14 November 2014

Kisah Yang Perlu Diambil Iktibar

Tadi terbaca satu kisah di fb mengenai hubungan suami isteri ..
Tersentuh dan insaf kat diriku ini..

Kisahnya yg si isteri nak membeli pakaian anak utk anak yg bakal dilahirkan..tapi disebabkan si isteri terjah baby fair yg memang terkenal dengan lautan manusia,si suami dah feed up dah ..ditambah plak dengan kerenah anak yg sulung ..

Kisah ini pernah terjadi kat diriku yg masa tu aku dan si suami terjah baby fair jugak..memang banyak sangat insan-insan yg ingin membuat persiapan bgi baby mereka.. dan bagi aku kalau kita nak ke baby fair ke , jangan bawa kanak-kanak sebab panas,rimas dan nanti mereka cepat bosan..

Tapi dari segi penjimatan memang aku tak nafikan ,memang jimat sangat-sangat ... sebab aku hanya belanjakan tak sampai RM200 , tapi aku dah beli berhelai-helai baju bayi, barangan mandian, botol susu dan macam -macam lagi..

Pada aku kita sebagai suami isteri memang tak dinafikan akan sentiasa bertelingkah sebab kita mempunyai pendapat masing-masing.. Pendapat kita tak semestinya betul pada pandangan orang lain.. Cuma kita sebagai isteri kena lebih banyak bertolak ansur ..dan memahami karenah suami .. dan sentiasa bercakap lemah lembut walaupon masa tu keadaan tengah tegang .. walaupon pada hakikatnya kita rasa kita betul.
Insyaallah bila kita bercakap lembut, suami pun tak akan meninggikan suara nya kepada kita...

Dan kepada para suami pulak, jangan la disebabkan anda .. anda mengarahkan si isteri dan anak-anak mengikut pendapat anda sahaja.. Cuba la kita bertolak ansur sedikit.. walaupon anda rasa anda betul.. Kan tak seronok kalau nak jalan-jalan ,membeli belah dengan suasana yang tegang dan bergaduh..mesti tak seronok kan..

Apa yang si isteri buat tu kadang-kadang adalah demi kebaikan kita seisi keluarga , dan si suami diharap faham akan situasi itu..jangan cepat nak melenting .. cuba faham situasi dan keadaan itu .. Apa yang kelebihan dan apa keburukan plak..

Yang penting ..kita sebagai suami isteri akan lebih bertolak ansur dan lebih faham memahami .. 

 

2 comments: