02 January 2014

Selamat datang 2014

Hi... :) P

Sekejap je kan masa berlalu,sekarang dah 2014,tak lama lagi 2015.... huishh... pejam celik pejam celik je kan..

Banyak benda nak cerita .kita mulakan dengan malam tahun baru... sebenarnya mlm tahun tu x plan pun nak kemana-mana yelah sejak dah ada bby kecik ni,susah sikit nak gerak malam-malam...tapi suami aku ni mana boleh duduk diam-diam kat rumah,panas bontot je nak keluar... mula-mula dia ingat nak gi Dataran Merdeka..macam la aku tak tahu kan sebab nak tengok yang perhimpunan tu sekali...

Tapi nehiii..aku x bagi,takut la kalau apa-apa jadi kan... tak pasal-pasal je nanti anak beranak kena ..simpang malaikat 44..last2 decide sambut je atau tengok bunga api kat area Sunway Pyramid.. rumah aku dengan sunway pyramid xjauh pon dalam 5 /10 minit je..

Gerak dari rumah lambat,sebab tengok Transformers dulu.. sampai je kat sunway tu bunga api dah start pon.. jadi la dari tak ade kan.. sebab utamanya nak bagi anak-anak tengok bunga api..tapi terlupa nak bawa fon sebab dah lambat kan .. tak de la gambar nak share kat uolllss.

Dah settle balik rumah ,round-round sekitar rumah , sekali nampak officemate, tapi maybe dia tak perasaan kot.. balik rumah tido,tak tahu kenapa dalam 4 pagi tu ,tibe-tiba aku rasa mual ,muntah -muntah ,sakit perut.. terjaga sebab fikir kenapa sakit macam tu.. terus rasa badan seram sejuk nak demam..

Esoknya semua plan nak keluar cancel sebab badan tak sikit sampai la hari ni.. mula-mula syak yang aku pregnent sebab dah lama tak datang period kan, check prenancy test -ve ,tak ada apa-apa pon,maybe salah makan kot, plus tak cukup rehat kot..asyik terjaga je tengah malam..

Cakap dengan suami rasa macam nak berurut je sebab dah lama tak berurut .. nanti la nak cari tukang urut dulu.. nak rest2 kan diri..pagi ni macam biasa masuk ofis awal sebab takut jem ,orang dah start bukak sekolah...

sekarang ni kepala pening lagi,lapar jugak tapi tak tahu nak makan kat mana...boring dah asyik makan kat tempat sama je...

ok sempena tahun baru ni banyak azam aku ni..

1) start menabung untuk bulan 1,so kalau sehari rm1,sebulan dah rm30 kan... banyak jugak tu..

2) nak start rajin berblogging ,dan rajin snap gambar nak kasi blog ni cantik dengan gambar-gambar atau blog yang bermanfaat untuk uollss..

3) nak menjadi pekerja yang rajin,insan yang matang dan cukup amal ibadahnya..nak baiki mana yang kurang

4) nak jadi seorang isteri yang memahami dan menyenang kan suami,nak jadi seorang ibu yang sayang dan faham kerenah anak-anak

5) nak jadi ibu yang sabar kepada kerenah suami dan anak-anak

6) nak susukan baby suha sekurang-kurang 2 tahun,sekarang ni dah 10 bulan aku susukan suha lagi 2 bulan nak cukupkan 1 tahun.. pastu nak continue lagi sampai lah 2 tahun ..InsyaAllah..

Sebenarnya banyak azam tahu baru aku dan banyak sangat wishlist aku yang belum tercapai ,,harap tahun ni kalau tak semua .. 1/2 wishlist akan terlaksana.. doakan

aku jugak doakan kehidupan rumahtangga kami akan berkekelan sampai jannah bersama anak-anak tercinta.

Amin..ok bye..nak pam susu dulu ..

No comments:

Post a Comment