-kadang harga susu dan pampers murah...
susu aku memang selalu beli stok dalam 6 /7 pek sebulan ..
so kalau beli susu dengan harga yang mahal.. rasa rugi pulak sebab boleh dapat harga susu lebih murah .
tapi kena survey banyak tempat ..macam tesco,99 speedmart, mydin ,matahari mall,cherkers..

semalam hanya beli beras 10kg, pencuci pinggan magkuk, biskut kudap-kudap anak..dan barang keperluan sikit,,itu pun dah nak dekat RM 150.00 kot..
Ini tak termasuk susu dengan pampers..selalu susu kami beli dalam 6/7 pek dan pampers dalam 2 pek sebulan.. pampers utk siang hari dan pampers utk malam hari ..
bertabah la kami suami isteri demi keperluan anak-anak..

Takpe rezeki mereka kita sebagai ibu bapa dah memang tanggungjawab kita dah.. tak boleh nak bising banyak-banyak ..ikut je..
pastu balik pun dah dekat pukul 8 mlm kot,sekali suami dapat panggilan job utk bawa kereta rosak ke Ayer Tawar ,perak.. so suami ke gi outstation malam tadi..tinggalla kami 4 beranak..
Tanya anak-anak nak makan apa..aku kalau suami outstation ,rasa macam malas nak masak yang meriah-meraih ..makan yang simple sudah..

Petang semalam memang dah pesan siap-siap kat suami kalau dia sampai rumah awal, tolong rendam kan ikan siakap dalm frezeer tu, balik je dari shopping la sangat tu..ikan pun dah lembut..dan semalam aku masak ikan siakap stim ..dengan semalam perangatkan balance ikan tongkol masak singgang tu..

Anak-anak memang suka makan ikan tongkol itu,first time aku masak ,so nanti boleh repeat lagi menu ikan tongkol tu..aku masak sebelah je ikan siakap tu sbb nanti membazir plak kan..
so terjadi la menu ikan siakap stim dan nasi putih..sayur bayam macam malas plak nak masak..
maybe arini aku masak la sayur bayam tu pastu goreng sebelah lagi ikan siakap tu ..jadi la menu utk anak-anak..

Stok barang basah pun tak ada dah,kalau suami free maybe petang ini akan ke chekers atau ke pasar malam  tengok keadaan macam mana dulu ..
Since sekarang suami dah bekerja sendiri,banyak jugak la kepayahan dan kelebihan nya ..yelah memang anak-anak suami yang selalu hantarkan..pastu kadang-kadang suami dah ada kat rumah..dan selalu kalau kerja biasa-biasa je paling lambat suami aku balik pun dalam pukul 12.00 malam atau pkl 1 kot..

Biasa la kerja sendiri kan,bertabah je la rutin harian kami dah berubah..takpe demi rezeki kami sekeluarga dan rezeki anak-anak..tapi semalam merasa la suami tak tido di rumah ...cuba terpaksa berkorban sikit la..
tu dari segi kepayahan la.. biase la mesti ada pro dan kontra nya..

Harap perjalanan hidup kami sekeluarga akan bahagian selamanya .. dan akan sentiasa dikelilingi tawa ketawa dari anak-anak.. dan dijauhkan la perkara yang tidak baik dari kami berdua ..Amin..

Nota: ESP & Meal shake shaklee akan berakhir promosi hujung Oktober 2014.PM untuk maklumat lanjut

#Arlina Abd Rahim
#018.365.9551
# ibu dengan cerita mengenai keluarga dan dinner semalam..

Kecurian lagi

Pagi nie dapat msg dari suami ..kawan dia telah kehilangan lori tanker syarikat ..
Khabarnya lari nya telah dicuri..kepala lori dah dicuri tinggal badan je ..
Faham ke tidak maksud aku nie, takpe buat-buat faham ..sudah ya.. >>>

Kesian jugak kat kawan suami aku tu, yelah ..kalau dah lori syarikat hilang ..
macam la dengan pekerjaannya pulak kan..takut kalau-kalau syarikat tak dapat terima alasannya nanti..
takut kalau-kalau boleh dibuang kerja pulak..
Tapi aku harap syarikat dia ada budi bicara la ..jangan nak buang pekerja dengan sewenang -wenang nya ..
Yelah sapa nak kan kejadian ni jadi kat kita..

Tambah-tambah lagi kawan suami aku ni ,baru je menambah cahaya mata ..so ada tanggungan yang kena pikul..
Apa -apa pun harap kawan suami & keluarga tabah dalam menghadapi dugaan hidup ni..
Dugaan yang terpaksa kita tempuh walaupon berat hati ..

Sekarang ni ,banyak sangat kes kecurian kat tempat aku..dengan kes kecurian motor ,kes kecurian kereta dan yang terbaru ni, kes kecurian lori plak ..
Apa la nak jadi kan..manusia-manusia tahu nak dapat kekayaan dengan jalan yang mudah je..

So ini peringatan aku,dan lain-lain jugak..berhati-hati bila nak park kereta lebih-lebih lagi kalau kawasan perumahan tu padat .. so kalau boleh jangan nak parking kereta jauh-jauh..lebih elok parking kereta dekat-dekat dengan rumah dan rumah orang so kita boleh selalu tengok.
Pastu pastikan kunci kereta atau kenderaan elok-elok..
Tak kadang-kadang bila semua hal keselamatan dah dibuat , kadang-kadang tak dapat dielakkan ..tu dah namanya dugaan kita ..
Hanya kepada _nya je kita boleh berserah..


29 October 2014

Semlam nya cerita

Semalam sampai rumah,aku dah plan dah nak masak apa ..

Yang ada dalan freezer tu ikan siakap, dan beberapa keping ikan tongkol.. hari sebelum tu aku dah masak singgang ikan tongkol dan nampaknya anak-anak suka..yelah maybe sebab tak pedas dan sedap kot..
hihi ..biasa emaknya masak ..mau tak nak cakap sedap..

pastu semalam tak ada idea pulak,mula-mula ingat nak masak ikan siakap sambal tapi bila memikirkan cili blend dah habis, nak rendam ikan lagi so akan ambil masa rasanya.. jadi meh la kita masak yang simple-simple je janji perut kenyang.. 

menu semalam ikan tongkal masak singgang & ikan bilis cili api.. ikan bilis tu sebab laki aii tak suka makan singgang tu , dia hanya makan ikan bilis dengan telur dadar dan hitam je...
alamak stok telur dah tak ada.. beras & minyak tinggal separuh je..nak kena beli stok barang dapur ni..

Siap je masak , awal kot senang je pun masak semua tu..rasanya dalam pukul 8 dah siap masak semua..suapkan anak-anak makan.. tapi si kecik ni ..susah sangat nak suapkan makanan..dia nak makan sendiri ..bagi pinggang,sudu,nasi letak kuah singgang tu ..bertambah tau 2 kali dia makan.. suka mak korang ni..

Si kakak dan si abang pun .. makan banyak jugak.. suka sangat walaupon masak simple je.. rasa bahagia je..hari ini tak ada idea lagi nak masak apa..cuma ingat nak masak ikan siakap tu,anak-anak suka makan ikan siakap ..agaknya nak masak kicap kot..tapi laki mak ..rasanya macam tak berapa makan masakan yg berasaskan kicap ni.. 

Pening kepala mak ini,hari-hari nak memikirkan nak masak apa hari-hari,ahi minggu pun mak sibuk jugak nak fikir masak apa..sebab kita jarang sangat-sangat makan luar , cuma kalau makan luar pun hanya makan fast food kot 

Semalam aku dah ambil resepi nak buat doh pizza , rasa macam nak buat tapi .. rasa macam nak try tapi nanti tengok la ,kalau ada aura terajin dalam diri mak ni ... mak nak buat la ..tu la..kalau sempat hujung minggu ni la ..tengok macam mana..bahan-bahan pun tak ada lagi,nak kena top up dulu..

#Semangat emak yang terlebih rajin 

ESP & Meal Shake

Untuk last calling mengenai ESP & Meal Shake..

Bagi sesiapa yang dah pernah cuba minum 2 produk ni ,mesti ternanti-nantikan promosi mereka ni..Dan dengan berbesar hatinya Shaklee buat promosi utk 2 produk ini berdasarkan feed back yang bagus..
Macam aku la tu, bila dah pernah try ESP sekali., aku pun nak beli lagi satu tong.. utk diri sendiri.. badan pun nak kena jaga jugak kan..

Untuk peminat dan pengguna shaklee yang dah pernah cuba dan try ...dan tak lupa juga kepada yang baru ingin mencuba..syabas ada digalakkan ..

Promosi untuk bulan Oktober 2014 ini sahaja tau..dah habis promosi ..harga jadi macam biasa balik ..dan entah bila pulak promosi ini balik ...

ESP (buy 6 free 1) RM 150.00 only
Meal shake ( buy 3 free 1) RM 113.00 only..

Dapatkan sebelum terlambat ... 

#Arlina Abd Rahim
#018.365.9551 

Gaya mak- mak sangat

Sekarang ni , aku perasaan yg aku ni selalu gaya mak-mak sangat..feeling keibuan terlebih kot..
Tapi masalahnya anak-anak takut kalau aku marah.sebab mereka cakap aku ni garang..

Sebenarnya ,aku rasa aku ni tak de la garang mana,cuma kadang-kadang tu biasa la bila badan penat,emosi pun tak stabil ditambah plak dengan karenah anak-anak ,pening kepala mak korang ni oii..

Macam isnin malam tu, aku ada tengok siaran Romantika ,artisnya Eja & suaminya.. dan anak perempuan mereka.. feeling best sangat sebab mereka pergi bercuti ke Hello Kitty kat JB nun.. pastu ada terkesan kat hati aku.. si ayahnya cakap.anak tak minta mereka dilahirkan sebagai zuriat mereka, kita yang sebenarnya menginginkan anak itu menjadi zuriat mereka.. so kalau kita nak marah-marah atau pukul-pukul mereka ,mereka kecil lagi tak faham apa-apa ..

So bila dengar je macam ,aku rasa macam bersalah sangat nak marah-marah anak-anak,dan kadang-kadang bila panas aku sampai ade jugak la terkena tangan ni,Nauzubillah.. jahatnya mak korang ni,bertapa nipisnya iman aku sampai boleh marah budak yang tak berdoa.dan tak matang lagi macam mereka tu.

So start semalam,aku cuba kontrol marah,macam bagi mereka masa utk kemaskan mainan.. pastu kalau tak jalan baru nak start marah, bagi mereka explore menwarna walaupon entah apa-apa janji mereka diam time aku nak masak..pastu siap masak suapkan mereka makanan ..dan jom la join emak korang yang selalu keletihan ni nengok tv...

Kesimpulannya ..rasanya semalam kurang sikit nak marah, sebab mereka khusyuk mewarna ,dan tak ada adegan gaduh-gaduh .. so emak boleh masak dan makan dengan tenang.. lepas kenyang ,rumah pun tak bersepah baru mood nak bermanja dengan anak-anak pun ok je..

Cuma ,aku hanya harapkan supaya aku ni lebih tabah dalam mengajar anak-anak,dan kontrol sikit amarah ..dan tak mau cakap dengan suara tinggi ..nanti anak mengikut..kena la berlemah lembut dan bersopan santun ... 

Kena jugak tambahkan keimanan dalam jiwa supaya bertabah dalam menangani isu  anak-anak ni.. Bila berjauhan dengan mereka terasa kesian plak mereka,terasa rindu pulak dengan mereka..feeling emak-emak lebih la tu..

Lagi satu hari tu time balik kampung ,emak aku nak jaga anak-anak aku semua.. haa sudah..lebih-lebih lagi sebelah rumah aku tu dan buka taska/ tadika lagi la emak aku cakap ,hantar je anak-anak balik kampung,tadika pun sebelah rumah je..yang si kakak ok je.. duk dengan opahnya,tapi kami la laki bini tak sanggup kejauhan .. lagi pun Manjung dengan KL bukan dekat ..kalau rindu boleh main balik je..kurang-kurang perjalanan ambil masa jugak dalam 3 jam..

Pengsan emak ko ,kalau kerinduan nanti ,macam mana..takkan nak balik hari-hari ,kalau macam tu baik aku duduk sana dan berulang ke tempat keje hari-hari.. tapi sanggup ke ..rasanya memang tidak la kot.. hanya angan-angan semata-mata je la ...

Bagi aku ,bila susah senang kami berlima..aku,suami dan anak-anak.. biar la kami jaga mereka walaupon terpaksa dahulu keperluan mereka..kami suami isteri takpe beralah la..dah namanya anakkan tanggungjawab kan , amanah kepada kami untuk jaga..

kakak,abang & baby suha..mummy selalu marah-marah tapi dalam masa yang sama ..mummy tak mau korang bergaduh-gaduh ,cakap tinggikan suara ,kemas barang mainan lepas main dan selalu sikap kasih sayang antara adik-beradik korang.. semoga apa yg mummy marahkan kamu semua ..kamu faham suatu hari nanti ..dan dapat jaga satu sama lain setiap masa..dan belajar rajin-rajin dan menjadi anak yg soleh dan solehah..tu je yg mummy dan daddy harapkan.. mummy tak ada harta lain selain kamu sehaja..

Sedih plak tetiba..biasa memang dah 3 series memang feeling mak-mak lebih..nie..:)

Abaikan dinding yang kusam tu..biasa la dinding bercat pulak,tambah-tambah lagi ada budak yg selalu nak buat art,pantang ada pensil,pen atau kaler warna..dah jadi art rumah aku nie..bertabah je la wahai si ibu..aku la tu ...




28 October 2014

Promo Oktober 2014

Promosi untuk bulan Oktober 2014 ini:

Meal shake shaklee (buy 3 free 1) Retail price RM 113.00 only ..

selalu shaklee hanya akan buat promosi buy 6 free 1 ... so boleh fikir-fikirkan dan penjimatan di situ..


ESP ( buy 6 free 1) Retail price RM 150.00 only 


So nak jimat,nak jadikan stok utk bulan-bulan akan datang, nak share dengan keluarga dan sahabat anda ..sila jangan segan /malu nak PM aii...
Aii sedia membantu ..beri khidmat nasihat,konsultansi dan maklumat mengenai kebaikan produk ..

# Arlina Abd Rahim
#018.365.9551


Budak-budak sekarang ..

Just nak share 2 cents aku la ya..

Pagi tadi sempat la surf fb ..dan salah satu yg terkesan kat hati yelah zaman percintaan antara sepasang couple nie,siap buat video lagi..
pada aku ,kalau nak bercinta zaman sekarang ni,tak ke segan sebab buat video dan video tu dah jadi viral kat fb,macam man tanggapan keluarga,saudara mara dan masyarakat sekeliling.. aduhai..video tu plak dah macam pasangan suami isteri je aku tengok..cium kiss dahi,berpeluk-peluk, dah macam lagak macam pasangan suami isteri la .. amboi dikk non..jangan cinta sangat sampai mati dikk ..banyak lagi benda yg uolls tak tahu akan datang..

Lagipun segan la,couple ini couple melayu dan aku rasa maybe anggaran umur dalam belasan tahun kot dan belum habis sekolah pun aku rasa.. just nk bagitau je la ..adikk mungkin sekarang adik rasa pasangan adik tu la yg love till jannah..tapi tahukah adik kadang-kadang bila kita dah keluar zaman persekolahan,dah alami zaman universiti ,dah alami zaman bekerja tak banyak couple yg adik cintai itu akan kekal ..sebab apa sebab kita dah terbuka minda,terbuka pandangan mata.. so masa tu la kita baru akan kenali zaman bercinta yg betul..

Lagipun adik non .. tak malu ke nak mengaku love till jannah ,sedangkan segala makan ,pakai, mak ayah yang tanggung ..malu dik non..memang sekarang zaman dah berubah manusia semakin berfikiran terbuka,tapi bila adik-adik dah bekerja percaya la adik akan nampak dunia luar yang lebih luas dari sekarang..

Bukan akak nak kondem tapi ,,adik kena tahu adik masih bersekolah.. kesian kat ibu bapa yang tanggung adik utk sekolah ,tapi lain pulak jadinya.. kalau nak berkawan boleh tak salah .tapi adik kena tahu batasnya..dan kena lebih utama pelajaran dari bercinta ini.. utama kan pelajaran sebab zaman sekarang ni masing-masing berlumba utk kejar kejayaan lebih-lebih lagi kaum lain..

so ingat la adik-adik ,berkawan boleh ,tapi ada batasnya jangan sampai berkawan sampai macam suami isteri..bahaya sangat..banyak dugaan dan hasutan syaitan dik ..utamakan pelajaran yg lebih penting..
apa-apa pun kalau terasa ,akak minta maaf,tapi bagi pandangan akak tu la yang akak suarakan..

muasabah untuk akak ,anak-anak akak ,dan masyarakat sekeliling jugak.


24 October 2014

Balik kampung

Petang ini kami sekeluarga akan bertolak ke Perak..
balik kampung ..esok mak aku akan adakan kenduri doa selamat sikit..syukur ..kami diberikan kesempatan utk pulang menjeguk ibu bapa..
dan insyaallah ahad pagi kami akan pulang ke Petaling Jaya semula..

Rasanya kami akan bergerak pagi kot ,sebab nak mengelakkan traffic jem..
yelah masa tu cuti deepavali pun dah tamat..so ada kemungkinan traffic jem rasanya..

Lunch tadi aku dengan rakan sekerja makan kat Ayam Penyet Kelana Jaya..
itu antara kedai makan kami ,sebab sambal ayam penyet nya sedang elok kena dengan tekak kami..
Lagipun harga makanan boleh la reasonable ,nak kata mahal tak jugak ,nak kata murah pun tak jugak..sedang-sedang elok je..

Kat luar ofis ni ,cuaca mendung sikit ..
aku rasa mesti tak lama lagi hujan akan turun..
tu la memang nak minta balik awal sikit hari ini ..sebab nak mengemas dulu kain baju utk balik kampung ..

dan malas nak gerak balik kampung lewat malam ,sebab takut nanti kami kengantukkan ..
Apa-apa pun selama menjalani kehidupan seharian dan selamat bercuti hujung minggu ..
Dan kepada family members di kampung ..nanti kami sekeluarga akan sampai malam ni ya..
Juga tak ketinggalan kepada rakan taulan yg beragama Hindu selamat menyambut Hari Deepavali ..

Ok bye..muahhhh ..

23 October 2014

Rus Amani Natasha

Dah berumur 4 tahun dah ..anak sulung saya ni.
Pejam celik pejam celik ..sekejap je masa berlalu..
dari hanya berbaring je,berbalut dan hanya pandai meminum susu ..sekarang dah jadi anak dara dah si kakak ni..

Dah pandai minta macam-macam ,, paling utama dah pandai minta semua yang berasaskan frozen ..
dah pakai membuang sendiri ke tandas, dah pandai sikat rambut sendiri,dah pandai makan sendiri,basuh pinggan makan dan macam-macam lagi..

Rajin dan baik hati bila kita minta tolong.
tapi kadang-kadang nya merungut jugak bila asyik kita minta tolong..
semalam lepas balik dari pasar malam..kepala macam pening sedikit..
maybe sebab terkena air hujan kot..

lepas je makan, aku mandikan anak-anak sebab comot sangat lepas makan,dan supaya penawar bila terkena air hujan..
pastu aku buat susu mereka..baring kat sofa sekejap..
pastu aku minta tolong si kakak picitkan kepala dan dia lepas tu urutkan kaki aku..
memang boleh diharapkan sangat kakak ni..

Apa-apa pun syukur aku diberikan kesihatan yang sempurna dalam menjalankan amanah dari Allah..
syukur anak-anak sihat sejahtera dan mendengar kata-kata..
Cepat sungguh masa berlalu ..dan tahun depan anak aku sudah nak melangkah ke alam persekolahan dah..

Tak sabar nak rasa macam mana perasaan ibu bapa yg lain dalam menghantar anak-anak ke sekolah.
Semoga kakak menjadi seorg anak yg baik,beriman ,mendengar kata-kata ibu bapa,menjadi anak yg solehah..dan pandai ilmu duaniawi dan akhirat..

Mummy,daddy ,abang dan adik sayang kakak ketat-ketat sangat..



Rus Amani Natasha anak yang ku kasihi ..-cita-citaku,ketenanganku,keinginan,dan 
kesejahteraanku ..

Ingin produk shaklee ..hubungi ku..

#Arlina Abd Rahim
#018.365.9551
#shaklee taman medan, pj 

Perluang perkerjaan di gomen .. Majlis Perbandaran Petaling Jaya

Dapat sms dari suami ..
MBPJ ada bukak beberapa jawatan kosong untuk diisi..
Mana la tahu rezeki korang dan anak-anak..

Aku pun tak ketinggalan jugak nak apply jawatan kosong di MBPJ
Siapkan resume, dan hantar permohonan anda ke mbpj..
kalau ada rezeki ..Al-hamdullilah..

Cara pembayaran adalah RM 2 utk setiap permohonan jawatan kosong..
Sila terjah ke website Mbpj tu ..
Sila terjah link ini  http://www.mbpj.gov.my/

Cepat sebelum tarikh tutup ..
Semoga berjaya uolss..
kalau uolss dapat ..ai is happy ..
rezeki masing-masing ..kita tak tahu kan ..

Btw : sebelum terlambat ..
Promosi ESP & Meal shake shaklee hanya tinggal 8 hari je lagi.. rugi tau kalau tak grab nak membeli produk yang terlah terbukti keberkesanannya..

ESP ( BUY 6 free 1) Retail price : RM 121.00
Meal Shake ( BUY 3 free 1) Retail price : RM 113.00

muah....

#Arlina Abd Rahim
#018.365.9551
#shaklee taman medan, pj 

Perginya kita tak kan kembali

Semalam.. petang aku ,suami dan anak -anak membuat lawatan kunjungan ke rumah mak mertua..
Ala dekat je dengan rumah .tak sampai 10 km pun..
Just jumpa mereka dan bertanya khabar mereka..

Pastu lepas maghrib kami balik ..cadang nak ke pasar malam..
tapi elok je turun dari blok rumah mak mertua .. hujan renyai-renyai ..
kami redah je ,sebab takut nanti hujan lagi lebat..
plus suami dapat panggilan dari member dia ,member dia nak jumpa..

pastu terusla kami ke pasar malam ..beli bihun sup,soto,mee ..semua yg berasaskan sup ..
sebab time sejuk-sejuk ni ,memang sedap sangat hirup kuah sup..tambahan pulak anak-anak aku memang pengemar sup..

Sambil je rumah ,tengok ada sebuah ambulans bersiren,tengah parking tengah-tengah jalan..
mesti ada orang yang sakit ni..kesian ..
pastu dengar-dengar cerita plak jiran yg sakit di tingkat 10, katil troli ditinggalkan dibawah..
agaknya sebab lift kecik ,katil troli tak muat..

Pastu tengah sedap-sedap makan,,
suami bagitau orang yang sakit tu dah meningal di rumah nya..di tingkat 10..
tak sempat nak dibawa ke hospital..
Innallilah ..

Cepat dan lambat kematian tu tak menunggu kita..
entah bila kita akan pergi pun kita tak tahu..
Macam aku ,aku ke tempat kerja menunggang motorsikal,
memang bahaya ,tambah-tambah lagi aku ni perempuan..
lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan..lagi la jalan licin,mata tak nampak..dan berisiko..

Dalam hati ..aku sentiasa berdoa ,supaya dilindungi Allah..
sentiasa berharap perjalanan pergi balik aku selamat..
sentiasa di dalam hati memikirkan hal anak-anak ,dan suami..

Sekiranya aku kemalangan atau pergi dulu..
kesian siapa yang nak menjaga keluarga kecil aku tu nanti..
aku sentiasa berwaspada ,walaupon kadang-kadang walupon kita berhati-hati ..pun boleh kena jugak..

so dalam hati dalam fikiran.. sentiasa berdoa dan bertawakal pada Allah
agar aku dilindungi dari mengalami kemalangan ..
sentiasa memulakan perjalanan dengan ucapan Bismillah..
supaya perjalanan aku dilindungi oleh Allah..

Tu la kita,bila kematian dah menjemput..sesiapa pun tak dapat menghalangnya..
Cuma kita hanya dapat berharap ..orang yang disekeliling kita dapat meneruskan kehidupan dan menjaga amanah dari Allah dengan sebaik-baiknya..

Kepada suami ku yang tersayang ..andai isteri pergi dulu dari mu ..tolong jaga anak-anak tersayang sebaik-baiknya seperti awak menjaga diri awak tu..
tolong ajarkan mereka agama,dan ilmu duaniawi supaya mereka dapat membina masa depan mereka..
supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sebaik-baiknya..
jaga la mereka sebaik-baiknya supaya mereka tidak merasai akan kehilangan saya..

walaupon saya pergi dulu..
saya tetap menyanyangi kamu semua seperti mana saya menyanyangi diri saya sendiri..

Dan kepada jiran aku di tingkat 10 tu..Arwah Cik Ju..
salam takziah dari aku dan keluarga,tabah kan lah hati dan hidup kita perlu diteruskan ..
sedekahkan lah Al-fatihah sebanyak mana yang boleh ..

Al-fatihah ....
Amin....

21 October 2014

Macam-macam cerita

Sebenarnya banyak perkara nak cerita kat blog ni.
Blog ini dah macam diari aku setiap masa..dan juga kadang-kadang tempat meluahkan perasaan.
Yelah kadang-kadang meluahkan perasaan kat laki tapi entah dengar ke tidak pun tak tahu la..

Ahad petang minggu lepas aku dapat berita kawan suami aku accident ,,
yang accident kat highway karak tu..
itu antara salah seorang kawan suami ..
Aku baru je jumpa mereka Sabtu tu ,, tiba-tiba dengar berita dan tengok wassaps mereka kemalangan ..
Innalillah ..takziah kepada keluarga mereka ..

Dan sekarang tengah hot sangat isu mengenai anjing ..
bagi aku yang tak berapa dalam ilmu ni,anjing tu haram ..
walau macam mana pun ..tapi tu lah mereka ni tak faham.
memang kadang-kadang kita tengok anjing belaan /peliharaan mereka comel sangat-sangat sampai rasa macam nak pegang tapi berbalik pada larangan agama..walau macam mana pun anjing itu haram..

dan sekarang juga banyak sangat isu / kes pembuangan bayi ..
alahai kesiannya ..dan yang terbaru kes pembuangan bayi di seksyen 7 ,shah alam..
aku suspek tu antara kalangan student-student uitm ..

tapi bagi aku jangan la dibuang bayi tu,mereka tak bersalah apa-apa pun..
yang melakukan kesalahan mak ayah mereka..
nasib baik bayi itu masih elok dan tak jadi apa-apa..
kesian..adik ,berubah la.. jangan buat tindakan yang melulu..yelah aku rasa mereka mesti panik terlampau.

Jangan risau kita ada badan yang boleh diguna pakai so kita boleh berbincang dengan keluarga dan mereka yang bertanggungjawab..
tapi bertaubatla .adik -adik ..lain kali jangan buat lagi ..


Meal shake dari shaklee

Ini pengalaman aku sendiri tentang anak-anak pintar ku..

Aku ada 3 orang anak-anak kecil, yang paling kecil baru berumur 4 tahun ..si abang berumur 3 tahun dan si adik berumur 1 tahun lebih..

Si kakak ok je, pemakanan dan so far tak ada masalah la dalam pemakanan dan pembuangan seharian ...
Cuma yang bermasalah adalah si abang & si adik..

Si abang selalu sangat susah nak makan nasi, tapi alhamdullilah sekarang ni walaupon masih susah nak makan tapi mereka still makan nasi bila disuap..dan semalam mereka seronak sangat nak makan soto ..
budak-budak memang suka makan sup kan..

Manakala si adik memang ada masalah mengenai pembuangan air besar semasa kecik..
walaupon sekarang masalah pembuangan air besar dah settle..tapi ada juga masalah sembelit tu datang ..
kalau dia kurang minum air atau kurang makan sayur-sayur atau buah-buahan..

Apa tindakan yang aku ambil cuba cari penyelesaian utk anak-anak aku ..antara yg aku ambil adalah supliment utk anak-anak ..iaitu meal shake..
untuk yg belum tahu meal shake ini elok utk kanak-kanak yg sedang meningkat pembesarannya..

ini antara kelebihan meal shake yang anda perlu tahu ...



20 October 2014

Kisah di hari Sabtu

Ini hari Sabtu punya cerita ..
Sabtu tu ade kenduri majlis perkahwinan di blok aku..
so sebagai warga blok yang prihatin suami aku tolongla majlis merewang majlis tu.

Aku tak attend utk merewang sebab kena jaga 3 org ank yang baik dan lasak tu..
Aku hanya datang utk makan je malam tu..
hehe..ikutkan tak nak datang sebab yelah kang susah plak nak handle anak-anak kecel ini.

Tapi since suami cakap ok boleh bawa budak-budak turun ..aku ok kan jelah..
anak-anak dah makan sebenarnya tapi bila turun kenduri tu mereka still nak makan..

Habis makan aku macam dah tak boleh nak handle budak-budak dah..
Sorang nak ke ayahnya je, so asyik sangat nak main batu-batu kecil dan si kakak nya asyik la nak mengulang minum air..stress amaknya ..

jalan penyelesaian yg terbaik,dah kenyang,jom la kita makan..
masuk je rumah ..ajak anak-anak layan kartun..
hahaha.. pastu dalam pukul 11.00 ,call suami tanya balik bila..

suami bagitau dia lambat lagi kot sebab masih tengah memasak daging utk menu esoknya
Ok la suami ku..kami nak beradu dulu..
Dan aku pun tak tahu bila suami balik,sedar-sedar suami dah ada dalam bilik dah tidur sebelah si kakak..


17 October 2014

Kenapa jatuh cinta dengan ESP

Aku memang sangat jatuh cinta dengan ESP ni..memang kalau boleh aku rekemon kan ESP je memanjang ..
Ada orang cakap ESP mahal ,tapi bagi aku mahal tapi berbaloi ..kenapa kan kita nak kedekut utk membelanjakan sesuatu bila dah tahu akan kelebihannya..

Aku memang selalu dengar ESP , tapi belum pernah try cuba ..dan bila aku dah cuba memang aku sangat jatuh cinta dengan ESP ni,patut la ada orang cakap bila dah kenal dan tahu ESP ..kita pasti beli lagi ESP ni..

Aku try ESP ini masa menyusu kan anak ke- 3 ...nak memang sangat jatuh cinta la..
Hari-hari bancuh esp dengan milo pastu kena plak kan dengan bihun ke,mee goreng ke apa ke.. so memang layan la..

Aku minum ESP sebab aku nak memekatkan susu badan kepada anak-anak..so bila dah susu pekat so anak akan cepat kenyang.. bila dah anak dah kenyang ,so senang la nak nak buat stok untuk anak-anak..
Untuk menjayakan penyusuan ini memang bukan senang sebab yelah kita dah penat bekerja ..nak penat nak melayan anak-anak pulak.. aku bukan nak merungut tapi memang sebagai fitrah ibu dia akan lebih consent dengan anak-anak..

Utk menjayakan penyusuan ini suplly dan demand perlu ada..walaupon aku bekerja aku memang pam di ofis sekurang-kurangnya 2 kali sehari ..dan aku rasa itu pun dah sikit kan ..ada orang sampai 5 kali sehari.. syabas aku suka sangat macam tu ..dan aku banyakkan minum air ,makan makanan yg boleh menambahkan susu badan dan makan makan yang berkhasit..

Aku harap aku dapat menjayakan penyusuan selama 2 tahun kepada si adik ni dan kalau boleh nak continue lagi ...Antara supliment shaklee yang aku rasa memang berkesan sepanjang penyusuan ini :




Macam Alfalfa complex ini ade juga aku skip tapi ESP memang aku suka sangat ..banyak sangat kelebihannya:

Antara kelebihan ESP :

- utk kecantikkan kulit,wajah 
- untuk kelangsingan badan
-utk kesihatan badan
-utk kesuburan
- utk kehamilan 
- utk penyusuan..

Banyak kan kelebihannya yang aku belum ceritakan..kalau nak tahu boleh pm aii ya :

# Arlina Abd Rahim
#018.365.9551

Energizing Soy Protein Poster

Saje nak share dengan uolls pasal poster Energizing Soy Protein 

Aku ni memang suka sangat edit-edit ni ..tu lah bila dah pandai sikit ni.. lagi la aku suka buat edit poster..

Antara poster yang aku dah try & error utk poster macam ni..




Poster ESP version 1




Poster ESP version 2 


#Arlina Abd Rahim
#1108040
#018.365.9551
#shaklee taman medan, pj 

15 October 2014

Promosi ESP


Promosi ESP untuk Oktober 2014


Jom grab selagi masih ada..

buy 6 free 1 ..
nak 1 tong boleh 
2 tong boleh ..
3 tong boleh ..
6 tong sekaligus pun boleh ...






#ArlinaAbdRahim
#018.365.9551
#1108040
#shakleetamanmedan,pj



Testimoni Energizing Soy Protein


Testimoni dari pengguna yang telah mencuba ESP :


#ArlinaAbdRahim
#018.365.9551
#1108040
#shakleetamanmedan,pj

TQ

Keluhan Hati

Pagi macam biase semasa suami aku hantar anak ke rumah pengasuh ..
Kakak bagitau dia tak nak ke rumah mama mereka, dia nak ke rumah opahnya..
Opahnya itu pun pengasuh juga dan pernah mengasuh selama 1 bulan je sementara mama mereka masuk hospital..

Bila anak dah cakap macam , hati emak ni ...dah rasa berbelah bagi dan tak sedap hati ...
Aihh..kenapa plak anak tiba-tiba tak nak duk umah pengasuhnya ,dan apa yang terjadi masa aku bekerja kan.

Dah fikir petang nanti nak pergi jumpa opahnya ,sanggup tak nak jaga kakak dulu ..aku dengan suami sebenarnya memang bercadang nak hantar kakak nya ke rumah opahnya tahun depan, tapi sebab anak dah cakap macam ni terpaksa la fikirkan macam mana..

Yelah ,kadang-kadang aku confuse anak aku ni cakap betul ke tidak..
tapi ada orang cakap selalunya budak-budak cakap betul dan tak pandai menipu..yelah mana la nak tahu kan mungkin kakak ni mengada-ngada kot, sebab ayahnya dah bekerja sendiri...

Tu la jugak antara push factor kenapa aku nak sangat behenti keje, salah satu sebab nya adalah sebab anak-anak ..rasa lebih baik jaga sendiri daripada menghantar ke rumah pengasuhnya...
dah antara push factor nak time freedom dan nak menjana pendapatan lebih dari sekarang..

Kalau uolls nak peluang yg macam aku cakapkan tu..
Kalau berminat boleh join aku dengan group team shaklee .. 
Boleh menjana pendapatan,time freedom dan boleh menjaga anak tanpa mengharapkan orang lain..

Pm  untuk maklumat lanjut ..

#ArlinaAbdRahim
#1108040
#018.365.9551
#shakleetamanmedan,pj



13 October 2014

Set kehamilan shaklee..

Ini antara set kehamilan yang menjadi kemestian bagi ibu-ibu mengandung..
Bagi para suami yang menjaga kesihatan isteri,dan anak di dalam kandungan boleh mencubanya.
tak semestinya perlu membeli barangan shaklee by set,nak beli satu-satu pun boleh.
pilihan ditangan anda..
yang penting kesihatan diutamakan ..
semoga dipermudahkan tempuh mengandung dengan keizinan dari-NYA



#Arlina Abd Rahim
#018.365.9551
#shaklee taman medan, pj
#1108040

Terima Kasih ...:)

Cerita semalam

Semalam aku dengan anak-anak tak kemana..just duduk rumah aje sambil melayan tv
sambil melayan karenah anak-anak ..
biasa lah mak-mak memang feeling macam ni la kan..

Ok .. malam sabtu tu aku dengan anak-anak aje kat rumah ..
suami ada kerja plak ... 
biase suami aku bawa towing ..so bila ade kereta breakdown ,kereta accident .. memang suami aku sibuk la..

hari tu ,aku ade cerita dekat bbysitter aku yang rumah yg sekarang aku sewa ini,rumah rumah nak jual ..
masa tuan rumah tu bagitau ,harga rumah ..bagi aku harga begitu mahal ..dan bila minta nego .tuan rumah memang tak nak kurangkan ..so bagi kami yang mencari rumah mengikut kemampuan ..kami rasa belum mampu lagi la.. maybe kena kumpul duit utk deposit rumah dulu ..

masa bbysitter ckp rumah ni bakal dibeli oleh adik dia,dalam hati aku cakap sampai hati dia buat kami macam ni.dalam diam ..dia bagitau keluarganya..
takpe la rumah ni bukan rezeki kami nak membelinya lagi..

tapi lambat laun kami kena berpindah la ,utk mencari rumah utk disewa disekitar taman medan,pj ni..
sekarang kalau nak menyewa dirumah ni,rumah ni memang susah nak dapat..nak membeli rumah pun bukan senang..biasa la yg penting deposit rumah perlu ada..

so aku ada bagitau suami mengenai hal ini,, kalau ikutkan memang sedih jugak la kan.. dan ada jugak bagitau anak-anak,walaupon mereka kecil,tapi mereka dah faham akan situasi nya nanti..
bermula hujung bulan ini dan bulan berikutnya ..kami kena fikirkan utk mencari rumah lain utk disewa..
dan niat utk membeli rumah pada tahun depan akan jadi niat yang paling teratas ..

buat masa ini nama aku telah digunapakai utk rumah di shah alam.
sebenarnya rumah di shah alam ..adalah rumah keluarga aku ..
rumah tu bakal diduduki oleh adik aku yang bongsu.. adik aku akan beli rumah tu..jadi bila semua urusan pembelian dah clear ..baru nama aku akan clear..tapi yelah urusan ini akan ambil masa yang lama jugak kot.

berdoa ajela niat nak mencari rumah baru,dengan kawasan yg lebih baik akan termakbul utk bulan berikutnya.
memang kami ada niat nak membeli rumah,tapi kami nak kumpul dulu modal utk deposit rumah..
sebab kalau boleh kami tak nak usik .duit kwsp kami tu.
dan aku pulak menunggu supaya nama aku clear ,so aku dengan suami boleh submit bersama utk pembelian rumah ...

perancangan utk memulakan perniagaan pada tahun depan pun akan dijalankan bila tiba masa yang sesuai dan bila modal permulaan dah ada..
harap semua perjalanan urusan akan berjalan dengan lancar.
yelah kadang-kadang bila kita terlalu memikirkan apa cakap orang sekeliling ..rasanya tak jalan nanti kan.
just buat aje.. rezeki datang dari-Nya 

Ulasan cerita seram Mek Nak

Kalau perasaan..tiap-tiap malam minggu sabtu mesti ada tayangkan cerita seram
kalau tak salah aku saluran astro citra / atau astro mustika kot..

Sabtu hari tu ..cerita Mek Nak dari thailand..
Based on true story katanya..

sebenarnya aku pernah tengok cerita ini masa kecil-kecil dulu tapi macam version lain ..
sebab hero dan heroinnya orang lain..Ini aku rasa version terbaru sikit la..dan terdapat olahan cerita dari version asal..

So nak jadikan cerita sebab aku memang penakut sikit dalam bab-bab cerita hantu..tapi still nak tengok jugak..so aku record siap-siap ,pastu esoknya tengah hari ..baru layan cerita ini..kalau tengok siang hari..takutnya kurang la sikit kan..

Bagi aku cerita ni okay ..cerita ini berpunca dari pasangan suami isteri yang samgat loving ini..
Mek adalah seorang laki yang kerja kampung dan dapat panggilan khidmat negara oleh kerajaan Thailand..
Nak pun ..seorang gadis yang cantik ,jadi kegilaan laki-laki di kampung ,tapi Nak ni memilih Mek sebagai suaminya..

Suaminya terpaksa berkhidmat di Bangkok selama setahun..dan Nak ini disahkan mengandung sebelum suaminya meninggalkan kampung...Selama setahun ..kandungan Nak ni membesar dan bila tiba tarikh utk melahirkan anaknya..Nak ini ditakdirkan mati semasa melahirkan anaknya...anaknya juga pun tak dapat diselamatkan..

Semasa zaman remaja Nak ini digilai oleh seorang pemuna yg bernama Pleung ..pleung ini jatuh cinta kat Nak ini dan berniat nak membalas dendam..semasa nak ini dikebumikan kan Pleung dan rakan-rakannya memanggil seorang bomoh ..utk membangkitkan Nak ..nak syarat bomoh tersebut ..kena potong jari manis bayi utk menjalankan upacara penyembahan..

Tapi upacara penyembahan tu makan tak jadikot ..sebab roh Nak tu marah ..dan bomoh tu kena bunuh akhirnya..Sesiapa yang menganggu Nak akan dibunuh dengan kejam..Selepas setahun suaminya berkhidmat kat Bangkok tu,suaminya pun balik.. masa suaminya balik kerumah mereka..nak tu tak ada..yelah kan ..hantu waktu malam jelah keluarkan.. 

Mek tu tunggu nak sampai malam..dan malam tu Mek tu suruh nak masakkan makanan sebab kelaparan..dan Mek tu nak tengok anak mereka tapi Nak bagitau ..anaknya sedang tido .. Mek tu bagitau nak dia rindukan masakan isterinya.. 

Tapi Mek ternampak bayangan isterinya & anaknya macam hantu..Mek ni sedapkan hati yg mungkin perasaan dia aje .. masa Nak siapkan makan malam tu..tiba-tiba Mek tu ternampak tangan isteri panjang macam hantu..

bila dah selesai makan malam semua .mereka pun tertido ,masa tertido tu Mek tu tak boleh lelapkan masa sebab ternampak bayangan hantu di dalam rumah..yg bagi aku seram jugak la sebab ..masa mek dengan nak nak bersama tu ..sedang elok mereka nak berkiss tu ,mek tu nampak isterinya berubah menjadi hantu..

pastu mek rasa takut dan cepat-cepat bagi alasan nak buang air..pada hal ..mek larikan diri kerumah ketua kampung..esoknya upacara bomoh dijalankan utk mengusir roh Nak yang tak tenteram tu.. dan Nak bagitau kenapa dia buat macam tu sebab dia terlalu sayangkan Mek dan anaknya..

Mek pastu janji dia akan hanya mencitai Nak sahaja..dan akan jadi sami supaya dia tak berkahwin dengan mana-mana perempuan..dan hayat mereka akan berjumpa di syurga kelak.

Kisah sedih bagi aku sebab macam mana pasangan yg loving ni terpaksa meninggalkan salah seorang yg disayang..dan hasad dengki org yg menjadikan roh mereka diganggu..

moral story ini sayangila pasangan anda masing -masing ..dan berhidupla dengan kasih sayang..


10 October 2014

Semalam Punya cerita

Semalam Khamis kan..
sebenarnya tak ada cerita pun..

semalam aku balik kerja letih sangat,entah la sekarang ni badan asyik letih je,tak tahu kenapa..
semalam singgah ke Sunway Pyaramid, ada urusan sikit.. balik kerja terus shoot kat sana..tak sedar dah nak hampir ke pukul 7 baru keluar dari mall tu..

pastu sampai rumah dah penat,tak tahu nak masak apa..
nasib baik la balance kuah kari masa raya hari hari tu, perangatkan aje.
pastu aku masak ayam sweet & sour dan beli sikit ayam grill kat jusco tu..

ayam grill tu aku ingat nak buat tambah-tambah lauk sekali anak makan habis.. takpe la makan la
daripada membazir buang kan..
pastu settle suamkan meraka makan,mandi kejap dan makan..

siap-siap nak masuk tido dah..
badan memang tak larat.
rasa macam heret kaki je bila buat kerja rumah tu
kaki pun dah sebakul tak lipat..
hish ... makin penat rasa ,kerja ni.
ke atau badan memang tak sihat..

ok la tu je nak bebel.
tak ada idea la sekarang ni..
teringin nak buat facial tapi bila fikirkan susah tak ada org nak jaga & kemungkinan bayaran adalah mahal .batalkan la niat dulu..
utamakan mana yang penting dulu ..


Set Allergik, eczema & resdung from shaklee

Salam..
nak kongsi set allergik,aczema & resdung from shaklee..

set ini baik utk masalah seperti di atas.
ingin mencuba.. sila jangan malu-malu nak pm aii ya.

free konsultansi dan free info utk kebaikan anda semua..
untuk maklumat lanjut boleh pm ..

#Arlina Abd Rahim
# 018.365.9551
#1108040
# shaklee taman medan ,pj



Set ini terdiri daripada:

B-complex  yang mengandungi 120 kapsul
Vita - E complex  yang mengandungi 120 kapsul 
Vita- C yang mengandungi 180 kapsul 



09 October 2014

Energizing Soy Protein

Promosi sehingga Oktober 2014

Dapatkan sebelum promosi berakhir ..




Jom cuba minum, dah cuba pasti nak lagi ..dan lagi ..




Lumrah berniaga

Ramai orang cakap customer always right..
ye memang aku akui customer always right.
tapi kadang-kadang itu ..rasa tercabar je orang yang berniaga nie.
yelah ..lumrah orang berniaga..

sejak aku ceburkan diri dalam bisnes shaklee..
walaupon cabaran sikit,tapi aku still rasai lumrah berniaga ..
kadang ok je layan customer.tapi kadang rasa sedih je..
macam-macam perangai yang kena hadap..

first customer aku ..ok je
dia pm aku mengenai set menyusu shaklee..dan aku bagitau kebaikan produk shaklee
dan harga yang bersesuain dengan budget..so dia on je..

tapi customer yang kedua plak..pm tanya mengenai produk 
kebaikan produk,dan bila aku dah bagitau semua kebaikan,kelebihan dan harga ..dia janji nak bank in .
tapi still tak bank in dan bagitau apa-apa..
bagi aku terpulang la kalau nak cancel..tapi at least bagitau jangan senyap je..
pastu esoknya customer ini terus block aku dalam fb ..entah la..

customer aku baru-baru ini pulak..
tanya aku mengenai set kurus badan..
aku bagi flyers dan terangkan apa set yang bersesuain dengan budget dia..yelah kang bagitau produk yg mahal..budget tak mencukupi plak ..
tapi yang sedihnya aku hanya bercakap dihadapan pintu umah yang bergrill.
so nak explain produk itu dengan lebih lanjut memang limited la..

takpe la aku anggap kalau ada rezeki aku ..
adelah.. susah nak mengharapkan sangat ni..
biar pun kawan baik sendiri pun.kalau tak berminat dengan produk shaklee itu ..
bagitau ..aku sekadar bercerita tentang produk,kebaikan dan harga yang bersesuaian dengan budget mereka je..ye aku tahu kalau kita sebagai pelanggan memang nak murah je,tapi tahukah mereka kita sebagai peniaga ni mengeluarkan belanja terlebih dahulu nak jual barang tu..sapa yang berniaga tak nak untung kan.
setiap yang berniaga mesti nak untung, kalau nak rugi ..baik tak payah berniaga..

entah la .hidup di dunia ni banyak pancaroba..
berniaga pun banyak asam garamnya..

redho,tawakal dan usaha je selagi mampu 
rezeki dari-NYA, jika dia berkehendakkan rezeki kepada kita..
adalah rezeki kita..

#promosi shaklee untuk ESP & Meal Shake sampai hujung bulan Oktober 2014 ni
sila pm untuk maklumat lebih lanjut ..harga bagi aku berbaloi dengan kualiti produk tersebut..

#ArlinaAbdRahim
#018.365.9551
#1108040
#shakleetamanmedanpj

08 October 2014

Rapuh -Opick


Rapuh...

Untuk mu yang aku cintai ...




Meal shake ..calling for meal shake ...

kemain lagi kan tajuk ..
kelassss tak uolss.. sila cakap kelas ye..
hee..

kemain lagi edit dan buat poster meal shake..
sebelum dah ada tutorial tapi sebab try buat tak jadi ..so terbuku je la

tapi hari ni kemain lagi semangat nak belajar buat tutorial poster..
ini la jadi nya
sebenarnya tangan aku tak berapa nak ade seni sangat..
boleh la untuk permulaan ..

jom tengok, boleh komen .. 
dan akan diperbaiki untuk masa yang akan datang ..
naik gila plak nak buat poster utk produk lain
teruja makk ... 


hasil air tangan yg pertama ..
kaku je ..biase la first time buat...



hasil dari air tangan kedua ..
boleh la.tapi ehh ..nape tak sampai tepi image nie.
hishh.. tersilap plak 


ok tak uolsss semua.
saya baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

Promosi shaklee Oktober 2014:

ESP ( buy 6 free 1) retail price : RM 150.00 only 
Meal Shkae ( buy 3 free 1) retail price : RM 113.00 only 

cuba sebelum terlambat  !!!!

#Arlina Abd Rahim
#1108040
#shakleetamanmedanpj
#018.365.9551