13 January 2014

Monday blues

Hi,

Bertemu kembali kita kan.. tapi sebenarnya tak banyak cerita nak share ..sebab minggu lepas iaitu sabtu dengan ahad ,aku sekeluarga tak gi mana-mana pun .. just aktiviti biasa je,bangun pagi,gi pasar beli bahan basah..jalan-jalan jap ke pasar malam..dan lepak depan tv sambil tengok cerita-cerita yang aku record kan..

Anak aku minat giler dengan maharaja lawak mega, kalau ada iklan maharaja lawak tu mesti semua terhenti main dan akan cakap dengan aku macam ni " Mummy lawak mega.. mummy" ..tu la penangan sebab tiap-tiap minggu tak pernah missed racangan tu kan.. sampai mereka tahu sepah tu,jambu,bocey,boboiboy dan lain-lain lagi la..

Pagi tadi masa aku on the way ke tempat kerja kemain lagi jem tak ingat,tak tahu la sebab apu, nak kata accident, aku tak nampak pon accident nya ,kereta rosok pun  tak nampak..entah la.. nasib baik la office aku ni tak jauh sangat dari rumah,tak la merasa nak keluar subuh-subuh kan..cuba bayangkan kalau office dengan rumah jauh,mesti subuh-subuh lagi dah start kereta nak ke tempat kerja kan.. Entah la macam mana la kalau ada anak-anak kecil ..mesti macam kesian je nak kejutkan mereka pagi-pagi ,pastu balik pulak lewat sampai rumah..tu la agaknya pergorbanan ibu-bapa untuk masa depan anak-anak kan..

Aku pun terasa jugak la dengan kenaikan harga minyak, harga barang ,semua barang ,makanan pun dah naik harga.. sebab tu la sekarang ni kebanyakkan ibu-bapa kena bekerja tak kisah la bekerja macam mana pun ,, bekerja dari rumah ke,buat side bussiness ke, yang penting mesti ada pendapatan ..

Macam semalam aku gi kedai nak beli santan ,sebelum ni santan 1kg rm 5.50 semalam masa beli santan dah naik harga rm 6.00, tapi apa nak buat kan.. nak buat santan x ade mesin parut kelapa,,reda je la ..kalau  nak masak gulai kena la pakai santan kan..tak kan nak pakai air je kan ...

Tu la sekarang ni semua orang berlumba-lumba nak nak cari pendapatan sampingan,kalau tak ada pendapatan sampingan macam mana nak tampung keperluan yang semakin naik ni kan...kalau nak harapkan gaji suami je,setakat rm 3000 keatas tu belum cukup lagi kan, sebab tu para isteri yang bijaksana ni kena berbelanja dengan cermat, sebab nak save kos, nak buat simpanan untuk masa akan datang.

Husiiiih kalau cakap pasal gaji,kenaikan harga barang atau apa-apa barang yang naik ni memang tak habis la..untuk kepentingan keluarga dan diri sendiri ..marilah kita menyimpan,membuat side bussiness.. aku bukan nak cakap dengan uolsss.tapi sebenarnya untuk peringatan diri sendiri jugak,sebab masing-masing ada kehendak masing-masing kan,ada niat masing-masing..

Cukup la membebal pasal hal ni,ok nak sambung kerja ..esok cuti,hari mengemas dan melipat baju ,dah sebakul baju yang tak berlipat..huhhh...lap peluh..

No comments:

Post a Comment