08 October 2014

Slimming set from shaklee

Untuk pengetahuan semua ada banyak slimming set dari shaklee .. mengikut budget anda sekalian..
semalam ada jiran aku bertanya set kurus shaklee berapa ya..
sebenarnya aku susah nak cakap sebab ianya mengikut budget masing-masing .. tapi aku syorkan yang terbaik utk anda semua..


1. Slimming set budget :
~ Lecitchin - 180 kapsul 
~ Alfalfa Complex -330 kapsul & 700 kapsul 

Fungsi lecithin :
- memainkan perana utama dalam menyerapkan zat penting di dalam saluran darah ke dalam sel badan
-memecahkan lemak-lemak dalam tubuh badan 
-bertindak sebagai pelarut untuk kolestrol,triglycerides dan lemak-lemak yang lain
-membantu melindungi sel darah dari serangan bakteria dan virus


Alfalfa Complex:
-Kaya dengan mineral surih dan nutrisi
-mengurangkan toksin dalam badan 
-seperti kacip fatimah
-sangat sesuai digunakan bagi ibu menyusu & bersalin 


Set diet 2 :


Set diet ni terdiri daripada : 
~ Alfalfa complex - 330 kapsul & 700 kapsul
~ Lecithin - 180 kapsul 
~ Cinch Shake mix - yang terdapat dalam perisa coffee latte, vanilla dan chocolate 

Tadi aku dah bagitau mengenai fungsi lecithin & alfalfa complex kan .. so yang ini aku akan bagitau fungsi cinch shake mix je ..

Cinch shake mix :
-protein utk menahan rasa lapar 
-berfungsi untuk menurunkan berat badan, amat sesuai bagi yang ingin berdiet 
-terdapat dalam perisa coffe latte, vanilla dan chocolate
-berfungsi dalam membakar lemak dan membina otot
-minuman yang amat disyorkan dalam menurunkan berat badan  secara berkesan

3. Set kurus shaklee optimum  terdiri daripada :

lecithin 
omega guard
herbal-lax
alfalfa complex
cinsh shake mix
esp 



Apa fungsi Omega Guard :
-berfungsi dalam menurunkan berat badan
-sesuai diamalkan bagi ibu yang hamil ( utk membina sel-sel otak bayi dalam kandungan)
-baik utk masalah kolestrol tinggi,sakit tekak,batuk berkahak yg berpanjangan
-sesuai bagi kanak-kanak yg mengalami masalah athma,mudah selsema ,demam dan eczema

Herbal-Lax :
-melegakan masalah sembelit
-menghilangkan jerawat
-meningkatkan sistem penghadaman
-menyokong kesihatan usus
-membantu menyahtoksin bdan
-membantu dalam menurunkan berat badan

Energizing Soy Protein @ ESP:
- untuk memberikan tenaga ( sesuai utk lelaki dan wanita kerana ianya memberikan tenaga dan tahan lapar)
-mencegah penyakit jantung
-untuk merawat jerawat,masalah kulit kusam,berparut dan lain-lain
-sesuai bagi pesakit kencing manis,anemia,berat badan yg berlebihan
-sangat sesuai bagi ibu yang mengandung,menyusu dan yg berpantang 


Arlina Abd Rahim
018.365.9551
shaklee taman medan, pj 

p/s : untuk maklumat lanjut sila hubungi aii ya
free konsultansi akan diberikan secara percuma
utk mendaftar menjadi ahli amat dialu-alukan
TQ ALL 







Pembelajaran Amani

Semalam aku sempat mengajar amani mengira.
sebenarnya aku dah start mengajar dari minggu lepas lagi tapi , biasa budak-budak kadang-kadang ok ,kadang-kadang tak ok.. so ikut mood dia .

since tahun depan dia dah nak masuk tadika ,so kena la ajar basic-basic dulu..
cara mengenal warna dan mengasingkan warna.. yg itu memang dah pandai ..
mengira dari no 1-10 , mewarna .. mengira 1-10 .. dia masih fail lagi.. sampai aku marah-marah semalam ..
pastu mewarna ok tapi biase budak-budak mewarna mana nak cantik sangat kan.. lagi pun masih baru je lagi..

pastu aku ajar cara memegang pensil.. yg ini memang penting sebab nak ajar dia pegang pensil , nanti dia boleh pandai menulis .. dan memang cikgu tekankan yg ini dulu ..kalau tak pandai pegang pensil nanti lambat nak mengenal huruf dan nombor..

semalam masa aku mengajar, aku mengajar sampai marah-marah..
aku rasa aku ni memang tak ada passion kot utk mengajar .. asyik nak marah je ..

takpe lah hari ni belajar lagi mengira,mewarna dan mengenal huruf plak..

between sapa yg nak order esp & meal shake.. bulan ni promosi ..
nak tahu lebih lanjut boleh PM aku ya..harga memang berbaloi sangat..

produk shaklee yg lain pun uolls boleh gak tanya lah ..dan amat dialu-alukan utk PM aii ya..

#ArlinaAbdRahim
#018.365.9551
#tamanmedanpj 

07 October 2014

Nasi tangkas .. olahan cerita bagi diriku

kemarin ..kemain lagi lepas layan cerita frozen..aku dengan anak-anak layan cerita nasi tangkas..
masa tu laki aku tengah sibuk tolong melapah lembu qurban..
since pagi lagi tak bizi kerja-kerja umah,mari la layan cerita ni.. 
sebenarnya nak tengok semalam malam raya,tapi nanti takut plak kan ..kang tak tido malam pal..

aku selalu terjadi macam tu, lepas tengok je cerita hantu .mesti terbayang-bayang ..macam hari tu layan cerita kurafat dengan anak-anak ..malam.. terus pagi tu nak shi shi kejutkan laki teman .. sebab teringat-ringat cerita kurafat tu..

bagi aku cerita nasi tangkas ni , okay la.. 
yg amalkan nasi tangkas ini emak perempuan ni, tujuan nya sebab nak menundukkan suaminya yg kaki judi, kaki pukul dan kaki perempuan.. yelah aku tak salah kan emaknya kenapa amalkan nasi tangkas ni.. dah laki macam tu jahat .. mana tahan kan.. tapi amalan ni syirik..

pastu anaknya baru je berkahwin dan suaminya ada kawan baik ,masalahnya kawan baik dia perempuan pulak tu ..so si isteri cemburu ,sebab lakinya asyik sebut je nama kawan baiknya.. sampai satu tahap si isteri tak tahan sebab keguguran kerana bergaduh dengan lakinya...pastu si isteri jumpa emaknya dan ceritakan masalah rumahtangga kat emaknya..

emaknya cadangkan jumpa bomoh dan amalkan nasi tangkas... dan dalam masa yg sama kawan baik suaminya kena santau dari emak perempuan ni ..dan kawan baiknya telah tersalah makan nasi tangkas,sebab sebenarnya nasi tangkas ni isterinya buat utk bomohkan lakinya..

pastu bila suaminya dah makan nasi tangkas ni, si suami macam org bodoh yg ikut semua arahan isteri ..sampai curi duit kedai makan .. (kedai makan usaha sama dengan laki dan kwn baiknya itu) demi nak buat duit shopping utk isterinya.. 

pastu dlm masa yg sama kwn baik lakinya tu selalu nampak hantu ,pastu kwn baiknya itu pegi berubat..masa berubat tu baru dia tahu yg dia kena santau dan salah makan..so org yg ubatnya itu hantar balik brg tu kat emak perempuan tu...

masa tgh tidur , laki emaknya macam org bodoh kipaskan isteri yg kepanasan.. tiba-tiba suaminya ternampak isterinya tengah peluk lembaga hitam.. dari situ suaminya pergi berubat ..dan masa berubat tu .. suaminya muntah mknan yg kotor yg dibuat oleh isterinya..

cmpuran makan kotor macam-macam , geli aku tengok ..
lendir,peluh, darah, benda yg kotor ,dan hasil buangan kita.. geli sangat..
pastu bila dah tahu isterinya buat macam tu ,suaminya mengamuk ..dan tiba -tiba lembaga hitam tu datang dan bunuh suaminya..lembaga hitam aku kira macam belaan isterinya..

pastu bila kawan baik lakinya dah berubat,kawan baiknya tu pujuk laki tu utk berubat sama..yelah kwnnya dah macam org bodoh je.. isteri kwn laki tu tahu ,dan jumpa bomoh yg sama minta tlg .. dan bomoh tu buat nasi tangkas yg lagi hebat.. dlm masa yg sama emak kpd perempuan tu dh macam org tak betul semenjak kematian suaminya..

suami kpd isterinya tu dah macam org bodoh .. dan entah macam mana kawan baiknya berjaya pujuk utk berubat... masa berubat tu laki dia baru sedar yg dia kena nasi tangkas.. dan dlm masa yg sama isterinya mengamalkan nasi tangkas yg lagi kuat dan kalau nak ikat suaminya dia kena tidur dengan laki yg bukan pasangannya.. dan isterinya tidur dengan bomoh tu dengan tujuan suaminya bertambah sayang dan syak apa-apa... 

eloknya suami berubat,suaminya cari isterinya ..dan jumpa isteri dirumah bomoh itu .. macam org tak betul..dan panggil beberapa ustaz utk ubatkan balik isterinya..isterinya berjaya diubati tapi malangnya isterinya dah jadi macam org bodoh ..sebab aku rasa benda itu dah berbalik kat isterinya balik..

dan yg aku rasa seram.. masa suami kepada anak nya datang umah ..suami anaknya berjanji tak akan sia-siakan anaknya.suami anaknya minta maaf sebab selamanya tak jaga perasaan isteri sampai isteri nya tu buat macam tu,pastu emak mertuanya cakap kat menantunya yg org tu tak maafkan emak.. org tu .. tu maksudnya belaan emaknya iaitu bomoh tersebut..pastu emaknya cakap kat belaannya yg dia tak larat nak menjaganya lagi dan carilah tuan baru.. tp terus benda tu macam terkap emaknya dan semua lampu dan tingkap tertutup ..

eihh ..seram kan..takut sangat kalau benda itu jadi kat aku atau family aku..

moral of story bagi aku ..kadang-kadang kita ni dihasut syaitan,, yelah tak ada isteri yg tak jealous kalau suaminya ada kawan baik perempuan dan asyik habiskan masa dan sebutnya pasal kwn baiknya.. tak ada isteri yg sanggup tgk lakinya kaki pukul,dan kaki perempuan.. sebab tu la agaknya bila dah tak tahan kita sanggup buat nasi tangkas utk suami dengan harapan suami ikut cakap kita..

tapi yelah musibahnya plak kita terpaksa bela " org tu plak" dan macam kita berjanji dengan " org itu " .. mungkin " org tu " akan hisap darah kita atau apa la kan.. sampai kita mati .. eihh .. entah la..
takut sangat..

pesanan aku .. suami jaga perasaan isteri kalau dah tak sayang lepaskan isteri anda.. supaya isteri anda boleh cari kebahgiaan dia .. 
tolong jaga perasaan dia ,walaupon kadang-kadang kita fikir benda tu kecik je,org perempuan ni cemburu dia kuat bila dia dah sayangkan seseorg tu...
fikir-fikir kan la.. kalau dah nafsu,akal dikuasai syaitan ...memang macam tu ..
seeloknya kita berdoa kepada Allah .. sayang Allah la yg paling utama, sebab semua ni pinjaman semata-mata..


Cerita Hari Raya Qurban

Salam pagi semua.
hari ini dah masuk ofis .kerja..
walau hakikatnya mata mengantuk sangat tapi tak nak cuti lagi sebab cuti dah habis, nanti kena potong gaji..
sedih sangat.

Pagi tadi dugaan pertama ku terima..
tapi tabahkan hati dan redho je la, dan penat nak fikir benda yg sama..
sabar je, kena kuat utk terus kan hidup, utk anak-anak kecil yg tidak tahu apa-apa..
nak cari rezeki ,dan nak bahagia diri sendiri dan anak-anakku..

ok sekarang nak cerita hari raya qurban kami..
tak ada apa yg menarik sebenarnya tapi demi coretan pada masa akan datang..
macam biase ,hari raya qurban aku tak buat persediaan apa-apa pun , walaupun pergi pasar.. cadang nak masak rendang tapi laki ku cakap tak perlu masak apa-apa ..so selamat.. 

malam raya tu pergi umah mak mertua, sana melawat ..
dapat sebekas rendang ayam ..
esok pagi ,laki habak laparrr.. tapi tak de nasi impit..so laki ku gi merempit kat sekitar taman medan ..
jumpa nasi impit dan lepas tu hantar si kakak ke umah mak mertua, mereka nak jalan-jalan ke sabak bernam rumah kakak ipar ku yg sulung..balik dari umah mak mertua laki bawa kan kuah kacang ayam, jadi la lauk utk sarapan kami nasi impit,rendang ayam dengan kuah kacang ..

lepas tu lakiku siap-siap nak join aktiviti qurban..
kat surau aku .. aku 4 ekor lembu dan 1 ekor kambing , blok aku ade 2 ekor lembu 
laki aku memang bizi sangat-sangat..
si abg ikut laki aku tgk qurban, aku dengan yg dak kecik tu layan frozen..
tengah seda layan frozen ..tiba-tiba ade letupan api kecik kat kipas rumah..
terperanjat aku, aku terus call suami .. tak lama kemudian suami dtg .. cek suis utama semua ok.pastu lektrik pun ok balik ...

menu lunch kami .nasi arab dengan kuah kari daging..
tapi yg makannya aku dengan anak-anak je..suami balik lambat nak petang baru balik ..
dia ade aktiviti qurban dekat blok kami plak..
aku dapat banyak daging korban..2 plastik beg daging,daging cincang dengan tulang lembu ..pastu dapat sup tulang lagi ..
banyak sangat bagi kami yg berkeluarga kecik ni ..
aku minta suami sedekahkan kat mak sedara kami daging dengan sup tulang ..
lagi 1 plastik beg kami sedekahkan kat pengasuh anak-anak kami..

tu pun aku buntu dah nak masak apa daging ni..
tak rezeki kami,jangan peningkan otot..

petang tu memang tak kemana-mana..dah lewat petang baru jalan-jalan sekitar taman je,meriah tengok orang beratur nak beli lemang kat mana-mana,
terasa kemeriahannya,tapi kami biase je..sunyi sikit sebab si kakak balik lambat dan tidur umah atoknya.selalu mesti riuh dengan suara si kakak dan si abg bergaduh..

betul la orang cakap bila dah kawin dan ada anak-anak.. suami bukan no 1 dah..anak-anak dah jadi no 1..
tak dengar suara mereka rasa sunyi sangat, nak je malam-malam tu ketuk pintu umah atok ambik kakak tapi ..takpe la biar la mereka gembira..

kalau dah dengar suara mereka bergaduh ,rasa mcm rimas sangat ,nak marah tapi.. bila mereka dah tak ada dengan kita rasa sayu je sedih je..
aku selalu harap aku kuat dlm mendidik anak-anak.tak nak marah-marah.. dan pujuk anak-anak baik-baik.
tapi yelah kadang-kadang kita ni selalu leka dan lalai.. ada je benda yg tak kena kat mata kita..

tapi berharap sangat kebahagian aku dengan anak-anak akan berpanjangan sehingga aku tutup mata..
nak tengok anak membesar deman mata, nak tengok anak berjaya .. nak tengok anak kawin..entah sempat ke tidak ..

harap anak-anak kuat hadapi dunia sekarang, banyak pancaroba..jangan leka dan taat pada perintah -Nya
Insyaallah .. bila taat pada perintah-Nya ,semua akan baik-baik aje..

ok la.. habis cerita hari raya qurban kami yg biase-biase je.. utk keluarga kecil kami .. ini dah cukup gembira, bila dah dikelilingi dengan org yg tersayang ...bagi aku semua dah cukup..

promosi utk esp shaklee & meal shake shaklee masih berlangsung sehingga 31 oktober 2014 ini.dapatkan utk penjimatan  sekeluarga.. boleh jimat utk anak-anak dan mak ayah .. 

#Arlina abd rahim
#018.365.9551
#tamanmedanpj

04 October 2014

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban

Dengan rendah dirinya kami sekeluarga ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya qurban kepada semua.

bagi yang akan pulang ke kampung halaman tu ,berhati-hati di jalan raya ya..
kami memang tak balik kampung ,just stay kat petaling jaya ni je la..

so hati-hati memandu dan kalau dah mengantuk tu ,stop dulu tepi jalan ..
ingat la orang yang tersayang ..
tak perlu nak bawa laju-laju ..

ok bye.. dan jumpa hari selasa ya..
kalau makan daging qurban ..tak mau banyak -banyak sangat ya..jaga kesihatan



eh.. shaklee ade promosi khas utk raya qurban tau ..
nanti boleh pm aii ya..

Arlina Abd Rahim
018.365.9551

03 October 2014

malam ni,esok dan lusa

Banyak benda nak buat esok.. 
hish.. sebagai mak -mak ni ade je benda nak buat kan.
tak habis-habis..

Malam ni nak train si kakak mengira 1-10.pastu nak suruh dia asingkan barang mengikut warna.
proses pembelajaran sebelum masuk tadika
kesian semalam sampai menangis mengira nombor..

esok ..macam biase la pagi-pagi basuh baju kat kedai dobi layan diri.
sejak mesin basuh dah rosak ni, tak beli lagi mesin basuh baru,laki aku cakap ..baju kat dobi lagi jimat dari beli mesin basuh .. tapi bagus jugak ringan keje aku tak payah basuh baju dah.tinggal nak lipat je,tu pun lipat seminggu sekali..

pastu .. tak sure lagi , maybe duk umah je kot.. entah la tengok program laki nanti .
oh .. atau prepare brg nak masak utk raya, paling kurang rendang la kot, sure esok ramai kat pasar kan..

selalu raya qurban memang aku tak balik kampung sebab suntuk sangat, aku lebih prefer duk kl je .raya umah mak mertua.. pastu laki agaknya tolong acara qurban kot.
pastu isnin tu laki cakap dia nak gi memancing dengan kawan-kawan ...
yelah kita ni dok umah je la..tapi harap dapat banyak ikan la ya..ikan yg besar-besar..
boleh buat stok lauk seminggu...


Pengalaman sendiri : cerita seram

Tadi sebelum lunch aku sempat la blogwalking ke blog Peej tu .. 
baca cerita seram dari readers la, so aku teringat la pengalaman yg seram yg pernah aku alami...

Hostel :
semasa kejadian ni berlaku tak salah aku masa tu aku form 5 , sekolah disebuah sekolah teknik... masa tu memang tengah heboh mengenai kes histeria.. blok kami pompuan ade 2 blok je tak salah blok  G dengan blok J kot.. blok J ni kira macam banguanan sekolah ... ade 3 tingkat.

Masa tu member aku ,noli ni.. memang seorang yg lemah senmangat, bayangkan rakan sebelah katil aku boleh kena histeria masa tengah solat maghrib .. lepas sorg ni sorng ni kena plak.masa tu memang kecoh la,lepas blok aku kena blok sebelah plak dengar org tengah menjerit masa maghrib.sampai kami terpaksa panggil seorang bomoh.. bomoh tu cakap kami tak jaga kebersihan dan suka buat bising ..mereka tak suka.. so masa tu bomoh tu kumpulkan jin / setan dalam satu bas .. dan hantar mereka ini ke kawasan yg jauh ke hutan.. masa tu boleh nampak bas tu senget sebelah ..walaupon kosong .. seram..


Hostel , IPTA :
kejadian ini berlaku semasa aku belajar ipta di kelantan, masa tu memang time exam week, so biase bila time exam je banyak student yg jenis stedyback study sempai tengah-tengah malam.. masa tu kebetulan member sebilik aku tengah bergayut dengan bf dia kat lobi hostel.. tiba-tiba member aku berlari masuk bilik ..terus tarik selimut tido.. so kami pelik tapi tak tahu kenapa tak tanya..

masa tu kami berenam .. tengah study la ramai-ramai kat ruang macam living hall.. pastu dalam 2 atau 3 pagi.kami macam terdengar orang menangis tengah-tengah malam... belakang blok kami pulak sebenarnya blok kosong ..dan mmg org blok tu seram sikit. pastu kami semua cepat-cepat tarik selimut tido,pura-pura tido . sorg kawan aku ni tak perasaan kot kami macam kelam kabut sebab dia tido katil double decker tp bahagian bawah..dia masa tu tengah baca buku, tiba-tiba dia dengar bunyi orang mengilai... terus dia pun tarik selimut.

kejadian tu tak berlaku kat kami je,tapi pd malam yg sama berlaku kat bilik sebelah  jugak, nama budah ni kami panggil sya. dia masa tu memang tengah bergayut dengan bf dia, biase la student memang suka bergayut dgn bf tengah-tengah pagi , masa tu dia tido mengiring dan mengadap tingkap, tengah-tengah bergayut tu,tiba -tiba katil kena bunyi pensel macam ade org usik kat meja dia,sya ni buat bodo je, pastu agaknya sebab tak ade respon, katil dia plak kena goncang, mula-mula pelahan .. lama -lama kuat, agaknya benda tu nak suruh dia pandang kot, tapi sya ni still buat bodoh je.. masa dia tu memang sya cakap tengkok dia meremang dan rasa benda tu macam kat belakang dia je, so sya ni cepat2 stop cakap dgn bf dia terus turun bawah.katil sya di double decker juga,tingkat atas.. tapi sya still tak pandang benda tu ..pastu dia terus gi kat katil kawan dia, tido satu katil sambil selimut..
esoknya baru dia bukak cerita kat kami, masa kami cerita pasal hantu ni.

Rumah aku :
masa aku baru kahwin kami tinggal kat seksyen 8, belakang umah aku tu ade pokok besar, dan dahan pokok tu dah masuk melalui tingkap umh... tingkap tu plak dah rosak,so memang tingkap terbukak je la.kebetulan satu hari jiran tingkat bawah cerita .yg pokok tu ade penghuni, so bila aku dah dengar ..aku pun jd mcm penakut .. selang beberapa bulan aku mengandung, biasa la masa awal-awal mengandung memang selalu muntah kan, sampai kadang-kadang aku muntah tengah malam.. selalu kalau aku nak bangun kencing ke ,aku akan kejutkan laki aku.. salahkan akak tu cerita hantu..terus automatik aku jd penakut..pastu aku suka muntah kat singki dapur..elok selesai muntah .. aku terpandang jubin dapur. jubin tu putih dan pastulkan lembaga putih tengah pandang aku.. masa tu laki tengah syok tido ,aku kejut kan suruh teman tak mau.so aku gamble je gi dapur sorg.. bila aku terpandang je lembaga putih terus, aku terus cabut masuk bilik tido ,tak tolak belakang dah... esoknya baru aku ceritakan kat laki aku.
sejak tu aku bela kucing sebagai peneman,ade org tua-tua cakap ..haiwan akan nampak kalau ade benda tak kena..

ok lah itu je cerita seram.. ade lagi satu tp panjang nak cerita plak .
next time la.. 
bila fikir balik memang takut jadinya.

Promosi : sape nak shaklee boleh roger aii ya.

Arlina Abd Rahim
018.365.9551