28 March 2014

MH 370 di mana kamu ..

Salam Jumaat..

Dah lama x online blog ni, pada hal selalu je on fb .. okay kepada sesiapa nk friends dgn saya dalam fb dialu-alukan... fb kita .. inaarlina ya.. try search .. nk kita approved kan.. 

Muahh korang semua..

Sebenarnya banyak benda nk cerita, salah satunya nak cerita pasal misteri kehilangan MH 370..sebenarnya hari-hari aku tengok berita mengenai kehilangan MH370, dan banyak sangat cerita-cerita disebalik MH370 ni..

Bila dengar pasal kehilangan MH370 dan dipercayai berakhir di Lautan Hindi, sedih sangat bila baca paper, tengok reaksi kaum keluarga  MH370 ni, tapi yelah siapa la kita untuk membuat sebarang andaian , ye la selagi kita tak temui MH370 ni , kita anggap yelah yg ini adalah ujian dari Allah kepada semua.. kita patut berdoa supaya akan ada keajaiban dan akan ada hikmah disebalik kejadian ini..

Bila aku baca paper tiba-tiba je nangis, apatah lagi kaum keluarga yg terdekat kan.. harap-harap mereka semua bersabar dengan ujian dari NYA..

Pasti ada hikmah disebalik kejadian ini...

Kita doakan yang terbaik untuk mereka.. jika benar mereka sudah tiada harap -harap kita akan temui serpihan atau bangkai pesawat dan akan temui juga kotak hitam yang dapat menyelesaikan setiap misteri kehilangan MH 370..

Aku ada terbaca petikan ke atau nukilan dalam fb (dia terbang setinggi awan dan dia terhempas sedalam-dalam lautan lautan hindi) sedih sangat baca petikan itu...

Aku tetap berharap akan keajaiban berlaku ... harap-harap .. tapi kita hanya dapat merancang tapi tuhan je yang dapat tentukan nya..


No comments:

Post a Comment