18 November 2014

Orang ke-3

Ramai sangat komen yang aku baca mengenai kehadiran orang ketiga tu..

orang ke 3 bukan bermaksud cahaya mata ya, kalau maksud ini memang ditunggu-tunggu la kan..

Orang ketiga ni boleh jadi ..kekasih gelap
Orang ketiga ni juga boleh jadi .. ibu bapa,saudara mara, adik beradik, sahabat handai dan yang seangkatan dengannya..

Bagi pendapat aku.. bila kita dah bersedia melangkah ke alam rumah tangga ni, secara tidak langsung kita sepatutnya dah bersedia fizikal dan mental dalam menghadapi situasi-situasi yang tidak dijangka ..

Contohnya .. kadang-kadang kita suami isteri mesti ada selisih faham ... bila dah berselisih faham tu jangan la kita melibatkan dengan orang lain kerana bila dah melibatkan orang lain secara tidak langsung kita memberitahu orang lain akan masalah rumah tangga kita .. dan ia akan akibat kan jugak orang lain campur tangan akan masalah rumah tangga kita ni..

So sebagai suami isteri kita patut berbincang, dengan setiap isu yg berlaku sekali pun.. Dan bawak-bawak bersabar dalam menghadapi dugaan.. Kalau dah tak mampu .. kita patut berfikir secara rasional untuk masa depan kita dan anak-anak kita..

Kunci dalam rumah tangga bagi aku ,setia ,tiada rasa dan sabar dalam hadapi dugaan hidup rumah tangga.. Insyaallah akan selamat dan bersembahyang la ,berdoa la kerana pada Allah kita meminta segala petunjuk dan kesabaran ...


No comments:

Post a Comment