22 July 2014

Kemalangan tragik MH 17

Baru berkesempatan nak mengomen mengenai kemalangan tragik MH 17 tu.

Masa mula -mula dapat tahu mengenai kemalangan ni pagi , itu pun melalui telefon laki aku... mula-mula aku ingatkan main-main, pastu aku cakap dengan laki aku , kalau betul kemalangan MH17 , mesti sekarang ade akan keluar berita.

Ngam-ngam lepas je makan sehur, kami suami isteri terus on tv , terus astro awani , sekali memang betul la bukan tipu atau gosips ..

Apa-apa pun aku nak menggulas sendiri memang tak sampai hati sebab , yelah 10 hari lagi nak beraya kan semasa kejadian tragik itu berlaku ,, kita yg bukan ahli keluarga pun sedih , apatah lagi ahli keluarga magsa tersebut , mesti lagi sedih .. yg pasti kemalangan itu memang sedih sebab MH17 kita ni tak bersalah ,

Dan tadi semasa view FB , 2 kotak hitam MH17 telah diserahkan kepada pihak kerajaan Malaysia, dan Insyaallah kita akan mengetahui apa yg terjadi sebenarnya ..Dan magsa -mangsa kemalangan pun telah diserahkan kepada pihak kerajaan Malaysia, dan mangsa kemalangan dari Negara kita akan di uruskan oleh pihak kerajaan secepat mungkin..

Insyaallah .. harap semua urusan dipermudahkan oleh-NYA.

Dan lagi satu kesedihan mengenai keganasan yg sedang berlaku di GAZA.. sedih bila setiap kali baca FB je ,ade je gambar kanak-kanak , dan wanita yg tak bersalah menjadi mangsa keganasan ..Harap semua nya akan berakhir dengan cepat .. dan kalau boleh negara-negara yg kuat tolonglah campur tangan ... supaya keganasaan di GAZA tidak berulang ..


10 July 2014

Ramadhan ya Ramadhan

Sedar tak sedar tak lama lagi kita dah menyambut hari raya dah..
sekejap je masa berlalu .. apa persiapan anda..
Aku macam biasa je ,tak la yg lebih atau mewah sangat .. dan pakaian anak-anak pun tak shopping lagi..
Rasanya kali ni hanya nak bersederhana saje, sebab nak menyimpan duit utk masa hadapan..
yelah tak lama lagi kan anak dah nak start sekolah...

Kat sana sini dah berkumandang lagu raya, bersemangat nak raya ,tapi dalam masa yg sama aku sedih jugak lah sebab bila dah menjelang hari raya, makna bulan Ramadhan pun dah berlalu ..
Kat tempat aku ni ada jualan gudang anakku , petang semalam masa aku on the way balik kerumah lenggang lagi ,tak banyak orang , tapi masa suami aku nak balik ,dia cakap kat situ ramai orang ..yelah masing-masing nak membeli belah kan utk anak-anak ..

Ok , juadah menu berbuka korang macam mana pulak, aku memang malas la nak snap pic,tapi semalam menu kami sekeluarga simple je, Siakap 3 Rasa & Kailan Ikan Masin, pastu aku ade lah sikit sambal sotong balance semalam punya..
Hari ini menu berbuka maybe nak masak sambal ayam kot, tapi kuahnya belum tahu lagi, sebab balance kari daging masa 2 hari lepas pun ade lagi dalam fridge, ingat macam nak panaskan aje kot kari daging tu.. tapi nanti mesti petang nanti menu bertukar, hahaha..

Macam-macamkan being mak beranak 3 ni ,ade-ade je nak fikirkan nak masak lauk apa utk keluarga... Dulu selalu je ejek kakak aku sebab asyik tanya je pasal resepi kat mak aku kan, sekarang aku pulak.. yelah dah jadi mak ..mesti macam tu kot..

09 July 2014

Ramadhan

Lagi 3 minggu umat Islam sedunia akan meraikan hari raya Aidilfitri .. syoknya kan..

Sekarang ni bila terdengar je lagu hari raya, hati raya gembira sangat.. terus teringat kampung , mak ayah dengan juadah bila berhari raya nanti..

Tapi yelah sejak dah berkahwin dan ada 3 orang anak ni, rasanya budak-budak yg terlebih perasaan nk berhari raya nanti... Kalau nak kira dari segi baju raya.. semuanya dalam proses lagi..

Sebab baju raya memang dah hantar kat tailor ,cuma belum siap dan ambil je lagi...dari segi baju raya utk jalan-jalan , belum beli lagi.. dan kalau nak kira dari segi persiapan raya.. rasanya belum ada apa-apa pun ..
kena la tunggu gaji nanti, dah dapat gaji baru la boleh nak membeli belah dengan rasa tak bersalahnya...

Tapi yang pasti ,kami mak ayah ni sederhana je la, anak-beranak je yg lebih ..yelah mereka budak kan .. apa yg nak fikirkan.. Insyaallah.. setiap orang ada rezeki , dan insyaallah setiap anak-anak ada rezeki masaing-masing...

Dari segi ,biskut-raya pulak, aku macam ingat nak buat beberapa biskut raya sendiri la, yg senang -senang dan mudah... tengok la keadaan macam mana nanti..kalau beli pun rasa macam mahal dan tak berbaloi,, yarah utk setiap jenis kuih kurang-kurang mesti kena buat extra sikit utk mak dengan keluarga mertua.. so better buat la lg baik ,, boleh buat banyak.

Tapi kat kawasan area rumah aku ade buat jualan gudang brand Anakku, teringin nak pergi tengok baju-baju brand anakku tapi tu la since duit tak berapa nak ada ,, maybe niat tu terpaksa dilupakan kan kot...

Ni kira nak cerita pasal bisnes pulak la,sejak aku join shaklee ini, hanya sekali je aku dapat merasa bonus, entah mana silapnya pun tak tahu ,mungkin sebab tak ada banyak kenalan atau tak banyak promosi kot.. sedih la disitu..

baru-baru ni baru je tempah cop, ingat nanti setiap helai flyers tu nak copkan ,pastu edar-edar kan.. Masih berharap rezeki aku dalam shaklee ini membuahkan hasil ..

kadang-kadang jealous dengan orang lain ,yelah setiap bisnes mereka boleh dikatakan berjaya.. Insyaallah ..rezeki ada di mana-mana..percaya kalau nak banyak hasil kena banyak usahanya..Doakan ya..

sebenarnya rasa macam nak membebel lagi tapi , terpaksa stop dulu la.. nanti diceritakan kemudian.. saje je luahan perasaan.. yelah tak de siapa nak dengar ..hanya blog ni je peneman setia..

03 July 2014

Bulan Ramadhan

Sekarang kan bulan Ramadhan kan.so company kita bagi semua staffnya balik awal.. pukul 4.30 dah boleh balik dah..
Sebab dah balik awal ,ni sepanjang bulan puasa ini kita lebih prefer masak lauk pauk untuk juadah berbuka ..walaupon simple tapi puasa utk kami sekeluarga..

Macam menu hari pertama puasa tu , kita masak bihun sup & murtabak (beli kat bazaar ) & jus mangga ( pun beli jugak) .. Alhamdullah kenyang ..sahurnya pulak .. masak bihun goreng lebihan bihun masa berbuka.

Menu kedua pulak.. kita masak masak lemak bayam & labu, ikan goreng cili je

Pastu untuk menu ke-3 pulak , kita hanya masak kari ikan, sambal kentang ,tempe jawa . je.

Hari ini menu berbuka belum tahu lagi .. tapi dah ade idea dah..mungkin menu sambal ayam, masak lemak sayur & ikan goreng kot.

ok gambar memang tak ada..

ESP & Kurma

Sebelum ini memang kita jarang makan kurma,walaupun tahu kurma banyak khasiat ..tapi sejak bulan puasa ini belum pernah missed lagi makan kurma..
Sedap pulak kurma suami beli.. beli kat bazaar ramadhan je,tapi kurmanya sedap dan lembut..

Sebab bulan puasa ini , kita tak boleh minum sepanjang masa , so nak gantikan khasiat ,nutrisi dan tenaga masa bulan puasa ini ... jom la kita buat esp +kurma + susu segar.. boleh buat shake..
Sihat dapat ,tenaga dapat , pahala pun dapat ... Insyaallah...

Nak cuba leh PM kita.. ESP memang banyak kelebihannya...

Sudah hampir 3 tahun & 4 tahun

Diam tak diam tak lama si abang & si kakak akan genap 3 tahun & 4 tahun.
Rasa macam kejap je masa berlalu.. Ingat lagi masa kakaknya kecil dalam hari lagi kalau tak salah ... dia ade jaundis .. yelah masa tu kita ini memang tak tahu la ..fisrt experience .. masa tu bila doktor atau nurse ambil darah je .. air mata dah berjurai-jurai.. sedih ...

Lepas tu bila dah masuk anak ke-2 tu , si abang pun ada prolong jaundice ,masa tu tak nangis sebab ade experience dah tapi masa tu disebabkan si abang lahir pra-matang dalam 33 minggu , so kena tahan wad NICU kat Hospital Sungai Buloh , terpaksa la berulang-alik dari wad bersalin ke wad NICU baby...

Tapi masa tu tak sedih sangat la,, cuba masa tu lebih control emosi sebab tak mau nangis dan tabahkan hati sebab masa tu kena lebih hati-hati dan handle anak sebab bayi pra-matang ini , sangat fragile .. so masa tu kena jaga macam-macam ...

Sekarang ini mereka dah membesar dengan sihat ,si kakaknya dah cubby sangat .montel sebab kuat makan,kuat menyusu ..tapi si abangnya kurus sikit la ,sebab tak nak sangat makan .. hanya kuat menyusu je..
Cuma bila time kita beri makan kat mereka semua kena paksa makan banyak -banyak..

Dan sekarang ni si abang nya memang dah free drypers siang, malam je masih pakai kan pampers sebab baru je si abang nya free dypers.so kena slow-slow step by step nak ajar..

Meh sini kita belanja pic mereka .tapi ini memang picture ulang tayang la..sebab lately ni memang tak ambil gambar pun.. kemalasan melanda...




Dua-dua ni dah melasak .. ada je akal nak buat rumah sepah .. dah mummy nya macam tarzan dah terjerit-jerit.. dugaan kan ..anak -anak masih kecil.. macam ini la...

Vivix Shaklee

Sempena bulan puasa ini dengan baik hatinya shaklee .. mereka adakan bulan promosi vivix.. semua orang tahu kan vivix shaklee adalah sirap yg mujarap untuk kesihatan kita..

Jangan tak tahu ya .. sempena bulan promosi ini vivivx macam biase lah.. [ BUY 6 FREE 1] ..



Banyak kebaikan dan kelebihan apabila kita mengambil vivix shaklee ini.

~ Anti -Aging
~Quit Smoking
~Diabetis
~ SLE
~ Cancer
~ TIBI

ok bagi yang berminat boleh mencuba nya .

#sayajual
#sidshaklee
#1108040
#arlinaabdrahim
#018-3659551