30 January 2014

Cuti CNY dan kisah -kisah lain

Salam semua,

Semalam tak ada perkara nak cerita ditambah pulak dengan kesibukkan yang melanda diri sendiri.

Semalam tengah hari semasa lunch berjaya jugak bukakan buku akaun tabung haji untuk anak-anak.Memang dah niat sebenarnya nak buka kan buku akaun untuk anak-anak sejal mereka kecik lagi, tapi sekarang baru berkesempatan .yang kakaknya dah berumur 4 tahun dah.

Aku masukkan tak banyak pun , ada la sedikit untuk ketiga-tiga orang anak aku, dan akan ditambah simpanannya bulan depan.harap -harap boleh la aku menyimpan untuk masa depan mereka.Tak pe lah duit aku kurang dari simpanan aku, asalkan aku ada jugak menabung untuk anak-anak

Hari ni rasa macam malas je nak keje,yelah kan sekarang kan dah datang musim CNY,harus la rasa macam malas nak keje, padahal aku tak apply cuti pun,sayang la .awal-awal tahun dah apply cuti melainkan ada hal nak buat, jalan nak ke tempat kerja aku,lengang selengangnya.. aku keluar lambat hari ni dari rumah dalam pukul 7.45 atau 7.50 pg kot, dalam hati dah rasa lambat sangat ni, tapi masa punch card tepat-tepat pukul 8 pagi, heheh.. maksudnya tak lambat la hari ni.

Sempena cuti CNY ni , company aku macam biase je start cuti esok iantu Jumaat - Ahad, Isnin keje balik.Aku pun isnin keje balik macam biasa ..Tak ambik extra cuti.cuma company suami aku je cuti sampai hari Isnin. Selasa die mula keje balik.

Esok malam aku dengan family akan balik kampung sebelah suami ,dekat Sg.Haji Dorani ... so nanti kalau aku ada snap pic sawah padi, nanti aku uploadkan kat blog. Emm nak snap pic sawah padi awal pagi mesti cantik , view tapi aku tak ada kamera canggih-canggih la,so pasrah jela kalau pic macam tu ya.

Dalam kepala ni banyak plan nak buat nanti , nak jalan-jalan keliling kampung ,beli nasi lemak yang bungkus daun pisang, makan nasi sambil tengok view sawah padi, buat bbq la. gi jalan-jalan kat sekitar Sg. Besar ..

Banyak kan ..agenda aku ni, pastu last sekali sebelum balik nak menyinggah kat Pasar Sg Besar atau tepi pantai nanti nak memborong ikan-ikan segar.

Hehe..aku nak promote shaklee kat korang tapi disebabkan aku masih belum dapat ID sebagai ahli shaklee lagi,so aku hold dulu. Ok kepada sesiapa yang membaca blog aku ni ,secara tulus nya aku menyarankan kalau ada sesiapa yang berminat nak mencuba produk shaklee boleh tanya aku tanpa segan silu.Insya-Allah aku akan tolong sebaik mungkin .dan kalau berminat nak beli aku akan codekan harga yang terbaik untuk korang ya.

Sementara belum dapat id shaklee ni, uolls boleh la tanye dan survey apa-apa barang dekat aku. nanti aku tolong kan.kalau uolls nak order dengan aku boleh,cuba akan akan pakai id sepupu aku dulu la, tapi jangan risau pasal harge barang, harge tu aku yang akan tentukan,aku akan codekan harga yang mampu milik unutk uolls.

Tanpa segan silu boleh email : arlina@mfdm.com.my
Wassaps /Call/SMS : 018-365 9551
FB:inaarlina@ymail.com

Ok bye.. sekarang kalau tak salah aku ada promosi combo set alfafa.. boleh dapat harge terbaik sampai esok hari .

OK Bye korang-korang .

Jumpa Isnin nanti ..

28 January 2014

cerita semalam

semalam,kan aku cakap ade management meting kan. banyak perubahan dalam carta organisasi syarikat ,dan yang pastinya terdapat beberapa perkara yang pnc

dan alhamdullilah semalam aku dapat gaji,elaun dan kenaikan gaji .walaupun kenaikan gaji yang sedikit,tapi aku tetap bersyukur sebab aku boleh menggunakan duit ni untuk simpanan,dan keperluan dan aku sangat berharap nak kasi keluarga sikit duit,untuk keberkatan

harap-harap dengan harapan dan cita-cita aku untuk tahun ni terlaksana ,walaupon tak sepenuhnya,sedikit sebanyak pon jadi la.

banyak benda nak buat tapi semua ni masih dalam perancangan,dengan kehendaknya jugak.sekarang ni aku rasa macam aku ni dah macam berubah sikit,tapi cukup la kalau aku tahu sendiri .

Apa lagi sekarang hidup pun ok, sikit .. harap semua nya ok .

tak de cerita nak bagitau cuma semalam aku pergi beli biskut auntie annes tu, sebab teringin serius aku tak pernah makan ,semalam la first time makan,selama ni asyik lalu je depan gerai tu dan aku ingat harga biskut tu mahal.bagi aku ok la harge tu tapi kalau nak dibandingkan dengan biskut cap tiger ,biskut tu masih dalam ketegori mahal.sekali sekala ok la kot. banyak perkara yang boleh jimat dengan duit, yelah walaupun x nmpak tapi still boleh cut kos sana sini..

itu bagi pendapat aku yang berpendapatan sederhana ni. ok untuk korang yang bergaji besar ,semua tu terletak di tangan anda..

ok la sebenarnya saje je nak menaip .walaupon tahu tak ada cerita sangat,tapi sebab tangan ni nak je menaip

ok bye.

kawan-kawan semua

salam semua.

hari ni aku nak cerita pasal shaklee,sebenarnya aku tak la hebat sangat pon ,ada orang yang lebih otai berbanding aku ni ..

aku baru je berjinak-jinak nak membuat side business,sebenarnya lebih kepada menjadi ahli untuk diri sendiri,tapi memandang kan selain boleh beli barang untuk diri sendiri kita boleh jugak menolong orang lain jugak.

Ok kalau ada sesiapa di kalangan anda berminat nak try produk shaklee boleh hubungi aku :

sms/wassaps : 018-365 9551

insya-Allah aku akan bagi perkhidmatan dan jawapan yang terbaik untuk anda, tapi x beli pun ok ,nak tanye2 pun ok ,aku sedia layan mana yang aku tahu .

selain itu aku jugak ada menjual produk lain jugak la,seperti sabun susu beras, aura white ,aura white limited edition, harum malam, dan macam-macam produk lagi. Korang boleh tanye ,nanti aku cek ada ke tidak barang ni dengan agen aku.

Lagi satu aku plan nak jugak jual set tabita,tapi masih menunggu perbincangan dengan agen,kalau ok nanti akan aku war-warkan..

ok terima kasih ya sebab baca blog yang tak seberapa,aku pun tak sure ada ke tak orang baca blog ni, tapi kalau ada share-share la bersama rakan-rakan anda.

bye.

27 January 2014

Isnin ni

Salam..

Hari ni ada management meting,entah la dengar-dengar cerita ada perubahan yang management nak buat,meting dalam pukul 10 pagi nanti,habis tak sure lagi maybe sampai ke tengah hari.

Nanti dah habis meting cepat-cepat nak cek duit dalam akaun bank,dengar-dengarnya hari ni maybe gaji masuk... sedih je macam duit ngam-ngam tunggu gaji.ada beberapa perkara nak buat ..

1.Pertama sekali nak daftarkan diri menjadi salah satu agen kesihatan dan kecantikkan.

2. Nak top up credit sebab nak msg beberapa orang pasal hal ni..

Banyak sebenarnya nak buat hari ni,semuanya berkaitan dengan kewangan diri,harap-harap hari ni gaji..


Tapi macam mana ye,selalu dalam 11.30 pagi aku pergi pam susu,macam mana kalau management meting tu lambat habis.harap-harap management meting tu tak lama.sebab lepas tu nak bergegas pam susu pulak.susu dah merudum terduduk dah,back -up susu pun dah habis,tak sure la maybe sebab production susu dah kurang atau tuan badan sedang dilanda mood period yang menjejaskan pengeluaran susu.

Harap production akan kembali seperti sedia kala,selepas selesainya period ni.sebab memmang kalau boleh nak susukan nasuha selama mana yang boleh.


Ok la,atau sedang berfikir nak pam susu awal sebelum management meting,tapi macam rasa tak best pulak ,nanti rakan-rakan sekeliling cakap awal-awal lagi nak tak ada kat tempat duduk kan.

Bertabahkan la ina,cuba untuk pam selepas management meting dan harap management meting tak ambil masa yang lama...


Ok bye.

24 January 2014

Jumaat datang lagi

Selamat hari jumaat semua, x ada benda nak cerita sangat.. cuma ada benda nak cakap tapi buat masa ni biarla rahsia kot...

Ok la bye.mood tak menentu.

23 January 2014

Cantikkan blog

Hmm ..orang lain dah lama cantikkan blog, aku ni je yang baru terhegeh-hegeh nak belajar untuk cantikkan blog.hampeh betuiii la.

Camne ye kalau kita nak tahu berapa orng view blog kita, aku memang kena study sikit la.pastu nak labelkan setiap post kita,contohnya macam keluarga, pasal barangan ke..Pening kepala nie.

Dalam sehari ni hanya 2 je post,nak maintain 3/4 post dalam sehari rasanya macam tak boleh sangat sebab kadang-kadang aku macam banyak sangat masa ,tapi kadang-kadang aku macam sibuk sangat..huisssh.. ni pun hanya dapat post 2 kali je sehari,

Apa nak sembang lagi ya,,ohhh yang pasal kes kematian kanak-kanak 2 tahun tue,emm macam mana ya.. sedih kan..sanggup maknya sendiri berkomplot pasal kes anaknya ,nak buat laporan palsu yang anaknya hilang diculik,bijak sungguh la.. Die ingat polis ni senang-senang je dibodohkan ke..

Marah betul la semuanya gara-gara dadah kan, tu la ,dadah tu musuh utama kita,kesian anak yang tak bersalah menjadi mangsa rakus 3 lelaki yang bodoh,dengan maknya yang tak berperikemanusian tu. Aku tak faham la apalah jenis mak ,sanggup buat anak macam ni,sampai meninggal pulak tu.. kesian kan,tapi xpela Allah lebih sayangkan budak tu,tapi masalahnya kematiannya yang tragis tu yang buat aku sedih tu.

Mak budak ni tak rasa sayang ke kat anaknya,masa mengandung dan bersalin tak rasa sakit ke,tak rasa sedih ke bawa perut tu kehulu kehilir selama 9 bulan.. Aku rasa kadang-kadang kenapa pompuan macam ni tak mati je masa bersalin kan.hidup menyusahkan orang.

Sekarang ni hambik ko,kesalahan menghisap dadah,kesalahan terbabit dengan kematian kanak-kanak tu, dan rasa bersalahnya terhadap hal ni,tapi entah la,tak tahu la aku kalau mak budak tu x de rasa bersalah langsung.. Benci aku ..

Insaf la wahai ibu bapa,lahirkan anak di dunia ni bukan senang,kita kena didik ,jaga dan sayangi anak-anak kita.dan insaflah ramai lagi orang yang diluar sana nak anak tapi tak de rezeki lagi,so bagi aku kalau kita dapat rezeki dari tuhan tu, jagalah anak -anak kecil tu sebaik-baiknya.esok lusa anak tu yang akan menjaga kita kelak.

Sedih.. hukumla golongan ni dengan hukuman yang setimpal supaya menjadi pengajaran kepada kita semua ,supaya tak ada lagi kes-kes yang macam ni..


Maruah seorang isteri

Hari ni nak bincang topik hangat sikit dikalangan para-para ibu semua,yang bapak-bapak sila fahamkan ..aku tak sure kalau ada bapak-bapak yang baca blog aku ni...

Macam ya nak mulakan .. sebenarnya seorang isteri ni mudah aje tanggungjawab nya ,jaga makan pakai suami,jaga maruah suami dan keluarga dan ikut segala suruhan Allah,menghormati kedua ibu-bapa bagi aku Insya-Allah syurga tempatnya..

Tapi kadang-kadang yang sedihnya bila seorang suami tu sendiri mengaibkan isterinya sendirim, contohnya kalau sang suami tu marah isterinya , tolong la jangan marah atau malukan isterinya di depan orang sekeliling,kesian isteri tu,malu dia,yelah walau sebesar manapun kesalahan isteri itu ,kalau nak marah ,marah la di dalam rumah,jangan nak cadang kesalahan isteri di luar, aib isteri tu, malu dia ..orang sekeling akan mengata dan menuduh isteri tu yang salah ,walau pun kadang-kadang isteri tu tak sengaja kan.

Entah la, aku pun hairan la kenapa suami tu sanggup buat macam tu,setahu aku jarang la seorang isteri akan memarahi suami tu depan orang ramai,memang ada jugak segelintir bersikap macam tu, tapi aku rasa tak banyak kot..

Entah .. kadang -kadang suami tu macam nak kena ajar sikit, tapi nak ajar pun tak tahu nak ajar macam mana kan.. entah la..bagi pendapat aku kalau boleh jangan la memalukan isteri tu sebab kang malam-malam kang ko jugak yang nak peluk isteri kau tu kan.. isteri kau jugak yang siap kan makan pakai ko,basuh baju kau,siapkan baju kau..kau sedap-sedap marah marah die ..tak kenang langsung susah payah isteri tu,die jugak la bagi zuriat kat kau kan...

Lagi satu kalau boleh ,kalau nak marah anak-anak tu jangan la keluarkan perkatan yang kesat, aku rasa nanti budak tu akan malu dan self confident dia akan jadi rendah,dan kalau mak ayah tu nak marah ... tolong la ayat tu berlapik sikit sebab setiap perkataan yang keluar dari mulut ibu bapa tu adalah suatu doa kat anak-anak..

Sedih la,sebab kau seorang yang panas baran ,kau ingat nak marah orang sesuka hati je,tanpa mengira tempat..sedih kan.. Kalau la kau rasa isteri dan anak-anak kau tu bukan yang terbaik untuk kau ,kau cari la orang yang lebih baik dari mereka..mereka pun tak susah dan x sedih sebab kau dah lepaskan mereka..dan kalau kau masih sayangkan lagi mereka cuba untuk berubah. Cuba ubah taraf pemikiran kau tu,cuba ubah taraf sosial kau tu dan ingat kau pun bukan la bagus sangat nak cakap yang kau ni bagus sangat..

Benci la aku dengan orang yang perangai begini... kadang-kadang aku rasa kau orang ni patut diajar supaya hormat orang,supaya tahu kalau kau kena maki tu macam mana pulak.supaya kau tahu dunia kau ni kalau tanpa mereka kau bukan la sesiapa pun.kau nothing.

Ok mood aku memang tengah geram,,kang lagi panjang aku tulis lagi panjang ayat -ayat yang keluar kan..# baik diam je.. #

#mood bengang# ok bye

22 January 2014

Hari ini punya cerita

Pagi ini sebelum update blog ni sempat la aku blogwalking ...

Banyak cerita-cerita yang menarik aku baca dari blog kawan-kawan,cuma blog aku je yang suam-suam kuku.. yelah aku ni bukan la seorang yang tangkap gambar,segan pun ade jugak kan,tapi yelah macam tu cara atau teknik nak kasi orang melawat blog kita kan..ade gambar,gambar berkualiti dan banyak informasi..

Takpe aku tak kisah,sebab aku buat blog ni pun sebab salah satu medium untuk meluahkan perasaan selain keluarga aku la,yang jadi mangsa selalunya suami la, sampai dia malas nak layan perangai aku ni.

Antaranya salah satu topik yang aku baca updated cerita yang menunjukkan maksud tersirat.Haa macam tu la ayat nya asalkan korang faham..

1. Update kat mana tempat kita check-in,contohnya macam check -in kat hospital la , macam check in kat KPJ Damansara, kadang -kadang maybe sebab orang tu saje je nak bagitau atau maybe orang tu ada maksud tersendiri ,cuba kalau kita check-in kat GH hospital ade tak kita nak bagitau..maybe sesetengah pendapat cakap yelah hanya hospital kerajaan je pun ..bayaran murah so oarang tak pandang pun.cuba kalau check in kat KPJ ke ..orang kat luar mesti pandang kan..OOO hopsital private ,,

Aku tak cakap orang tapi melalui pendapat aku ,mana-mana hospital pun sama, maybe hospital kerajaan tu lambat sikit service die sebab banyak orang tapi bagi pendapat aku hospital kerajaan kadang-kadang lebih details dari private.. sebab macam kes anak aku yang ke-3 ,dia mcm ade simptom sakit usus yang menyebabkan dia tak boleh membuang, so bila check kat hospital kerajaan with is IPPHKL yang pakar kanak-kanak ,mereka check dia dengan details sekali,dan yang pastinya bayaran yang dikenakan mampu milik.Sebab aku pun bukan dari kelas yang berada, aku hanya biase-biase aje.dan syukur pada kuasa Allah bila anak aku disahkan normal dan tiada apa-apa masalah terhadap usus dan sistem penghadamannya.

2. Show off kat mana kita beli barang,contohnya snap pic gambar paper beg, tempat shopping mall cuba kalau kita gi kedai makan tepi jalan,aku rasa tak ramai yang akan snap pic kan sebab makanan pun biase -biase aje, yang selalu aku perasaan kalau makan kat tempat grand, makanan nya mahal -mahal mesti nak cerita bagai.

3. Selalu nak show off pasal suami,contohnya suami baik hati,hensem,loving ,caring la... semua kalau boleh nak up cerita yang baik-baik je pasal suami la.Pendapat aku la,kita jangan bekap sangat suami kita sebab kadang-kadang takdir,jodoh  di tangan Allah.Kadang-kadang kita tak tahu ada orang yang kat luar sana cemburu dan hanya pandai nak rosakkan kebahagian orang je..

Sebab benda ni pernah terjadi kat diri aku,memang mula-mula kahwin rasa bahagia sesangat,tapi bila datang ujian dari Allah.aku tersedar yang suami kita tetap orang lain ,maksud aku perasaan dan perangai dia tak sama dengan aku ,so aku kena lebih bertolak ansur dan lebih bertawakal,bersedia dalam menghadapi masa hadapan.. Bagi aku semua yang ada didunia ni adalah pinjaman semata-mata ,jika dengan kehendak Allah yang Dia nak tarik balik ,Dia akan lakukan.. so aku kena bersedia dan redho.. bagi aku sedih memang sedih tapi aku kena kuat nak lawan kesedihan tu demi anak-anak,dan aku pecaya kalau hari ni sedih, esok lusa aku akan gembira ..

Apa yang hanya aku dapat buat ,bersembahyang,berdoa kat Allah supaya dikuatkan jodoh kami suami isteri,bahagia dengan anak-anak,anak2 menjadi orang yang berguna ,dimurahkan rezeki dan biar la dalam hati aku ni aku lebih mencintai Allah dari segala-galanya..

Tapi aku pun bukan seorang yang kuat beragama,maksud aku,kadang-kadang aku ni leka jugak dengan duniawi selalu jugak tinggalkan sembahyang, free hair.. tapi yelah aku harap akan berubah ke arah kebaikan suatu hari nanti,take times jugak la kan..

Okay la, ada banyak benda yang nak dikongsikan dengan korang,macam aku cakap sebelum ni,blog yang diciptakan ni sebenarnya lebih kepada pendapat,luahan perasaan,kehidupan yang aku lalui seharian bersama suami dan anak-anak,ada cerita sedih,gembira,dugaan keluarga kami,dugaan diri sendiri .so aku memang tak paksa korang baca ,kalau korang tak suka aku tak halang sebab aku tak boleh nak puaskan hati semua orang kan..terpulang ... dan kalau korang rasa apa yang aku tulis ni x betul ,takpe ..itu pendapat masing-masing..

Ok ,hari ni mood nak kerja macam tak ada sebab asyik teringat nak balik je,hari ni aku half day ...nak jumpa mak abah,,mak abah nak gi umrah malam ni...sedih.. tapi takpela semua ni untuk kebaikkan mereka kelak .

21 January 2014

Baru nak mula cerita

hi, korang-korang semua..

Baru je nak taip ni cerita,banyak sangat keje nak buat sekarang ni ..

Tak ada idea la nak cerita .. ok korang semua ada tak wassaps group dengan budak-budak kolej.. aku ada ..tapi yang ampun riuhnya semua budak-budak ni semua..sebab dah lama tak jumpa kan.so kecoh la line wassaps panas.ade je orang mencelah

Terimbas kenangan lama je, yelah masa zaman hingus-hingusan .. banyak ragam,banyak kisah ..macam -macam hal yang berlaku.time tu kan semua masih single ..so banyak la gelagat yang kelakar bila ingat-ingat kan balik ..

Rindu dengan zaman kolej-kolej dulu.. teringin nak jumpe mereka semua tapi yelah ..ada je masalah bila nak jumpa mereka.. maybe suatu hari nanti bila dah jodoh kitaorang akan jumpa jugak kot..

Korang ... aku rindu la zaman -zaman dulu,gi mandi air terjun,gi beraya kat rumah member masa Raya Haji,gi beli makanan ramai-ramai,gi outing ... ade kelas malam, ada aktiviti malam koir, dikir barat.. best la..

Rindu korang .. tetiba kan..

20 January 2014

produk-produk

Ni nak habang mai,sini secara sukacita nya saya mewarwarkan saya menjual produk-produk ni,

Saje je mencari pendapatan sampingan,yelah berniaga tu boleh menambah kenalan dan memajukan minda sebab kena pandai mengira,berkomunikasi dan secara tidak langsung boleh la aku retired muda dari kerja sekarang dan fokus dengan kerja yang insya-Allah ni.

Meh sini gambar yang aku nak share. harge boleh pm saya ya. ( no saya : 018.365 9551)


Produk terbaru aura white stemcell collagen 

 Sabun susu beras

Aura white jugak


Koko Minda baik untuk kanak-kanak ,ni macam air milo ,rase sedap ,koko kan sape yang tak suka ,aku pun suka jugak


Tabita skincare.Ni trial pek : tapi buat masa sekarang ni tak ada stok so kena tunggu stok tapi uolls boleh la pm harge ,nanti ada stok aku roger uolls ya.

D'hers pun ada jugak,tapi aku kena tanye agen dulu ,ade stok ke tak ade,

Last but not least : uolls dialu-alukan untuk sms/wassaps ..kalau nak tahu dengan lebuh lanjut.Nanti boleh la aku bgtau harge sekali ..Yang pasti harga yang aku bagi lebih murah dari harga yang orang jual kat luar,eceh-eceh ya ke.. harap-harap la kot.. 

Pastu nanti kalau uolls nak tanye kebaikan /kelebihan pun boleh jugak.tak semestinya kena beli .. Tapi kalau uolls beli lagi la ai suka .. hehehe

Ok bye nak balik..no fon aku dah tulis nanti boleh tengok la .

Dunia ni pinjaman semata-mata

Salam semua,

Dah makan ke semua ni,baru je lunch tagi menyinggah kat Lembaga Tabung Haji.. sebab tu tajuk pun ala muslimah sangat.eh aku la tu.. orang lain x tau la ye...

Tadi kan menyinggah kat tabung haji so macam kat hati ni terkesan la jugak nak pergi umrah,haji masa muda muda ni,kalau dah tu tua-tua takut  tak larat plak kan,tapi takpe lah kalau dah rezeki nanti ada la tu,yang penting menyimpan kan..

Banyak sebab kenapa aku menyimpan duit kat akaun tabung haji nie, antaranya aku menyimpan untuk masa depan diri sendiri nak kumpul duit untuk gi haji nanti,nak gi umrah nanti, aku menyimpan duit untuk simpanan duit anak-anak aku nanti, yelah kalau simpanan kat akun bank lain, asyik kena keluar je duit tu .yelah sebab ada kad atm kan..kat mana-mana pun boleh cucuk duit.tabung haji lain sikit sebab tak de kad.. susah sikit nak keluar duit..

Tadi aku request sekali kat staff tabung haji nak buat potongan secara online kat akaun bank,pastu mereka cakap sekarang ada sistem kalau nak update buku tabung haji boleh online je,tapi kena register dulu la baru boleh online..so kalau nak tengok baki duit ke ..boleh je online..tak yah lagi nak gi cawangan mereka..senang kan ..

Aku tak sure kalau banyak orang yang tahu ,tapi aku baru je tahu sebab sebelum ni potong je duit dari akaun gaji,tapi tak pernah update buku pun ..


Ni die websitenya.tapi mula-mula korang kena gi pejabat tabung haji dulu,pastu cakap la nak buat online banking ke la.. nanti mereka akan cetak alamat korang dekat satu helai borang ,dan isikan alamat atau buitr-butir yang kosong ,macam taraf perkahwinan,no telefon,pekerjaan,nama ibu dan lain-lain lagi.

Pastu mereka akan bagi no pin untuk online mytaha ni,bila dah masuk website tu nanti korang boleh la tukar no pin korang,mengikut kesusaian diri sendir ..see senang je kan.

ok dah bagi sedikit informasi kepada uolls , nanti bila free boleh la view website ni...

luahan perasaan pulak

hisshh ..pagi-pagi buat orang bengang..

X faham la kenapa ade je orang yang nak mendengki,, apa la salahnya tolong support bukan minta banyak pun bukan minta duit korang pun.. aku just share ape yang aku nak jual ..kalau berminat beli,kalau tak minat diam -diam je la..

Orang melayu macam tu la kan.. cerita macam ni,, aku baru je nak jual barang ,maksudnya aku tengah memang nak guna barang tu so ,sebab kalau beli satu mahal,ape la salahnya kalau aku ambik order untuk orang sekali supaya aku dapat murah dan selain dari tu aku boleh dapat unrung jugak..

Sedara-mara sebelah suami aku ada wassaps group,so mula-mula aku ingat kalau nak iklan kan boleh la jugak kot,tapi x de la sampai aku nak memaksa mereka nak beli ,mana la tahu ada yang berminat kan,boleh la jugak aku dapat untung kan.tapi kecik hati jugak la kan sebab mereka buat ayat perli-perli macam asyik nak iklan kan produk kecantikkan je,barang lain x ade jual ke,, lepas adik ipar boleh pulak cakap macam ni yelah wassaps ni macam sumber pengiklanan jugak la mana tahu boleh menjana pendapatan kan.

Ko x payah la nak perli-perli macam tu siap ada hahaha lagi,makne nya ko bermaksud nak gelakkan aku la kan.. yelah aku ni bukannya kaya macam korang ,korang tahu menghabiskan duit yang ada je,aku ni memang nak cari duit unuk family dan diri sendiri .. aku tak paksa pun kalau korang nak beli ke tidak ..kalau tak nak x pe la ..x paksa pun.. yang korang nak perli-perli dah kenapa kan..

Poyo betul ..xpe korang kaya ,nanti kalau korang x ade buat memang korang akan cari jugak duit sampingan nak dapatkan duit ... dunia ni bulat ,tak selamanya korang kat atas,lambat-laun korang kat bawah jugak ,dan kena ingat jangan sebab korang tak jual barang korang ingat orang yang menjual tu miskin.yang sebenarnya orang yang meniaga ni lagi banyak duit dari orang yang makan gaji.. berapa la sangat gaji korang tu kalau nak ikutkan gaji orang meniaga yang boleh dapat duit 100 sehari ..

It's ok.. aku nak tengokkan je,selama mana korang tu berduit,kalau kaya tak payah nak harapkan duit laki la,cari duit sendiri ..poyo,berlagak ..macam bagus ..

Ok la,, aku tengah marah ni ,tapi kang terkeluar ayat -ayat yang tak baik pulak.. aku ingat ape yang mereka cakap kan.. kalau setakat kerja /gaji 2000 tu jangan nak berlagak sangat la.. kalau asyik gi mesin atm cucuk duit,lama-lam duit habis jugak kan..

Harap Allah permurahkan rezeki untuk anak-anak aku,keluarga dan diri sendiri ...

Biasa la nak berjaya banyak rintangan kot.. ini ujian pertama yang kena tempuh...

Macam-macam hal

Hee.. semalam cuti kan..nak dijadikan cerita semalam anak aku yang pertama dengan yang kedua tu tak sihat pulak..

Yang pertama tu batuk-batuk,aku syak sebab maybe dia banyak sangat makan rambutan kot,dan anak aku yang kedua tu pulak maybe banyak sangat makan rambutan pastu memang sekarang kat musim demam..

Kesian dia ..layu je,kalau tak dia la yang paling hero,yang selalu dimarah ,disayang .. tu je la...semalam petang pergi klinik ,suhu die 39c ,dan masa balik nak ke rumah tiba-tiba je die muntah.. habis baju suami,baju dia,dan baju kakak sekali kena muntah die..

Harap-harap hari ni suhu dah ok sikit la kot ,sebab aku kalau nak cuti ni susah sikit,,nanti management bising pulak kan..

Lagi pun 22 hb ni, mak aku nak pergi Mekah .. so suami aku dah half day,dia tanye aku kalau -kalau aku boleh half day ..aku pun tak pasti lagi macam mana ... tengok la dulu keadaannya nanti..

Ok la.. nak pergi tabung haji ni,tapi boss ade plak,, macam mana baru ingat nak lari kejap...kena tunggu boss mengadap ceo dulu la nampak gayanya...

Aura white & sabun susu beras

Hi,

Selamat pagi, masing-masing ok tak pagi ni, ke ada yang lemau sebab dah lama bercuti..yang lemau tu aku la tu.. sebab hari Jumaat ,Sabtu & Ahad cuti kan,pagi ni masa nak gi kerja macam malas..

Ok hari ni nak cerita pasal produk kecantikkan .. haaa.. sekarang ni aku ada menjual produk aura-white,tabita skincare dengan sabun susu beras.. aku hanya jual 3 je dulu produk kecantikkan ..kalau ok nanti aku tambah lagi..

Yang sebenarnya tujuan aku jual ni sebab aku nak guna produk ni,dah alang-alang aku jual ,aku rasa jual la untuk korang jugak kan..sharing is caring gitu..

Harga murah kot bagi aku la.. contohnya macam ni :

Aura white : RM 110.00 ( free botol shaker & serum)

















Sabun susu beras : RM 8.00 seketul tapi nanti aku confirm kan balik dengan agen .. nanti aku updated











Semua produk ni aku boleh cod kalau uolls tinggal berdekatan dengan Petaling Jaya (maksud aku sekitar PJS ya .. tapi kalau uolls nak cod boleh bagitau aku alamat,nanti aku akan cuba usahakan) kalau tak boleh pun nanti aku akan bagitau jugak..

Untuk pengetahuan korang segala harga kos penghantaran akan dicas kepada uolls la,aku ambik harga kos dalam RM 10.00 je..


Ok hope korang berminat nak try produk ni..apa-apa perubahan akan aku bagitau nanti

Korang boleh wassaps /sms /call aku no ni ( 018-365 9551)

atau boleh layari fb aku : inaarlina

atau boleh tengok blog aku ni : arlinasuha.blogspot.com

Paling senang korang call je la..

Ok la ..nak stop dulu sebab nak gi tabung haji kejap ..



16 January 2014

Budak kecik aka baby suha saya...

Saje je nak upload gambar budak kecik ni ,dalam blog..sebenarnya aku ni bukan orang yang rajin sangat ambik gambar ,plus aku ni ambik gambar biase-biase aje..

Ni saje je nak up gambar budak kecik..nanti bila besar nanti budak kecik ni blog tengok blog mummy kamu atau sebagai kenangan mummy bila-bila nanti..


# Masa ni umur budak kecik ni dalam 3 bulan .tengok tembabnya budak ni .. penangan minum susu ibu # siap tangan tumbs up lagi ...





# Tak sure masa ni umur die berapa bulan ,tapi kalau tak salah aku masa ni umur die maybe sekitar 3/4 bulan kot#


# Masa ni die  dah pandai merangkak dah .rasa nya dalam 5/6 bulan kot #


# Haaa .. ni gambar terbaru baby suha.. aku snap pic ni semalam ... lepas balik kerja layan anak-anak dulu sebelum masak ... masa ni dia tengah makan kuih kasuie .(macam ni ke ejaan nya) aku pun tak sure... dah tak semangat dah,minggu lepas demam, minggu ni macam batuk dengan selsema pulak #

Kejap je kan,, nanti tak lama lagi dia dah berjalan ,berlari pastu nanti mesti dah lasak macam kakak dengan abang dia...Sekarang ni pun dia dah boleh berjalan sikit -sikit lepas tangan,kadang-kadang tue masih berpaut pada dinding,meja ,sofa.. pastu terkedek-kedek jatuh ,merangkak balik ..hehehe..comelnya.

Hahaha.. mak sape kan yang tak puji anak die sendiri kan..hehehe...


Cerita kami

Hi uolls, masuk office pagi ni, sempat la aku blogwalking kat blog-blog yang aku selalu follow ,just baca cerita -cerita atau kisah yang menarik pagi ni,salah satunya macam mana nak tidur berasingan dengan anak-anak..

Aku ada jugak terfikir nak asingkan anak-anak tidur bila mereka dah besar nanti,sekarang anak aku yang pertama dah berumur 4 tahun... memang kami suami isteri ada jugak terfikir nak asing kan dia tidur.. nak kasi die merasa ada bilik sendiri dengan decoration bilik ala-ala princess..biasa la budak perempuan kan .mesti nak feeling-feeling princess...

Tapi bila baca artikel yang blogger ni tulis rasa macam biar la mereka tidur dengan aku walaupun menyepit -yempit 5 beranak tidur satu bilik.Nanti bilik mereka dah besar belum tentu kita dapat berkongsi atau tidur sebilik dengan mereka..

Anak aku yang sulung tu selalu cakap

"Selamat malam mummy "

" Nak tidur ni"

" Good night"

Pastu aku selalu ajar mereka baca doa-doa yang senang  dan surah Al-fatihah..

Sekarang anak pompuan aku bila nak terkencing je tengah malam selalu kejutkan aku atau kejutkan suami ,kadang-kadang dia akan minta aku tolong pakai kan panties die sebab dia masih mamai-mamai lagi..

Bila agaknya aku akan repeat lagi benda yang sama kan.. bila mereka dah besar nanti maybe mereka tak akan perlukan kita lagi..

Aku selalu berharap bila anak-anak aku dah besar nanti,aku selalu berharap yang aku akan treat anak-anak aku macam kawan-kawan.Tak ada rahsia antara kita..walaupun aku ada seorang je anak lelaki tapi aku harap dia pun akan cerita semua perkara kat aku...

Rasa risau dan tak bersedia bila anak-anak besar nanti... tu la kan.kadang-kadang being mak-mak ni aku rasa memang berfikiran macam ni kot.sebab selalu je risau benda yang akan datang.tapi being mak ni juga selalu .bagi aku pengalaman yang indah dalam hidup aku ni .

Betapa bestnya bila melihat anak-anak membesar dan best nya bila anak-anak puji masakan kita sedap walaupun hanya masak sayur campur dengan telur..malas masak puncanya ..jadi la nak oiii...

Aku harap masa akan berlalu dengan lambat supaya aku dapat menikmati pengalaman indah ni bersama keluarga..

15 January 2014

Semalam & hari ini punya cerita

Heloo uollssss...

Apa nak cerita ya,, okay semalam tak pergi mana-mana pun, duduk umah dan tak kemana-mana..suami kerje semalam,,tak sekejap je la..

Semalam pagi macam biase, menu breakfast nasi goreng dengan sambal sotong.. berselera anak beranak makan..licin ..senang hati mak kau nak  basuh pinggan.. pastu lepak-lepak sambil tengok tv cerita apa-apa yang best la..antaranya "maharaja lawak la" faveret all time kami sekeluarga...

Pastu suami bosan ,ajak pusing-pusing taman naik motor.. sambil-sambil tu beli minyak masak la..nak masak tengah hari pulak.. Pastu siap-siap kan bahan nak masak..

Aku masak Kurma ayam , dengan sambal ikan.. see kan aku dah bagitau suami memang hantu sambal...pastu lepak depan tivi terus tertido.. dalam 4.30 mcm tu suami siap-siap gi kerja jap..sambil -sambil aku layan anak-anak la tengok cerita kartun...

Dalam pukul 8.30/ 9.00 malam suami balik... hidang kan dia makanan.. pastu makan malam sesama.. pastu dalam pukul 11 malam macam suami komplen lapar. so sebagai isteri yang baik la sangattttttt .. masak kan suami maggi,anak-anak pun nak makan maggi jugak, mak budak pun sama jugak tumpang sekaki..

Ha..tu je nak cerita...

Hari ni.....

Macam biasa bangun dalam pukul 6.30 pagi,siap-siap baju suami dengan baju aku, kemas rumah sikit-sikit,buang sampah.. tapi sempat lagi basuh sweater suami ,sebab dia cakap sweater dah busuk... mandi. siap-siap kan anak,pastu siap nak pergi kerja.. keluar rumah dalam 7.30/7.35 pagi... sampai ofis dalam pukul 7.50 pg la kot...

Haa macam tu la .aktiviti harian aku sewaktu bekerja.. anak macam biasa la hantar rumah babysitter ... tapi kakak pagi-pagi je nangis cakap tak nak gi umah mama dia..entah tak tahu sebab apa..bagi aku maybe dia mimpi kot.pastu upah gula-gula.. dah ok je..

Ok la bye.. nak sambung buat kerja...

Aura White

Ini diantara kelebihan penggunaan aura white, kalau uollss nak tahu , ada banyak betul kebaikan dan kelebihannya..

KEISTIMEWAAN AURA WHITE GLUTA COLLAGEN 400,000MG 
*50% pencerahan ketara dalam masa hanya 1-2
* memulihkan kulit rosak, berparut, kusam dan bermasalah
* menjadikan kulit lebih anjal dan elastik serta lembab
* mengurangi kedutan dan garis2 halus
* mengecilkan pori2 kulit
* menguat dan mencantikkan kuku dan rambut
* meningkatkan sistem imunisasi badan
* mengurangi radikal bebas dan toksin di dalam badan
* mengatasi masalah jerawat dan jeragat
* mengurangi sakit radang/sendi
* mengandungi prebiotik dan 3 kali stem sel
* sesuai untuk ibu hamil dan menyusui bayi
* membekalkan tenaga optimum sepanjang hari
* mengurangi kolesterol
* menghapuskan parut, tumit merekah dan selulit
* meningkatkan kualiti tidur
* sesuai untuk lelaki dan wanita
Produk pencerahan kulit yang harus dicuba, menghapuskan kekusaman, mengembalikan keserian dan kelembutan kulit secara keseluruhan. Satu2 nya produk keluaran Malaysia yang menggunakan teknologi stem sel hasil gabungan 3 jenis tumbuhan/buah - tomato, epal dan roselle serta ditambah benefit kehebatan lain, L-glutathione dan kolagen ikan talapia!



Dengan ramuan berkualiti premium yaang diadun bersama bahan semulajadi terbaik seperti lemon, turnip, strawberi, maquiberry, betik, sarang burung, astaxanthin dan pinebark, pastinya gabungan mantap yang memberikan 3 kali kuasa pencerahan kulit malah berupaya merangsang penjanaan sel2 kulit baru serta memperbaiki tekstur kulit agar lebih halus, lembut dan sekata hanya dalam 14 HARI !!

FORMULA LENGKAP
Diperkaya dengan antioksidan yang sangat tinggi membantu melambatkan penuaan kulit. Ia membantu menyerlahkan kecantikan kulit, mengurangkan radang serta berupaya memulihkan sel tisu.

RASA YANG LAZAT
Berperisa lemon berry bukan sahaja enak diminum tetapi membekalkan
 
khasiat yang tinggi untuk mengekalkan kecantikan dan kesihatan dalam satu masa.

TANPA BAHAN TAMBAHAN
100 % semulajadi dan selamat ,tiada tambahan gula, bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan. Bebas hormon,steroid dan bahan kimia oleh SGS.



 CARA PENGAMBILAN: 
1) Masukkan 2 scoop ke dalam shaker dan goncang.

2) Bancuh menggunakan air mineral /air bersih biasa.. Tidak digalakkan menggunakan air panas kerana dikhuatiri zat-zat aktif akan mati dan hilang

3) Jauhi minum / makan dari sumber yang mengandungi kafein seperti kopi, teh dan sebagainya kerana kajian menunjukkan kafein mampu menghilangkan zat aktif dan tidak baik untuk kecantikan kulit.

4) WAJIB minum air masak / mineral /air bersih sekurang-kurangnya 3-5 liter sehari untuk kadar serapan yang cepat dan kesan yang pantas.
 

5) Cara yang sesuai untuk pengambilan AURA WHITE adalah semasa perut kosong. Di sarankan ambil pada waktu pagi (2 jam sebelum sarapan) dan malam sebelum tidur (2 jam selepas makan malam)

## Aku copy dari web site orang ni,, maafkan saya ya..##

kalau uolls berminat boleh sms / wassaps aku ya:

SMS : 018-365 9551 
Wassaps : 018-362 9551

RM 130.00 + free gift

Thanks.. k.bye

Impian

Semua orang memang mempunyai impian,tak kira tua atau muda,macam yang sebelum ni aku cakap,aku pun mempunyai impian tahun 2014.

Antaranya impian yang utama sekali.. kalau boleh aku nak buat side business untuk diri sendiri dan keluarga..
Korang pernah dengar tak satu produk ni aura white.. kalau pernah ,korang mesti tahu akan kebaikannya..
Ini adalah salah satu impian aku sebab disamping aku ingin menggunakkan product ni unutk diri sendiri, aku juga nak berkongsi dengan korang utk ambil order..nanti aku boleh orderkan sekali untuk uolls..

Kalau korang berminat,nanti korang boleh la selit order sekali .


Pic ni aku ambil dalam website je,sebab aku belum contact lagi agen tu untuk tahu prosedur nya lagi. Yang aku tahu kalau nak order paling minimum aku boleh order 5 botol... so kalau uolls baik hati ,boleh uolls order sekali dengan aku...

Sebab kenapa aku nak sangat try produk ni,sebab aku pun dah 3 series,so kena lah membaiki tisu-tisu yang kurang aktif dan disamping tu aku memang nak sesangat la... hahah tu je sebab yang paling utama.. memang nak sesangat..insya-Allah..harap aku nanti ade rezeki la nak try produk..

Kalau ade sesiapa yang membaca blog aku dan berminat nak cuba aura white ni disamping membantu aku nak selit order sekali boleh wassaps aku ya.. tp kena bagitau la ..sebab aku ..kang tetiba aku tak kenal nombor ni aku tak reply pulak..

Wassaps : 018-3659551 

Ya... ok bye..nanti nak try call agen tu apa lagi free gift & harga sebotol ..

Ok bye..

13 January 2014

Cerita hari ni

Heee..macam lah ada banyak sangat orang nak baca blog aku kan,x pela ,aku tak kisah pun,tujuan aku buat blog ni sesaje ,dapat luahkan apa yang aku fikirkan ,,nak cerita kat suami belum tentu dia nak support kan,baik la kita meluahkan kat blog je..

Hari ni tengah hari makan kat Restoran Sedap kat Dataran Prima, sesiapa yang kerja sekitar Kelana Jaya mesti boleh tahu kat mana letaknya Dataran Prima kan, restoran tu sebenarnya kedai mamak kot,tapi anak orang melayu masak untuk lauk atau makanan panas , yelah tak semua orang suka kari /nasi kandar kan. macam hari ni aku makan tomyam campur,nasi putih dengan telur dadar ,dan air plak ,,limau ais ..semua sekali kena rm 10.40 kot.

Harga makan pun dah naik sikit dari sebelum ni,takpe la,nak buat macam mana.tapi yang pasti hari ni tomyam campur dia memang sedap la,sampai aku hirup kuah dia ..huissshh panas,menletop.next time nak cuba mee goreng basah plak..dari hari tu asyik nak order je,tapi bila mengenangkan makan mee boleh kenyang ke nanti,terpaksa la order nasi jugak.apa nak buat ..aku kalau lapar rasa macam nak marah je,memang dasar kuat makan kan.

Ni kat luar sekarang nak balik pukul 5.30 ,laki dah balik dah,sebagai isteri mithali kena la balik jugak sebab dia dah komplen lapar..ok2 la ..lgpun esk kan cuti umum kan..marilah balik cepat..eh apa kaitan kan.hehehe

Nak cerita apa pun tak tahu saje je suka-suka membebal..
Apa yang terlintas kat otak aku ni,tu je yang aku taip je..

Korang kalau rasa aku ni syok sendiri ke,apa ke,takpe ..mak x kisah ..asalkan boleh je suka-suka hati nak taip dan cerita apa-apa..

ok la..dah 5.30 ..nak balik dah..hehehe...


Monday blues

Hi,

Bertemu kembali kita kan.. tapi sebenarnya tak banyak cerita nak share ..sebab minggu lepas iaitu sabtu dengan ahad ,aku sekeluarga tak gi mana-mana pun .. just aktiviti biasa je,bangun pagi,gi pasar beli bahan basah..jalan-jalan jap ke pasar malam..dan lepak depan tv sambil tengok cerita-cerita yang aku record kan..

Anak aku minat giler dengan maharaja lawak mega, kalau ada iklan maharaja lawak tu mesti semua terhenti main dan akan cakap dengan aku macam ni " Mummy lawak mega.. mummy" ..tu la penangan sebab tiap-tiap minggu tak pernah missed racangan tu kan.. sampai mereka tahu sepah tu,jambu,bocey,boboiboy dan lain-lain lagi la..

Pagi tadi masa aku on the way ke tempat kerja kemain lagi jem tak ingat,tak tahu la sebab apu, nak kata accident, aku tak nampak pon accident nya ,kereta rosok pun  tak nampak..entah la.. nasib baik la office aku ni tak jauh sangat dari rumah,tak la merasa nak keluar subuh-subuh kan..cuba bayangkan kalau office dengan rumah jauh,mesti subuh-subuh lagi dah start kereta nak ke tempat kerja kan.. Entah la macam mana la kalau ada anak-anak kecil ..mesti macam kesian je nak kejutkan mereka pagi-pagi ,pastu balik pulak lewat sampai rumah..tu la agaknya pergorbanan ibu-bapa untuk masa depan anak-anak kan..

Aku pun terasa jugak la dengan kenaikan harga minyak, harga barang ,semua barang ,makanan pun dah naik harga.. sebab tu la sekarang ni kebanyakkan ibu-bapa kena bekerja tak kisah la bekerja macam mana pun ,, bekerja dari rumah ke,buat side bussiness ke, yang penting mesti ada pendapatan ..

Macam semalam aku gi kedai nak beli santan ,sebelum ni santan 1kg rm 5.50 semalam masa beli santan dah naik harga rm 6.00, tapi apa nak buat kan.. nak buat santan x ade mesin parut kelapa,,reda je la ..kalau  nak masak gulai kena la pakai santan kan..tak kan nak pakai air je kan ...

Tu la sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak nak cari pendapatan sampingan,kalau tak ada pendapatan sampingan macam mana nak tampung keperluan yang semakin naik ni kan...kalau nak harapkan gaji suami je,setakat rm 3000 keatas tu belum cukup lagi kan, sebab tu para isteri yang bijaksana ni kena berbelanja dengan cermat, sebab nak save kos, nak buat simpanan untuk masa akan datang.

Husiiiih kalau cakap pasal gaji,kenaikan harga barang atau apa-apa barang yang naik ni memang tak habis la..untuk kepentingan keluarga dan diri sendiri ..marilah kita menyimpan,membuat side bussiness.. aku bukan nak cakap dengan uolsss.tapi sebenarnya untuk peringatan diri sendiri jugak,sebab masing-masing ada kehendak masing-masing kan,ada niat masing-masing..

Cukup la membebal pasal hal ni,ok nak sambung kerja ..esok cuti,hari mengemas dan melipat baju ,dah sebakul baju yang tak berlipat..huhhh...lap peluh..

10 January 2014

Uollss..

Hi,

Baru terhegeh-hegeh nak update blog padahal ,pagi tadi bukan banyak sangat kerje kan.. biasa la mood nak updated blog tak ada sebab tak ada gambar nak sahre kat uollsss.. ada ke orang kisah kan.. hehehe..

Ok, ada sesiapa tak yang tengok cerita korea semalam pukul 9.00 malam " The Inheritors" semalam last episode kan,tapi cerita semalam tak macam yang aku expect la..kalau boleh aku bayang kan yang gf Kim tan tu family die terima, pastu kawin ke ,ada anakke ,pastu Kim Tan dengan Young -Do tu berbaik semula macam dulu-dulu..takpe overall ok lah cerita tu sebab hero dengan heroinnya cun dan cute..

Tapi semalam aku terlepas nak tengok program " Pencetus Ummah" banyak budak ofis aku komen ..tapi aku tak tengok pulak..takpe lah nanti mesti Astro Oasis ada buat ulang tayang..

Hari ni nak balik pukul 5.30 ,sebab nak fikir nak masak apa..tapi masalahnya aku memang tak ada idea nak masak apa... tambahan pulak anak aku yang kecik tu bby suha demam..kesian dia ..sah-sah asyik nak melekap dan dukung je la kerjanya..takut kang mak dia x boleh nak buat satu pon kerja nanti..

Tadi baru je beli telekung lycra.. bagi aku cantikkan la sebab terletak je tak ada la nanti bila angin tiup terbang -terbang... tapi nanti aku snap pic..tapi ini bukan entry nak menunjuk tau sebab aku tahu banyak lagi orang dah pakai telekung macam tu, aku je yang lambat nak pakai.. sebab tak salah aku dulu harganya mahal kan,sekarang macam mampu sikit..

Maybe esok aku tak kemana-mana kot,sebab suami aku kerja ..so duduk umah diam-diam je lah... tengok la macam mana nanti..Okay la, nak dekat pukul 5.30 dah..nak siap-siap balik..hari macam mendung je,nanti lambat -lambat hujan plak..pastu maybe nak singgah beli ikan ke..tengok la kalau rajin nak masak mlm ni.

Heeee. bye uolls jumpa next week ya..hari senin..

09 January 2014

Salam tengah hari..

Baru lepas makan nasi goreng kampung, kekenyangan sesangat, makan plak dengan officemates ..tapi aku makan dengan orang lelaki ,mesti banyak orang pelik kan kenapa makan dengan budak laki, macam tak ada orang pompuan plak..

Sebenarnya, staff perempuan kat level aku ni ada 1 org je, tapi hari ni dia mc plak ,yelah kawan aku ni tengah mengandung sekarang,so keadaan tak berapa stabil la... bukan ni yang nak aku cerita kan sebenarnya..

Sebenarnya,aku dah lama berniat atau bercadang nak try aura white,dari dulu lagi.. kalau ok dengan results dia memang akan menjadi pengguna yang tegar la kot.. tapi dalam hati ada jugak niat alang-alang dah jadi pengguna aura white ,apa kata aku jadi jugak agen untuk uolls kan,dengan kata lain maybe aku boleh selitkan order untuk uolls sekali kan..

Sebab bila baca feedback atau testimoni dari pengguna rasa macam best je nak try.. so mari lah menanam azam untuk mencuba produk ni, kalau uolls nak boleh email kat aku atau boleh komen.. nanti aku akan baca dan bagi feedback.. meh la try, mana tahu kan,muka yang kusam ,tak bermaya tu ,boleh berseri-seri dan bertenaga nanti.. Insya-Allah dengan izinnya la..

Untuk permulaan aku nak order dan tunggu respon dari uolls sampai hujung bulan ni,kalau ok nanti hujung bulan ni aku akan order kan..maybe ini permulaan business atau penambahan rezeki untuk aku,sape tahu kan.. Insya-Allah..

Doa-doakan kejayaan aku ya...

Kena says thanks dulu kot ye pon...

ok bye.

07 January 2014

Anak-anak punya cerita..

Sejuk je perut mak ko nak ,bila tengok anak-anak main sama-sama..tak ade gaduh-gaduh.tapi time mereka gaduh-gaduh bengang je mak ko ni nak.yelah dah la penat balik kerja pastu korang gaduh-gaduh ,pastu nangis-nangis , jerit 2 tekanan mak ko nak..

Ni masa aku snap ni tetiba semua pandang aku,, ok la.. time ni semua gembira-gembira tapi kalau gaduh macam tak best je...

Hari ni macam banyak idea nak story kat uolls ... kang tak ada idea kang diam tetiba.. biasa la idea tengah mari meh la kita update selagi boleh ...lagi banyak sangat pending gambar nak story  kat uolls .. nanti tak ada la nak rasa bersalah snap picture tapi tak share kat blog ni,

Mana la tahu nanti besar anak-anak aku boleh la tengok blog ni kan,, maybe masa aku dah tak ada kot..sedih la pulak... ehhh tetiba..


anak-anak jangan gaduh-gaduh ya, nanti besar jadi budak yang baik ya,& tolong satu sama lain.

ok bye....

Nasuha pegang botol susu

Pic ni masa aku tengah meriba baby suha sambil tengok tv,,tetiba nak die syok je tengah pegang botol susu kakaknya..sambil nyat-nyot..kalau uolls nak tahu kat rumah aku memang tak ajar anak aku hisap botol ..sebab dia direct feed dengan aku..so botol susu yang ada hanya untuk minum air kosong je lepas makan..tapi tue pun dia jarang guna sebab susu maknya lagi dia suka hisap...

Tapi kalau pengasuhnya memang hisap susu guna botol la... dulu pon aku ada komplen dengan suami sebab dia nak mengempeng je kan,maknya tak boleh nak rehat dan nak buat kerja.. so solutions nya kasi dia hisap puting,tapi putingnya hanya bertahan sekejap je,sekarang nie die tak nak hisap puting dah..malam pun tak nak hisap puting jugak ... masak aku asyik nak mengiring je ,, penat mak ko nak..


Ko dah kenapa nak oiii.hisap botol ,mata pandang tivi.. tak kelip-kelip mata tu,maknya snap pic pun tak perasaan, pusat pun nampak nak oii.. hishhh ... malu betul la awk ni suha..


Ok daa... uolls.. hari nie banyak free sebab boss tak ade gi medical check up, haha... mengularnya staff die ni...

Random makan..

Kalau uolls nak tahu aku sebenarnya memang kuat makan,asyik lapar je, asyik la ada kudap-kudap kat ofis,sampai budak ofis pun tahu kalau aku tak makan mood marah cepat je naik .. maybe sebab aku ni susu badan ..kot.. aku rasa ala..

Tapi hari tu aku timbang berat badan dah naik ,masa aku start kerja kat sini berat badan baru 52 kg ,haa.. sekarang berat badan dah 55.8 kg ,lagi 200 gram je nak 56kg,baju pun macam sendat sikit.. tapi ok kot sebab suami aku cakap ok ,tak yah kurus lagi , nanti dia cakap kalau peluk aku rasa tulang (opsss..)

Ok ni pic breakfast aku pagi ni, banyak kan aku makan..roti tu utk kudap-kudap je ..bila lapar makan sekeping ,lama-lama habis la tue..


Air suam,milo ,cucur ikan dengan roti gardenia.. pastu ni plak pic aku makan malam .. masa tu datang penyakit malas,so masak sardin je..dengan sayur cap choi.. memang sayur tu peberat aku ..


kenyang dan ok la dari makan telur kan,, syukur la ... sardin pun sardin la.sebab suami aku memang suka makan sardin dengan telur dadar,ikan masin...


Ok bye..


Selamat pagi semua..

Hi,

Pagi ye kawan-kawan walaupon (heee.) aku tak kenal uollss, tapi takpe mai la kita rapat-rapat silatulrahim.. hehehe.. apa nak bebel ya pagi ni..

Pagi nie,aku bangun banyak awal, aku bangun pukul 5.30 pg, bagi aku tu dah awal la,sebab kalau pagi-pagi aku bangun pon paling awal pukul 6 atau 6.30 lah...yelah bangun sebab tak selesa suami aku demam plak,badan panas je memanjang..anak yang kecik tu plak asyik nak nenen ye ,huisshh ..kurus mak ko nak..tak pe la .redha je la..

Pic ni aku rasa Jumaat dua minggu yang lepas kot.. pasal kebaikan susu ibu kepada kanak-kanak..Aku bukan nak komen apa-ape la tapi bagi pendapat aku kalau aku ada susu badan dan anak aku masih kecik lagi.. aku lagi suka bagi susu badan kat anak aku,, yelah dari jimatkan duit aku, boleh meguruskan badan dan boleh mengeratkan lagi hubungan aku dengan anak aku.. tapi yela tak semua orang dikurniakan rezeki untuk anak-anak mereka.. aku anggap ni rezeki utk anak aku la.. maybe Allat tahu yang aku ni bukan la orang ado-ado yang nak spend mahal-mahal susu untuk anak, sebab tu kot susu aku masih ada untuk anak aku lagi.syukur la.. jimat di situ..


Macam dalam pic ni cakap susu ibu jadikan anak bijak ,,entah la anak aku tak sekolah lagi so aku tak tahu sejauh mana betulnya tapi kalau betul ok lah.. macam yang aku cakap tadi tak semua ibu ada susu kan atau maybe sebab kekangan masa kan ,yelah kita mana nak tahu maslah mereka kan,takpe aku ok je sebab mesti semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka kan.. apa-apa bagi aku asalkan anak tu ok tak ada masalah nak buang air besar, sihat dan cergas.. ok dah ..sebab risau kan kalau anak-anak kita ni demam atau sakit.. banyak plak hal nanti..

Aku banyak jugka la petua yang aku amalkan sebab nak kasi susu kat anak aku kan.. antara nya jangan skip makan,makan dengan kuantiti yang banyak ada sayur,buah semua,air minum banyak -banyak sampai tak larat nak minum je,, (tu aku la tu) pam selalu (tp aku hanya sempat pam 3 kali je kat ofis)..

Yang lain aku rasa semua ibu-ibu pun tahu kot,sebab kat internet ,majalah banyak dah siarkan petua-petua lain.. so terpulang la pada ibu-ibu kat luar sana mana yang terbaik untuk anak-anak mereka..

Ok bye.. nanti sambung lagi ye..

06 January 2014

Salam hari Isnin

Salam ,hi..

Tak ada banyak benda nak cerita.cuma nak luahkan perasaan je ..sebenarnya tak tahu nak luahkan kat sesiapa ..so rasanya blog ni jadi mangsa la kot..

Sekarang ni macam perbelanjaan semasa semakin meningkatkan ... banyak sangat barang -barang yang dah naik harga.. entah la.. macam aku sebenarnya tak la rasa berat sangat tapi serius sekarang rasa perbelanjaan untuk anak-anak semakin mahal plak.. macam semalam baru je beli susu & pampers untuk anak-anak , huishh nasib baik la mak paknya bekerja ,cuba kalau hanya suami je bekerja manalah nak cekau duit kan ..nak beli susu,pampers, bahan basah, barang dapur,baju-baju..itu belum termasuk insurans anak kami beranak..nasib baik hal klinik ,hopsital company aku cover,, tapi yelah pasal duit simpanan serius kami memang tak menyimpan lagi ,rumah pun masih rumah sewa..

Kalau ikutkan memang aku ada rumah sendiri tapi rumah tu hanya menggunakan nama aku je, buat masa sekarang ni mak bapak aku sewa kan rumah tu kat orang lain sebab aku pindah kat pj,dari rumah tu kosong baik mak ayah aku sewakan kat orang lain kan...

Tapi kalau aku dengan keluarga duduk kat Shah Alam perbelanjaan lagi besar kot.. barang kat sana lagi mahal dari aku duduk dekat Petaling Jaya ni.. entah la sampai bila boleh bertahan kan dengan kehidupan yang semakin sempit ni..

kadang-kadang aku memang aje terfikir nak buat side business, tapi masalahnya ape side business yang aku nak buat ye.. buntu dan masalahnya aku pun tak de pandai mana pon.. plus aku ni pemalu sikit..hal ni nak tak nak kena fikirkan jugak la kot.. sebab aku rasa macam belanja banyak sangat sekarang ni.. tambahan pulak pengasuh pon aku bayar RM 650. tu belum lagi termasuk susu ,pampers.. baju bajan mereka..

Maybe sebab tu la agaknya, kadang-kadang satu keluarga tu ada 2 orang je anak kan,,yelah maybe sebab sekarang perbelanjaan semakin besar kan.. tak lama lagi anak-anak nak sekolah kan..itu pon banyak pakai belanja kan..

Tahun depan anak aku yang sulung tu ,aku cadang nak hantar kat taska.. (mula -mula aku plan nak hantar dekat PASTI, tapi bila tengok persekitaan macam tak bagus je, aku rasa nak hantar kat Little Calliph .. tapi memang kos untuk tadika mahal la..

Yang pastinya bagi nak tampung perbelanjaan seharian kami, aku ni kena berjimat cermat la ..kalau nak beli baju ,seluar ,kasut kena la beli yang murah sikit atau mengikut bajet aku. bak kata orang mengukur di badan sendiri..

Buat masa ni aku baru je 2 bulan start menyimpan duit,tapi aku tak simpan banyak pon.jadi la dari duit habis tak tahu kemana.. tu pon aku baru simpan tak sampai 100 pon.. memang aku target nak buat side business pon.. nak jugak menjana pendapatan dari hasil titk peluh ..dengan duit baru la aku boleh nak spend duit tu lebih sikit untuk anak -anak ,duit diri sendiri dan untuk simpanan masa akan datang..

Ok la, kalau ikutkan aku nak membebel panjang-panjang tapi kang ade orang cakap aku tak ada kerja plak kan,, nanti aku membebel lagi la..ok bye

02 January 2014

Hari pertama tahun 2014

Senyap sunyi je ofis hari ni, banyak staff yang bercuti sebab nak uruskan hal anak-anak ke sekolah ..yelah hari pertama sekolah.. agaknya kalau amani anak aku yang 1st tu sekolah tadika ni, mesti aku pun sibuk jugak uruskan dia.. insyaAllah tahun 2015 baru aku hantar di ke tadika, masa tu umur dia pun dah 5 tahun..
Buat masa ni aku just ajar dia sikit baca ABC,123 dan doa yang senang -senang utk dia,sembanyang pon aku ada ade ajar sikit .. suruh die tengok dulu aku sembahyang pastu suruh dia ikut..

Kemain hari ni jalan nak ke ofis selalu lengang je,tapi hari jalam jem,yelah cuti akhir tahun dah habis kan, anak pun dah start sekolah.. itu jalan sibuk sikit kot..hari aku lunch dekat bawah ofis ni je , tapi maybe sebab tahun baru kedai tu ada buat menu baru " Yong Tau Fu" betul ke ejaan ni aku tak pasti.. asalkan korang faham sudah lah..tapi tuan kedai ni kedekut sup lah, cili pon tak pedas.. potong betul la,aku ingat nak hirup sup panas dengan sambal cili dia ...baru best kan..

Hari plan nak balik awal la sharp pukul 5.30 nak balik sebab nak gi bank kejap, isi minyak kejap pastu baru balik .. kurang semua ni ambik masa 30 minit jugak kan..pastu jalan nanti tak sure la lancar ke atau jem kan.. pastu nak masak lagi..kang kalau masak lambat ,perut ni dah berbunyi-bunyi dah minta nasi .. pastu nak layan anak lagi..haa banyak betul agenda nak buat sebelum mata ni pejam ..penat memang penat tapi nak buat macam mana kan dah namanya rutin seharian sebagai seorang isteri bersama 3 orang anak .. Sabar la,, nanti bila anak dah besar senang sikit kot..

Apa yang nak taip sebenarnya dalam otak ni tengah fikir nak cari part time job walaupun tengah bekerja sekarang.. boleh dapat duit tepi lebih sikit kan.. otak macam nak join shaklee, tapi macam ramai sangat orang dah join shaklee tu,rasa macam banyak pulak persaingan ..tambah-tambah lagi aku ni bukan nya reti promote atau jual barang pon..pemalu terlebih kot..

Pastu plan macam nak buat bisnes baking,mula -mula nak baking kek yang senang -senang ,pastu nanti kalau dah ada modal boleh la menambah ilmu dengan belajar buat kek sana sini...tapi mula-mula kena beli oven dulu..barang yang lain boleh pinjam kat mak aku atau kakak aku kot.. kena bertatih dulu la..mana nak cari modal sekaligus kan..

Atau pon , aku ingat nak belajar bab kecantikkan ni make-up orang ,sebab aku suka tengok muka orang cantik dan suka make-up2 ni,tapi sebelum nak make-up orang kita kena ada ilmu kan ..kang make-up tak cantik kan marah plak orang kan..itu pon kena ada promosi yang bagus jugak kan.. Ada nampak banner butik-butik kecantikkan yang nak ambil orang belajar,tapi kena belajar dan keluar modal la utk belajar ..mana ada kan dalam dunia ni ,,tak pakai duit..InsyaAllah..

Aku harap dengan bermulanya tahun baru ni , segala peluang dan cita-cita aku tercapai.. dan kalau boleh aku lama lagi dapat berkhimat kat tempat kerja sekarang ni,, sebab nak dapat duit bukan senang sekarang ,nak belajar nak beli barang kena ada modal ..kalau dapat gaji sekarang boleh aku buat tambah  sikit modal kan ,, tak ada lah nak harapkan duit laki je..kang meroyan plak pakcik tu ,asyik isteri minta duit je..

Mana lah tahu dengan niat dan izinNya aku dapat tunaikan hasrat aku ni, dan kalau diizinkan aku boleh buat kerja ni secara full time.. sebab aku memang dah plan atau rancang by time anak-anak aku masuk sekolah nanti kalau boleh aku nak menjadi surirumah tangga yang berkerjaya.. aku nak uruskan anak-anak aku dan aku nak juga mempunyai pendapatan sendiri ,, walaupon dari rumah je..

Harap sangat-sangat..

Tadi masa aku blog walking,aku terbaca satu blog yang ibu tunggal, sedih dan tabah bila baca perjalanan kehidupan dalam uruskan rumah tangga tanpa suami disisi.. aku harap wanita tu tabah dalam menjalani kehidupan seharian ..dan aku sebagai wanita faham akan perasaan dia ,walaupun aku tak pernah jumpa dia.yelah wanita mana yang tak sedih atau ambil keputusan nekad utk menjadi ibu tunggal..tapi aku rasa mesti wanita ni dah fikir semasak-masakny sebelum ambil keputusan macam tua..

Harap semuanya baik-baik disamping anak-anak ..bagi aku kalau tak ada suami memang kita akan sedih tapi kita akan lebih sedih dan tak bersemangat kalau anak-anak tak ada disisi kan.. itu bagi pendapat aku la..pendapat orang lain aku tak tahu..Bagi aku anak-anak ibarat nyawa aku ,cinta hati , semuanya la ..tak ada orang yang boleh gantikan anak-anak kita walaupun suami sendiri..cewahh..ayat tak boleh blah kan...ok tahun baru semangat baru tak mau sedih-sedih ... caiyok-caiyok...

ok bye..ada banyak n3 yang aku nak letak gambar tapi rasanya esoklah..hari ni macam tak sempat je..)

Banyak jugak taipping error tapi macam malas je nak betul kan..asal uollls faham sudah ya..hehehe.. dasar pemalas sangat kan...

Selamat datang 2014

Hi... :) P

Sekejap je kan masa berlalu,sekarang dah 2014,tak lama lagi 2015.... huishh... pejam celik pejam celik je kan..

Banyak benda nak cerita .kita mulakan dengan malam tahun baru... sebenarnya mlm tahun tu x plan pun nak kemana-mana yelah sejak dah ada bby kecik ni,susah sikit nak gerak malam-malam...tapi suami aku ni mana boleh duduk diam-diam kat rumah,panas bontot je nak keluar... mula-mula dia ingat nak gi Dataran Merdeka..macam la aku tak tahu kan sebab nak tengok yang perhimpunan tu sekali...

Tapi nehiii..aku x bagi,takut la kalau apa-apa jadi kan... tak pasal-pasal je nanti anak beranak kena ..simpang malaikat 44..last2 decide sambut je atau tengok bunga api kat area Sunway Pyramid.. rumah aku dengan sunway pyramid xjauh pon dalam 5 /10 minit je..

Gerak dari rumah lambat,sebab tengok Transformers dulu.. sampai je kat sunway tu bunga api dah start pon.. jadi la dari tak ade kan.. sebab utamanya nak bagi anak-anak tengok bunga api..tapi terlupa nak bawa fon sebab dah lambat kan .. tak de la gambar nak share kat uolllss.

Dah settle balik rumah ,round-round sekitar rumah , sekali nampak officemate, tapi maybe dia tak perasaan kot.. balik rumah tido,tak tahu kenapa dalam 4 pagi tu ,tibe-tiba aku rasa mual ,muntah -muntah ,sakit perut.. terjaga sebab fikir kenapa sakit macam tu.. terus rasa badan seram sejuk nak demam..

Esoknya semua plan nak keluar cancel sebab badan tak sikit sampai la hari ni.. mula-mula syak yang aku pregnent sebab dah lama tak datang period kan, check prenancy test -ve ,tak ada apa-apa pon,maybe salah makan kot, plus tak cukup rehat kot..asyik terjaga je tengah malam..

Cakap dengan suami rasa macam nak berurut je sebab dah lama tak berurut .. nanti la nak cari tukang urut dulu.. nak rest2 kan diri..pagi ni macam biasa masuk ofis awal sebab takut jem ,orang dah start bukak sekolah...

sekarang ni kepala pening lagi,lapar jugak tapi tak tahu nak makan kat mana...boring dah asyik makan kat tempat sama je...

ok sempena tahun baru ni banyak azam aku ni..

1) start menabung untuk bulan 1,so kalau sehari rm1,sebulan dah rm30 kan... banyak jugak tu..

2) nak start rajin berblogging ,dan rajin snap gambar nak kasi blog ni cantik dengan gambar-gambar atau blog yang bermanfaat untuk uollss..

3) nak menjadi pekerja yang rajin,insan yang matang dan cukup amal ibadahnya..nak baiki mana yang kurang

4) nak jadi seorang isteri yang memahami dan menyenang kan suami,nak jadi seorang ibu yang sayang dan faham kerenah anak-anak

5) nak jadi ibu yang sabar kepada kerenah suami dan anak-anak

6) nak susukan baby suha sekurang-kurang 2 tahun,sekarang ni dah 10 bulan aku susukan suha lagi 2 bulan nak cukupkan 1 tahun.. pastu nak continue lagi sampai lah 2 tahun ..InsyaAllah..

Sebenarnya banyak azam tahu baru aku dan banyak sangat wishlist aku yang belum tercapai ,,harap tahun ni kalau tak semua .. 1/2 wishlist akan terlaksana.. doakan

aku jugak doakan kehidupan rumahtangga kami akan berkekelan sampai jannah bersama anak-anak tercinta.

Amin..ok bye..nak pam susu dulu ..