26 September 2014

Hospital kerajaan dan hospital swasta

Tergerak hati nak cerita pasal hospital kerajaan dan hospital swasta..

sebenarnya kalau ikutkan pengalaman aku lebih kepada hospital kerajaan... cuma ade sekali je hospital yg semi goverment..
masa  aku bersalin anak pertama sampai la ke anak ketiga ni.aku bersalin dihospital kerajaan.dan montly check up sepanjang mengandung je di klinik kerajaan.

aku banyak dengar komen dari orang yg cakap hospital kerajaan ni service lambat, tapi yelah macam mana tak lambat kan sebab hospital kerajaan percuma dan bayaran murah.. of kos la ramai orang..
tapi kalau nak nombor giliran awal digalakkan datang la awal.so bila datang awal no giliran pun cepat ...

sebenarnya utk pertama kali check up mengandung atau pertama kali kita memang blur sikit, yelah mana nak tahu kan.tak pernah datang tapi tulah kadang-kadang nurse tu kerek je ..cakap pun macam tak berlemah lembut... cuba la ubah sikit cakap tu walaupon masa tu tengah marah ke ,stress ke...

tapi overall aku ratekan hospital kerajaan ni dalam 80 % kot.. yelah aku bernasib baik semasa bersalinkan anak pertama ..hospital tak ramai orang ..so layanan pun masih ok.. dan hospital tak sesak.. nak masuk wad pun mudah je sebab ade kekosangan...

dari segi pembayaran aku memang rasa hospital kerajaam amat murah dan doktor-doktor prihatin akan masalah kita.macam hospital sungai buloh.. kebanyakkan doktor terlatih dan mempunyai doktor pakar utk bahagian tertentu.. staff nurse pun baik-baik belaka ..sampai aku nak bangun ke toilet dan pakai pad pun mereka pakaiankan...

kalau kita tak larat nak bangun boleh minta staff mereka bantu... segalanya la...

macam hospital swasta pun bagi aku ok jugak cuma ..kadang-kadang bagi org yg sederhana macam aku ni tak mampu akan bayaran kos hospital .. sampai beribu-ribu ...
tapi dari segi perubatan,doktor dan nurse jugak baik ..yelah sebab kita yg bayar perkhidmatan tu kan.so kita deserve utk dapatkan perkhidmatan yang terbaik...

part bab bayaran tu yg terbeliyak mata nak tengok.. tapi kalau ade insurans takpe ..tak perlu risau.. semua ditanggung beres..

tapi kesimpulannya bagi aku pilihan ditangan anda.. nak servis cepat anda boleh ke hospital swasta .. tapi ada jugak klinik swasta yg lambat sebab banyak sangat patient

tapi kalau nk jimat dari segi pembayaran kos perubatan boleh la ke hospital kerajaan, cuma anda kena la bersabar sikit sebab hospital kerajaan banyak sangat patient so terpaksa tunggu lama..


free time

banyak sangat masa free sekarang sejak bos outstation nie..
hehehe..

ok .. macam ya nak cerita..me ada banyak hobi sebenarnya...
me suka sangat makan,dan tengok makanan yg sedap-sedap..
kadang me cuba kat rumah tapi sadis ..hanya me dengan anak-anak je suka ..suami tak suka sedap kadang tak kena dengan tekak nya..

me juga suka je buat kek,tapi disebabkan me tak ada oven me tak boleh la buat..tapi sejak dah pinjam oven dari jiran ..heheh boleh membaking yg simple-simple je..
me juga teringin nak menjahit tapi masalah me memang tak ada skill menjahit ..lagi pun mesin jahit pun tak ada..macam mana nak jahit kan.. so macam dah tekad la nak beli mini mesin jahit..hehehe..
sebab me nak tukar langsir baru tp nak upah jahit langsir mahal ..so sebab tu nak belajar menjahit...yg simple-simple je

me juga suka tengok susun atur rumah ..
teringin nak rumah sekemas tu ,teringin nak pasang wall paper..tp ongkos tak ada.. lagi pun rumah sewa..
so suami cakap kalau rumah sendiri syok la mendeco..
anak-anak pun masih kecik nanti kang sia-sia je wall paper ke koyak dengan anak-anak ..sadis..

macam-macam la dalam fikiran nak buat...hehe..

ok la me macam nak celoteh je tapi ..tak reti nak set up auto publish ..eh macam mana eh.. 
dah penah buat tapi tak menjadi..
lembab sangat me nie.. 
org lain dah berkurun lamanya " nyanyi macam lagu exists tu"

hish..
bagi yg nak bershaklee leh pm me

#sidshaklee
#arlinaabdrahim
#1108040
#018.365.9551

Kisah kami sekeluarga ..

hari ni me nak cerita mengenai kami sekeluarga..

Dulu ayah me seorang tentera.. tp bukan pesara tentera... ayah me berkhidmat sebagai tentera tapi berhenti awal..so dalam khidmat tentera ayah me tak dapat gaji pencen..selepas behenti awal menjadi tentera .ayah me berniaga..dari berniaga sayur sehingga berniaga makanan..

Kebetulan emak me ada kepandaian dari segi segi masakan..so syukur disitu walaupon emak tidak berpendidikan tinggi tapi emak me ada kepandaian memasak... semasa kecil me pernah ikut ayah berniaga sayur..masa tu ayah menanggung kami lima beradik sekolah... 

macam-macam kepayahan me dah tengok semasa ayah berniaga..ayah dicemuh kerana berniaga dan ada dikalangan saudara terdekat cakap " kalau ayah berniaga anak pun ikut sama la esok ya " sedih sangat .. ayah me cerita so masa ayah tekad nak bagi pendidikan yg tertinggi utk anak-anaknya..

ayah me berniaga pagi ,petang,malam dan kadang-kadang dalam hujan ayah berniaga.. masa tu me kecil lagi dan belum tahu apa -apa ..yg me tahu me dan kakak akan kemas rumah, siapkan makanan dan akan gantung kelambu mereka sebelum mereka balik.. 

dan beberapa tahun kemudian ..emak me dapat tender kontrak berniaga kantin sekolah.. lama emak me berniaga ..utk satu-satu sekolah.. dan dengan berniaga mereka juga dapat beberapa biji rumah, kereta dan beberapa bidang tanah...dan dalam masa yg sama mereka juga mengusahakan tanah ..

emak dan ayah pernah cakap ..mereka tak nak harapkan duit anak-anak masa tua nanti,so dengan tanah la mereka berharap..masa tu kelapa sawit tengah popular..so mereka tanam kepala sawit.. kami adik beradik ingat lagi mak ayah tak ada duit nak upah taktor ratakan tanah ,so mereka hari-hari tebang pokok,bakar pokok dan ratakan tanah sendiri,dan mereka juga beli anak pokok kelapa sawit sikit-sikit.. macam hari ni beli 10 pokok,minggu depan ada duit sikit beli 10 pokok lagi..

masa tu ..hidup kami susah.. saudara mara memang tak pandang kami..mereka seperti memulaukan kami sekeluarga... yelah masa tu hidup kami susah..tapi berkat kesabaran emak ayah kami..akhir sekarang alhamdulliah kami dah bertambah senang..dan dengan duit kelapa sawit tulah mak abah pergi buat umrah dan haji..

dan sekarang giliran kami pulak utk merasa kehidupan masing-masing...dulu me selalu sedih kenapa abah mesti berniaga,bagi me dulu kerja bergaji lagi senang..dan malu nak mengaku ayah berniaga sayur.. tapi sekarang me akui apa yg abah buat demi masa depan anak-anaknya... abah tak malu mengaku abah seorang peniaga sayur... dan juga dengan berniaga sayur abah dan emak cekap dalam penggiraan ..mereka boleh kira hanya pakai otak je,tak macam me yg perlu menggunakan kalkulator.. lembab kan me ni..matematik mereka terbaik..

sekarang me akui ... hanya dengan berniaga je kita boleh mengubah pesepsi orang dan mengubah hidup sendiri..kita tak perlu dengar apa orang cakap tapi yg penting kita buat apa yg kita fikirkan asalkan halal..sekarang me akui kalau hanya mengharapkan kerja hakiki sahaja.. dan mengharapkan hujung bulan dapat gaji ..untuk kenaikan pangkat dan gaji amat susah..

orang diluar sana dah berlumba-lumba utk mendapat pendapatan sendiri..kita ni masih ditakuk lama..mengharapkan gaji akhir bulan je..yg kadang-kadang bila dah tolak segala hutang tinggal beberapa ratus je utk belanja...

so mula-mula me melangkah dengan berbisnes shaklee..kerana mengaku me tak mempunyai modal yg banyak nak set up bisnes yg gah..me pun akui me tidak mempunyai kebolehan yg luar biasa memasak seperti emak ke,tiada kemahiran lain..so me memang berdikit-dikit dalam shaklee yg baru beberapa bulan ni... 

sebab dengan shaklee me akui dengan modal yg sedikit,tak perlu simpan stok,tak per susah payah nak berpos bagai me hanya perlukan medium akses internet ,sahaja utk upload produk shaklee.. me memang sekarang masih part time..dan insyaallah suatu hari nanti me akan full time..dan niat me utk menjadi WAHM akan tercapai satu hari nanti..sekarang bagi me, me nak kukuhkan pendapatan dan nak kumpul harta demi anak-anak pulak...

bagi anda di luar yg mempunyai impian dan minat yg sama seperti me, jom la kita bangkit dari tidur yg lena..jom kita usaha kan dari sekarang ..tak kira la mana-mana pun tak semeti nya shaklee..apa-apa produk kesihatan yg lain juga..sama sahaja ..bila ada niat,usaha ..insyaallah Allah akan lorongkan kearah itu..

Bagi yg mempunyai modal kecik seperti me.. anda berminat nak ada niat seperti me utk kukuhkan pendapatan keluarga ,nak jaga anak sendiri.. boleh pm me.. insyallah me akan bantu semana yg boleh...

#sidshaklee
#arlinaabdrahim
#1108040
#018.365.9551

25 September 2014

kelebihan menjadi ahli shaklee part 2

haa.siap ber part lagi kan..

okay nak kupas lagi apa kelebihannya..
kalau uolls nk tahu selain dari dapat nikmati harga yg murah dari harga pasaran...
kita sebagai ahli shaklee boleh dapat income yg lebih besar sekiranya kita dah bertapak dalam industri ini..maksud me mcm ni..bila dah jual ..barang shaklee..kita dah dapat point so dah dapar target point tu ..secara tidak langsung akan melayakkan anda dapat car bonus.. 
ni duit shaklee bagi kat kita tau,terpulang la nk dengan duit itu nak beli kereta ke atau nak buat duit shoppoing ke ..


lepas tu anda akan dapat percutian yang ditaja oleh shaklee, percutian ke luar negara, dan juga dapat mengerjakan umrah bagi yg layak ...
shaklee akan tanggung 100 % percutian anda ..dan kita boleh bawa family sekali... cuma utk duit shopping add la duit poket masing-masing..

ada banyak cara sebenarnya macam mana nak menjadi seperti itu dengan income yg 2,3,4,5 anagka dan seterusnya.. 
banyak ahli shaklee yg dari buat part time akhirnya buat full time tau .sebab income mereka lebih dari gaji hakiki sekarang ..

ini bagi ibu-ibu yg selalu mengeluh kan tak ada masa nak melayan anak-anak,masa yg terhad dengan keluarga..dan penat yg melampau selepas bekerja dan kena uruskan rumah pulak kan.
dengan susah nak ambil cuti ,sebab masalah kesihatan kita atau anak-anak..

so bagi ibu -ibu yg diluar sana berhasrat nak berbisnes dan menjadi WAHM ..ini adalah langkah yg terbaik  sangat.. me pun berhasrat nak menjadi WAHM satu hari ini..bila income me dah stabil dengan shaklee..

ada banyak sebab kenapa me nak jadi WAHM
antaranya..me nak jaga anak-anak sendiri sebab kadang-kadang bila anak sakit me selalu dalam dilemma nak bekerja.
anak-anak me pun tahun depan dah start bersekolah..so me nak lebih kan masa dalam menjaga dan mengajar anak-anak.
masa me pun lebih flrksibel.. tak ganggu mana -mana orang..

so pilihan di tangan anda..tak semestinya kita kena join shaklee.. 
ada banyak lagi prosuk kesihatan seperti shaklee ini .. terpulang pada pilihan anda sendiri
tapi shaklee bagi me best sebab rasa macam adik ,kawan, even tak pernah jumpa pun mereka..
setiap persoalan yg kita tak faham mereka akan tolong ..
yuran pendaftaran pun murah dan me rasa mampu ... yuran pendaftaran hanya seumur hidup.

so semua terpulang pada anda.. pilihan masing.. 

kalau nak tahu lebih lanjut nanti boleh PM me sendiri..
insyaallah me akan tolong..

#sidshaklee
#arlina abd rahim
#1108040
#018.365.9551

P/S: nanti me cerita lagi macam mana nak menjadi ahli shaklee

Kelebihan menjadi ahli shaklee

Mulakan hari ini dengan senyuman ya..
walau apa pon badai yang melanda semalam..
takpe dugaan kita utk diuji..

kelebihan menjadi ahli shaklee...
takukah anda bila kita menjadi ahli shaklee
kita alan dapat membeli barangan shaklee jimat 20-30% dari harga pasaran

bila kita jadi ahli shaklee..
kita akan boleh membeli barangan shaklee dengan menggunakan id kita,dan dari hasil pembelian itu kita boleh dapat point..
point yg terkumpul dalam sebulan..boleh menlayakkan kita mendapat cash bonus setiap pertengahan bulan berikutnya ...

tak semestinya bila dah jadi ahli shaklee kita kena berniaga je...atau kena asyik promot je ..terpulang pilihan ditangan anda..dan tiada paksaan..
kalau nak jadi ahli shaklee dan menggunakan sendiri boleh ...
nak jadi ahli shaklee ...sambil-sambil tu nak collect point boleh.. kalau anda layak dapat point anda layak dapat cash bonus...

kalau anda berminat nak berbisnes dan menjadikan shaklee ini medium bisnes part time / full time boleh je ..nanti kami akan add anda dalam group jutawan shaklee...
dari situ anda akan diajar coaching secara online/offline.. join -join seminar talk shaklee, secara wassaps dari ZERO to HERO..
dah banyak terbukti kesannya..

anda juga boleh mendapat income yg lebih dari income pendapatan hakiki sekarang cuma USAHA kena lebih..
shaklee bukan sahaja mengajar anda dalam teknik berbisnes tapi anda akan dapat ilmu dari segi nutrisi makanan/ kesihatan dan sebagainya..
shaklee juga mengekalkan amalan rohani seperti solat dhuha/ solat tahujud/doa-doa /selawat dan zikir ..dan dari situ rohani kita bersih dan kita secaara tidak langsung mendekatkan diri dengan tuhan...
shaklee juga menitikberatkan amalan ukhwah dikalangan ahli-ahli shaklee sendiri...
ilmu dikongsi bersama.. apa masalah boleh rujuk kepada ahli-ahli shaklee ..

p/s: nanti saya kupaskan lagi kelebihan menjadi ahli shaklee secara details ya..sambung part 2

#Arlina Abd Rahim
#sidshaklee
#tamanmedanpj
#018.365.9551

24 September 2014

Rezeki ...

Tadi me ade jalan-jalan blogwalking ..antara yang menarik minat me adalah rezeki itu PASTI...

Ni me nak cerita sikit mengenai kisah me dulu ya.sebelum kawin,selepas kawin dan selepas ade anak...

me ni bukan la pandai sangat dan keje me pun biase -biase je..kerja suami me pun biasa-biasa je.cukup makan pakai kami sekeluarga..
masa me decide nak kawin,masa tu umur me baru 26 tahun..masa tu tak sure sebab dah tergedik-gedik lebih kot nak kawin.hehehe..tapi me rasa baikla me kawin dri asyik keluar dating je dengan suami kan.dan masa tu rezeki suami betul-betul murah ... masa tu suami buat part time callman..yg handle org accident tu..bayangkan sebulan sebelum kawin suami dapat handle 13 kes accident ..itu namanya rezeki suami..

dan rezeki me pulak,alhamdullilah me dan suami dapat banyak hadiah kawin yang boleh digunakan ..hadiah dari iron ,sampai la ke barangan dapur..syukur sangat tak perlu keluar belanja...

dan rezeki me kedua plak masa me disahkan mengandung..seronak dan masa tu me memang bekerja so memang tak masalah dari segi kewangan ..dan anak pun lahir kat hospital kerajaan dengan keadaan sihat walafiat je.. suami masih berkerja tapi dah tukar position sebagai driver boss.. 

anak kedua suami sudah behenti bekerja sebagai driver..dan masa tu suami dapat offer kerja sebagai pembawa towing kiranya macam kerja sendiri.. masa ni me mengandungkan anak kedua.dan disebabkan alahan yg teruk anak kedua ..me behenti kerja dan jadi suri rumah je.. masa tu kami hidup ok-ok je.. gaji suami boleh la menjangkau 4-5 k sebulan ..boleh la utk menampung keperluan kami berempat.. bila anak me dah berumur hampir 6 bulan me decide nak bekerja semula dengan boleh dikirakan gaji ok... me kerja hampir setahun lebih di situ tapi rezeki bekerja lama tak ada..so me decide behenti keje dan stay kat umah..dan masa tu juga me disahkan mengandung anak yg ke-3....

sekarang suami pun dah tukar kerja sebagai driver boss.sebab apa tak kerja bawa towing,sebab me nak suami banyak habiskan masa dengan keluarga.. kalau bawa towing hampir setiap malam suami tiada di rumah.me tak suka ..hish... sapa yg tahu tahu la macam mana kan kalau suami tiada di rumah...

me sekarang bekerja dan suami pun bekerja, rezeki alhamdullilah walaupon tak mewah tapi me sekeluarga masih cukup makan pakai,belanja anak-anak pun cukup...me bukan nak cakap apa ..me ada dapat offer bagus tapi nanti me terpaksa berjauhan dengan keluarga ,so me tolak offer tu sebab bagi me... yang penting hati kena gembira dan bahagia..kalau gembira ..apa -apa pun okay je.kalau susah hati ..hidup memang tak best...

bagi me..rezeki ada di mana-mana..mungkin me tolak offer tu tapi mungkin rezeki lain akan nampak ..
buat masa sekarang ni me tengah usahakan utk berbisnes sendiri dan bershaklee..

harap semuanya terhasil dengan jayanya... insyaallah

cerita ofis pulak

Semalam petang ..
HR panggil me.. ingatkan apa kan .. rupa-rupa mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan organisasi baru syarikat ini..

Bukan me sorang je , rupanya staff level 2 semuanya..hahah.. kelakar jugak bila ingat-ingatkan ..hr interkom satu-satu org..

kesimpulannya tak ada beza dengan kenaikan gaji atau struktur gaji baru walaupun gob grade berubah.. mmm syadis kan.. sabar je la..
Entah lepas ini apa lagi task yg ofis nak beri pun tak tahu lagi ...

Okay ..ini kisah kedua pulak...
Me dapat offer utk transfer company di Perak sana nun... tempat kampung me sendiri ..memang best..
sebab dekat dengan family,dekat dengan rumah, anak-anak ada orang nak jaga, tak perlu risau akan kebajikan anak-anak sebab emak me sendiri yg akan jaga...TAPI..

Suami me kerja sini , dan susah nak lepaskan kerja dia di sini, lagipun suami me dah biasa hidup di kota,yelah dibesarkan di kota.. tiba-tiba tukar sana mesti susah kot..kerjaya kat sini pun dah agak stabil..so me tengah dalam dilema ,kalau me pindah Perak, me terpaksa berjauhan dengan suami utk jangka masa yg belum tentu lagi...

Me betul-betul dalam dilema.. kalau transfer sana me dapat banyak kelebihan dan keuntungan...
me tanya kakak me sendiri,dan kakak me suruh fikir dalam-dalam sebelum buat keputusan ..sebab ini melibatkan me dengan suami ..bukan mudah...melibatkan masa depan me sendiri,juga anak-anak..

me tanya kakak dekat ofis ,macam mana.dia suggest usah kejar kebendaan andai hati tak tenteram..nanti nak kerja kat sana hidup tak gembira,sebab berjauhan dengan suami bukan totally senang.semua kita kena tanggung sendiri,sanggup dengan tak sanggup je..

me betul-betul dalam dilema... me ingat memang nak tolak offer ini ,sebab fikirkan kalau hidup sana gaji besar,tapi hati tak best macam mana kan..kang tak aman hidup me... me pulak ade misi rahsia ,yg me dah rancang.. so me tak nak kerja makan gaji selama-lamanya, me nak berdikari atas kaki me sendiri sambil me menjaga anak-anak..

me selalu tengok orang boleh buat kenapa me tak boleh,pokok pangkalnya me kena usaha .kalau tak usaha macam mana nak jalan kan..

berdoa-doa banyak pada tuhan ,supaya apa yg me rancang berjalan dengan lancar ..dan mendapat sambutan yg baik..me kena kuat utk anak-anak...

23 September 2014

ESP Shaklee

hari ini nak bercerita sedikit pengalaman aku yg minum ESP Shaklee..
bukan rekaan tau..tapi kisah hidup aku sendiri..tukar ayat ganti aku ke me ya..sopan sikit ..hehehe.

kalau ikutkan me kenal shaklee ini dari mengandung anak pertama.. tapi tak faham sangat pasal shaklee..biase-biase je.me minum shaklee sebab pertama masih menyusukan anak yg ke-3 dan nak kulit yg putih dan gebusss...

pasal shaklee ini terutamanya bagi me yg bergaji taraf kecil ni mahal ,,me daftar sebagai ahli boleh dapat diskaun. jimat di situ dalam 20 -30 % ..Minum ESP sedap sebab perasa vanilla .dan me boleh campurkan dengan milo,air suam dan sebagai nya.sebab ini je yg me selalu minum...minum masa kat ofis..

Minum ESP ni me rasa kenyang sampai tengah hari, selalu sarapan me ialah biskut,kuih-muih dan bihun,atau keautiaw me memang tu je selalu me makan ..ulang-ulang la... pastu me perasaan susu badan me tak de la semeriah orang lain tapi sampai sekarang me boleh bertahan lagi untuk menyusukan anak ke-3 me..sekarang dah  1 tahun 6 bulan dah..syukur..walaupun sekarang dah stop pam susu di ofis,tapi masa kat rumah me masih supply susu utk si adik ..harap atau kalau boleh sampai 2 tahun..

So bagi me yg sebelum ni hanya berjaya menyusukan anak me yg ke-2 dalam masa 4 bulan tu,me rasa itu satu pencapaian yg memberangsangkan ...mungkin lain orang lain pengalamannya...Me bukan nak cakap sebab hanya minum ESP boleh dapat susu banyak tapi ,usaha ,tawakal niat tu penting dalam langkah kita nak menjayakan penyusuan badan ini..

yelah kalau hanya minum ESP shaklee tapi tak pam ,tak kasi ank susu macam mana kan ..tak jalan jugak.. 
First step apa yg me buat.. me minum atau cari supliment apa yg boleh supply susu kepada anak .. minum air banyak-banyak susu apa yg me minum tu berkesan, me pam setiap hari kat ofis sekurang-kurang 2 kali sehari.tu pun me rasa me yg paling sikit ,sebab ade sesetengah orang mereka pam susu 3/4 sekali kat ofis..

me selalu susukan anak me masa bersama si kecik,tak kira la kat mana pun.dulu-dulu me segan jugak tapi apa nak segan kan .. kita tak buat salah hanya nak mengenyangkan perut anak sendiri je,tapi me jaga la aurat nak orang nampak plak... dan suami me pun tak merah atau larang pun me buat.yelah dia jugak yg jimatkan tak payah pening nak keluar duit belanja susu...

so bagi sesiapa atau terutama bagi ibu yang berniat nak menyusukan anak-anak dengan susu badan ,boleh cuba seperti yg me cakap ,memang susah pada mula tapi lama-lama dah terbiasa ... dan bagi yang tertanya-tanya ape tu ESP Shaklee nanti me post kan gambarnya..








Ini combo set menyusu yang me cuba..

fungsinya:

-ESP tu boleh memekatkan susu sekaligus anak cepat kenyang dan me boleh buat stok susu.
-ESP juga berfungsi dalam mencerahkan kulit,menjadikan kulit gebu secara semulajadi.semulajadi ini tanpa --kita perlu memakai bahan-bahan kosmetik yg lain.tapi memang ambil masa la .kena konsisten ya.
-mengenyangkan kita bagi yg nak berdiet secara sihat..

Alfalfa Complex :
- sebagai kacip fatimah utk ibu-ibu.. 
- sebagai detoks dalam badan ya,membuang sisa -sisa toksik dalam badan
- sebagai agen memeriahkan susu badan...

Sebenarnya banyak khasiat lagi yang me nak sebut tapi dalam pic tu dah ada fungsi-fungsinya.so boleh tengok..kalau tak faham nak maklumat langsung boleh call / wassaps me.. nanti me info banyak-banyak..

Arlina Abd Rahim
1108040
018.365.9551
fb: inaarlina
email:arlina@mfdm.com.my

#boleh call / sms/ wassaps ..jom kita pakat cuba utk anak-anak ,utk diri sendiri juga.. dah kenal baru tahu kenapa kita perlukan supliment...

Motivasi diri

Apa motivasi anda semua ya..
Macam aku banyak sebenarnya motivasi diri sendiri ..kalau nk list panjang sangat .
tapi dipendekkan la ya..

Sebenarnya sebagai seorang wanita yg dah berkahwin dan mempunyai anak-anak ... aku hanya nak berada di sisi keluarga dan anak-anak sahaja..tapi disamping itu aku juga nak dapat income la kan.. sebab dah biasa ade duit kalau hanya suri rumah tanpa menjana income ..tentu susah nak beli apa kehendak kita kan..

Kenapa aku nak jadi macam sebab .. ada banyak sebab nya.. sebab utama ..
aku nak menjaga family dari segi rumah .. anak -anak dan suami..
yelah kadang-kadang bila dah bekerja hampir 8 jam di ofis.. aku ni leka dan letih .. balik rumah nak kemas rumah lagi, masak dan basuh baju...so banyak masa dihabiskan di situ..

Rumah kalau ada budak kecik susah nak bersih .. maksud aku dri segi habuk la kan.. mereka makan biskut ke,nasi ke,minum air ke selalu je tumpah kat lantai..kadang -kadang entah berapa kali aku dah menyapu dah tetap ada sampah kecik.. kang tak pasal-pasal si adik mengutip plak..

Masak ..aku memang masak setiap hari sebab anak aku yg pertama .. selalu nak makan ..so kesian kan kalau balik keje asyik beli je.lagipun kalau nak beli pun tak tahu makanan apa ..asyik benda yg sama.. dan kalau masak boleh la jimat..tak kan acik nak membeli je setiap hari..boleh kopak macam ni..

basuh baju..sekarang ni rutin basuh baju tak dah buat sementara waktu sebab mesin basuh dah rosak..sekarang buat dobi kat kedai je,tapi kalau setakat sebaldi baju anak-anak dan kami suami isteri boleh aku basuh pakai tangan lagi... kena gigh la menggosak baju..tapi lipat baju memang dah macam gunung dah ..tunngu hujung minggu je sempat tu pu kena tunggu anak-anak tido...

so bila dah setiap hari rutin macam ni,aku memang dah tak larat dengan nak jaga anak-anak lagi,dengan nak jaga suami makan pakai lagi, dan nak kemas rumah bagai..memang letih ..selalu dalam pukul 10 malam aku dah masuk tido ..dan kadang-kadang aku tertido awal..dan anak-anak terbiar main je..tu belum lagi bila si kakak dah start sekolah tahun depan,mengaji lagi..mesti rutin aku bertambah bizi..dengan nak tengok apa yg si kakak belajar,nak hantar mengaji lagi.. nak iron baju sekolah lagi..entah pukul berapa la plak aku boleh tido ...

aku memang ade target nak behenti keje tapi nak dapat duit ..haaa .. macam mana plak kan..so mula -mula aku join kan diri dengan shaklee..walaupon tak bnyk customer dan kadang-kadang tak ade orang nak beli ..aku tetap buat jugak.. yelah sikit-sikit.. boleh ..mana la nak tahu kan 2/3 tahun akan datang aku dapat income ini lebih dari kerja hakiki sekarang..konfirm aku behenti dah..

Dan aku memang ada perancangan nak berbisnes sediri..sekarang dalam proses ..dan biarla rahsia dulu..bila dah masuk step 1 dan start baru le war-warkan.yelah nak berbisnes kena ada modal..tu yg susah sikit kan..nak kena kumpul modal dulu ..macam aku ni memang kena kumpul modal la..start dr bulan ni la.. 

hopefully semua yg dirancang menjadi.. dan kalau bisnes okay.. insyaallah aku boleh jimat dari segi perbelanjaan persekolahan anak-anak tahun depan ..sebab aku target tahun depan dalam bulan 1/2 bisnes dah berjalan.sambil tu boleh buat shaklee... sambil tu boleh jaga anak-anak...ambil anak-anak dari sekolah.jimat dah kat situ..

kedua.. aku ade terfikir nak beli mini mesin jahit..sebab manalah tahu kalau nak jahit langsir rumah boleh jahit sendiri.tak perlu upah orang..jahit langsir pun mahal jugak..dalam 400 -500 .. padahal jahit simple je.. tu kalau yg benyak deco tu msti la lagi mahal..jahit utk rumah sendiri dulu.jimat..boleh la kalau-kalau dah pandai jahit baju tido anak ke,baju t-shirt anak ke.. yg simple -simple dulu..

Apa yg aku harap ni ,harap-harap semuanya berjalan dalam proses yang lancar.. berdoa sangat..sebab sampai bila kan nak makan gaji dengan gaji yg kadang-kadang sesak juga tengah bulan...kesian kat anak-anak dan diri sendiri..sebab tak pernah pun reward kat diri sendiri dan suami ...

Berdoa ya ..untuk aku ..walaupun aku tahu blog aku ni hanya aku je yg baca dan menaipnya...pasrah je..
jadi la sebagai sessi luahan perasaan aku...

22 September 2014

Kami diuji lagi

kisah ni berlaku pada hari khamis minggu lepas... 18.9.2014

Masa ni ada montly check up utk anak aku yang ketiga tu iaitu cucuk imunisasi utk 18 bulan .. masa tu anak ku demam so doktor tangguhkan dahulu cucuk imunisasi nya ... dalam masa yang sama aku minta laki aku beritahu doktor utk check paru-paru sebab anak aku masa tu batuk dan selsema...

doktor suruh kami follow up esoknya utk tahu status berikutnya,, malam tu aku pulun buat kunyit + minyak dan sapu kat dada,belakang dengan hidung sebab nak hilang kan selsema..dan alhamdullilah selsema mereka hilang keesokkan harinya.. cuma batuk masih ade lagi..

Esoknya jumaat aku tergerak nak ambil emergency leave sebab nak tahu status anak aku... masa tu anak aku hanya merengek je..serba salah aku nak gi kerja...so aku call boss utk apply cuti ... 
masa check up tu dengan doktor.. doktor bagitau nafas anak aku laju dan masih batuk berkahak..doktor kat situ suggest suruh refer hospital ..dan kami 2 beranak naik ambulan dan dihantar ke IPHKL ...

masa daftar tu memang kelam kabut sikit tapi malam tu dah ok sikit .. tapi sedih terpaksa tinggalkan 2 beradik di rumah pengasuh sampai la suami habis kerja...
doktor kat situ ambil details dan suggest suruh ambil oksigen ,memandangkan si adik bernafas laju.. dan start ambil antibiotik utk protect diri dari jangkitan virus...
keesokkan harinya memang dah decide sangat nak minta surat refer ke hospital lain .. SMC .sebab dekat dengan rumah so senang la suami nak berulang-ulang.. 
masa check up pagi tu, doktor pakar kanak-kanak bagitau .. oksigen boleh distopkan sebab aku aku hanya mild sahaja ,dan memandangkan dia aktif,makan,menyusu. dan batuk yang kurang so doktor bagitau boleh discharge keluar wad...tapi since aku minta surat refer doktor buatkan surat refer hospital lain sekiranya nafas anak masih laju ...

banyak sebab kot jadi benda ni.. maybe persekitaran / cuaca yang tidak menentu sekarang..
maybe salah aku jugak sebab ambil mudah akan kesihatan anak-anak..
maybe salah satu sebab aku ada bela kucing..

sebenarnya bukan bela kucing tapi kami hanya bagi makan kat kucing tersebut.. kucing tu pun macam dah selesa dengan kami..so start hari tu ... terpaksa la keraskan hati x nak bagi kucing makan...kesian..

Tapi demi anak-anak ku ..apa pun sanggup aku buat ...asalakan mereka sihat macam dulu ...

Kisah anak-anakku

Salam semua.. 

Kisah benar dari keluarga kecil kami.. sebelum ni anak aku yang kedua sangat susah nak makan, nak kena paksa ,ugut-ugut dan sampai nangis-nangis makan.. yang dia suka makan gula-gula.sekali sekala boleh la aku turutka tapi kalau dah hari-hari ... haaa.. fikir la sendiri kan..

Sejak awal bulan ni aku beli anak-anak aku Meal Shake Shaklee.. bukan apa sebab sekarang kan tengah promosi { buy 3 free 1} so jimat la kat situ ..sambil ade orang nak order meal shake ..boleh selit order sekali..

Semalam .semasa aku nak suapkan anak aku yg pertama ni makan.. aku ajak sekali si abang join makan.. dan al-hamdullilah tanpa bnyk soal si abang buka je mulut makan.. dan si adik pun sama juga bukak je mulut.. sejak makan meal shake ni selera mereka bertambah .. walaupun masih kena paksa makan tapi bila kena tekak nya terus je bukak mulut...

Dah sejak dulu lagi aku ada bgtau si adik selalu mengalami sembelit.so aku try bagi meal shake dan campurkan sekali dengan susu formula.. setiap kali minum aku addkan sekali 1 scoop meal shake... so mereka pun tak perasaan kan... dan dalam 2/3 hari ..si adik tak mengalami sembelit pun..tiap hari membuang.. so syukur kat situ .. sebab sebelum kalau si adik susah nak membuang kami masukkan ubat bontot utk memudahkan si adik membuang...

Kenapa aku bagi anak-anak minum meal shake ... banyak sebab.Antaranya:

- sebagai penambah selera utk kanak-kanak
- boleh mencegah masalah sembelit di kalangan kanak-kanak
- juga sebagai imum dalam badan kanak-kanak..

Yelah ..sekarang ni musim tak menentu kejap sejuk,kejap panas..so sebagai langkah pertama aku bagi anak-anak minum meal shake ..sebagai langkah pencegahan...Aku dah terlambat kat sini..yelah dulu selalu ambil enteng masalah anak-anak ni..tapi sejak si adik asyik masuk hospital sebab batuk ,selsema..so kena lah jadi mak ayah yg alert dengan keadaan anak-anak..

Ok ,sempena bulan promosi shaklee ni bagi yang belum tahu lagi ...
Shaklee ade buat promosi berganda-ganda iaitu :
beli 3 tin meal shake anda layak dapat 1 tin for FREE
beli 6 kotak collogen powder shaklee ..anda layak dapat free 1 kotak collogen powder.. so bagi nak kasi anak-anak makan yg berkhasihat,bagi anak-anak yg memilih makan .. boleh amalkan ini
sebagai nak reward diri sendiri dan boleh dikongsi bersama keluarga boleh beli atau cuba collogen powder ini..

Sid shaklee : arlina abd rahim
sid no : 1108040
tel no : 018.365.9551

bye...

Kembali bersiaran semula

Dah lama tak menulis blog ni .. banyak kekangan masa sebenarnya..

Macam-macam nak cerita dalam blog ni..Aku mulakan dengan entri basi tentang masalah kesihatan ank omei aku yang kecik ni ..

Kisahnya bermula semasa anak ke-2 dan ke-3 sakit, sebab sakit demam,batuk dengan selsema pakej tiga sekali..

Anak yang ketiga ni terjangkit sekali..mula-mula aku ingat demam,batuk ,selsema biasa je ,maybe sebab berjangkit dengan kakak dan abangnya.tapi lepas 2 /3 kali check up dengan klinik swasta/ klinik kerajaan ..semua tu tak berkesan sampai satu hari masa laki aku ambil anak dari pengasuh,pengasuh cakap anak muntah 3 kali,tak bangun,tak nak makan, merengek je,badan panas..

So suami bawa anak pergi klinik kesihatan taman medan ,pj..dan doktor terus tulis surat refer hospital due keadaannya yang lemah dan tak bermaya..habis keje ke kami terus bawak ke PPUM ,, sampai klinik kanak-kanak ..doktor buat x-ray ..dan dalam paru-paru ade kesan kahak yg dah masuk paru-paru ,dan disahkan ade jangkitan kumam..terus admit hospital malam tu jugak ..

Sampai wad kanak-kanak , anak aku diberi bantuan oksigen sebeb pernafasannya yang laju,bila dah masuk wad anak aku hanye meregek dan hanye melekap je kat aku,,tak minum susu dan makan .. hanya minum susu badan..nak nasib baik aku masih diberikan anugerah utk menyusukan anak aku lagi..

malam tu ,anak aku dah start antibiotik ,dan dah start ambik nap,sedut kahak.. doktor ambil sample kahak utk tahu puncanya..Esknya doktor beritahu bahawa anak aku demam sebab terdapat jangkitan kuman dalam saluran darah dan paru-paru nya,sebab tu demam dia asyik on off selama sepanjang 2 minggu.. so sedut kahak sebab banyak sangat kahak dalam paru-paru disamping tu anak aku pun masih selsema...

Setiap kali tukar shift ,setiap kali tu juga lah mereka akan bagi nap dengan sedut kahak..dan akhirnya doktor sahkan anak aku menghidap RSV PNEUMONIA.. so mereka asingkan anak aku dari patient kanak-kanak sebab takut terkena jangkitan virus ni kepada kanak -kanak lain atau kanak-kanak lain yg menjangkiti anak aku...

Sebagai mak aku sedih sangat tapi mak aku kena kuat sebab nak anak sihat.. masa tu aku hanya serahkan apa yang doktor nak buat asalkan ank aku boleh sihat dan keluar wad seperti sedia kala..Cukup 6 hari kami bermalam di sini..akhirnya anak aku disahkan sihat semua dan diberikan antibiotik utk dihabiskan semasa dirumah.. 

Aku kena selalu monitor dan pastikan persekitaran bersih dan kurangkan habuk dirumah...


Ok sambung entri yg lain ...

08 September 2014

Promosi shaklee berganda.. special bulan ini sahaja

Salam ..

Dah lama tak cerita pasal shaklee, aku masih lagi agen shaklee .. jadi kepada sesiapa nak order shaklee jangan malu-malu  call/ pm je .. nanti isyaallah aku akan reply secepat mungkin..jangan risau..

Sempena dengan promosi shaklee yg berganda-ganda ini ...shaklee dengan baik hatinya menwar-warkan bahawa :

Promosi untuk  COLLOGEN POWDER  BUY 6 FREE 1 : SEKOTAK RM 298 ..
SO DENGAN PROMOSI INI ANDA BOLEH SHARE DENGAN KELUARGA,KAWAN-KAWAN ..DAPAT HARGA MURAH ..TAK RUGI TAU

satu lagi promosi : MEALSHAKE SHAKLEE YG KHAS UNTUK KANAK-KANAK SEBAGAI SUPLIMENT MAKANAN MEREKA JUGA BOLEH DIMINUM OLEH ORANG DEWASA.. HARGA PROMOSI MEALSHAKES BUY 3 FREE 1  : SEKOTAK RM 113.00


so berminat nak order barangan shaklee .. boleh order dengan aku ..apa -apa pun xpe aku boleh tolong ..

nak khidmat nasihat / konsultansi atau nak tahu dengan lebih lanjut sila hibungi saya ya : wink..wink  ..

ok nak bye.. nanti bila update news kita cerita lagi ya ..
last sekali ..

#sayajual
#sidshaklee
#018.365.9551
#arlina 

b.y.e 

Selamat hari lahir suami ku

Dah lama tak buat entry blog.
Sebab utama  tak update blog .sebab sekarang dah tukar division ,meja aku plak betul -betul berdekatan dengan pejabat big boss , so kalau nak online blog ,fb ke susah sikit .. tambahan pulak aku memang tak ade pc kat rumah . so faham-faham je la kan..

Semalam 8/9/2014 .. genap umur suami 29 tahun ... dah lama tak buat entry mengenai sambutan hari jadi suami.. semalam ada lah buat sambutan sikit dekat kampung , sebab sambut kat kampung sebab sepupu sebelah suami buat majlis perkahwinan .. so buat la acara potong kek ,dan di akhiri dengan acara meng BANG BANG BOOM   pasangan pengantin .. memang syok tapi malangnya aku tak tangkap gambar satu pun .. kerugian di situ .. sepuou hanya ambil video je ...

Ok la sempena dengan menyambut hari dewasa / tua suami .. aku ingin wish selamat hari jadi yang..
semoga dimurahkan kesihatan, rezeki dan dipanjangkan umur ..
sentiasa hidup dikelilingi dengan insan-insan yg tersayang ...
Juga diharap hubungan antara kita sekeluarga anak-anak dan awak akan bahagia sepanjang masa sehingga jannah. Insyaallah..

Semoga awk akan sentiasa sayang saya macam zaman bercinta , sentiasa cinta dan sayang anak-anak ..

selamat menyambut hari tua awk yg ke 29 .. petang ni dah janji dengan suami nak sambut majlis dengan kek dan makan-makan kat luar.. Actually sebelum tu dia ada request nak hadiah, tapi nanti ade rezeki lebih saya belikan hadiah awk ya. Insyaallah ya..

ok .bye.