26 November 2014

Kesihatan sukar dijual beli

Dah lama tak buat post blog, banyak sebab jugak .. 
kadang -kadang sebab banyak kerja nak buat  dan ditambah lagi aku bertukar lagi workstation bahagian pentadbiran yang berdekatan dengan bilik bos..
Jadi hasrat nak menaip tu macam terbantut sedikit la..

kenapa kesihatan kita amat penting dan sukar di jual beli ..
sebab melalui tahap kesihatan yang baik la kita dapat melakukan pelbagai pekerjaan ,ibadah dan sebagainya..
Melalui kesihatan yang baik juga kita dapat mencari rezeki di muka bumi ini..

Cuba bayangkan kalau kesihatan kita kurang, macam mana kita nak mencari rezeki, macam mana kita nak melakukan ibadah.. dan macam mana melakukan sesuatu pekerjaan..
lebih-lebih aku yang berstatus ibu ni kan.. kalau aku sakit ,terabai sikit la anak-anak , yelah tak ada orang nak masakkan makanan, nak tengokkan mereka dan nak menjaga mereka.

Sebab tu aku cakap kesihatan amat penting dijaga,
kadang-kadang kita kedekut nak mengeluarkan duit tambahan utk menjaga kesihatan sebagai contoh ,macam makanan tambahan, supliment dan sebagainya..

Sekarang ni pun kos perubatan pun semakin mahal, nak harapkan hospital kerajaan ,kadang-kadang terlalu banyak sangat pesakit ,dan kadang-kadang katil pun tak cukup.. so adakah kita hanya tahu merungut je kalau hospital penuh dan bila dah sakit baru nak ambil tindakan kan..

langkah yang terbaik adalah dengan kita mengambil langkah pencegahan utk menjaga diri kita ,dengan mengambil langkah protection iaitu kita invest sedikit wang utk keperluan badan kita.
Kita invest sedikit wang ringgit utk membeli supliment yang sesuai dengan tubuh badan dan yang kita memang mampu milik..

Insyaallah dengan penjagaan yang baik, insyaallah tubuh badan kita akan sihat walafiat..
dan secara tidak langsung kita akan dapat mencari rezeki untuk keluarga dan juga dapat melakukan perkerjaan seharian kita nanti..

Bagi yang masih tercari-cari makanan tambahan yang anda mampu milik dan inginkan keberkesanaan yang maximum dengan izin Allah.. Anda boleh mencuba makanan tambahan Shaklee yang memang diakui keberkesanaannya, kebaikannya , diluluskan olek KKM dan diiktiraf sijil HALAL nya..

Jangan ragu-ragu utk menghubungi saya ,dan juga untuk mendapatkan maklumat lanjut..

Arlina Abd Rahim
1108040
018.365.9551
Taman Medan, PJ 

18 November 2014

Orang ke-3

Ramai sangat komen yang aku baca mengenai kehadiran orang ketiga tu..

orang ke 3 bukan bermaksud cahaya mata ya, kalau maksud ini memang ditunggu-tunggu la kan..

Orang ketiga ni boleh jadi ..kekasih gelap
Orang ketiga ni juga boleh jadi .. ibu bapa,saudara mara, adik beradik, sahabat handai dan yang seangkatan dengannya..

Bagi pendapat aku.. bila kita dah bersedia melangkah ke alam rumah tangga ni, secara tidak langsung kita sepatutnya dah bersedia fizikal dan mental dalam menghadapi situasi-situasi yang tidak dijangka ..

Contohnya .. kadang-kadang kita suami isteri mesti ada selisih faham ... bila dah berselisih faham tu jangan la kita melibatkan dengan orang lain kerana bila dah melibatkan orang lain secara tidak langsung kita memberitahu orang lain akan masalah rumah tangga kita .. dan ia akan akibat kan jugak orang lain campur tangan akan masalah rumah tangga kita ni..

So sebagai suami isteri kita patut berbincang, dengan setiap isu yg berlaku sekali pun.. Dan bawak-bawak bersabar dalam menghadapi dugaan.. Kalau dah tak mampu .. kita patut berfikir secara rasional untuk masa depan kita dan anak-anak kita..

Kunci dalam rumah tangga bagi aku ,setia ,tiada rasa dan sabar dalam hadapi dugaan hidup rumah tangga.. Insyaallah akan selamat dan bersembahyang la ,berdoa la kerana pada Allah kita meminta segala petunjuk dan kesabaran ...


17 November 2014

Kisah rumah tangga

tadi semasa view kat fb , terbaca kisah pasangan suami isteri ini..

Suami curang dengan seorang janda ,dan telah terlanjur dengan kekasih gelapnya.. 

Sedihnya bila baca kisah ini, tergamak si suami buat macam tu dekat isteri dengan alasan isteri tidak bersiap -siap untuk suaminya, si isteri gemuk dan berbau busuk.. tahu kah kamu wahai si suami .. jangan pandang seseorang tu yg belum kita tahu akan jaga anak kita dan diri kita..

kenapa nak cari lain sedangkan kita tak tahu orang tu elok ke tidak jaga diri kita atau jaga anak anda.. jangan nak cakap orang tu bagus sedangkan kita tak tahu lagi macam mana kan..Aku rasa kaum laki ini selalu ingat orang yg kat luar sana lebih baik dari isteri sedangkan entah baik atau tidak kita tak tahu lagi kan.. Yelah memang mereka cantik sebab mereka tak ada tanggungjawab ,hanya jaga diri sendiri je..

Cuba try mereka boleh ke jaga kita, anak-anak kita dan diri sendiri,dan jangan nak harapkan orang lain..kita sendiri yg jaga, rasa-rasa cukup tak masa tu.Sedangkan nak jaga anak seorang pun belum tentu kita cukup tidur kan.. ni kan nak jaga 2/3 orang anak.. 

Memang penat, yelah nak jaga anak-anak , nak uruskan rumah tangga, nak layan suami , nak jaga kerja lagi dan nk jaga diri sendiri..tengok mana mana, atau kaum laki tu switch kan rutin harian si isteri kepada anda ,tengok macam mana mampu ke tidak..

Dan kepada wanita diluar sana yg nak bercinta, tolong sedilik pasangan anda dahulu dan jangan cepat percaya pasangan anda tu bujang atau duda, please check dulu ..kesian tau kat kalau terjadi kat isteri kekasih anda.. bayangkan kalau anda berada di tempat mereka .. 

Apa perasaan anda sekiranya suami anda curang .. ???? tepuk dada tanya selera .... kalau tak nak berlaku kat diri anda,jangan cuba-cuba untuk buat macam tu ..

Kesedihan hati ini

kesedihan hati ini siapa yang tahu..

kelukaan hati ini siapa yg tahu, hanya Allah saje tempat aku meminta petunjuk..Rasa sedih,rasa kecil ,rasa kerdil sangat ..nak cerita kan pada siapa..nak ceritakan pada suami,kawan.. entah ada ke orang nak ambil tahu..

Apa yang perlu ku buat untuk langkah seterusnya.. susah nak fikir.. aku nak jadi seorang yg berfungsi tapi rasa macam tidak diperlukan lagi.perkhidmatan ku tidak diperlukan.bila-bila masa aku akan ditolak ke tepi. 

Sebelum perkara ini terjadi, aku perlu bertindak membuat sesuatu.. perlu mencari jalan keluar.. sedihnya.. demi keluarga ,anak-anak aku perlu teruskan lagi perjuagan.. perlu kuatkan langkah.. Sejujurnya aku teramat cemburu dengan kejayaan dan kepandaian orang tapi ,langkah utama aku perlu bertindak ..

tapi bila kena bertindak kerana orang yang paling hampir dengan ku ,tidak memberikan sokongan... perlu ke aku meminta sokogan ,perlu ke aku bertindak sendirian .. Pening,buntu,susah hati ,sedih dan frust memikirkannya... 

perlu berdiri di kaki sendiri , perlu bertindak , jika orang laki mampu kenapa tidak aku ????

Ya Allah berikan petunjuk ,dan kekuatan.. murahkan rezeki sebagaimana orang lain .. adakah sebab kegagalan ku .. Aku perlu baiki ...

Ya Allah,kuatkan imanku,kuatkan pendirianku,murahkan rezeki ku,permudahkan perjalanan rezeki ku... Eangkau murahkan rezeki ku dalam bidang yang aku ceburi.. Engkau murahkan dan permudahkan perjalanan hidupku..

Amin...

Insan yang lemah, 

14 November 2014

Lunch kami

Tadi kami berdua sempat la berjalan-jalan ke Giant.yelah hari Jumaat kan ..waktu lunch lama sikt..

pergi foodcourt kat Giant Kelana Jaya tu, ternampak plak gerai baru..gerai makanan Arab..

So kami berdua pun try la nasi mandy with chicken.. bagi aku harga ok la tak mahal ... nak mampu milik ..

memang kenyang la makan nasi mandy tu , pastu dah settle makan kita pun gi la jalan-jalan di sekitar giant tu..dan terus masuk ke Guardian..

Sekarang guardin tengah buat promosi tau..ada banyak barangan ditawarkan sempena promosi tu.. so bagi yang nak beli produk penjagaan diri,mekap dan sebagainya boleh terjah guardian..

Promosi sampai 20hb ni..so jangan terlambat ya..



Kisah Yang Perlu Diambil Iktibar

Tadi terbaca satu kisah di fb mengenai hubungan suami isteri ..
Tersentuh dan insaf kat diriku ini..

Kisahnya yg si isteri nak membeli pakaian anak utk anak yg bakal dilahirkan..tapi disebabkan si isteri terjah baby fair yg memang terkenal dengan lautan manusia,si suami dah feed up dah ..ditambah plak dengan kerenah anak yg sulung ..

Kisah ini pernah terjadi kat diriku yg masa tu aku dan si suami terjah baby fair jugak..memang banyak sangat insan-insan yg ingin membuat persiapan bgi baby mereka.. dan bagi aku kalau kita nak ke baby fair ke , jangan bawa kanak-kanak sebab panas,rimas dan nanti mereka cepat bosan..

Tapi dari segi penjimatan memang aku tak nafikan ,memang jimat sangat-sangat ... sebab aku hanya belanjakan tak sampai RM200 , tapi aku dah beli berhelai-helai baju bayi, barangan mandian, botol susu dan macam -macam lagi..

Pada aku kita sebagai suami isteri memang tak dinafikan akan sentiasa bertelingkah sebab kita mempunyai pendapat masing-masing.. Pendapat kita tak semestinya betul pada pandangan orang lain.. Cuma kita sebagai isteri kena lebih banyak bertolak ansur ..dan memahami karenah suami .. dan sentiasa bercakap lemah lembut walaupon masa tu keadaan tengah tegang .. walaupon pada hakikatnya kita rasa kita betul.
Insyaallah bila kita bercakap lembut, suami pun tak akan meninggikan suara nya kepada kita...

Dan kepada para suami pulak, jangan la disebabkan anda .. anda mengarahkan si isteri dan anak-anak mengikut pendapat anda sahaja.. Cuba la kita bertolak ansur sedikit.. walaupon anda rasa anda betul.. Kan tak seronok kalau nak jalan-jalan ,membeli belah dengan suasana yang tegang dan bergaduh..mesti tak seronok kan..

Apa yang si isteri buat tu kadang-kadang adalah demi kebaikan kita seisi keluarga , dan si suami diharap faham akan situasi itu..jangan cepat nak melenting .. cuba faham situasi dan keadaan itu .. Apa yang kelebihan dan apa keburukan plak..

Yang penting ..kita sebagai suami isteri akan lebih bertolak ansur dan lebih faham memahami .. 

 

13 November 2014

M.O.T.I.F

Semalam malam aku sempat la layan satu cerita ni ..kat Astro Prima .. MOTIF..

Kisah dalam motif ini lebih kepada penyiasatan yang berunsurkan jenayah ... dan kisah semalam ialah mengenai kes pembunuhan kanak-kanak yang berusia 3 tahun yang dulu pernah menggemparkan Malaysia..

Sedih dan takut kalu perkara itu terjadi kat anak-anak di dunia terutama sekali kalau terjadi kat anak-anak kecil ku..Yang Allah .. kadang-kadang aku ni ada termarah dan terpukul anak-anak , tapi lepas tengok kisah jadi takut sangat ...

Cepat-cepat insaf tak nak marah anak sampai macam tu sekali, cepat-cepat cakap kat suami kalau kita marah kat anak pun ..jangan jadi sampai macam ni ye.. anak-anak yg tengok pun cakap kat kami .. kalau marah jangan pukul macam ni.. yelah anak aku yg sulung tu dah 4 tahun.. dah pandai cakap dah dan dah faham akan cerita-cerita kat tv tu..

Ya Allah lindungi la aku dari sikap dan sifat macam tu, jadikan aku seorang yg tabah dalam menjalani kehidupan rumah tangga dan bersama anak-anak yg semakin membesar tu.. Jadikan la aku lebih tabah dalam menghadapi karenah  anak-anak ...

Bila tengok kisah kes tu rasa macam alahai sedihnya tengok anak kecil yang tak tahu apa-apa.. harap semua dipermudahkan la ya.. Aminn ...