30 May 2014

Borak kosong

Hi salam semua..

Dah lama tak update blog, selalu blogwalking je, yelah bosan -bosan ,penat otak .. jalan-jalan baca blog orang ..
Hari ini saje je nak sembang-sembang dan share luahan perasan & rasa .. Walaupon mungkin tak ada orang baca tapi saje je la..
Dulu aku selalu target kalau nak berjaya kena kerja gaji besar pangkat besar.. tapi sekarang ini bila dah meningkat usia ..selalu fikir kerja sendiri lebih baik dari makan gaji sebenarnya sebab apa aku cakap macam tu.. sebab kerja sendiri anda usaha lebih ,untung lebih, kalau malas untung pun sikit la..

lagi satu .sebab kita sendiri yg tentukan masa kita ..nak macam mana kan... boleh ada masa dengan anak-anak dan family..tapi kalau nak kerja sendiri memang kena kerja kuat la ,tak boleh hanya goyang kaki aje..

Sekarang ini ,aku join shaklee, tak pernah terlintas kat dalam fikiran pun nak join MLM ni, sebab aku ni tak pandai cakap,malu nak cakap dengan orang .. serba serbi segan.. yelah bukan senang kan nak suruh orang yang tidak kita kenal beli barangan kita..

Selalu apa yang aku buat seperti sifu cakap update blog, update fb, edarkan flyers untuk orang keliling dan hebahkan kepada kenalan, keluarga dan sesiapa yg anda kenal...tapi yelah bukan senang nak dapat sale...memang bukan senang... aku pun akui ..susah sebenarnya..aku redho je kalau dah Allah tentukan bukan rezeki aku lagi ,,

Takpe ni nak usaha lebih lagi edarkan flyers ... update blog dan update facebook..

kawan-kawan doakan sy berjaya macam anda diluar sana ya..

Love,
arlina..

p/s: sesiapa nak beli barangan shaklee boleh hubungi saya, insya-allah mana yg sy boleh bantu sy bantu, dan kalau nak join ahli shaklee amat dialu-alukan...

19 May 2014

Mealshakes untuk anak-anak anda

Bulan May 2014 ni ,promosi untuk Mealshakes shaklee.. 
Apa itu mealshakes ???

Meh sini saya share kan akan kelebihan & kebaikan mealshakes ini



Banyak kan khasiatnya.. untuk ibu bapa yang inginkan kesejahteraan & kesihatan anak anda , sila dapatkan dari saya selaku sid shaklee yang bertauliah..
Jangan malu-malu nak PM saya, Insyaallah sy akan cuba yang terbaik..

#sayajual
#arlinaabdrahim
#018-3659551


Vitamin Chinta untuk suami isteri

Hai semua ..dah sampai waktu lunch dah pun..semua dah makan ke belum..
Aku belum lagi sebab lunch hours pukul 1. tengah hari..


Ni nak share sikit dengan uolls vitamin chinta utk suami dan isteri, yang belum mempunyai cahaya mata atau yang sudah mempunyai cahaya mata.. yang ingin mengeratkan lagi hubungan dengan pasangan anda..


Hepp.. orang yang dah kawin leh baca, yang masih belum kahwin tu ,hepp ..baca je boleh ,tapi kalau nak hadiahkan kepada pasangan anda masa naik pelamin nanti sebagai hadiah perkahwinan, amat dialu-alukan.. Heee..



Meh sini saya terangkan fungsi-fungsi vitamin Chinta ni..

Untuk Wanita :
~ B-Complex 
~ Gla Complex

Untuk Lelaki :
~ Zinc Complex
~ Vita-E Complex 

Sekarang kita kupas Vitamin Chinta unutk perempuan dulu :

~ B-Complex - merupakan vitamin / sumber suplimen untuk menlegakan stress ,
~meningkatkan fungsi otak 
~mengawal stress, migraine,kemurungan  wanita yang selalu keletihan dan lesu
~membantu sistem pencernaan,meningkatkan stamina dalam tubuh badan
~mengawal kolestrol
~sangat sesuai utk diamalkan leh ibu yang mengandung,menyusukan anak,dan sedang berpamtang.Haa jangan tak tahu Vitamin B-Complex ini terdapat dalam set unutk berpantang dan set mengandung tau

~ Gla Complex :
~ mengawal sistem haid supaya lebih teratur,mengawal sengggugut,membantu dalam penyembuhan kulit jerawat,kulit muka kusam,rambut gugur dan eczema
~menlegakan sakit sendi,mengawal kolestrol dalam darah,kencing manis & darah tinggi
~membantu meningkatkan kesuburab lelaki dan wanita
~mengimbangi hormon serta menurunkan paras kolestrol dalam badan kita 


Vitamin Chinta Lelaki :
~ Zinc Complex :
~ pesakit anemia, kurang selera makan,tekanan darah rendah elok diamalkan 
~elok diamalkan oleh lelaki yang keletihan dan lesu setelah seharian bekerja
~menyokong sistem dalam badan
~membantu sistem pembiakan sel dan penggantian sel dalam tubuh badan

~ Vita-E Complex:
~membantu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita ,dan membantu penyembuhan luka  dan melambatkan proses penuaan.
~mengurangkan risiko sakit jantung
~anti oksidaan ,menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas

banyak kan kelebihan setiap Vitamin Chinta ini.. Bagi yang berminat nak tahu lebih lanjut macam mana cara pemakanan setiap vitamin ini, nak tahu akan kelebihan yang lain mengenai vitamin chinta ini boleh PM aku...

Maklumat lanjut boleh PM aku..

#sayajual
#arlinabdrahim
#018-3659551



Sembang-sembang

Hi,

Tak ada apa nak cerita sebenarnya ,cuma sembang-sembang kosong untuk segarkan minda je..
Semalam sehari duduk rumah, basuh baju,lipat baju,masak dan sebagainya..nak keluar tapi tak ade tempat nak tuju.dari buang masa ,buang duit,baik la aku dan anak-anak duduk rumah layan cerita-cerita yang telah direkodkan..

Kadang-kadang aku terfikir macam mana seseorang tu boleh mendapat kemewahan,, yelah memang betul orang cakap kita tak boleh fikir nak mewah je, tapi yelah dunia sekarang ni sana-sini pakai duit.Tak duit semua benda tak jalan.. ada duit laju je kan.. 

Aku selalu impikan nak duduk rumah jaga suami,jaga anak-anak ,sambil boleh tengok tv tapi duit sentiasa ada ditangan.maksud aku sentiasa ada duit untuk belanja harian,belanja diri sendiri dan keluarga.. macam kita kerja makan gaji..

Ada satu hari tu sembang dengan babysitter,dia ni ambil upah menjahit, la ni sempena nak raya ni banyak sungguh dia ambil upah menjahit, dia ada baju tau,sekarang ini income dia dah dekat-dekat RM4k tu, terperanjat aku.. kalah orang makan gaji kan.duduk rumah .. jaga rumah sambil-sambil buat duit ,menjahit.sambil-sambil tu menjaga anak aku 3 orang...

Macam teringin jugak nak belajar menjahit kan.tapi aku ni takde basic menjahit,kalau nak belajar kena start dari zero la,sambil tu terpaksa la menghantar anak-anak ke rumah orang utk dijaga ..nak harapkan suami macam kurang pecaya la ,lebih-lebih lagi budak kecik tu..

Tapi tula ,ade juga terfikir nak belajar memasak kek,tapi pasaran sekarang banyak sangat orang yg pandai-pandai buat kek,sekarang ni pun ilmu memasak senang je nak dapat ..kat internet pun berlambak...so kena fikir cara lain nak cari duit..

Nak berbisnes shaklee,sekarang tengah diusahakan tapi macam sambutan kurang mengalakkan la, selalu terfikir macam -mana ya, nak buat orang close deal dengan kita ,cerita-cerita terus jadi beli.. ni selalunya kita cerita-cerita ,pastu diam seribu bahasa.. Yelah lumrah orang berniaga kan.kita faham ,tapi ada la sikit kecewa disitu..

kena usaha lebih la, sebab aku memang plan 2/3 tahun akan datang nak stop makan gaji, dan buat kerja dari rumah tapi nak duit banyak macam kita makan gaji atau nak duit banyak lebih dari gaji aku sekarang ni... kena usaha lebih nampaknya..nak slow talk dengan suami nak belajar menjahit atau cari mana-mana kedai yg boleh kita belajar menjahit dalam setengah hari pun jadi la..tak boleh lama-lama sebab ada anak kecik nak jaga..

#berfikir untuk tingkatkan pendapatan keluarga dan diri sendiri..

Ok bye, nak stop solat dulu, lepas tu nak cari jalan untuk mendapat kesejahteraan hidup dunia dan akhirat..

# between saya masih menjual produk shaklee ya, beminat ,sila dapatkan dari saya untuk maklumat lanjut mengenai produk shaklee,harga,dan untuk konsultansi, Insyaallah.. saya akan tolong yang terbaik untuk anda..

14 May 2014

Set shaklee selepas keguguran

Assalammualaikum kawan-kawan sekalian..

Umumnya sebagai pasangan yang dah berkahwin sememangnya nak sangat cahaya mata dengan izin-Nya kan,dulu masa aku di awal perkahwinan pun ada perasaan macam tu .. yelah kadang-kadang terfikirkan kalau ada anak ni ,,hidup kita akan lebih ceria,dan meriah dengan suara-suara mereka kan..

Lepas tu bila usia perkahwinan aku dah menjangkau 6 bulan kot, orang sekeling dah mula tanya " dah ada isi ke " ..macam -macam kan.. tapi kadang-kadang bile dengar ada pasangan yang dah tunggu lama nak ada cahaya mata ,dan isterinya disahkan mengandung ,,kita ini happy sangat , tapi yelah apa yang kita rancang tak semestinya dapat kan ... tup-tup saya terdengar ada kawan ni keguguran.. yelah sedih kan bagi pilih dia..

So kalau anda-anda yang diluar sana mengalami situasi macam ni , jangan susah hati ..tak semestinya apa yang kita rancang jadi, tapi kalau ikut nasihat doktor ... kalau kita nak pulih dari selepas keguguran sekurang-kurang 6 bulan ... itu mengikut pendapat aku la.. 

Dan sekarang ini shaklee ada jugak menjual produk kesihatan yang dikhusukan khas untuk membantu anda dalam meningkatkan kesihatan badan..


Meh sini saya terangkan satu-satu vitamin ini:

Macam yang anda semua tahu ..

> b-complex .. ~ fungsinya sebagai anti stress, maksud saya .. ia boleh menlegakan anda dari stress, ia juga boleh mengawal anda dari kemurungan, dan baik untuk wanita yang selalu letih dan lesu ..

Meningkatkan stamina ,mengawal kolestrol dan juga membantu sistem pencernaan

> Vitalea ~ fungsinya adalah untuk menyokong sistem pembiakan, pertumbuhan dan sel badan .Adlah sumber multivitamin yang lengkap , yang diperlukan oleh tubuh badan
Sesuai digunakan oleh wanita yang ingin mengandung,sedang mengandung,menyusu dan semasa berpantang
Juga mengawal tekanan darah rendah

>ESP ~ fungsinya adalah sumber tenaga yang sesuai diamalkan oleh wanita dan lelaki
Sangat bagus diamalkan oleh ibu yang menginginkan kesihatan yang berkekalan..
Bagus untuk kulit, yang mengalami masalah jerawat,kusam dan sebagainya

>Chewable Vit C ~ Diasakan oleh 2 biji buah oren dalam 1 tablet . Sebagai vitamin C untuk tubuh badan Sebagai sumber tenaga dalam badan anda

Ha.. banyak kan kelebihan setiap vitamin ni.. kepada anda yang berminat untuk mencubanya boleh hubungi saya ..

#sayajual
#arlinaabdrahim
#018-365 9551



12 May 2014

Kehidupan

Zaman sekarang ni .. banyak sangat birokrasinya..
Macam-macam ... sekali pun kita berbuat baik pada orang belum tentu kita akan dapat balasan yang baik dari orang itu..

kadang-kadang aku pelik je dengan dunia sekarang , kenapalah ade je orang yang bersikap hasad dengki sesama manusia.. ade je yang iri hati dengan kejayaan kita .. ade je nak menjatuhkan kita..Pelik betul la..

Macam ada jiran ini lah, aku ni agen shaklee, dan aku pun tak tahu dia pun agen shaklee jugak, tapi entah bila time aku bukak pintu rumah.. walaupun dia masa tu tengah buka pintu rumah, dia cepat-cepat tutup pintu, Ntah apa la masalah mereka pun tak tahu, nak senyum apatah lagi kan..

Hari tu dalam beberapa bulan yang lepas, anak perempuan dia kawin, dah maknya ajak kami suami isteri join makan kenduri kan... so kami sekeluarga pun join la kenduri anaknya tu, tapi entah mengapa anak perempuan nya ni kalau kita terserempak hadapan rumah, senyum pun tidak ,pandang apatah lagi kan.. tak tahu la apa masalahnya ..sombong bebenor gamaknya....Rasa macam tak pandang pun kita ini..menonong je 

Biasa lah manusia kot, pastu dah dia tahu kita ni niage shaklee kan, semalam jiran sebelah rumah cakap bakal mak mertua dia pengguna shaklee, dan selalu beli shaklee dekat orang lain la.. so dia tanye kalau nak beli shaklee dekat saya boleh ke,,, of cos la boleh kan customer kan.. sekali orang depan rumah pandang je , curi dengar ke apa ke tak tahu lah... ehh .. dah kenapa kan.. nak curi customer kita ke atau rasa tak senang hati kalau kita dapat pelanggan.. Entah..

Pastu , tak tahu kenapa .. kucing 2 terbiar kat kawasan rumah kita ni atau kucing peliharaan orang setempat ni,suka suka hati je membuang najis kat rumah kita,walaupun grill umah kita dah berpagar.. tak tahu kenapa boleh lepas pukul.. Hangin aku , balik-balik kerja kena basuh depan rumah pulak ... semata-mata kucing-kucing ni melepaskan kat dalam kawasan rumah..kencing merata-rata..

Yelah sape yang bela kucing tolong la jaga kucing masing-masing supaya tak bawak masalah kan... kalau pulak ada kucing yang terbiar tu pihak yg bertanggungjawab sila la settle kan... tak kan kita ni asyik nak jadi mangsa basuh lantai balik-balik kerja disebabkan kucing -kucing melepaskan..

Grrrrr.. geram aku.. dengan sensitivity penduduk kat sekeliling ni..

OK la..cukup-cukup la membebel itu.. sekarang nak selit iklan jap... 

# bulan ini May 2014 ini ,promosi untuk Mealshakes Shaklee ... beli 6 percuma 1, tak semestinya kena beli 6 , kalau nak beli 1,2,3 tau mana sekali pun dialu-alukan..

Kelebihan shaklee ini.. sesuai diminum oleh kanak-kanak yang kurang makan, sebagai nutrisi lengkap pemakanan seharian.. dengan penggunaan 1 scoop sehari boleh mengalakkan perkembangan minda dan tubuh badan..



~ mengalakkan seseorang itu sihat bertenaga disamping dapat mengawal masalah obesiti ...
~ Makanan yang seimbang yang mengandungi sumber vitamin yang diperlukan dalam tubuh badan.
~ Wanita / lelaki yang mempunyai budget yang kecil dalam pembelian ESP, boleh menggantikan Mealshakes shaklee dalam diet pemakanan..
~ Menjadikan kanak-kanak tersebut sumber untuk tenaga, makanan dan minda yang cergas..

So apa tunggu lagi, dapatkan Mealshakes shaklee sementara staok berada dipasaran..

#sayajual
#arlinabdrahim
#018-365 9551


Multivitamin vitalea...


Vitelea .. multivitamin yang diperlukan oleh semua lapisan .. wanita,lelaki ,ibu bapa..

Sape yang memerlukan multivitamin vitalea ini ...

~penyakit anemia,kurang selera makan ,tekanan darah rendah ,diabetis, lelaki dan wanita yang selalu lesu dan letih..(wanita yg mengandung digalakkan menggunakannya)
~pelajar yang selalu mengantuk ..
~ sangat sesuai diamalkan oleh ibu yg mengandung,menyusu dan berpantang
~menyokong sistem pembiakan
~ pertumbuhan dan penggantian sel tubuh badan.

#sayajual
#arlinaabdrahim
#018-3659551



Sambutan hari ibu

Mula-mula sekali aku nak wish selamat hari ibu kepada kedua-dua ibu aku iaitu Rukiah Ali & Raja Norasyikin ..dan tak lupa juga kepada semua ibu-ibu di dunia ini..

Sempena hari ibu ini,aku dan suami tak ada pun buat sambutan tapi aku sempat wish kat ibu aku dan ade jugak makan-makan malam semalam dengan kaum keluarga sebelah sepupu suami aku.. just buat bakar-bakar sikit dan masak -masak sikit...

Alhamdullilah murah rezeki kami semalam, tengah hari semalam menghadiri majlis perkahwinan kawan suami ,dan malam tu pulak ada makan-makan dengan family sepupu sebelah suami.. dan memang semalam aku gantung kuali pon,,,

Tak gambar memang tak ambil la ,malas nak mengusung handset dan handset pun masa tu memang kehabisan bateri pon..

Sebagai ibu .. aku berharap aku dapat menjaga amanah Allah ini, dan dapat menjaga segala kebajikan dan kesejahteraan mereka sehingga aku dah tutup mata kelak.. Semoga anak -anak kesayangan aku menjadi insan yg berguna di dunia dan di akhirat kelak...


08 May 2014

Set kurus dari shaklee


Untuk sangat yang mengeluh bila berat badan dah bertambah kan.. Untuk kembali langsing atau berbadan tegap bukan mustahil.. Oleh itu bagi sesiapa yang masih mencari -cari set kurus dari keluaran shaklee , sila jangan ragu-ragu untuk menggunakannya..

Kalau nak tahu setiap produk shaklee, anda boleh adjust setiap barangan bersesuaian dengat budget anda. semuanya terpulang pada diri anda sendiri..

Nak tahu lebih lanjut boleh hubungi saya ..

PM saya < 018-365 9551 < arlina abd rahim

K.bye..:)

Shaklee lagi .. vivix

Hari ini nak cerita mengenai kelebihan vivix shaklee ...


Kelebihan Vivix Shaklee..

Testimoni pengguna yang mengamalkan vivix shaklee



jadi anda diluar sana.. apa tunggu lagi .. marilah mencuba produk keluaran shaklee ini vivix..

(Retails price : RM 475.00)

Berminat untuk dapatkan nya:

PM saya untuk maklumat lanjut ..

# sayajual
#arlinaabdrahim
#018-365 9551






Dugaan & Ujian Dari Nya

Cerita sedih ..

Isnin pagi , aku emergency leave sebab anak ke-3 tidak sihat , 
Selesai masak nasi ayam utk keluarga kecik kami ini, aku selalu menjenguk ke luar sebab nak pastikan moto kami ada.. 
Tapi pelik aku hanya nampak moto laki aku je, moto ego aku tak de.

Cepat-cepat aku bagitau laki aku, ckp moto ego tak ade.. sebenarnya laki aku tak pecaya sebab awal pagi tu dia baru je jenguk kat tingkap ..dan memang dia perasaan moto dia & moto aku ada.. tup-tup aku bagitau moto ego tak .. mula -mula laki aku ingat aku main-main..

Tapi ini memang betul, terus laki aku keluar start moto dia, kot-kot masih terjumpa moto aku tu... Dah nak dijadikan cerita bayang moto ego pun tak nampak..

Rasanya dah tamat riwayat moto tu, terkilan jugak sebab malam sebelum tu kami sekeluarga naik moto tu ,dan laki aku isi minyak penuh supaya senang aku nak hendak pergi kerja nanti..Sedih sebab memang tak dapat balik motor tu dah.. Sedih sebab terpaksa mengeluarkan duit kalau hendak beli motor lain.. Mana nak cari duit kan.. bukannya aku ni keluarga yg senang nak cekau duit ... nak minta tolong family macam rasanya tak sanggup pulak..lagipun faham family aku dan suami pun ada komitmen masing-masing...

nasib baik la, motor adik aku ade kat kami, boleh aku pinjam dalam bulan ni atau beberapa bulan ni unutk berulang ke tempat kerja.. Kalau nak bawa kerja aku terpaksa keluar awal dan balik lambat unutk elakkan jem . Kesian pulak anak-anak kena bangun awal pagi dan ambik lewat petang atau malam.. 

Bagi aku , biar la aku susah atau belajar utk bawa motor yg bergear dari terpaksa susahkan anak-anak kecik aku tu, rasanya tak sanggup nak kerah mereka bangun pagi-pagi semata-mata hendak elak jem. Kita guna kan lah kemudahan yg ada ...

sekarang ni suami tengah cari duit utk menambah hutang baru, kesian suami aku, dan juga kesian kami sekeluarga terpaksa bertambah bebanan hutang...

Tak pe lah redha kan je lah..


02 May 2014

Mealshakes Shaklee

Bulan May 2014 , nie shaklee ada buat bulan promosi untuk MEALSHAKES SHAKLEE.. 







#sid shaklee
#arlina abd rahim
# 018-365 9551



Bismillah & Shaklee

Mulakan hari anda dengan Bismillah ..Semoga segala urusan dipermudahkan ... Insya-allah 




Saya adalah shaklee independent distributors..Berminat untuk mendapatkan segala produk shaklee ,boleh PM saya ...saya sedia membantu anda.. Saya merupakan sid shaklee sekitar ( Tmn Medan, Tmn Seri Manja, Tmn Dato' Harun, PJ,Bandar Sunway, Dataran Prima, Kelana Jaya dan sekitarnya)