03 October 2014

Pengalaman sendiri : cerita seram

Tadi sebelum lunch aku sempat la blogwalking ke blog Peej tu .. 
baca cerita seram dari readers la, so aku teringat la pengalaman yg seram yg pernah aku alami...

Hostel :
semasa kejadian ni berlaku tak salah aku masa tu aku form 5 , sekolah disebuah sekolah teknik... masa tu memang tengah heboh mengenai kes histeria.. blok kami pompuan ade 2 blok je tak salah blok  G dengan blok J kot.. blok J ni kira macam banguanan sekolah ... ade 3 tingkat.

Masa tu member aku ,noli ni.. memang seorang yg lemah senmangat, bayangkan rakan sebelah katil aku boleh kena histeria masa tengah solat maghrib .. lepas sorg ni sorng ni kena plak.masa tu memang kecoh la,lepas blok aku kena blok sebelah plak dengar org tengah menjerit masa maghrib.sampai kami terpaksa panggil seorang bomoh.. bomoh tu cakap kami tak jaga kebersihan dan suka buat bising ..mereka tak suka.. so masa tu bomoh tu kumpulkan jin / setan dalam satu bas .. dan hantar mereka ini ke kawasan yg jauh ke hutan.. masa tu boleh nampak bas tu senget sebelah ..walaupon kosong .. seram..


Hostel , IPTA :
kejadian ini berlaku semasa aku belajar ipta di kelantan, masa tu memang time exam week, so biase bila time exam je banyak student yg jenis stedyback study sempai tengah-tengah malam.. masa tu kebetulan member sebilik aku tengah bergayut dengan bf dia kat lobi hostel.. tiba-tiba member aku berlari masuk bilik ..terus tarik selimut tido.. so kami pelik tapi tak tahu kenapa tak tanya..

masa tu kami berenam .. tengah study la ramai-ramai kat ruang macam living hall.. pastu dalam 2 atau 3 pagi.kami macam terdengar orang menangis tengah-tengah malam... belakang blok kami pulak sebenarnya blok kosong ..dan mmg org blok tu seram sikit. pastu kami semua cepat-cepat tarik selimut tido,pura-pura tido . sorg kawan aku ni tak perasaan kot kami macam kelam kabut sebab dia tido katil double decker tp bahagian bawah..dia masa tu tengah baca buku, tiba-tiba dia dengar bunyi orang mengilai... terus dia pun tarik selimut.

kejadian tu tak berlaku kat kami je,tapi pd malam yg sama berlaku kat bilik sebelah  jugak, nama budah ni kami panggil sya. dia masa tu memang tengah bergayut dengan bf dia, biase la student memang suka bergayut dgn bf tengah-tengah pagi , masa tu dia tido mengiring dan mengadap tingkap, tengah-tengah bergayut tu,tiba -tiba katil kena bunyi pensel macam ade org usik kat meja dia,sya ni buat bodo je, pastu agaknya sebab tak ade respon, katil dia plak kena goncang, mula-mula pelahan .. lama -lama kuat, agaknya benda tu nak suruh dia pandang kot, tapi sya ni still buat bodoh je.. masa dia tu memang sya cakap tengkok dia meremang dan rasa benda tu macam kat belakang dia je, so sya ni cepat2 stop cakap dgn bf dia terus turun bawah.katil sya di double decker juga,tingkat atas.. tapi sya still tak pandang benda tu ..pastu dia terus gi kat katil kawan dia, tido satu katil sambil selimut..
esoknya baru dia bukak cerita kat kami, masa kami cerita pasal hantu ni.

Rumah aku :
masa aku baru kahwin kami tinggal kat seksyen 8, belakang umah aku tu ade pokok besar, dan dahan pokok tu dah masuk melalui tingkap umh... tingkap tu plak dah rosak,so memang tingkap terbukak je la.kebetulan satu hari jiran tingkat bawah cerita .yg pokok tu ade penghuni, so bila aku dah dengar ..aku pun jd mcm penakut .. selang beberapa bulan aku mengandung, biasa la masa awal-awal mengandung memang selalu muntah kan, sampai kadang-kadang aku muntah tengah malam.. selalu kalau aku nak bangun kencing ke ,aku akan kejutkan laki aku.. salahkan akak tu cerita hantu..terus automatik aku jd penakut..pastu aku suka muntah kat singki dapur..elok selesai muntah .. aku terpandang jubin dapur. jubin tu putih dan pastulkan lembaga putih tengah pandang aku.. masa tu laki tengah syok tido ,aku kejut kan suruh teman tak mau.so aku gamble je gi dapur sorg.. bila aku terpandang je lembaga putih terus, aku terus cabut masuk bilik tido ,tak tolak belakang dah... esoknya baru aku ceritakan kat laki aku.
sejak tu aku bela kucing sebagai peneman,ade org tua-tua cakap ..haiwan akan nampak kalau ade benda tak kena..

ok lah itu je cerita seram.. ade lagi satu tp panjang nak cerita plak .
next time la.. 
bila fikir balik memang takut jadinya.

Promosi : sape nak shaklee boleh roger aii ya.

Arlina Abd Rahim
018.365.9551

No comments:

Post a Comment