30 October 2014

Kelebihan vivix


Kelebihan Vivix yang anda perlu tahu :





Penemuan hebat vivix :



PM untuk maklumat lanjut ...


# Arlina Abd Rahim
#018.365.9551

Dinner semalam

Semalam petang suami ada kat rumah,sebab kerja tak ada..dan dia pun macam penat je..
So aku bagitau suami ..stok barang dan barangan anak dah hambis nak habis..
so semalam ke Matahari mall lah kita..
survey pampers dengan susu anak kat sana..tapi harga mahal bagi aku sebab aku boleh dapat pampers dengan susu murah dari harga semalam..

so esk atau hari ni decide nak ke Chekers plak ..
kat sana kadang-kadang harga susu dan pampers murah...
susu aku memang selalu beli stok dalam 6 /7 pek sebulan ..
so kalau beli susu dengan harga yang mahal.. rasa rugi pulak sebab boleh dapat harga susu lebih murah .
tapi kena survey banyak tempat ..macam tesco,99 speedmart, mydin ,matahari mall,cherkers..

semalam hanya beli beras 10kg, pencuci pinggan magkuk, biskut kudap-kudap anak..dan barang keperluan sikit,,itu pun dah nak dekat RM 150.00 kot..
Ini tak termasuk susu dengan pampers..selalu susu kami beli dalam 6/7 pek dan pampers dalam 2 pek sebulan.. pampers utk siang hari dan pampers utk malam hari ..
bertabah la kami suami isteri demi keperluan anak-anak..

Takpe rezeki mereka kita sebagai ibu bapa dah memang tanggungjawab kita dah.. tak boleh nak bising banyak-banyak ..ikut je..
pastu balik pun dah dekat pukul 8 mlm kot,sekali suami dapat panggilan job utk bawa kereta rosak ke Ayer Tawar ,perak.. so suami ke gi outstation malam tadi..tinggalla kami 4 beranak..
Tanya anak-anak nak makan apa..aku kalau suami outstation ,rasa macam malas nak masak yang meriah-meraih ..makan yang simple sudah..

Petang semalam memang dah pesan siap-siap kat suami kalau dia sampai rumah awal, tolong rendam kan ikan siakap dalm frezeer tu, balik je dari shopping la sangat tu..ikan pun dah lembut..dan semalam aku masak ikan siakap stim ..dengan semalam perangatkan balance ikan tongkol masak singgang tu..

Anak-anak memang suka makan ikan tongkol itu,first time aku masak ,so nanti boleh repeat lagi menu ikan tongkol tu..aku masak sebelah je ikan siakap tu sbb nanti membazir plak kan..
so terjadi la menu ikan siakap stim dan nasi putih..sayur bayam macam malas plak nak masak..
maybe arini aku masak la sayur bayam tu pastu goreng sebelah lagi ikan siakap tu ..jadi la menu utk anak-anak..

Stok barang basah pun tak ada dah,kalau suami free maybe petang ini akan ke chekers atau ke pasar malam  tengok keadaan macam mana dulu ..
Since sekarang suami dah bekerja sendiri,banyak jugak la kepayahan dan kelebihan nya ..yelah memang anak-anak suami yang selalu hantarkan..pastu kadang-kadang suami dah ada kat rumah..dan selalu kalau kerja biasa-biasa je paling lambat suami aku balik pun dalam pukul 12.00 malam atau pkl 1 kot..

Biasa la kerja sendiri kan,bertabah je la rutin harian kami dah berubah..takpe demi rezeki kami sekeluarga dan rezeki anak-anak..tapi semalam merasa la suami tak tido di rumah ...cuba terpaksa berkorban sikit la..
tu dari segi kepayahan la.. biase la mesti ada pro dan kontra nya..

Harap perjalanan hidup kami sekeluarga akan bahagian selamanya .. dan akan sentiasa dikelilingi tawa ketawa dari anak-anak.. dan dijauhkan la perkara yang tidak baik dari kami berdua ..Amin..

Nota: ESP & Meal shake shaklee akan berakhir promosi hujung Oktober 2014.PM untuk maklumat lanjut

#Arlina Abd Rahim
#018.365.9551
# ibu dengan cerita mengenai keluarga dan dinner semalam..

Kecurian lagi

Pagi nie dapat msg dari suami ..kawan dia telah kehilangan lori tanker syarikat ..
Khabarnya lari nya telah dicuri..kepala lori dah dicuri tinggal badan je ..
Faham ke tidak maksud aku nie, takpe buat-buat faham ..sudah ya.. >>>

Kesian jugak kat kawan suami aku tu, yelah ..kalau dah lori syarikat hilang ..
macam la dengan pekerjaannya pulak kan..takut kalau-kalau syarikat tak dapat terima alasannya nanti..
takut kalau-kalau boleh dibuang kerja pulak..
Tapi aku harap syarikat dia ada budi bicara la ..jangan nak buang pekerja dengan sewenang -wenang nya ..
Yelah sapa nak kan kejadian ni jadi kat kita..

Tambah-tambah lagi kawan suami aku ni ,baru je menambah cahaya mata ..so ada tanggungan yang kena pikul..
Apa -apa pun harap kawan suami & keluarga tabah dalam menghadapi dugaan hidup ni..
Dugaan yang terpaksa kita tempuh walaupon berat hati ..

Sekarang ni ,banyak sangat kes kecurian kat tempat aku..dengan kes kecurian motor ,kes kecurian kereta dan yang terbaru ni, kes kecurian lori plak ..
Apa la nak jadi kan..manusia-manusia tahu nak dapat kekayaan dengan jalan yang mudah je..

So ini peringatan aku,dan lain-lain jugak..berhati-hati bila nak park kereta lebih-lebih lagi kalau kawasan perumahan tu padat .. so kalau boleh jangan nak parking kereta jauh-jauh..lebih elok parking kereta dekat-dekat dengan rumah dan rumah orang so kita boleh selalu tengok.
Pastu pastikan kunci kereta atau kenderaan elok-elok..
Tak kadang-kadang bila semua hal keselamatan dah dibuat , kadang-kadang tak dapat dielakkan ..tu dah namanya dugaan kita ..
Hanya kepada _nya je kita boleh berserah..


29 October 2014

Semlam nya cerita

Semalam sampai rumah,aku dah plan dah nak masak apa ..

Yang ada dalan freezer tu ikan siakap, dan beberapa keping ikan tongkol.. hari sebelum tu aku dah masak singgang ikan tongkol dan nampaknya anak-anak suka..yelah maybe sebab tak pedas dan sedap kot..
hihi ..biasa emaknya masak ..mau tak nak cakap sedap..

pastu semalam tak ada idea pulak,mula-mula ingat nak masak ikan siakap sambal tapi bila memikirkan cili blend dah habis, nak rendam ikan lagi so akan ambil masa rasanya.. jadi meh la kita masak yang simple-simple je janji perut kenyang.. 

menu semalam ikan tongkal masak singgang & ikan bilis cili api.. ikan bilis tu sebab laki aii tak suka makan singgang tu , dia hanya makan ikan bilis dengan telur dadar dan hitam je...
alamak stok telur dah tak ada.. beras & minyak tinggal separuh je..nak kena beli stok barang dapur ni..

Siap je masak , awal kot senang je pun masak semua tu..rasanya dalam pukul 8 dah siap masak semua..suapkan anak-anak makan.. tapi si kecik ni ..susah sangat nak suapkan makanan..dia nak makan sendiri ..bagi pinggang,sudu,nasi letak kuah singgang tu ..bertambah tau 2 kali dia makan.. suka mak korang ni..

Si kakak dan si abang pun .. makan banyak jugak.. suka sangat walaupon masak simple je.. rasa bahagia je..hari ini tak ada idea lagi nak masak apa..cuma ingat nak masak ikan siakap tu,anak-anak suka makan ikan siakap ..agaknya nak masak kicap kot..tapi laki mak ..rasanya macam tak berapa makan masakan yg berasaskan kicap ni.. 

Pening kepala mak ini,hari-hari nak memikirkan nak masak apa hari-hari,ahi minggu pun mak sibuk jugak nak fikir masak apa..sebab kita jarang sangat-sangat makan luar , cuma kalau makan luar pun hanya makan fast food kot 

Semalam aku dah ambil resepi nak buat doh pizza , rasa macam nak buat tapi .. rasa macam nak try tapi nanti tengok la ,kalau ada aura terajin dalam diri mak ni ... mak nak buat la ..tu la..kalau sempat hujung minggu ni la ..tengok macam mana..bahan-bahan pun tak ada lagi,nak kena top up dulu..

#Semangat emak yang terlebih rajin 

ESP & Meal Shake

Untuk last calling mengenai ESP & Meal Shake..

Bagi sesiapa yang dah pernah cuba minum 2 produk ni ,mesti ternanti-nantikan promosi mereka ni..Dan dengan berbesar hatinya Shaklee buat promosi utk 2 produk ini berdasarkan feed back yang bagus..
Macam aku la tu, bila dah pernah try ESP sekali., aku pun nak beli lagi satu tong.. utk diri sendiri.. badan pun nak kena jaga jugak kan..

Untuk peminat dan pengguna shaklee yang dah pernah cuba dan try ...dan tak lupa juga kepada yang baru ingin mencuba..syabas ada digalakkan ..

Promosi untuk bulan Oktober 2014 ini sahaja tau..dah habis promosi ..harga jadi macam biasa balik ..dan entah bila pulak promosi ini balik ...

ESP (buy 6 free 1) RM 150.00 only
Meal shake ( buy 3 free 1) RM 113.00 only..

Dapatkan sebelum terlambat ... 

#Arlina Abd Rahim
#018.365.9551 

Gaya mak- mak sangat

Sekarang ni , aku perasaan yg aku ni selalu gaya mak-mak sangat..feeling keibuan terlebih kot..
Tapi masalahnya anak-anak takut kalau aku marah.sebab mereka cakap aku ni garang..

Sebenarnya ,aku rasa aku ni tak de la garang mana,cuma kadang-kadang tu biasa la bila badan penat,emosi pun tak stabil ditambah plak dengan karenah anak-anak ,pening kepala mak korang ni oii..

Macam isnin malam tu, aku ada tengok siaran Romantika ,artisnya Eja & suaminya.. dan anak perempuan mereka.. feeling best sangat sebab mereka pergi bercuti ke Hello Kitty kat JB nun.. pastu ada terkesan kat hati aku.. si ayahnya cakap.anak tak minta mereka dilahirkan sebagai zuriat mereka, kita yang sebenarnya menginginkan anak itu menjadi zuriat mereka.. so kalau kita nak marah-marah atau pukul-pukul mereka ,mereka kecil lagi tak faham apa-apa ..

So bila dengar je macam ,aku rasa macam bersalah sangat nak marah-marah anak-anak,dan kadang-kadang bila panas aku sampai ade jugak la terkena tangan ni,Nauzubillah.. jahatnya mak korang ni,bertapa nipisnya iman aku sampai boleh marah budak yang tak berdoa.dan tak matang lagi macam mereka tu.

So start semalam,aku cuba kontrol marah,macam bagi mereka masa utk kemaskan mainan.. pastu kalau tak jalan baru nak start marah, bagi mereka explore menwarna walaupon entah apa-apa janji mereka diam time aku nak masak..pastu siap masak suapkan mereka makanan ..dan jom la join emak korang yang selalu keletihan ni nengok tv...

Kesimpulannya ..rasanya semalam kurang sikit nak marah, sebab mereka khusyuk mewarna ,dan tak ada adegan gaduh-gaduh .. so emak boleh masak dan makan dengan tenang.. lepas kenyang ,rumah pun tak bersepah baru mood nak bermanja dengan anak-anak pun ok je..

Cuma ,aku hanya harapkan supaya aku ni lebih tabah dalam mengajar anak-anak,dan kontrol sikit amarah ..dan tak mau cakap dengan suara tinggi ..nanti anak mengikut..kena la berlemah lembut dan bersopan santun ... 

Kena jugak tambahkan keimanan dalam jiwa supaya bertabah dalam menangani isu  anak-anak ni.. Bila berjauhan dengan mereka terasa kesian plak mereka,terasa rindu pulak dengan mereka..feeling emak-emak lebih la tu..

Lagi satu hari tu time balik kampung ,emak aku nak jaga anak-anak aku semua.. haa sudah..lebih-lebih lagi sebelah rumah aku tu dan buka taska/ tadika lagi la emak aku cakap ,hantar je anak-anak balik kampung,tadika pun sebelah rumah je..yang si kakak ok je.. duk dengan opahnya,tapi kami la laki bini tak sanggup kejauhan .. lagi pun Manjung dengan KL bukan dekat ..kalau rindu boleh main balik je..kurang-kurang perjalanan ambil masa jugak dalam 3 jam..

Pengsan emak ko ,kalau kerinduan nanti ,macam mana..takkan nak balik hari-hari ,kalau macam tu baik aku duduk sana dan berulang ke tempat keje hari-hari.. tapi sanggup ke ..rasanya memang tidak la kot.. hanya angan-angan semata-mata je la ...

Bagi aku ,bila susah senang kami berlima..aku,suami dan anak-anak.. biar la kami jaga mereka walaupon terpaksa dahulu keperluan mereka..kami suami isteri takpe beralah la..dah namanya anakkan tanggungjawab kan , amanah kepada kami untuk jaga..

kakak,abang & baby suha..mummy selalu marah-marah tapi dalam masa yang sama ..mummy tak mau korang bergaduh-gaduh ,cakap tinggikan suara ,kemas barang mainan lepas main dan selalu sikap kasih sayang antara adik-beradik korang.. semoga apa yg mummy marahkan kamu semua ..kamu faham suatu hari nanti ..dan dapat jaga satu sama lain setiap masa..dan belajar rajin-rajin dan menjadi anak yg soleh dan solehah..tu je yg mummy dan daddy harapkan.. mummy tak ada harta lain selain kamu sehaja..

Sedih plak tetiba..biasa memang dah 3 series memang feeling mak-mak lebih..nie..:)

Abaikan dinding yang kusam tu..biasa la dinding bercat pulak,tambah-tambah lagi ada budak yg selalu nak buat art,pantang ada pensil,pen atau kaler warna..dah jadi art rumah aku nie..bertabah je la wahai si ibu..aku la tu ...




28 October 2014

Promo Oktober 2014

Promosi untuk bulan Oktober 2014 ini:

Meal shake shaklee (buy 3 free 1) Retail price RM 113.00 only ..

selalu shaklee hanya akan buat promosi buy 6 free 1 ... so boleh fikir-fikirkan dan penjimatan di situ..


ESP ( buy 6 free 1) Retail price RM 150.00 only 


So nak jimat,nak jadikan stok utk bulan-bulan akan datang, nak share dengan keluarga dan sahabat anda ..sila jangan segan /malu nak PM aii...
Aii sedia membantu ..beri khidmat nasihat,konsultansi dan maklumat mengenai kebaikan produk ..

# Arlina Abd Rahim
#018.365.9551