22 September 2014

Kembali bersiaran semula

Dah lama tak menulis blog ni .. banyak kekangan masa sebenarnya..

Macam-macam nak cerita dalam blog ni..Aku mulakan dengan entri basi tentang masalah kesihatan ank omei aku yang kecik ni ..

Kisahnya bermula semasa anak ke-2 dan ke-3 sakit, sebab sakit demam,batuk dengan selsema pakej tiga sekali..

Anak yang ketiga ni terjangkit sekali..mula-mula aku ingat demam,batuk ,selsema biasa je ,maybe sebab berjangkit dengan kakak dan abangnya.tapi lepas 2 /3 kali check up dengan klinik swasta/ klinik kerajaan ..semua tu tak berkesan sampai satu hari masa laki aku ambil anak dari pengasuh,pengasuh cakap anak muntah 3 kali,tak bangun,tak nak makan, merengek je,badan panas..

So suami bawa anak pergi klinik kesihatan taman medan ,pj..dan doktor terus tulis surat refer hospital due keadaannya yang lemah dan tak bermaya..habis keje ke kami terus bawak ke PPUM ,, sampai klinik kanak-kanak ..doktor buat x-ray ..dan dalam paru-paru ade kesan kahak yg dah masuk paru-paru ,dan disahkan ade jangkitan kumam..terus admit hospital malam tu jugak ..

Sampai wad kanak-kanak , anak aku diberi bantuan oksigen sebeb pernafasannya yang laju,bila dah masuk wad anak aku hanye meregek dan hanye melekap je kat aku,,tak minum susu dan makan .. hanya minum susu badan..nak nasib baik aku masih diberikan anugerah utk menyusukan anak aku lagi..

malam tu ,anak aku dah start antibiotik ,dan dah start ambik nap,sedut kahak.. doktor ambil sample kahak utk tahu puncanya..Esknya doktor beritahu bahawa anak aku demam sebab terdapat jangkitan kuman dalam saluran darah dan paru-paru nya,sebab tu demam dia asyik on off selama sepanjang 2 minggu.. so sedut kahak sebab banyak sangat kahak dalam paru-paru disamping tu anak aku pun masih selsema...

Setiap kali tukar shift ,setiap kali tu juga lah mereka akan bagi nap dengan sedut kahak..dan akhirnya doktor sahkan anak aku menghidap RSV PNEUMONIA.. so mereka asingkan anak aku dari patient kanak-kanak sebab takut terkena jangkitan virus ni kepada kanak -kanak lain atau kanak-kanak lain yg menjangkiti anak aku...

Sebagai mak aku sedih sangat tapi mak aku kena kuat sebab nak anak sihat.. masa tu aku hanya serahkan apa yang doktor nak buat asalkan ank aku boleh sihat dan keluar wad seperti sedia kala..Cukup 6 hari kami bermalam di sini..akhirnya anak aku disahkan sihat semua dan diberikan antibiotik utk dihabiskan semasa dirumah.. 

Aku kena selalu monitor dan pastikan persekitaran bersih dan kurangkan habuk dirumah...


Ok sambung entri yg lain ...

No comments:

Post a Comment