18 March 2015

Update kali ini

Assalam semua,

dah lama tak update.. entah la gmail ni ada masalah ..

baru ni ade kesempatan untuk update blog..

Aku dah temui hobi baru ...dan dari suka-suka , akhirnya boleh menambahkan pendapatan sampigan aku.. walaupun tidak seberapa tapi ..aku puas hati bila feed back bagus ..seronok sangat .. dan menambahkan lagi semangat nak buat yang lebih baik dan kemas lagi..

Doakan aku dimurahkan rezeki ya.. Insyaallah .. Amin ..





kalau ada yang berminat nak buat tempahan boleh pm saya ya..

Insyaallah harga berpatutan dan memuaskan anda semua..

018-365 9551 -ina 


06 January 2015

Tahun baru 2015

Assalammualaikum,

Dah jarang dah aku berblogging, bukan apa ..sebab kedudukan workstation aku yg betul2 bertentangan dengan bilik boss besar..
Tambahan lagi aku ni banyak nau kerja nak buat ..( atau buat-buat bizi ) hehehe

Pejam celik pejam celik , kita dah melangkah dah ke tahun baru ,cepat je kan..sekarang ni banyak sungguh masa dihabiskan dengan kerja hakiki, anak-anak dan suami ..
Penat pun ada tapi bila fikirkan balik , itu la namanya tugas seorang isteri, nak menjaga rumah, menjaga kebajikan suami dan mengajar anak-anak...

Anak aku yang sulung pun dah masuk 5 tahun, dan tahun ni dia akan start sekolah,sekolah pagi dan sekolah petang..segala urusan utk persekolahan anak tadika ,aku dah settekan awal-awal, tinggal nak daftarkan anak utk sekolah petang pulak, sekolah agama..

Bak kata suami ,dia nak anak-anak sekolah agama..tahu mengaji,sembahyang dan sebagainya... aku pun menurut perintah la.. demi kebaikan anak-anak ku nanti, tapi rasa macam kesian sebab mesti dia kepenatan dan tak ada masa nak bermain-main dengan kawan-kawan..

Takpe ,kita tengok macam mana dulu.. dan second choice kalau tak dapat sekolah agama... aku just nak hantar dia mengaji kat rumah orang yg pandai mengaji.. utk dia dan adiknya..
Maybe sebelah petang sebelum maghrib la kot,sebab malam cikgu tu nak ke masjid pulak katanya..tapi yang ini belum deal lagi..

Dan sempena tahun baru ini , aku ada banyak wishlist yang aku harap dapat laksanakan ..Antaranya :

 Menjadi seorang insan yg patuh agama, taat pada suami dan lebih menyanyangi anak-anak

 Menjalankan bisnes sendiri sambil menjaga anak-anak..

 Berhenti kerja bila bisnes yang ingin diusahakan berjalan lancar atau stabil

 Ingin belajar menjahit

Dan jika , aku diberi kekuatan  utk menjaga anak-anak orang, aku berhasrat nak mengusahakan taska utk kanak-kanak ... sambil-sambil tu boleh menjaga anak-anak sendiri .. Insyaallah .. Ini memang dalam perancangan .. tapi rasanya kena modal besar dan kena ada ilmu utk menjalankan perniagaan macam ni..

Itu je impian aku , tak ada yang lain, disamping jaga suami,jaga rumah dan jaga anak-anak .. aku nak pegang duit jugak.. Harap semua dipermudahkan ..



30 December 2014

Permudahkan la segala urusan kami

Salam..

Dah lama tak blogging, sebab utamanya banyak kekangan masa di tempat kerja..
Sekarang ni kita dikejutkan dengan segala dugaan yang menduga rakyat-rakyat Malaysia ..
Antaranya adalah kejadian banjir yg besar melanda di kawasan pantai timur ..
Kelantan, Terangganu ,Pahang
Dan di kawasan utara pulak ..
Perlis , Kedah, Perak dan kemungkinan Johor pulak ..
Maysallah hebatnya dugaan dari -Mu Ya Allah..

Dikesempatan ini aku dengan rasa simpatinya berharap mangsa banjir di tempat kalian supaya tabah menghadapi dugaan ini..Insyaallah bantuan akan menyusul ..antara cepat dan lambat je..
Sedih sangat bila rakan-rakan masa belajar update status dalam wasaps group di tempat meraka ..di kelantan, terangganu , pahang ...

Sedih melihat ..warga kanak-kanak, ibu yg mengandung , warga tua ..dan sekalian menghadapi kepayahan dalam meredah arus banjir .. dalam menyelamat diri masing-masing dan keluarga..
Sedih bila tengok video yg di share oleh kawan-kawan melihat bayi dalam inckubator dipindahkan dihospital lain .. melihat warga tua, pesakit icu,ccu dan sebagai nya terpaksa dipindahkan ..akibat air yg naik di hospital dan bekalan elektrik yg terhad..

Harap kalian semua tabah menghadapi dugaan ini ..
dan aku juga sedih, risau dan sedang bertabah kerana suami menjadi sukarelawan dalam membantu rakan-rakan, sahabat-sahabat yg dikenali atau tidak dikenali di sana.. terutamanya di Kelantan ..harap urusan ini dipermudahkan dan selamat pergi dan kembali ..
Walaupon aku risau dengan suami tapi aku pecaya suami ku kuat ,dan berani dalam membantu kalian..
Demi semangat suami yg ingin membantu .. aku pecaya .. hari ini kita bantu mereka.. mungkin esok lusa kalian pulak yg akan bantu kami sekiranya kami berada di dalam kepayahan..

Demi kepayahan ini , kita dapat menilai bahawa Allah menduga kita dengan dugaan kecil .. supaya kita musabah diri dan tunduk akan perintah Allah..
Sahabat-sahabatku semoga kalian tabah, selamat dan berhati-hati ya..

Bagi yang ada anak-anak kecil tu ,sila perhatikan anak-anak anda, supaya tiada kejadian yg buruk berlaku..
Bagi kawan ku .. Azura Hj Uji .. selamat berpantang , kawanku ini sempat membantu dan menghadapi banjir di Machang ,Kelantan .. dan sewaktu kejadian dia dah due dan tunggu hari je utk bersalin.. dan telah turun darah ..
Alhamdullilah .. selamat mengahdapi banjir sebelum kelahiran puteri ke-tiga nya yg comel ... syukur sangat ..tabah akak zura.. harap aku setabah akak zura jugak ..

Buat rakan-rakan di terangganu , Yuzz harap tabah dan dapat membantu mangsa-mangsa banjir dan pesakit-pesakit di hospital ya yang ... besar ganjaran nya..

Dan buat sahabatku di pahang,semoga tabah menghadapi dugaan hidup ,,dan jaga diri,kesihatan dan jaga anak-anak kecil anda..kami disini akan membantu atau menghulurkan mana yg patut dengan anda sekalian ..

Mari la kita bersatu dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini ... buangkan segala sengketa, isu perkauman dan politik sekalian.. bersatu demi Malaysian ...




26 November 2014

Kesihatan sukar dijual beli

Dah lama tak buat post blog, banyak sebab jugak .. 
kadang -kadang sebab banyak kerja nak buat  dan ditambah lagi aku bertukar lagi workstation bahagian pentadbiran yang berdekatan dengan bilik bos..
Jadi hasrat nak menaip tu macam terbantut sedikit la..

kenapa kesihatan kita amat penting dan sukar di jual beli ..
sebab melalui tahap kesihatan yang baik la kita dapat melakukan pelbagai pekerjaan ,ibadah dan sebagainya..
Melalui kesihatan yang baik juga kita dapat mencari rezeki di muka bumi ini..

Cuba bayangkan kalau kesihatan kita kurang, macam mana kita nak mencari rezeki, macam mana kita nak melakukan ibadah.. dan macam mana melakukan sesuatu pekerjaan..
lebih-lebih aku yang berstatus ibu ni kan.. kalau aku sakit ,terabai sikit la anak-anak , yelah tak ada orang nak masakkan makanan, nak tengokkan mereka dan nak menjaga mereka.

Sebab tu aku cakap kesihatan amat penting dijaga,
kadang-kadang kita kedekut nak mengeluarkan duit tambahan utk menjaga kesihatan sebagai contoh ,macam makanan tambahan, supliment dan sebagainya..

Sekarang ni pun kos perubatan pun semakin mahal, nak harapkan hospital kerajaan ,kadang-kadang terlalu banyak sangat pesakit ,dan kadang-kadang katil pun tak cukup.. so adakah kita hanya tahu merungut je kalau hospital penuh dan bila dah sakit baru nak ambil tindakan kan..

langkah yang terbaik adalah dengan kita mengambil langkah pencegahan utk menjaga diri kita ,dengan mengambil langkah protection iaitu kita invest sedikit wang utk keperluan badan kita.
Kita invest sedikit wang ringgit utk membeli supliment yang sesuai dengan tubuh badan dan yang kita memang mampu milik..

Insyaallah dengan penjagaan yang baik, insyaallah tubuh badan kita akan sihat walafiat..
dan secara tidak langsung kita akan dapat mencari rezeki untuk keluarga dan juga dapat melakukan perkerjaan seharian kita nanti..

Bagi yang masih tercari-cari makanan tambahan yang anda mampu milik dan inginkan keberkesanaan yang maximum dengan izin Allah.. Anda boleh mencuba makanan tambahan Shaklee yang memang diakui keberkesanaannya, kebaikannya , diluluskan olek KKM dan diiktiraf sijil HALAL nya..

Jangan ragu-ragu utk menghubungi saya ,dan juga untuk mendapatkan maklumat lanjut..

Arlina Abd Rahim
1108040
018.365.9551
Taman Medan, PJ 

18 November 2014

Orang ke-3

Ramai sangat komen yang aku baca mengenai kehadiran orang ketiga tu..

orang ke 3 bukan bermaksud cahaya mata ya, kalau maksud ini memang ditunggu-tunggu la kan..

Orang ketiga ni boleh jadi ..kekasih gelap
Orang ketiga ni juga boleh jadi .. ibu bapa,saudara mara, adik beradik, sahabat handai dan yang seangkatan dengannya..

Bagi pendapat aku.. bila kita dah bersedia melangkah ke alam rumah tangga ni, secara tidak langsung kita sepatutnya dah bersedia fizikal dan mental dalam menghadapi situasi-situasi yang tidak dijangka ..

Contohnya .. kadang-kadang kita suami isteri mesti ada selisih faham ... bila dah berselisih faham tu jangan la kita melibatkan dengan orang lain kerana bila dah melibatkan orang lain secara tidak langsung kita memberitahu orang lain akan masalah rumah tangga kita .. dan ia akan akibat kan jugak orang lain campur tangan akan masalah rumah tangga kita ni..

So sebagai suami isteri kita patut berbincang, dengan setiap isu yg berlaku sekali pun.. Dan bawak-bawak bersabar dalam menghadapi dugaan.. Kalau dah tak mampu .. kita patut berfikir secara rasional untuk masa depan kita dan anak-anak kita..

Kunci dalam rumah tangga bagi aku ,setia ,tiada rasa dan sabar dalam hadapi dugaan hidup rumah tangga.. Insyaallah akan selamat dan bersembahyang la ,berdoa la kerana pada Allah kita meminta segala petunjuk dan kesabaran ...


17 November 2014

Kisah rumah tangga

tadi semasa view kat fb , terbaca kisah pasangan suami isteri ini..

Suami curang dengan seorang janda ,dan telah terlanjur dengan kekasih gelapnya.. 

Sedihnya bila baca kisah ini, tergamak si suami buat macam tu dekat isteri dengan alasan isteri tidak bersiap -siap untuk suaminya, si isteri gemuk dan berbau busuk.. tahu kah kamu wahai si suami .. jangan pandang seseorang tu yg belum kita tahu akan jaga anak kita dan diri kita..

kenapa nak cari lain sedangkan kita tak tahu orang tu elok ke tidak jaga diri kita atau jaga anak anda.. jangan nak cakap orang tu bagus sedangkan kita tak tahu lagi macam mana kan..Aku rasa kaum laki ini selalu ingat orang yg kat luar sana lebih baik dari isteri sedangkan entah baik atau tidak kita tak tahu lagi kan.. Yelah memang mereka cantik sebab mereka tak ada tanggungjawab ,hanya jaga diri sendiri je..

Cuba try mereka boleh ke jaga kita, anak-anak kita dan diri sendiri,dan jangan nak harapkan orang lain..kita sendiri yg jaga, rasa-rasa cukup tak masa tu.Sedangkan nak jaga anak seorang pun belum tentu kita cukup tidur kan.. ni kan nak jaga 2/3 orang anak.. 

Memang penat, yelah nak jaga anak-anak , nak uruskan rumah tangga, nak layan suami , nak jaga kerja lagi dan nk jaga diri sendiri..tengok mana mana, atau kaum laki tu switch kan rutin harian si isteri kepada anda ,tengok macam mana mampu ke tidak..

Dan kepada wanita diluar sana yg nak bercinta, tolong sedilik pasangan anda dahulu dan jangan cepat percaya pasangan anda tu bujang atau duda, please check dulu ..kesian tau kat kalau terjadi kat isteri kekasih anda.. bayangkan kalau anda berada di tempat mereka .. 

Apa perasaan anda sekiranya suami anda curang .. ???? tepuk dada tanya selera .... kalau tak nak berlaku kat diri anda,jangan cuba-cuba untuk buat macam tu ..

Kesedihan hati ini

kesedihan hati ini siapa yang tahu..

kelukaan hati ini siapa yg tahu, hanya Allah saje tempat aku meminta petunjuk..Rasa sedih,rasa kecil ,rasa kerdil sangat ..nak cerita kan pada siapa..nak ceritakan pada suami,kawan.. entah ada ke orang nak ambil tahu..

Apa yang perlu ku buat untuk langkah seterusnya.. susah nak fikir.. aku nak jadi seorang yg berfungsi tapi rasa macam tidak diperlukan lagi.perkhidmatan ku tidak diperlukan.bila-bila masa aku akan ditolak ke tepi. 

Sebelum perkara ini terjadi, aku perlu bertindak membuat sesuatu.. perlu mencari jalan keluar.. sedihnya.. demi keluarga ,anak-anak aku perlu teruskan lagi perjuagan.. perlu kuatkan langkah.. Sejujurnya aku teramat cemburu dengan kejayaan dan kepandaian orang tapi ,langkah utama aku perlu bertindak ..

tapi bila kena bertindak kerana orang yang paling hampir dengan ku ,tidak memberikan sokongan... perlu ke aku meminta sokogan ,perlu ke aku bertindak sendirian .. Pening,buntu,susah hati ,sedih dan frust memikirkannya... 

perlu berdiri di kaki sendiri , perlu bertindak , jika orang laki mampu kenapa tidak aku ????

Ya Allah berikan petunjuk ,dan kekuatan.. murahkan rezeki sebagaimana orang lain .. adakah sebab kegagalan ku .. Aku perlu baiki ...

Ya Allah,kuatkan imanku,kuatkan pendirianku,murahkan rezeki ku,permudahkan perjalanan rezeki ku... Eangkau murahkan rezeki ku dalam bidang yang aku ceburi.. Engkau murahkan dan permudahkan perjalanan hidupku..

Amin...

Insan yang lemah,