09 October 2014

Energizing Soy Protein

Promosi sehingga Oktober 2014

Dapatkan sebelum promosi berakhir ..




Jom cuba minum, dah cuba pasti nak lagi ..dan lagi ..




Lumrah berniaga

Ramai orang cakap customer always right..
ye memang aku akui customer always right.
tapi kadang-kadang itu ..rasa tercabar je orang yang berniaga nie.
yelah ..lumrah orang berniaga..

sejak aku ceburkan diri dalam bisnes shaklee..
walaupon cabaran sikit,tapi aku still rasai lumrah berniaga ..
kadang ok je layan customer.tapi kadang rasa sedih je..
macam-macam perangai yang kena hadap..

first customer aku ..ok je
dia pm aku mengenai set menyusu shaklee..dan aku bagitau kebaikan produk shaklee
dan harga yang bersesuain dengan budget..so dia on je..

tapi customer yang kedua plak..pm tanya mengenai produk 
kebaikan produk,dan bila aku dah bagitau semua kebaikan,kelebihan dan harga ..dia janji nak bank in .
tapi still tak bank in dan bagitau apa-apa..
bagi aku terpulang la kalau nak cancel..tapi at least bagitau jangan senyap je..
pastu esoknya customer ini terus block aku dalam fb ..entah la..

customer aku baru-baru ini pulak..
tanya aku mengenai set kurus badan..
aku bagi flyers dan terangkan apa set yang bersesuain dengan budget dia..yelah kang bagitau produk yg mahal..budget tak mencukupi plak ..
tapi yang sedihnya aku hanya bercakap dihadapan pintu umah yang bergrill.
so nak explain produk itu dengan lebih lanjut memang limited la..

takpe la aku anggap kalau ada rezeki aku ..
adelah.. susah nak mengharapkan sangat ni..
biar pun kawan baik sendiri pun.kalau tak berminat dengan produk shaklee itu ..
bagitau ..aku sekadar bercerita tentang produk,kebaikan dan harga yang bersesuaian dengan budget mereka je..ye aku tahu kalau kita sebagai pelanggan memang nak murah je,tapi tahukah mereka kita sebagai peniaga ni mengeluarkan belanja terlebih dahulu nak jual barang tu..sapa yang berniaga tak nak untung kan.
setiap yang berniaga mesti nak untung, kalau nak rugi ..baik tak payah berniaga..

entah la .hidup di dunia ni banyak pancaroba..
berniaga pun banyak asam garamnya..

redho,tawakal dan usaha je selagi mampu 
rezeki dari-NYA, jika dia berkehendakkan rezeki kepada kita..
adalah rezeki kita..

#promosi shaklee untuk ESP & Meal Shake sampai hujung bulan Oktober 2014 ni
sila pm untuk maklumat lebih lanjut ..harga bagi aku berbaloi dengan kualiti produk tersebut..

#ArlinaAbdRahim
#018.365.9551
#1108040
#shakleetamanmedanpj

08 October 2014

Rapuh -Opick


Rapuh...

Untuk mu yang aku cintai ...




Meal shake ..calling for meal shake ...

kemain lagi kan tajuk ..
kelassss tak uolss.. sila cakap kelas ye..
hee..

kemain lagi edit dan buat poster meal shake..
sebelum dah ada tutorial tapi sebab try buat tak jadi ..so terbuku je la

tapi hari ni kemain lagi semangat nak belajar buat tutorial poster..
ini la jadi nya
sebenarnya tangan aku tak berapa nak ade seni sangat..
boleh la untuk permulaan ..

jom tengok, boleh komen .. 
dan akan diperbaiki untuk masa yang akan datang ..
naik gila plak nak buat poster utk produk lain
teruja makk ... 


hasil air tangan yg pertama ..
kaku je ..biase la first time buat...



hasil dari air tangan kedua ..
boleh la.tapi ehh ..nape tak sampai tepi image nie.
hishh.. tersilap plak 


ok tak uolsss semua.
saya baru belajar
kalau salah tolong tunjukkan

Promosi shaklee Oktober 2014:

ESP ( buy 6 free 1) retail price : RM 150.00 only 
Meal Shkae ( buy 3 free 1) retail price : RM 113.00 only 

cuba sebelum terlambat  !!!!

#Arlina Abd Rahim
#1108040
#shakleetamanmedanpj
#018.365.9551

Slimming set from shaklee

Untuk pengetahuan semua ada banyak slimming set dari shaklee .. mengikut budget anda sekalian..
semalam ada jiran aku bertanya set kurus shaklee berapa ya..
sebenarnya aku susah nak cakap sebab ianya mengikut budget masing-masing .. tapi aku syorkan yang terbaik utk anda semua..


1. Slimming set budget :
~ Lecitchin - 180 kapsul 
~ Alfalfa Complex -330 kapsul & 700 kapsul 

Fungsi lecithin :
- memainkan perana utama dalam menyerapkan zat penting di dalam saluran darah ke dalam sel badan
-memecahkan lemak-lemak dalam tubuh badan 
-bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol,triglycerides dan lemak-lemak yang lain
-membantu melindungi sel darah dari serangan bakteria dan virus


Alfalfa Complex:
-Kaya dengan mineral surih dan nutrisi
-mengurangkan toksin dalam badan 
-seperti kacip fatimah
-sangat sesuai digunakan bagi ibu menyusu & bersalin 


Set diet 2 :


Set diet ni terdiri daripada : 
~ Alfalfa complex - 330 kapsul & 700 kapsul
~ Lecithin - 180 kapsul 
~ Cinch Shake mix - yang terdapat dalam perisa coffee latte, vanilla dan chocolate 

Tadi aku dah bagitau mengenai fungsi lecithin & alfalfa complex kan .. so yang ini aku akan bagitau fungsi cinch shake mix je ..

Cinch shake mix :
-protein utk menahan rasa lapar 
-berfungsi untuk menurunkan berat badan, amat sesuai bagi yang ingin berdiet 
-terdapat dalam perisa coffe latte, vanilla dan chocolate
-berfungsi dalam membakar lemak dan membina otot
-minuman yang amat disyorkan dalam menurunkan berat badan  secara berkesan

3. Set kurus shaklee optimum  terdiri daripada :

lecithin 
omega guard
herbal-lax
alfalfa complex
cinsh shake mix
esp 



Apa fungsi Omega Guard :
-berfungsi dalam menurunkan berat badan
-sesuai diamalkan bagi ibu yang hamil ( utk membina sel-sel otak bayi dalam kandungan)
-baik utk masalah kolestrol tinggi,sakit tekak,batuk berkahak yg berpanjangan
-sesuai bagi kanak-kanak yg mengalami masalah athma,mudah selsema ,demam dan eczema

Herbal-Lax :
-melegakan masalah sembelit
-menghilangkan jerawat
-meningkatkan sistem penghadaman
-menyokong kesihatan usus
-membantu menyahtoksin bdan
-membantu dalam menurunkan berat badan

Energizing Soy Protein @ ESP:
- untuk memberikan tenaga ( sesuai utk lelaki dan wanita kerana ianya memberikan tenaga dan tahan lapar)
-mencegah penyakit jantung
-untuk merawat jerawat,masalah kulit kusam,berparut dan lain-lain
-sesuai bagi pesakit kencing manis,anemia,berat badan yg berlebihan
-sangat sesuai bagi ibu yang mengandung,menyusu dan yg berpantang 


Arlina Abd Rahim
018.365.9551
shaklee taman medan, pj 

p/s : untuk maklumat lanjut sila hubungi aii ya
free konsultansi akan diberikan secara percuma
utk mendaftar menjadi ahli amat dialu-alukan
TQ ALL 







Pembelajaran Amani

Semalam aku sempat mengajar amani mengira.
sebenarnya aku dah start mengajar dari minggu lepas lagi tapi , biasa budak-budak kadang-kadang ok ,kadang-kadang tak ok.. so ikut mood dia .

since tahun depan dia dah nak masuk tadika ,so kena la ajar basic-basic dulu..
cara mengenal warna dan mengasingkan warna.. yg itu memang dah pandai ..
mengira dari no 1-10 , mewarna .. mengira 1-10 .. dia masih fail lagi.. sampai aku marah-marah semalam ..
pastu mewarna ok tapi biase budak-budak mewarna mana nak cantik sangat kan.. lagi pun masih baru je lagi..

pastu aku ajar cara memegang pensil.. yg ini memang penting sebab nak ajar dia pegang pensil , nanti dia boleh pandai menulis .. dan memang cikgu tekankan yg ini dulu ..kalau tak pandai pegang pensil nanti lambat nak mengenal huruf dan nombor..

semalam masa aku mengajar, aku mengajar sampai marah-marah..
aku rasa aku ni memang tak ada passion kot utk mengajar .. asyik nak marah je ..

takpe lah hari ni belajar lagi mengira,mewarna dan mengenal huruf plak..

between sapa yg nak order esp & meal shake.. bulan ni promosi ..
nak tahu lebih lanjut boleh PM aku ya..harga memang berbaloi sangat..

produk shaklee yg lain pun uolls boleh gak tanya lah ..dan amat dialu-alukan utk PM aii ya..

#ArlinaAbdRahim
#018.365.9551
#tamanmedanpj 

07 October 2014

Nasi tangkas .. olahan cerita bagi diriku

kemarin ..kemain lagi lepas layan cerita frozen..aku dengan anak-anak layan cerita nasi tangkas..
masa tu laki aku tengah sibuk tolong melapah lembu qurban..
since pagi lagi tak bizi kerja-kerja umah,mari la layan cerita ni.. 
sebenarnya nak tengok semalam malam raya,tapi nanti takut plak kan ..kang tak tido malam pal..

aku selalu terjadi macam tu, lepas tengok je cerita hantu .mesti terbayang-bayang ..macam hari tu layan cerita kurafat dengan anak-anak ..malam.. terus pagi tu nak shi shi kejutkan laki teman .. sebab teringat-ringat cerita kurafat tu..

bagi aku cerita nasi tangkas ni , okay la.. 
yg amalkan nasi tangkas ini emak perempuan ni, tujuan nya sebab nak menundukkan suaminya yg kaki judi, kaki pukul dan kaki perempuan.. yelah aku tak salah kan emaknya kenapa amalkan nasi tangkas ni.. dah laki macam tu jahat .. mana tahan kan.. tapi amalan ni syirik..

pastu anaknya baru je berkahwin dan suaminya ada kawan baik ,masalahnya kawan baik dia perempuan pulak tu ..so si isteri cemburu ,sebab lakinya asyik sebut je nama kawan baiknya.. sampai satu tahap si isteri tak tahan sebab keguguran kerana bergaduh dengan lakinya...pastu si isteri jumpa emaknya dan ceritakan masalah rumahtangga kat emaknya..

emaknya cadangkan jumpa bomoh dan amalkan nasi tangkas... dan dalam masa yg sama kawan baik suaminya kena santau dari emak perempuan ni ..dan kawan baiknya telah tersalah makan nasi tangkas,sebab sebenarnya nasi tangkas ni isterinya buat utk bomohkan lakinya..

pastu bila suaminya dah makan nasi tangkas ni, si suami macam org bodoh yg ikut semua arahan isteri ..sampai curi duit kedai makan .. (kedai makan usaha sama dengan laki dan kwn baiknya itu) demi nak buat duit shopping utk isterinya.. 

pastu dlm masa yg sama kwn baik lakinya tu selalu nampak hantu ,pastu kwn baiknya itu pegi berubat..masa berubat tu baru dia tahu yg dia kena santau dan salah makan..so org yg ubatnya itu hantar balik brg tu kat emak perempuan tu...

masa tgh tidur , laki emaknya macam org bodoh kipaskan isteri yg kepanasan.. tiba-tiba suaminya ternampak isterinya tengah peluk lembaga hitam.. dari situ suaminya pergi berubat ..dan masa berubat tu .. suaminya muntah mknan yg kotor yg dibuat oleh isterinya..

cmpuran makan kotor macam-macam , geli aku tengok ..
lendir,peluh, darah, benda yg kotor ,dan hasil buangan kita.. geli sangat..
pastu bila dah tahu isterinya buat macam tu ,suaminya mengamuk ..dan tiba -tiba lembaga hitam tu datang dan bunuh suaminya..lembaga hitam aku kira macam belaan isterinya..

pastu bila kawan baik lakinya dah berubat,kawan baiknya tu pujuk laki tu utk berubat sama..yelah kwnnya dah macam org bodoh je.. isteri kwn laki tu tahu ,dan jumpa bomoh yg sama minta tlg .. dan bomoh tu buat nasi tangkas yg lagi hebat.. dlm masa yg sama emak kpd perempuan tu dh macam org tak betul semenjak kematian suaminya..

suami kpd isterinya tu dah macam org bodoh .. dan entah macam mana kawan baiknya berjaya pujuk utk berubat... masa berubat tu laki dia baru sedar yg dia kena nasi tangkas.. dan dlm masa yg sama isterinya mengamalkan nasi tangkas yg lagi kuat dan kalau nak ikat suaminya dia kena tidur dengan laki yg bukan pasangannya.. dan isterinya tidur dengan bomoh tu dengan tujuan suaminya bertambah sayang dan syak apa-apa... 

eloknya suami berubat,suaminya cari isterinya ..dan jumpa isteri dirumah bomoh itu .. macam org tak betul..dan panggil beberapa ustaz utk ubatkan balik isterinya..isterinya berjaya diubati tapi malangnya isterinya dah jadi macam org bodoh ..sebab aku rasa benda itu dah berbalik kat isterinya balik..

dan yg aku rasa seram.. masa suami kepada anak nya datang umah ..suami anaknya berjanji tak akan sia-siakan anaknya.suami anaknya minta maaf sebab selamanya tak jaga perasaan isteri sampai isteri nya tu buat macam tu,pastu emak mertuanya cakap kat menantunya yg org tu tak maafkan emak.. org tu .. tu maksudnya belaan emaknya iaitu bomoh tersebut..pastu emaknya cakap kat belaannya yg dia tak larat nak menjaganya lagi dan carilah tuan baru.. tp terus benda tu macam terkap emaknya dan semua lampu dan tingkap tertutup ..

eihh ..seram kan..takut sangat kalau benda itu jadi kat aku atau family aku..

moral of story bagi aku ..kadang-kadang kita ni dihasut syaitan,, yelah tak ada isteri yg tak jealous kalau suaminya ada kawan baik perempuan dan asyik habiskan masa dan sebutnya pasal kwn baiknya.. tak ada isteri yg sanggup tgk lakinya kaki pukul,dan kaki perempuan.. sebab tu la agaknya bila dah tak tahan kita sanggup buat nasi tangkas utk suami dengan harapan suami ikut cakap kita..

tapi yelah musibahnya plak kita terpaksa bela " org tu plak" dan macam kita berjanji dengan " org itu " .. mungkin " org tu " akan hisap darah kita atau apa la kan.. sampai kita mati .. eihh .. entah la..
takut sangat..

pesanan aku .. suami jaga perasaan isteri kalau dah tak sayang lepaskan isteri anda.. supaya isteri anda boleh cari kebahgiaan dia .. 
tolong jaga perasaan dia ,walaupon kadang-kadang kita fikir benda tu kecik je,org perempuan ni cemburu dia kuat bila dia dah sayangkan seseorg tu...
fikir-fikir kan la.. kalau dah nafsu,akal dikuasai syaitan ...memang macam tu ..
seeloknya kita berdoa kepada Allah .. sayang Allah la yg paling utama, sebab semua ni pinjaman semata-mata..