31 December 2013

Sepanjang 2013

Sekejap je kan masa berlalu.. pejam celik pejam celik esok dah bermula hari baru untuk tahun baru 2014...

Banyak benda yang nak dikongsikan sepanjang tahun 2013 ni.. banyak suka duka sepanjang hidup aku yang aku lalui tahun ni ...

Awal tahun ni 15 /3/2013 aku selamat melahirkan puteri kedua aku Rus Adriana Nasuha.. bermula la episode sedih aku sebab masa tu anak aku berkemungkinan disahkan tidak boleh mengeluarkan najisnya secara normal..Tapi Allah tu maha pemurah dan berkuasa, dengan izin-Nya anak aku tidak mempunyai sebarang masalah penghadaman...

Dan bermula lah juga kehidupan aku sebagai seorang surirumah sepenuh masa.... banyak masa aku dihabiskan dengan aktiviti bersama anak-anak dan suami tercinta..cewahhh.. Bulan 9 haritu bermula la kehidupan aku sebagai working mom..

Aku dapat offer berkerja semula setelah hampir 1 1/2 tahun aku menjadi surirumah,kehidupan biasa aje..pergi kerja,balik kerja,uruskan keluarga..dan bulan 12 hari tu aku dah dapat confirm jawatan yang aku sandang sekarang..Syukur, Al-hamdullilah..

Sekejap je kan.. esoknya dah 2014.. sebenarnya banyak benda lagi yang aku nak buat untuk tahun hadapan dan benda yang tak tercapai dalam tahun ni...

Aku nak sangat mempunyai kehidupan yang lebih baik dari sekarang disamping keluarga yang disayangi dan tercinta..

Antara wishlist aku untuk tahun hadapan:

mempunyai kehidupan yang lebih baik dari segi duniawi & akhirat ...( aku nak belajar membaking dan nak belajar serba sedikit bab kecantikkan -make up) mana lah tahu nanti aku dapat menjana part time income hasil dari hobi aku ni Insyaallah..harap dipermudahkan ..

Aku nak memiliki sebuah rumah yang lebih baik dari sekarang..untuk anak-anak..kesian sekarang anak -anak aku main dalam rumah je,kalau boleh aku nak adakan aktiviti berkhemah ,mandi pool di halaman rumah.. berbbq di halaman rumah ..baru best

Aku inginkan memiliki kereta yang lebih besar dari sekarang sesuai dengan ahli keluarga yang bertambah ni,yelah anak-anak makon besar ,kereta sekarang ni takut tak boleh menampung mereka..heee.. biasa la.

Kalau boleh nak dapat gaji yang lebih baik dari sekarang,sape tak nak kan...

Aku nak bahagia bersama suami dan anak -anak ku, kesihatan kami sekeluarga yang lebih baik dan kalau boleh aku nak beri sendikit pendapatan aku kat keluarga...

Pastu next year 2015 ... aku memang plan nak hantar anak-anak aku kat tadika .. kalau boleh aku nak hantar anak-anak kat tadika yang terbaik... itu sebab kalau boleh kena cari angkos yang banyak-banyak untuk masa depan dan anak-anak ..Insyaallah..

banyak betul kan.. kan wishlist aku,,, harap-harap aku boleh la capai apa yang aku hajat next year.

tapi aku memang nak sangat belajar baking dan membaking .. hehe..

Ok bye..

No comments:

Post a Comment