17 February 2014

Posisi penyusuan & set penyusuan yang terbaik dari shaklee

Ok , hari ini aku nak kongsi bagaimana posisi penyusuan yang boleh diaplikasikan oleh kaum ibu untuk menyusukan anak.

Tapi macam biase posisi penyusuan yang paling aku suka semasa menyusukan baby suha ..posisi sambil berbaring...


Ini pic yang jelas yang menerangkan posisi penyusuan untuk panduan korang.. Posisi yang aku suka tu Step 4 seperti dalam pic..

Ok , untuk kaum ibu kaedah ini anda boleh praktikkan ini.

Dan bagi kaum ibu yang ingin mencuba produk shaklee .. shaklee ade menyediakan set bugdet untuk budget penyusuan ..antaranya seperti ESP & Alfafa

Pic seperti yang aku upload ini


Berminat : saya boleh PM kan harga mampu milik untuk anda..Meh sini saya bisik-bisikkan..

Sedia berkhidmat untuk memberikan khidmat nasihat dan sebarang pertanyaan anda akan dilayan ... 

SID : 1108040
Arlina Abd Rahim
018-365 9551



13 February 2014

Kenapa saya menyusukan anak saya dengan susu ibu.

Kenapa ya aku menyusukan anak aku susu badan..sebab aku terpengaruh dengan kakak ipar aku yang memulakan kaedah penyusuan susu badan.

1. Ketika itu anak aku mengalami masalah penghadaman, dan cara yang terbaik adalah dengan menyusukan susu badan kerana susu ibu ini dirumus khas untuk peringkat anak kita.

2. Aku mulai jatuh cinta dengan penyusuan susu badan ini, yelah kalau anak nak susu just selak je baju bagi susu,tak payah nak susah payah basuh botol susu , atau bangun di tengah malam 

3. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini , baik lah kita membuat penjimatan ..bayangkan kalau 1 tin susu berharga RM 45.00 .. dan dalam sebulan baby consume 4 tin .. , anda boleh bayangkan sebulan berapa kita terpaksa spend untuk susu formula sahaja,sedangkan kita mendapat anugerah dari Allah untuk menyusukan bayi kita.

4. Apabila kita menyusukan anak ni ,bonding antara ibu dengan anak lebih erat lagi,dan bagi anak tu ..ibu segala-galanya.Yelah masa ini jelah kita dapat bermesra dengan anak kita,kang bila dah besar belum tentu kita mendapat nikmat yang macam ni.

5. Dengan kaedah penyusuan badan yang konsisten, secara tidak langsung ia merupakan salah satu kaedah perancangan keluarga, sebab kita menyusukan badan  secara konsisten .. period tidak akan datang selagi kita menyusukan susu anak dengan susu badan ...

6. Melalui kaedah penyusuan susu badan ni secara tidak langsung kita akan membakar kalori dan akan menyebabkan kita tak payah susah untuk kurus .yelah sebab bayangkan ya ..sumber nutrisi makanan yang kita makan ,seperti kita akan share bersama dengan anak kita...

7. Mengikut sunnah yang telah diberitaku di dalam kitab suci kita Al-Quran ,iaitu susukan la anak kamu sekurang-kurangnya 2 tahun

8. Alhamdullilah apabila aku menyusukan anak aku dengan susu badan ini, buat masa ini dengan izin Allah anak aku belum lagi mengalami sakit yang teruk ,kerana sistem imunisasi yang kuat hasil dari penyusuan susu ibu, dan baru 11 bulan anak aku dah pandai berjalan ,proses tumbesarannya cepat mungkin disebabkan dengan penyusuan susu badan ini.

Itu antara penyebab peribadi aku kenapa aku menyokong penyusuan susu ibu ni . So kepada ibu-bapa di luar sana yang mahukan yang terbaik untuk anak anda.cuba lah penyusuan susu ibu kepada anak anda secara eskelusif sekurang-kurang nya 6 bulan.

Memang kadang-kadang ade sesetengah mak yang nak susukan anak nya dengan susu badan tetapi tak ada susu kan.. bagi aku kadang-kadang teknik penyusuan tu salah kot, takpe jangan putus asa-mari la kita sama-sama mencari ilmu dalam penyusuan susu badan ini.

Akhir sekali berminat untuk mencuba set penyusuan dari keluaran shaklee produk , sila PM aku untuk mendapatkan harga mampu milik ,dan kalau suami yang sayangkan isteri apa la salah nya berkorban wang ringgit untuk melabur dalam set penyusuan susu badan ini, anak sihat ,emak seperti anak dara...

Sedia membantu dan menberi khidmat nasihat dalam segala hal yang berkaitan dengan penggunan shaklee produk ,

Sila PM aku :

SID :1108040
Arlina Abd Rahim
018-365 9551 

nanti aku bisik-bisikkan harga promosi set penyusuan ini berbaloi ...kekawan..

Selain itu bagi ibu -ibu yang akan dan sedang berpantang ... terdapat jugak shaklee produk yang khususu untuk set berpantang.. nanti informasi akan diberitahu kelak.







Set budget penyusuan



Salam pagi kawan-kawan semua,

Ok ,hari ini aku nak kongsi tentang set penyusuan badan,mesti kat luar sana kaum ibu teruja nak tahu kan...Sape yang tak nak yang terbaik untuk anak-anak kan.macam aku jugak la..aku pun kalau boleh memang nak yang terbaik je untuk anak-anak ,kalau tak boleh jugak ,aku akan usahakan yang sehabis baik untuk anak-anak aku...

Kat luar sana, mesti kaum ibu yang baru pertama kali mendapat cahaya mata,pening mana la nak cari susu yang terbaik untuk anak anda.. Memang tidak dapat dinafikan kalau kita tengok kat pasaraya banyak jenis susu ditawarkan dengan harga yang boleh tahan mahalnya.Contohnya macam Mamilgold, Enfagrow, Enfalex,NanPro,Dumex,Snow,Dutchlady dan macam-macam brand la,dan ade jugak brand yang berasaskan susu kambing ,tetapi ye korang kalau nak dibandingkan antara semua susu dipasaran sana yang PALING TERBAIK untuk anak-anak anda adalah SUSU IBU itu sendiri..

Kenapa aku cakap macam tu ,meh sini aku nak sharekan sedikit kelebihan susu ibu berbanding susu formula..tetapi korang jangan salah faham kalau nanti ada yang cakap belakang yang menyatakan eleh .. macam lah kau tu bagus sangat,kalau susu memang dah tak ada macam mana.. ye aku faham tapi tepuk dada tanya selera.. usaha selagi boleh kawan-kawan..

Info mengenai kelebihan susu ibu :


* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi

* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. - American Journal Of Clinical 1991)

* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan

* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.

* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa

* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi

* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang

* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Faedah penyusuan terhadap ibu

* Melindungi kesihatan ibu, merendahkan risiko terhadap barah buah dada dan ovari

* mengelakkan pendarahan selepas bersalin

* Menjarakkan kelahiran kerana ia merupakan cara perancang keluarga semula jadi

* Mempercepatkan proses pengurangan berat badan dan mengempiskan perut kerana hormon oksitosin membantu mengecutkan rahim

* Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak

* Penyusuan ibu boleh dilakukan pada bila-bila masa saja dan di mana-mana sahaja.


Jadi untuk pengetahuan korang shaklee ade menyediakan set penyusuan budget untuk para kaum ibu...


Set Penyusuan budget ini mengandungi ESP (soy protein isolatic powder & alfafa complex)

Khasiat ESP :



Khasiat Alfafa Complex:

Alfafa complex ini didatangkan dengan 2 botal : satu botal bersaiz s( 330 biji) dan satu lagi besaiz l (700 biji) Alfafa complex ini bukan saya terkenal dengan MILK BOOSTER ,tetapi ia ibarat kacip fatimah bagi kaum ibu sekalian. Selain itu meh sini aku sharekan juga akan kelebihan alfafa complex ini :


♥ Mencuci hati, darah dan usus - Ini adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.

♥ Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.

♥ Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

♥ Menyingkirkan lemak dan kolesterol - kajian klinikal terbukti bahawa penggunaan jangka panjang Alfalfa akan menghapuskan lemak, mengurangkan kolesterol, mencegah penyakit jantung, strok dan darah tinggi. Hanya Alfalfa mengandungi saponin, seperti span yang bertindak sebagai serat yang menterap kolesterol.

♥ Melawan tumor - Memakan 30-50 tablet untuk mengalkalikan badan, dengan itu memperbaiki sel kanser dan membuang tumor.

♥ Melegakan keletihan - Melegakan keletihan dan sebagai rawatan kepada kebanyakkan penyakit.

♥ Mencegah / merawat artitis - Melegakan sakit artitis dan kesakitan.

Sumber dari : Buku Panduan Nutrisi SHAKLEE.


Sila hubungi aku untuk mendapat tawaran harga mampu milik dan disamping itu aku akan memberi khidmat nasihat kepada anda diluar sana..

Nanti aku akan sharekan lagi mengenai cara untuk menyimpan susu perahan.bagaimana untuk memberitahu pengasuh cara untuk handle susu perahan , jadual pengepam yang boleh dilakukan di tempat kerja dan banyak lagi .

Untuk mencuba set penyusuan ini korang jangan la bertangguh lagi ,disebabkan banyak kelebihan dan kebaikkan tentang penyusuan susu badan kepada anak-anak dan secara tidak langsung kita sebagai kaum ibu akan mendapat tempias dari penggunaan produk shaklee secara konsisiten.

Hubungi saya untuk mendapatkan harga mampu milik untuk seisi keluarga dan kaum ibu dan dengan setiap pembelian produk shaklee saya akan memberi khidmat dan paduan yang betul kepada anda semua ...

SID :1108040
Arlina Abd Rahim
018-365 9551

* Credit kepada sid shaklee yang berkenaan *





12 February 2014

Set untuk hilangkan Migrain

Banyak kan kat luar sana yang mengalami simptom migrain ini,terutama bagi orang yang mengalami stress di tempat kerja, pengambilan makanan yang tidak teratur, cuaca yang panas di luar.

Kadang tu kalau migrain teruk sangat kita boleh muntah kan,sakit kepala.. dan asyik terbaring je lemah..

Meh sini saya nak share sedikit pengalaman saya untuk anda semua..dulu saya selalu mengalami tekanan di tempat kerja .dan akibatnya saya selalu je mengalami masalah sakit kepala.Masa tu saya ni blur-blur la sikit kenapa selalu sakit kepala.. rupa-rupa dengan simpton sakit kepala ni ,saya mengalami masalah migrain dan kadang-kadang sampai muntah dibuatnya.. so solutionnya ambil pil dari klinik.. tapi keadaan tu tidak lama,yelah bila ambil pil tahan sakit.. migrain hilang.pastu bila magrain datang balik ..ambil pil balik..so memang solutionnya tak ada kan..

Sampai la ada seorang kawan saya ni mengsuggestkan utk ambil produk shaklee ni ..yang bersesuian dengan budget saya .. So saya amalkan pengambilan pil bcomplex dengan ostematrix dari shaklee.. memang mula-mula saya rasa ringan je.. maksud saya kepala rasa ok sikit dari sebelum ni..dan saya mengamalkan pil tu secara konsisten dan hasilnya ..sekarang saya bebas dari migrain..

Kalau ada migrain pun tak sekerap macam dulu.. so saya kalau boleh nak share produk baik ,jimat kepada kenalan-kenalan di luar sana supaya segala manfaatnya dapat dikongsi bersama...

So kepada sesiapa yang mengalami masalah migrain boleh la mencuba produk ini .. Produk ni boleh tahan sampai 2-4 bulan , mendapat pengikhtirafan halal, mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.. dan saya percaya anda semua mampu milik untuk memiliki set magrain ini..

Cuba bayangkan ..kalau kita boleh spend beratus-ratus untuk handbeg,berpuluh-puluh ringgit untuk pakaian dan alat kecantikkan kenapa kita tidak boleh spend sedikit pun untuk kesihatan kita.Kenapa kita perlu kedekut untuk kesihatan kita...

# Cuba fikirkan semua#

Meh sini saya sharekan kalau anda ingin mencuba set shaklee ini sila hubungi saya.Saya upload pic untuk rujukan anda semua ..

# harga yang saya tawarkan kepada anda adalah mampu milik # sila pm saya ya..

Dan untuk pengetahuan semua produk shaklee ni tak sampai pun 5-6 ratus.dan saya percaya anda semua  mampu milik untuk memiliki salah satu produk shaklee ni..


Sedia berkhidmat untuk anda .. dan memberi khidmat nasihat selepas setiap pembelian ..Setiap pembelian anda layak untuk mendapat khidmat nasihat dari saya sebagai salah seorang ahli shaklee..

SID :1108040
Arlina Abd Rahim
018-365 9551





Shaklee dan saya

Eceh tajuk macam-macam kan..jangan tak tahu saya dah teringat nak buat kisah ni awal pagi tadi masa bangun tidur..

Mesti orang selalu cakap kan kenapa nak buat kisah pulak kan, tapi disebabkan blog ini saya yang punya ..so memang secara mutlak nya terpulang pada saya ye.

Sebenarnya produk shaklee ini saya dah tahu 4 tahun yang lepas , masa tu kalau tak salah saya produk ni belum diketahui umum kot, betul kan saya kalau saya salah..

Masa saya tahu pasal shaklee ini sebab masa teruja nak mencuba set penyusuan.masa tu memang niat nak menyusukan kan anak yang pertama selama mana yang boleh .. so saya mula-mula try trial pek je, tapi dah lupa dah siapa sid shaklee nya..

Memang saya ni jenis culas nak makan ubat yang bersaiz besar, tapi demi anak ,dan sebab nak banyak kan susu punya pasal saya telan jugak.. memang ada perubahaan bila mencuba produk ini, susu lebih meriah dari biasa, tiada keletihan atau stress dan susu lebih pekat.. cuma saya masa tu tak ada inisitif la jugak nak beli yang botol shaklee sebenar. puncanya sebab masa tu pendidikan mengenai penyusuan ini cetak.bila anak saya dah berumur 7 1/2 bulan saya stopkan penyusuan susu badan sebab masa tu dia dah rejek nak menyusu badan,tambahan pulak saya masa tu kurang mengepam dan kurang minum air..so dengan tidak langsung susu pun makin merudum..

Sekarang saya start balik membeli produk shaklee sebab dan tujuan yang sama.. anak menyusu badan jugak. so saya memang mengamalkan minum air yang berkhasiat, minum susu, makan buah-buahan,pengambilan air yang banyak kalau boleh sebanyang mungkin,makan produk shaklee seperti b complex,alfafa , minum esp .. 3 produk ini dulu saya ambil .. dan mengepam di ofis mengikut jadual yang sy tetapkan sendiri,, balik rumah kasi direct feed kat baby

Sekarang anak saya pun dah berumur 11 bulan ,lagi sebulan je nak cukup setahun.. dan saya berniat nak continue lagi 6 bulan dan seterusnya 6 bulan lg untuk lengkapkan 2 tahun. dan kalau dimurahkan rezeki lagi akan continue selepas 2 tahun..

Memang banyak orang cakap ,produk shaklee ni mahal ,tapi kalau kita kira-kira semula setiap produk shaklee boleh bertahan lebih kurang 2 - 4 bulan.. so cuba bayang kan kalau 120 tablet tu dibahagikan untuk 4 bulan .. berapa penjimatan kita dapat .. dan berapa penjimatan dari segi duit pulak..

Kira macam kita melabur kan kan.. contoh nya macam beli rumah.. memag perit nak keluarkan duit untuk beli rumah sendiri,tapi akhirnya manfaat rumah tu milik kita jugak.. Semua boleh bandingkan harga produk shaklee dengan produk yang lain...

Disamping itu produk shaklee juga adalah terdiri dari bahan semulajadi , halal dan diiktiraf oleh kkm..

Fikir dan bayangkan ...klik untuk view image lebih jelas ..


Berminat boleh pm saya ya:
Macam-macam set yang mampu milik saya akan tawarkan kepada anda.

SID: 1108040
Arlina Rahim
016-365 9551


10 February 2014

Zaman sekarang .kesian anak-anak..

Sape ada terbaca kisah kanak-kanak berusia 2 tahun ,meninggal disebabkan kes rogol oleh 3 orang lelaki dan maknya sendiri berkomplot sekali dengan teman lelaki itu.

Sedih kan, baca kisah tu, tapi yang sebenarnya kanak-kanak tu bukan meninggal sebab dirogol tetapi meninggal disebabkan kes bunuh.. sampai hati 3 org lelaki jahat tu pijak perut kanak-kanak tu sampai meninggal .

Aku baca kisahnya macam ni.. mak & teman lelaki tu penaggih dadah, mungkin agaknya die nak sorokan dadah dari polis,mereka suruh budak tu telan dadah tu... lepas tu bila budak tu dah telan dadah tu.mereka suruh kanak-kanak tu memuntahkan balik dadah tu.yang bermasalahnya budak tu tak boleh nak muntah balik dadah tu.

Tu yang 3 org lelaki jahat tu pakat pijak perut budak tu sampai usus terkeluar pastu gi potong usus tu ambil dadah. Tak guna kan.sampai hati mereka buat budak macam tu.. aku sampai sekarang terbayang-bayang macam mana mereka pijak perut budak tu ,dan mak budak tu plak tak buat apa-apa tindakan pun.

Kenapa mereka ni ada kat dalam dunia ni,sampai hati buat budak tu macam ,aku boleh bayangkan yang budak tu meronta-ronta sakit,menangis, berguling-guling menahan kesakitan..

Kalau la aku berada di tempat kejadian tu ,aku nak balas balik apa yang mereka buat kat budak tu aku, nak aje tendang balik mereka ni,pukul dengan kayu.. supaya mereka stop dari pijak budak tu..

Biar je mereka ni mati hukum gantung.. biar je mereka di pijak-pijak balik supaya boleh tahu macam mana rasanya sakit kena pijak..

Harap dengan kes ni kita kat luar ambil ikhtibar, walau sejahat mana pun ingatla ,anak-anak tu zuriat kita ... tolong la jangan buat macam tu, kalau ambil dadah pun tolong la jangan libatkan budak-budak kecik.mereka tak reti nak lawan atau mempertahankan diri mereka.

Yang kaum ibu ,tolong la,sayang kan anak anda, jangan ikut sangat teman lelaki uolls tu .. anak-anak la segala-galanya untuk kita.. susah senang kita bawa mereka selama 9 bulan takkan tak ingat kot..

3 bulan pertama bertapa susahnya kita mengalami simptom muntah-muntah ...

4-6 bulan bertapa susahnya kita bergerak atau baring sebab perut dah semakin membesar.

7-9 bulan bayangkan bertapa susahnya kita berjalan,nak berjalan pun dah slow-slow..tidur pun dah selesa macam sebelum peknen.. nanti sakitnya perut kita saat-saat melahirkan anak tu.tak kira la melahirkannya melalui tingkap atau kaedah normal..

Kenapa tak teringat ke mak budak itu.. sedih kan.. banyak lagi orang yang kat luar sana nak zuriat.kita dah diberikan rezeki tu jagalah baik-baik ..

Aku bukan cakap untuk orang lain tapi ini peringatan untuk diri sendiri jugak sebab kadang-kadang aku pun terbabas pukul kan anak-anak ,, sebab mereka nakal ditambah lagi sebab kita kepenatan..

Ya Allah ,lindungi lah aku dari berbuat kasar terhadap anak-anak aku ..zuriat aku.. tanpa mereka aku sunyi..tak sama dengan suami.mereka chinta hati dan nyawa aku..

Tasik Kelana Jaya

Semalam petang kan .. husband tak pergi mana-mana..

Dan disebabkan sang suami sedang berdiet keras.. dia ajak aku dan anak-anak pergi tasik kelana jaya,, misi suami nak berjogging ..misi aku plak nak bawak anak-anak pergi main kat taman.

Sambil dia jogging aku teman anak-anak main taman...anak -anak aku.. memang dah lama kan tak pergi main kat taman.. punya la teruja mereka ni.


Anak aku aka kakak tengah sibuk explore taman tu, sampai aku plak yang takut mereka hilang, yelah ramai kanak-kanak sebaya dia main. kadang-kadang terlepas pandang plak. mata ni asyik memerhatikan aje anak-anak.takut uolls apa-apa yang berlaku nanti.


Sambil mata memerhatikan kakak dengan abangnya ,si baby suha ni kalau ikutkan nak main jugak , tapi tak boleh la bby...awk kecik lagi mana boleh panjat-panjat ..kang jatuh ..mummy jugak yang susah.

Tak boleh main meh la kita camwhore je.. sambil menunggu sang suami berjogging.. sambil layan selfie..

dah besar dah anak aku ni, sekarang dah 11 bulan .. bulan depan dah genap setahun.

Masih la menyusukan badan ,murah rezeki anak kecik ni..



Penutupnya diakhiri dengan wajah tuan empunya blog, kat belakang tu kelibat suami,penat jogging singgah jap minum air .. baru lepas 2 round jogging, tapi rehat kejap sambil dia melayan orang main speed boat kat tasik tu, bunyi speed boat sikit punya kuat.. berdesing telinga aku ni. nak gi dekat macam malas plak.sebab anak-anak main playground. nanti leka melayan speed boat ,kang anak entah keman plak.

Abaikan tuan empunya blog yang rambut tak terurus , sibuk dengan anak kecik, yang si kecik asyik menarik-narik rambut je, sudahnya mummy nya simpul je rambut ..senang.panas pun aye jugakkan.. sekarang kan walaupun petang cuaca still panas.. entah bila la nak hujan ni ...

Tengok dari jauh jelah..

Ok next week tak tahu lagi pergi mana,sebab suami cakap nak memancing plak dengan kawan-kawan dia,nampak gayanya terpaksa aku dengan anak-anak duduk rumah je lah..