07 January 2014

Selamat pagi semua..

Hi,

Pagi ye kawan-kawan walaupon (heee.) aku tak kenal uollss, tapi takpe mai la kita rapat-rapat silatulrahim.. hehehe.. apa nak bebel ya pagi ni..

Pagi nie,aku bangun banyak awal, aku bangun pukul 5.30 pg, bagi aku tu dah awal la,sebab kalau pagi-pagi aku bangun pon paling awal pukul 6 atau 6.30 lah...yelah bangun sebab tak selesa suami aku demam plak,badan panas je memanjang..anak yang kecik tu plak asyik nak nenen ye ,huisshh ..kurus mak ko nak..tak pe la .redha je la..

Pic ni aku rasa Jumaat dua minggu yang lepas kot.. pasal kebaikan susu ibu kepada kanak-kanak..Aku bukan nak komen apa-ape la tapi bagi pendapat aku kalau aku ada susu badan dan anak aku masih kecik lagi.. aku lagi suka bagi susu badan kat anak aku,, yelah dari jimatkan duit aku, boleh meguruskan badan dan boleh mengeratkan lagi hubungan aku dengan anak aku.. tapi yela tak semua orang dikurniakan rezeki untuk anak-anak mereka.. aku anggap ni rezeki utk anak aku la.. maybe Allat tahu yang aku ni bukan la orang ado-ado yang nak spend mahal-mahal susu untuk anak, sebab tu kot susu aku masih ada untuk anak aku lagi.syukur la.. jimat di situ..


Macam dalam pic ni cakap susu ibu jadikan anak bijak ,,entah la anak aku tak sekolah lagi so aku tak tahu sejauh mana betulnya tapi kalau betul ok lah.. macam yang aku cakap tadi tak semua ibu ada susu kan atau maybe sebab kekangan masa kan ,yelah kita mana nak tahu maslah mereka kan,takpe aku ok je sebab mesti semua ibu bapa nak yang terbaik untuk anak mereka kan.. apa-apa bagi aku asalkan anak tu ok tak ada masalah nak buang air besar, sihat dan cergas.. ok dah ..sebab risau kan kalau anak-anak kita ni demam atau sakit.. banyak plak hal nanti..

Aku banyak jugka la petua yang aku amalkan sebab nak kasi susu kat anak aku kan.. antara nya jangan skip makan,makan dengan kuantiti yang banyak ada sayur,buah semua,air minum banyak -banyak sampai tak larat nak minum je,, (tu aku la tu) pam selalu (tp aku hanya sempat pam 3 kali je kat ofis)..

Yang lain aku rasa semua ibu-ibu pun tahu kot,sebab kat internet ,majalah banyak dah siarkan petua-petua lain.. so terpulang la pada ibu-ibu kat luar sana mana yang terbaik untuk anak-anak mereka..

Ok bye.. nanti sambung lagi ye..

No comments:

Post a Comment