07 November 2014

Tips untuk menghilangkan selsema ,batuk berpanjangan..

Bulan 8 haritu anak-anak ku batuk ,demam ,selsema.. kita sebagai emak ayah ni risau la sangat sebab anak-anak tak sihat..nak pergi kerja pun tak senang ..asyik terfikir-fikir je macam mana anak-anak di rumah pengasuh..

So aku pun gugel la ,tips,petua yang boleh dipraktikkan selain beri anak makan ubat .. Antaranya yang aku rasa berkesan untuk anak-anak aku ialah:


  • Garlic Socks : 
- Caranya ..aku ambil 2/ 3 ulas bawang putih ,bakar dengan kulit-kulitnya sekali ..Bila dah agak terbakar sikit kulitnya ..aku tumbuk bawang putih tu kasar-kasar dan campurkan dengan minyak zaitun ,tapi kalau tak ada minyak zaitun , minyak masak pun boleh .. pastu sapukan di belakang badan anak,di dada dan di kaki kedua belah.. Pastu balance dari bawang putih tu .. letak dalam socks dan pakai kan kat kaki anak .. sampai keesokkan harinya.. Yang rutin ni aku buat 2 -3 hari juga ..nak tengok keberkesanannya.. Bagi aku oklah keberkesanannya .. esoknya hingus pun kering ..

  • Kunyit Hidup :-
tips ini pun aku dapat hasil dari informasi kawan-kawan ofis dan dari gugel ... senang je cara ni.. ambil kunyit hidup, tumbuk kunyit tu kasar-kasar ,dan campurkan dengan minyak masak atau olive oil.. sama jugak kaedahnya .. sapukan di batang hidung anak,di dada dan di belakang ... tapi kaedah ini anak aku rimas sikit kot sebab yelah mungkin tak selesa kan kat hidung tu .. pastu aku pun macam rimas jugak tengok baju anak -anak kotor... 
Tapi bagi aku kaedah ini memang berkesan untuk anak-anak aku.. masa tu anak aku selsema,berhingus je, pastu malam tu aku buat sapukan kat batang hidung ... esoknya memang selsema dan hingus anak-anak ku hilang ..Wow terbaikkkkk sangat ...

  • Daun Kadok + Air + Kapur Makan :-
Caranya ni aku buat berkesan jugak,,, caranya aku ambil daun kaduk,campurkan air , dan kapur makan ..ramas-ramas kan..air guna sikit je.. dah ramas-ramas tu sapukan kat dada anak-anak,belakang badan ,dan hidung mereka.. aku buat cara ni 2/3 kali jugak ..dan Alhamdullilah berkesan..

  • Gula melaka /gula kabung :-
Ini pun aku dapat petua dari en gugel.. caranya macam ni,pecah-pecahkan gula kabung tu kecil-kecil..Lepas tu kita bagi anak-anak makan ,makan macam kita bagi mereka makan gula-gula..Yang tips ni aku dah beli gula kabung tu tapi tak try lagi sebab ,cara kunyit hidup & daun keduk tu berkesan kat anak-anakku.

  • Madu lebah asli :-
Yang ni aku dapat dari en gugel dan info-info orang sekeliling...dan bagi aku Al-hamdullilah berkesan .. aku haritu ada gi pasar malam sekitar taman medan ni, pastu singgah la gerai pakcik ni..Pakcik ini menjual madu lebah,asli katanya dari Tualang ..so kami risik-risik madu lebah yang sesuai untuk anak-anak yang selalu batuk,selsema ni,dan pakcik ini syorkan sejenis madu lebah yang khas utk sakit ini,sebab menurut pakcik ni madu lebah ada banyak kategori... so bagi sesudu kecil sudu plastik ya,tak boleh guna sudu besi sebab nanti khasiat hilang.. kat anak-anak ..atau boleh juga dicampurkan dengan air suam untuk dibancuh bersama..

Tapi anak-anak ku tak berapa suka sangat bancuh dengan air suam,kalau masuk dalam susu ok,tapi aku senang ,,bagi je terus kat mereka.dan anak-anak ku suka je... minum madu sebab manis kan.. 

Madu lebah ini hanya boleh diberi kepada kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas je.. Al-hamdulliah berkesan utk anak-anakku..

  • Supliment tambahan kepada anak-anak Meal Shake :-
Aku dah amalkan meal shake shaklee, untuk anak-anak dah  3bulan kot aku amalkan secara konsisten.dan keputusan nya aku puas hati dengan meal shake..dari anak-anak ku yang kurang makan,memilih dan sekarang selera dah baik je..dan dari selalu selsema, deman dan batuk ..pun dah ok dah..dan alhamdulillah buat masa ni mereka dah tak demam,batuk dengan selsema dah..Syukur sangat .sebab kesihatan anak-anak dah pulih macam biasa. So kita yang emak -emak ni pun senang hati nak bekerja dengan tenang..

kesimpulannya ,,aku rasa tips ini sangat berguna untuk anak-anakku.. dan seboleh mungkin aku nak elakkan dari pemgambilan ubat-ubat ,, melainkan kalau dah terpaksa.. seboleh-bolehnya aku nak amalkan tips-tips tradisional dan amalkan supliment ,untuk menguatkan imum badan anak-anakku dan dan protect mereka dari sebarang penyakit.. Syukur kepada Allah.. mereka ,keluarga ku diberi kesihatan yang baik-baik sahaja..

Nak dapatkan meal shake shaklee untuk anak-anak anda, sila hubungi aku atau sid shaklee yang berdaftar.. nak dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai meal shake .boleh hubungi saya ya.

# Arlinaabdrahim
#018.365.9551
#1108040

No comments:

Post a Comment