19 May 2014

Sembang-sembang

Hi,

Tak ada apa nak cerita sebenarnya ,cuma sembang-sembang kosong untuk segarkan minda je..
Semalam sehari duduk rumah, basuh baju,lipat baju,masak dan sebagainya..nak keluar tapi tak ade tempat nak tuju.dari buang masa ,buang duit,baik la aku dan anak-anak duduk rumah layan cerita-cerita yang telah direkodkan..

Kadang-kadang aku terfikir macam mana seseorang tu boleh mendapat kemewahan,, yelah memang betul orang cakap kita tak boleh fikir nak mewah je, tapi yelah dunia sekarang ni sana-sini pakai duit.Tak duit semua benda tak jalan.. ada duit laju je kan.. 

Aku selalu impikan nak duduk rumah jaga suami,jaga anak-anak ,sambil boleh tengok tv tapi duit sentiasa ada ditangan.maksud aku sentiasa ada duit untuk belanja harian,belanja diri sendiri dan keluarga.. macam kita kerja makan gaji..

Ada satu hari tu sembang dengan babysitter,dia ni ambil upah menjahit, la ni sempena nak raya ni banyak sungguh dia ambil upah menjahit, dia ada baju tau,sekarang ini income dia dah dekat-dekat RM4k tu, terperanjat aku.. kalah orang makan gaji kan.duduk rumah .. jaga rumah sambil-sambil buat duit ,menjahit.sambil-sambil tu menjaga anak aku 3 orang...

Macam teringin jugak nak belajar menjahit kan.tapi aku ni takde basic menjahit,kalau nak belajar kena start dari zero la,sambil tu terpaksa la menghantar anak-anak ke rumah orang utk dijaga ..nak harapkan suami macam kurang pecaya la ,lebih-lebih lagi budak kecik tu..

Tapi tula ,ade juga terfikir nak belajar memasak kek,tapi pasaran sekarang banyak sangat orang yg pandai-pandai buat kek,sekarang ni pun ilmu memasak senang je nak dapat ..kat internet pun berlambak...so kena fikir cara lain nak cari duit..

Nak berbisnes shaklee,sekarang tengah diusahakan tapi macam sambutan kurang mengalakkan la, selalu terfikir macam -mana ya, nak buat orang close deal dengan kita ,cerita-cerita terus jadi beli.. ni selalunya kita cerita-cerita ,pastu diam seribu bahasa.. Yelah lumrah orang berniaga kan.kita faham ,tapi ada la sikit kecewa disitu..

kena usaha lebih la, sebab aku memang plan 2/3 tahun akan datang nak stop makan gaji, dan buat kerja dari rumah tapi nak duit banyak macam kita makan gaji atau nak duit banyak lebih dari gaji aku sekarang ni... kena usaha lebih nampaknya..nak slow talk dengan suami nak belajar menjahit atau cari mana-mana kedai yg boleh kita belajar menjahit dalam setengah hari pun jadi la..tak boleh lama-lama sebab ada anak kecik nak jaga..

#berfikir untuk tingkatkan pendapatan keluarga dan diri sendiri..

Ok bye, nak stop solat dulu, lepas tu nak cari jalan untuk mendapat kesejahteraan hidup dunia dan akhirat..

# between saya masih menjual produk shaklee ya, beminat ,sila dapatkan dari saya untuk maklumat lanjut mengenai produk shaklee,harga,dan untuk konsultansi, Insyaallah.. saya akan tolong yang terbaik untuk anda..

No comments:

Post a Comment