23 October 2014

Perginya kita tak kan kembali

Semalam.. petang aku ,suami dan anak -anak membuat lawatan kunjungan ke rumah mak mertua..
Ala dekat je dengan rumah .tak sampai 10 km pun..
Just jumpa mereka dan bertanya khabar mereka..

Pastu lepas maghrib kami balik ..cadang nak ke pasar malam..
tapi elok je turun dari blok rumah mak mertua .. hujan renyai-renyai ..
kami redah je ,sebab takut nanti hujan lagi lebat..
plus suami dapat panggilan dari member dia ,member dia nak jumpa..

pastu terusla kami ke pasar malam ..beli bihun sup,soto,mee ..semua yg berasaskan sup ..
sebab time sejuk-sejuk ni ,memang sedap sangat hirup kuah sup..tambahan pulak anak-anak aku memang pengemar sup..

Sambil je rumah ,tengok ada sebuah ambulans bersiren,tengah parking tengah-tengah jalan..
mesti ada orang yang sakit ni..kesian ..
pastu dengar-dengar cerita plak jiran yg sakit di tingkat 10, katil troli ditinggalkan dibawah..
agaknya sebab lift kecik ,katil troli tak muat..

Pastu tengah sedap-sedap makan,,
suami bagitau orang yang sakit tu dah meningal di rumah nya..di tingkat 10..
tak sempat nak dibawa ke hospital..
Innallilah ..

Cepat dan lambat kematian tu tak menunggu kita..
entah bila kita akan pergi pun kita tak tahu..
Macam aku ,aku ke tempat kerja menunggang motorsikal,
memang bahaya ,tambah-tambah lagi aku ni perempuan..
lebih-lebih lagi sekarang ni musim hujan..lagi la jalan licin,mata tak nampak..dan berisiko..

Dalam hati ..aku sentiasa berdoa ,supaya dilindungi Allah..
sentiasa berharap perjalanan pergi balik aku selamat..
sentiasa di dalam hati memikirkan hal anak-anak ,dan suami..

Sekiranya aku kemalangan atau pergi dulu..
kesian siapa yang nak menjaga keluarga kecil aku tu nanti..
aku sentiasa berwaspada ,walaupon kadang-kadang walupon kita berhati-hati ..pun boleh kena jugak..

so dalam hati dalam fikiran.. sentiasa berdoa dan bertawakal pada Allah
agar aku dilindungi dari mengalami kemalangan ..
sentiasa memulakan perjalanan dengan ucapan Bismillah..
supaya perjalanan aku dilindungi oleh Allah..

Tu la kita,bila kematian dah menjemput..sesiapa pun tak dapat menghalangnya..
Cuma kita hanya dapat berharap ..orang yang disekeliling kita dapat meneruskan kehidupan dan menjaga amanah dari Allah dengan sebaik-baiknya..

Kepada suami ku yang tersayang ..andai isteri pergi dulu dari mu ..tolong jaga anak-anak tersayang sebaik-baiknya seperti awak menjaga diri awak tu..
tolong ajarkan mereka agama,dan ilmu duaniawi supaya mereka dapat membina masa depan mereka..
supaya mereka dapat meneruskan kehidupan mereka dengan sebaik-baiknya..
jaga la mereka sebaik-baiknya supaya mereka tidak merasai akan kehilangan saya..

walaupon saya pergi dulu..
saya tetap menyanyangi kamu semua seperti mana saya menyanyangi diri saya sendiri..

Dan kepada jiran aku di tingkat 10 tu..Arwah Cik Ju..
salam takziah dari aku dan keluarga,tabah kan lah hati dan hidup kita perlu diteruskan ..
sedekahkan lah Al-fatihah sebanyak mana yang boleh ..

Al-fatihah ....
Amin....

No comments:

Post a Comment