26 September 2014

Hospital kerajaan dan hospital swasta

Tergerak hati nak cerita pasal hospital kerajaan dan hospital swasta..

sebenarnya kalau ikutkan pengalaman aku lebih kepada hospital kerajaan... cuma ade sekali je hospital yg semi goverment..
masa  aku bersalin anak pertama sampai la ke anak ketiga ni.aku bersalin dihospital kerajaan.dan montly check up sepanjang mengandung je di klinik kerajaan.

aku banyak dengar komen dari orang yg cakap hospital kerajaan ni service lambat, tapi yelah macam mana tak lambat kan sebab hospital kerajaan percuma dan bayaran murah.. of kos la ramai orang..
tapi kalau nak nombor giliran awal digalakkan datang la awal.so bila datang awal no giliran pun cepat ...

sebenarnya utk pertama kali check up mengandung atau pertama kali kita memang blur sikit, yelah mana nak tahu kan.tak pernah datang tapi tulah kadang-kadang nurse tu kerek je ..cakap pun macam tak berlemah lembut... cuba la ubah sikit cakap tu walaupon masa tu tengah marah ke ,stress ke...

tapi overall aku ratekan hospital kerajaan ni dalam 80 % kot.. yelah aku bernasib baik semasa bersalinkan anak pertama ..hospital tak ramai orang ..so layanan pun masih ok.. dan hospital tak sesak.. nak masuk wad pun mudah je sebab ade kekosangan...

dari segi pembayaran aku memang rasa hospital kerajaam amat murah dan doktor-doktor prihatin akan masalah kita.macam hospital sungai buloh.. kebanyakkan doktor terlatih dan mempunyai doktor pakar utk bahagian tertentu.. staff nurse pun baik-baik belaka ..sampai aku nak bangun ke toilet dan pakai pad pun mereka pakaiankan...

kalau kita tak larat nak bangun boleh minta staff mereka bantu... segalanya la...

macam hospital swasta pun bagi aku ok jugak cuma ..kadang-kadang bagi org yg sederhana macam aku ni tak mampu akan bayaran kos hospital .. sampai beribu-ribu ...
tapi dari segi perubatan,doktor dan nurse jugak baik ..yelah sebab kita yg bayar perkhidmatan tu kan.so kita deserve utk dapatkan perkhidmatan yang terbaik...

part bab bayaran tu yg terbeliyak mata nak tengok.. tapi kalau ade insurans takpe ..tak perlu risau.. semua ditanggung beres..

tapi kesimpulannya bagi aku pilihan ditangan anda.. nak servis cepat anda boleh ke hospital swasta .. tapi ada jugak klinik swasta yg lambat sebab banyak sangat patient

tapi kalau nk jimat dari segi pembayaran kos perubatan boleh la ke hospital kerajaan, cuma anda kena la bersabar sikit sebab hospital kerajaan banyak sangat patient so terpaksa tunggu lama..


2 comments:

  1. Bagi Ayu plak....masing2 ada kelebihan & kelemahan masing2. Ayu..dua2 pun bersalin di hospital kerajaan. but montly check up...Ayu gie klinik swasta sbb tak larat nak tunggu tu. but ada gak time kena gie hospital kerajaan..pegi jugak. dos & ubat semua ok..staff..ada yg ok and ada yg byk ragam..biasa la kan.

    ReplyDelete
  2. ye ayu.. ina memang selalu gi klinik kerajaan.. overall ok .but biase la patient memang ramai.. nak cepat siap memang ke gi awal la..

    ReplyDelete