20 December 2013

Sembang-sembang aje & Nasuha

Salam jumaat, hari ni macam x ade topik nak sembang kan .. just nak imbas kembali perjalanan /rutin penyusuan aku dekat anak yg last sekali bby suha...

Nama anak aku tu sebenar Rus Adriana Nasuha , tapi aku just panggil bby suha la.sebab dia baby dan namanya plak suha... dah 9 bulan dah aku bersama Suha ni .. banyak kisah yang aku nak abadi kan kat sini, mana la tahu kot -kot umur aku tak panjang, so nanti anak aku ke atau sesiapa yang kenal aku boleh la memahami perjalanan hidup aku ni..

Aku bersalin suha ni genap usia kandungan aku 38 minggu , masa tu aku dah rasa light-light sakit, dan masa tu aku x larat sangat nak buat kerja banyak-banyak sebab dah keras, sakit,keras,sakit tu je lah.. so malam sebelum aku nak ke hospital tu .. aku pulun basuh baju yang sebakul besar sebab aku cadang nak berpantang kat kampung aku ,Perak.. so macam kesian kat suami kalau aku balik kampung nanti basuh sape nak basuh kan...Esoknya hari Jumaat.. lepas sarapan aku hantar kedua-dua anak aku kat mak mertua, aku dengan suami ke Hospital Sungai Buloh..

Kenapa aku pilih hospital tu sebab kedua-dua anak aku lahir kat sana, dan bagi aku dan suami servis hospital best... So lepas sarapan kami kesana... masuk labour room mereka check aku dah bukak 3 cm.. pastu tunggu nak cek dengan doktor plak.. tadi yang check tu nurse.. tapi nak tunggu giliran jumpa doktor lambat sengat sebab banyak orang nak bersalin jugak ... so kena dahulu kan orang yang awal la...

Kalau tak salah aku sampai petang kot.. doktor scan, masa scan tu doktor bagitau anak aku songsang... masa tu aku macam blur sedikit sebab tak tahu nak buat camne, aku nak urut kasi kepala masuk laluan balik tapi doktor tak kasi sebab aku dah bukak 3 cm ,, so takut jadi apa-apa...

Malam tu jugak doktor buat appoitment dengan bilik operation, dalam pukul 8.30 mlm ,,, aku akan dibedah.. doktor panggil suami dan story semua kat suami,so suami pun cakap ok lah .. kalau itu jalan yang terbaik utk aku dan baby...

Dalam pukul 8.30 mlm, aku ditolak masuk bilik operation, sebelum masuk mereka suruh aku isi borang semua, aku memang takut la,,entah tak tahu sebab apa.. badan dah start mengigil sebab bilik tu sejuk dan aku hanya diselimutkan kain je,,pakaian semua dah tak ade.. sain borang utk bius,darah. dan macam-macam lagi... dah tak ingat dah...tapi pakar bius memang akan terang kan semua prosedurnya.. redha je kan..

Masa kat bilik operation tu ,suami x boleh masuk ... aku pun tak nampak apa2 sebab mereka tutup dengan kain hijau,,so tak boleh tengok apa yang berlaku... just rasa mereka suh aku duduk sebab nak bius kat tulang belakang tu, pastu baring semula.. & aku rasa kebas tak boleh nak angkat kaki..

Maknanya ubat bius dah berkesan la... aku rasa macam sejuk sebab mereka sapu iodin kot, pastu rasa geli-geli... kat sebelah aku ada seorang doktor dia bacaan tekanan nadi aku dan cuba tenangkan aku, aku ingat lagi doktor tu suruh aku selawat,ishtifar, dan tenang je... pastu bagtau ape yang doktor lain sedang buat kat aku... pastu rasa macam perut digolek-golek,dan tekan -tekan sikit...

Pastu aku macam terdengar suami baby.. masa tu aku tak sure suara baby nangis tu, baby aku ke atau baby orang lain.. sebab bilik operation tu besar so aku ingat maybe ada orang lain jugak kot bedah sekali dengan aku...Rupa-rupa yang nangis tu baby aku,dengar darah-darahnya , doktor kat situ tunjuk dan letakkan baby tu kat dada aku ,pastu dia suruh aku peluk dan cium,so mrk...tanya baby ni jantina ape.. aku cakap girl.. then mereka ambil dan bersih kan baby..

Pastu mereka jahit la kan.. tapi aku tak rasa pun ... masa tu tekanan nadi aku tinggi,,, so nurse tanya aku sejuk ke.. mereka bagi aku pemanas..dan tenang kan aku..

Settle semua mereka terus tolak aku masuk ward.. rasa wad 6C kot..tak ingat dah... pastu suami aku jumpa aku dan pegang aku ,cakap ape ntah, aku tak sure.. aku just angguk2 je...masa tu mcm rasa mengantuk sangat...

Pastu , suami keluar sebab nak uruskan uri dan aku tidur sebelah baby,,, masa awal pagi tu aku dah bangun sebab lapar.. time breakfast aku makan je.. sebab nak tunggu masa melawat pukul 12 kot... pastu aku ambik baby letak kat sebelah aku dan susu kan dia..tapi dia mcm banyak nak susu kot.. tapi susu dah ade la sikit..

Masa suami datang tu .. kami main-main dengan baby... pastu kakak aku datang bawa lauk sekali.. ok aku makan .. lauk hospital aku makan , bekalan kakak aku pun aku makan jugak..Petang tu suami datang lagi..Petang tu dekat2 nak senja kot, nurse2 kat situ suruh aku bangun gi bilik air sebab nak kasi perjalanan darah kot, nak pindah bilik ... bilik ni ade 4 orang je..

Malam tu aku tidur, baby tidur.. pastu aku bangun sebab biase tidur hospital mana boleh tidur sangat kan... Malal ke-2nya, dalam tengah hari.. aku dah boleh balik sebab baby dah kencing ,masa tu mrk ada tanya baby dah poo poo ke belum.. masa tu aku macam blur2 ..so aku ckp dah poo poo.. tapi mmg salah aku sebab tak terang atau tanya sangat,masa tu ingat just nak balik rumah cecepat je.. my bad ...

Panjang sangat.. to be continue...

No comments:

Post a Comment