22 July 2014

Kemalangan tragik MH 17

Baru berkesempatan nak mengomen mengenai kemalangan tragik MH 17 tu.

Masa mula -mula dapat tahu mengenai kemalangan ni pagi , itu pun melalui telefon laki aku... mula-mula aku ingatkan main-main, pastu aku cakap dengan laki aku , kalau betul kemalangan MH17 , mesti sekarang ade akan keluar berita.

Ngam-ngam lepas je makan sehur, kami suami isteri terus on tv , terus astro awani , sekali memang betul la bukan tipu atau gosips ..

Apa-apa pun aku nak menggulas sendiri memang tak sampai hati sebab , yelah 10 hari lagi nak beraya kan semasa kejadian tragik itu berlaku ,, kita yg bukan ahli keluarga pun sedih , apatah lagi ahli keluarga magsa tersebut , mesti lagi sedih .. yg pasti kemalangan itu memang sedih sebab MH17 kita ni tak bersalah ,

Dan tadi semasa view FB , 2 kotak hitam MH17 telah diserahkan kepada pihak kerajaan Malaysia, dan Insyaallah kita akan mengetahui apa yg terjadi sebenarnya ..Dan magsa -mangsa kemalangan pun telah diserahkan kepada pihak kerajaan Malaysia, dan mangsa kemalangan dari Negara kita akan di uruskan oleh pihak kerajaan secepat mungkin..

Insyaallah .. harap semua urusan dipermudahkan oleh-NYA.

Dan lagi satu kesedihan mengenai keganasan yg sedang berlaku di GAZA.. sedih bila setiap kali baca FB je ,ade je gambar kanak-kanak , dan wanita yg tak bersalah menjadi mangsa keganasan ..Harap semua nya akan berakhir dengan cepat .. dan kalau boleh negara-negara yg kuat tolonglah campur tangan ... supaya keganasaan di GAZA tidak berulang ..


No comments:

Post a Comment