07 October 2014

Nasi tangkas .. olahan cerita bagi diriku

kemarin ..kemain lagi lepas layan cerita frozen..aku dengan anak-anak layan cerita nasi tangkas..
masa tu laki aku tengah sibuk tolong melapah lembu qurban..
since pagi lagi tak bizi kerja-kerja umah,mari la layan cerita ni.. 
sebenarnya nak tengok semalam malam raya,tapi nanti takut plak kan ..kang tak tido malam pal..

aku selalu terjadi macam tu, lepas tengok je cerita hantu .mesti terbayang-bayang ..macam hari tu layan cerita kurafat dengan anak-anak ..malam.. terus pagi tu nak shi shi kejutkan laki teman .. sebab teringat-ringat cerita kurafat tu..

bagi aku cerita nasi tangkas ni , okay la.. 
yg amalkan nasi tangkas ini emak perempuan ni, tujuan nya sebab nak menundukkan suaminya yg kaki judi, kaki pukul dan kaki perempuan.. yelah aku tak salah kan emaknya kenapa amalkan nasi tangkas ni.. dah laki macam tu jahat .. mana tahan kan.. tapi amalan ni syirik..

pastu anaknya baru je berkahwin dan suaminya ada kawan baik ,masalahnya kawan baik dia perempuan pulak tu ..so si isteri cemburu ,sebab lakinya asyik sebut je nama kawan baiknya.. sampai satu tahap si isteri tak tahan sebab keguguran kerana bergaduh dengan lakinya...pastu si isteri jumpa emaknya dan ceritakan masalah rumahtangga kat emaknya..

emaknya cadangkan jumpa bomoh dan amalkan nasi tangkas... dan dalam masa yg sama kawan baik suaminya kena santau dari emak perempuan ni ..dan kawan baiknya telah tersalah makan nasi tangkas,sebab sebenarnya nasi tangkas ni isterinya buat utk bomohkan lakinya..

pastu bila suaminya dah makan nasi tangkas ni, si suami macam org bodoh yg ikut semua arahan isteri ..sampai curi duit kedai makan .. (kedai makan usaha sama dengan laki dan kwn baiknya itu) demi nak buat duit shopping utk isterinya.. 

pastu dlm masa yg sama kwn baik lakinya tu selalu nampak hantu ,pastu kwn baiknya itu pegi berubat..masa berubat tu baru dia tahu yg dia kena santau dan salah makan..so org yg ubatnya itu hantar balik brg tu kat emak perempuan tu...

masa tgh tidur , laki emaknya macam org bodoh kipaskan isteri yg kepanasan.. tiba-tiba suaminya ternampak isterinya tengah peluk lembaga hitam.. dari situ suaminya pergi berubat ..dan masa berubat tu .. suaminya muntah mknan yg kotor yg dibuat oleh isterinya..

cmpuran makan kotor macam-macam , geli aku tengok ..
lendir,peluh, darah, benda yg kotor ,dan hasil buangan kita.. geli sangat..
pastu bila dah tahu isterinya buat macam tu ,suaminya mengamuk ..dan tiba -tiba lembaga hitam tu datang dan bunuh suaminya..lembaga hitam aku kira macam belaan isterinya..

pastu bila kawan baik lakinya dah berubat,kawan baiknya tu pujuk laki tu utk berubat sama..yelah kwnnya dah macam org bodoh je.. isteri kwn laki tu tahu ,dan jumpa bomoh yg sama minta tlg .. dan bomoh tu buat nasi tangkas yg lagi hebat.. dlm masa yg sama emak kpd perempuan tu dh macam org tak betul semenjak kematian suaminya..

suami kpd isterinya tu dah macam org bodoh .. dan entah macam mana kawan baiknya berjaya pujuk utk berubat... masa berubat tu laki dia baru sedar yg dia kena nasi tangkas.. dan dlm masa yg sama isterinya mengamalkan nasi tangkas yg lagi kuat dan kalau nak ikat suaminya dia kena tidur dengan laki yg bukan pasangannya.. dan isterinya tidur dengan bomoh tu dengan tujuan suaminya bertambah sayang dan syak apa-apa... 

eloknya suami berubat,suaminya cari isterinya ..dan jumpa isteri dirumah bomoh itu .. macam org tak betul..dan panggil beberapa ustaz utk ubatkan balik isterinya..isterinya berjaya diubati tapi malangnya isterinya dah jadi macam org bodoh ..sebab aku rasa benda itu dah berbalik kat isterinya balik..

dan yg aku rasa seram.. masa suami kepada anak nya datang umah ..suami anaknya berjanji tak akan sia-siakan anaknya.suami anaknya minta maaf sebab selamanya tak jaga perasaan isteri sampai isteri nya tu buat macam tu,pastu emak mertuanya cakap kat menantunya yg org tu tak maafkan emak.. org tu .. tu maksudnya belaan emaknya iaitu bomoh tersebut..pastu emaknya cakap kat belaannya yg dia tak larat nak menjaganya lagi dan carilah tuan baru.. tp terus benda tu macam terkap emaknya dan semua lampu dan tingkap tertutup ..

eihh ..seram kan..takut sangat kalau benda itu jadi kat aku atau family aku..

moral of story bagi aku ..kadang-kadang kita ni dihasut syaitan,, yelah tak ada isteri yg tak jealous kalau suaminya ada kawan baik perempuan dan asyik habiskan masa dan sebutnya pasal kwn baiknya.. tak ada isteri yg sanggup tgk lakinya kaki pukul,dan kaki perempuan.. sebab tu la agaknya bila dah tak tahan kita sanggup buat nasi tangkas utk suami dengan harapan suami ikut cakap kita..

tapi yelah musibahnya plak kita terpaksa bela " org tu plak" dan macam kita berjanji dengan " org itu " .. mungkin " org tu " akan hisap darah kita atau apa la kan.. sampai kita mati .. eihh .. entah la..
takut sangat..

pesanan aku .. suami jaga perasaan isteri kalau dah tak sayang lepaskan isteri anda.. supaya isteri anda boleh cari kebahgiaan dia .. 
tolong jaga perasaan dia ,walaupon kadang-kadang kita fikir benda tu kecik je,org perempuan ni cemburu dia kuat bila dia dah sayangkan seseorg tu...
fikir-fikir kan la.. kalau dah nafsu,akal dikuasai syaitan ...memang macam tu ..
seeloknya kita berdoa kepada Allah .. sayang Allah la yg paling utama, sebab semua ni pinjaman semata-mata..


No comments:

Post a Comment