21 October 2014

Macam-macam cerita

Sebenarnya banyak perkara nak cerita kat blog ni.
Blog ini dah macam diari aku setiap masa..dan juga kadang-kadang tempat meluahkan perasaan.
Yelah kadang-kadang meluahkan perasaan kat laki tapi entah dengar ke tidak pun tak tahu la..

Ahad petang minggu lepas aku dapat berita kawan suami aku accident ,,
yang accident kat highway karak tu..
itu antara salah seorang kawan suami ..
Aku baru je jumpa mereka Sabtu tu ,, tiba-tiba dengar berita dan tengok wassaps mereka kemalangan ..
Innalillah ..takziah kepada keluarga mereka ..

Dan sekarang tengah hot sangat isu mengenai anjing ..
bagi aku yang tak berapa dalam ilmu ni,anjing tu haram ..
walau macam mana pun ..tapi tu lah mereka ni tak faham.
memang kadang-kadang kita tengok anjing belaan /peliharaan mereka comel sangat-sangat sampai rasa macam nak pegang tapi berbalik pada larangan agama..walau macam mana pun anjing itu haram..

dan sekarang juga banyak sangat isu / kes pembuangan bayi ..
alahai kesiannya ..dan yang terbaru kes pembuangan bayi di seksyen 7 ,shah alam..
aku suspek tu antara kalangan student-student uitm ..

tapi bagi aku jangan la dibuang bayi tu,mereka tak bersalah apa-apa pun..
yang melakukan kesalahan mak ayah mereka..
nasib baik bayi itu masih elok dan tak jadi apa-apa..
kesian..adik ,berubah la.. jangan buat tindakan yang melulu..yelah aku rasa mereka mesti panik terlampau.

Jangan risau kita ada badan yang boleh diguna pakai so kita boleh berbincang dengan keluarga dan mereka yang bertanggungjawab..
tapi bertaubatla .adik -adik ..lain kali jangan buat lagi ..


Meal shake dari shaklee

Ini pengalaman aku sendiri tentang anak-anak pintar ku..

Aku ada 3 orang anak-anak kecil, yang paling kecil baru berumur 4 tahun ..si abang berumur 3 tahun dan si adik berumur 1 tahun lebih..

Si kakak ok je, pemakanan dan so far tak ada masalah la dalam pemakanan dan pembuangan seharian ...
Cuma yang bermasalah adalah si abang & si adik..

Si abang selalu sangat susah nak makan nasi, tapi alhamdullilah sekarang ni walaupon masih susah nak makan tapi mereka still makan nasi bila disuap..dan semalam mereka seronak sangat nak makan soto ..
budak-budak memang suka makan sup kan..

Manakala si adik memang ada masalah mengenai pembuangan air besar semasa kecik..
walaupon sekarang masalah pembuangan air besar dah settle..tapi ada juga masalah sembelit tu datang ..
kalau dia kurang minum air atau kurang makan sayur-sayur atau buah-buahan..

Apa tindakan yang aku ambil cuba cari penyelesaian utk anak-anak aku ..antara yg aku ambil adalah supliment utk anak-anak ..iaitu meal shake..
untuk yg belum tahu meal shake ini elok utk kanak-kanak yg sedang meningkat pembesarannya..

ini antara kelebihan meal shake yang anda perlu tahu ...



20 October 2014

Kisah di hari Sabtu

Ini hari Sabtu punya cerita ..
Sabtu tu ade kenduri majlis perkahwinan di blok aku..
so sebagai warga blok yang prihatin suami aku tolongla majlis merewang majlis tu.

Aku tak attend utk merewang sebab kena jaga 3 org ank yang baik dan lasak tu..
Aku hanya datang utk makan je malam tu..
hehe..ikutkan tak nak datang sebab yelah kang susah plak nak handle anak-anak kecel ini.

Tapi since suami cakap ok boleh bawa budak-budak turun ..aku ok kan jelah..
anak-anak dah makan sebenarnya tapi bila turun kenduri tu mereka still nak makan..

Habis makan aku macam dah tak boleh nak handle budak-budak dah..
Sorang nak ke ayahnya je, so asyik sangat nak main batu-batu kecil dan si kakak nya asyik la nak mengulang minum air..stress amaknya ..

jalan penyelesaian yg terbaik,dah kenyang,jom la kita makan..
masuk je rumah ..ajak anak-anak layan kartun..
hahaha.. pastu dalam pukul 11.00 ,call suami tanya balik bila..

suami bagitau dia lambat lagi kot sebab masih tengah memasak daging utk menu esoknya
Ok la suami ku..kami nak beradu dulu..
Dan aku pun tak tahu bila suami balik,sedar-sedar suami dah ada dalam bilik dah tidur sebelah si kakak..


17 October 2014

Kenapa jatuh cinta dengan ESP

Aku memang sangat jatuh cinta dengan ESP ni..memang kalau boleh aku rekemon kan ESP je memanjang ..
Ada orang cakap ESP mahal ,tapi bagi aku mahal tapi berbaloi ..kenapa kan kita nak kedekut utk membelanjakan sesuatu bila dah tahu akan kelebihannya..

Aku memang selalu dengar ESP , tapi belum pernah try cuba ..dan bila aku dah cuba memang aku sangat jatuh cinta dengan ESP ni,patut la ada orang cakap bila dah kenal dan tahu ESP ..kita pasti beli lagi ESP ni..

Aku try ESP ini masa menyusu kan anak ke- 3 ...nak memang sangat jatuh cinta la..
Hari-hari bancuh esp dengan milo pastu kena plak kan dengan bihun ke,mee goreng ke apa ke.. so memang layan la..

Aku minum ESP sebab aku nak memekatkan susu badan kepada anak-anak..so bila dah susu pekat so anak akan cepat kenyang.. bila dah anak dah kenyang ,so senang la nak nak buat stok untuk anak-anak..
Untuk menjayakan penyusuan ini memang bukan senang sebab yelah kita dah penat bekerja ..nak penat nak melayan anak-anak pulak.. aku bukan nak merungut tapi memang sebagai fitrah ibu dia akan lebih consent dengan anak-anak..

Utk menjayakan penyusuan ini suplly dan demand perlu ada..walaupon aku bekerja aku memang pam di ofis sekurang-kurangnya 2 kali sehari ..dan aku rasa itu pun dah sikit kan ..ada orang sampai 5 kali sehari.. syabas aku suka sangat macam tu ..dan aku banyakkan minum air ,makan makanan yg boleh menambahkan susu badan dan makan makan yang berkhasit..

Aku harap aku dapat menjayakan penyusuan selama 2 tahun kepada si adik ni dan kalau boleh nak continue lagi ...Antara supliment shaklee yang aku rasa memang berkesan sepanjang penyusuan ini :




Macam Alfalfa complex ini ade juga aku skip tapi ESP memang aku suka sangat ..banyak sangat kelebihannya:

Antara kelebihan ESP :

- utk kecantikkan kulit,wajah 
- untuk kelangsingan badan
-utk kesihatan badan
-utk kesuburan
- utk kehamilan 
- utk penyusuan..

Banyak kan kelebihannya yang aku belum ceritakan..kalau nak tahu boleh pm aii ya :

# Arlina Abd Rahim
#018.365.9551

Energizing Soy Protein Poster

Saje nak share dengan uolls pasal poster Energizing Soy Protein 

Aku ni memang suka sangat edit-edit ni ..tu lah bila dah pandai sikit ni.. lagi la aku suka buat edit poster..

Antara poster yang aku dah try & error utk poster macam ni..




Poster ESP version 1




Poster ESP version 2 


#Arlina Abd Rahim
#1108040
#018.365.9551
#shaklee taman medan, pj 

15 October 2014

Promosi ESP


Promosi ESP untuk Oktober 2014


Jom grab selagi masih ada..

buy 6 free 1 ..
nak 1 tong boleh 
2 tong boleh ..
3 tong boleh ..
6 tong sekaligus pun boleh ...






#ArlinaAbdRahim
#018.365.9551
#1108040
#shakleetamanmedan,pj



Testimoni Energizing Soy Protein


Testimoni dari pengguna yang telah mencuba ESP :


#ArlinaAbdRahim
#018.365.9551
#1108040
#shakleetamanmedan,pj

TQ