13 October 2014

Ulasan cerita seram Mek Nak

Kalau perasaan..tiap-tiap malam minggu sabtu mesti ada tayangkan cerita seram
kalau tak salah aku saluran astro citra / atau astro mustika kot..

Sabtu hari tu ..cerita Mek Nak dari thailand..
Based on true story katanya..

sebenarnya aku pernah tengok cerita ini masa kecil-kecil dulu tapi macam version lain ..
sebab hero dan heroinnya orang lain..Ini aku rasa version terbaru sikit la..dan terdapat olahan cerita dari version asal..

So nak jadikan cerita sebab aku memang penakut sikit dalam bab-bab cerita hantu..tapi still nak tengok jugak..so aku record siap-siap ,pastu esoknya tengah hari ..baru layan cerita ini..kalau tengok siang hari..takutnya kurang la sikit kan..

Bagi aku cerita ni okay ..cerita ini berpunca dari pasangan suami isteri yang samgat loving ini..
Mek adalah seorang laki yang kerja kampung dan dapat panggilan khidmat negara oleh kerajaan Thailand..
Nak pun ..seorang gadis yang cantik ,jadi kegilaan laki-laki di kampung ,tapi Nak ni memilih Mek sebagai suaminya..

Suaminya terpaksa berkhidmat di Bangkok selama setahun..dan Nak ini disahkan mengandung sebelum suaminya meninggalkan kampung...Selama setahun ..kandungan Nak ni membesar dan bila tiba tarikh utk melahirkan anaknya..Nak ini ditakdirkan mati semasa melahirkan anaknya...anaknya juga pun tak dapat diselamatkan..

Semasa zaman remaja Nak ini digilai oleh seorang pemuna yg bernama Pleung ..pleung ini jatuh cinta kat Nak ini dan berniat nak membalas dendam..semasa nak ini dikebumikan kan Pleung dan rakan-rakannya memanggil seorang bomoh ..utk membangkitkan Nak ..nak syarat bomoh tersebut ..kena potong jari manis bayi utk menjalankan upacara penyembahan..

Tapi upacara penyembahan tu makan tak jadikot ..sebab roh Nak tu marah ..dan bomoh tu kena bunuh akhirnya..Sesiapa yang menganggu Nak akan dibunuh dengan kejam..Selepas setahun suaminya berkhidmat kat Bangkok tu,suaminya pun balik.. masa suaminya balik kerumah mereka..nak tu tak ada..yelah kan ..hantu waktu malam jelah keluarkan.. 

Mek tu tunggu nak sampai malam..dan malam tu Mek tu suruh nak masakkan makanan sebab kelaparan..dan Mek tu nak tengok anak mereka tapi Nak bagitau ..anaknya sedang tido .. Mek tu bagitau nak dia rindukan masakan isterinya.. 

Tapi Mek ternampak bayangan isterinya & anaknya macam hantu..Mek ni sedapkan hati yg mungkin perasaan dia aje .. masa Nak siapkan makan malam tu..tiba-tiba Mek tu ternampak tangan isteri panjang macam hantu..

bila dah selesai makan malam semua .mereka pun tertido ,masa tertido tu Mek tu tak boleh lelapkan masa sebab ternampak bayangan hantu di dalam rumah..yg bagi aku seram jugak la sebab ..masa mek dengan nak nak bersama tu ..sedang elok mereka nak berkiss tu ,mek tu nampak isterinya berubah menjadi hantu..

pastu mek rasa takut dan cepat-cepat bagi alasan nak buang air..pada hal ..mek larikan diri kerumah ketua kampung..esoknya upacara bomoh dijalankan utk mengusir roh Nak yang tak tenteram tu.. dan Nak bagitau kenapa dia buat macam tu sebab dia terlalu sayangkan Mek dan anaknya..

Mek pastu janji dia akan hanya mencitai Nak sahaja..dan akan jadi sami supaya dia tak berkahwin dengan mana-mana perempuan..dan hayat mereka akan berjumpa di syurga kelak.

Kisah sedih bagi aku sebab macam mana pasangan yg loving ni terpaksa meninggalkan salah seorang yg disayang..dan hasad dengki org yg menjadikan roh mereka diganggu..

moral story ini sayangila pasangan anda masing -masing ..dan berhidupla dengan kasih sayang..


No comments:

Post a Comment