24 September 2014

cerita ofis pulak

Semalam petang ..
HR panggil me.. ingatkan apa kan .. rupa-rupa mengenai beberapa perkara yang berkaitan dengan organisasi baru syarikat ini..

Bukan me sorang je , rupanya staff level 2 semuanya..hahah.. kelakar jugak bila ingat-ingatkan ..hr interkom satu-satu org..

kesimpulannya tak ada beza dengan kenaikan gaji atau struktur gaji baru walaupun gob grade berubah.. mmm syadis kan.. sabar je la..
Entah lepas ini apa lagi task yg ofis nak beri pun tak tahu lagi ...

Okay ..ini kisah kedua pulak...
Me dapat offer utk transfer company di Perak sana nun... tempat kampung me sendiri ..memang best..
sebab dekat dengan family,dekat dengan rumah, anak-anak ada orang nak jaga, tak perlu risau akan kebajikan anak-anak sebab emak me sendiri yg akan jaga...TAPI..

Suami me kerja sini , dan susah nak lepaskan kerja dia di sini, lagipun suami me dah biasa hidup di kota,yelah dibesarkan di kota.. tiba-tiba tukar sana mesti susah kot..kerjaya kat sini pun dah agak stabil..so me tengah dalam dilema ,kalau me pindah Perak, me terpaksa berjauhan dengan suami utk jangka masa yg belum tentu lagi...

Me betul-betul dalam dilema.. kalau transfer sana me dapat banyak kelebihan dan keuntungan...
me tanya kakak me sendiri,dan kakak me suruh fikir dalam-dalam sebelum buat keputusan ..sebab ini melibatkan me dengan suami ..bukan mudah...melibatkan masa depan me sendiri,juga anak-anak..

me tanya kakak dekat ofis ,macam mana.dia suggest usah kejar kebendaan andai hati tak tenteram..nanti nak kerja kat sana hidup tak gembira,sebab berjauhan dengan suami bukan totally senang.semua kita kena tanggung sendiri,sanggup dengan tak sanggup je..

me betul-betul dalam dilema... me ingat memang nak tolak offer ini ,sebab fikirkan kalau hidup sana gaji besar,tapi hati tak best macam mana kan..kang tak aman hidup me... me pulak ade misi rahsia ,yg me dah rancang.. so me tak nak kerja makan gaji selama-lamanya, me nak berdikari atas kaki me sendiri sambil me menjaga anak-anak..

me selalu tengok orang boleh buat kenapa me tak boleh,pokok pangkalnya me kena usaha .kalau tak usaha macam mana nak jalan kan..

berdoa-doa banyak pada tuhan ,supaya apa yg me rancang berjalan dengan lancar ..dan mendapat sambutan yg baik..me kena kuat utk anak-anak...

No comments:

Post a Comment