26 September 2014

Kisah kami sekeluarga ..

hari ni me nak cerita mengenai kami sekeluarga..

Dulu ayah me seorang tentera.. tp bukan pesara tentera... ayah me berkhidmat sebagai tentera tapi berhenti awal..so dalam khidmat tentera ayah me tak dapat gaji pencen..selepas behenti awal menjadi tentera .ayah me berniaga..dari berniaga sayur sehingga berniaga makanan..

Kebetulan emak me ada kepandaian dari segi segi masakan..so syukur disitu walaupon emak tidak berpendidikan tinggi tapi emak me ada kepandaian memasak... semasa kecil me pernah ikut ayah berniaga sayur..masa tu ayah menanggung kami lima beradik sekolah... 

macam-macam kepayahan me dah tengok semasa ayah berniaga..ayah dicemuh kerana berniaga dan ada dikalangan saudara terdekat cakap " kalau ayah berniaga anak pun ikut sama la esok ya " sedih sangat .. ayah me cerita so masa ayah tekad nak bagi pendidikan yg tertinggi utk anak-anaknya..

ayah me berniaga pagi ,petang,malam dan kadang-kadang dalam hujan ayah berniaga.. masa tu me kecil lagi dan belum tahu apa -apa ..yg me tahu me dan kakak akan kemas rumah, siapkan makanan dan akan gantung kelambu mereka sebelum mereka balik.. 

dan beberapa tahun kemudian ..emak me dapat tender kontrak berniaga kantin sekolah.. lama emak me berniaga ..utk satu-satu sekolah.. dan dengan berniaga mereka juga dapat beberapa biji rumah, kereta dan beberapa bidang tanah...dan dalam masa yg sama mereka juga mengusahakan tanah ..

emak dan ayah pernah cakap ..mereka tak nak harapkan duit anak-anak masa tua nanti,so dengan tanah la mereka berharap..masa tu kelapa sawit tengah popular..so mereka tanam kepala sawit.. kami adik beradik ingat lagi mak ayah tak ada duit nak upah taktor ratakan tanah ,so mereka hari-hari tebang pokok,bakar pokok dan ratakan tanah sendiri,dan mereka juga beli anak pokok kelapa sawit sikit-sikit.. macam hari ni beli 10 pokok,minggu depan ada duit sikit beli 10 pokok lagi..

masa tu ..hidup kami susah.. saudara mara memang tak pandang kami..mereka seperti memulaukan kami sekeluarga... yelah masa tu hidup kami susah..tapi berkat kesabaran emak ayah kami..akhir sekarang alhamdulliah kami dah bertambah senang..dan dengan duit kelapa sawit tulah mak abah pergi buat umrah dan haji..

dan sekarang giliran kami pulak utk merasa kehidupan masing-masing...dulu me selalu sedih kenapa abah mesti berniaga,bagi me dulu kerja bergaji lagi senang..dan malu nak mengaku ayah berniaga sayur.. tapi sekarang me akui apa yg abah buat demi masa depan anak-anaknya... abah tak malu mengaku abah seorang peniaga sayur... dan juga dengan berniaga sayur abah dan emak cekap dalam penggiraan ..mereka boleh kira hanya pakai otak je,tak macam me yg perlu menggunakan kalkulator.. lembab kan me ni..matematik mereka terbaik..

sekarang me akui ... hanya dengan berniaga je kita boleh mengubah pesepsi orang dan mengubah hidup sendiri..kita tak perlu dengar apa orang cakap tapi yg penting kita buat apa yg kita fikirkan asalkan halal..sekarang me akui kalau hanya mengharapkan kerja hakiki sahaja.. dan mengharapkan hujung bulan dapat gaji ..untuk kenaikan pangkat dan gaji amat susah..

orang diluar sana dah berlumba-lumba utk mendapat pendapatan sendiri..kita ni masih ditakuk lama..mengharapkan gaji akhir bulan je..yg kadang-kadang bila dah tolak segala hutang tinggal beberapa ratus je utk belanja...

so mula-mula me melangkah dengan berbisnes shaklee..kerana mengaku me tak mempunyai modal yg banyak nak set up bisnes yg gah..me pun akui me tidak mempunyai kebolehan yg luar biasa memasak seperti emak ke,tiada kemahiran lain..so me memang berdikit-dikit dalam shaklee yg baru beberapa bulan ni... 

sebab dengan shaklee me akui dengan modal yg sedikit,tak perlu simpan stok,tak per susah payah nak berpos bagai me hanya perlukan medium akses internet ,sahaja utk upload produk shaklee.. me memang sekarang masih part time..dan insyaallah suatu hari nanti me akan full time..dan niat me utk menjadi WAHM akan tercapai satu hari nanti..sekarang bagi me, me nak kukuhkan pendapatan dan nak kumpul harta demi anak-anak pulak...

bagi anda di luar yg mempunyai impian dan minat yg sama seperti me, jom la kita bangkit dari tidur yg lena..jom kita usaha kan dari sekarang ..tak kira la mana-mana pun tak semeti nya shaklee..apa-apa produk kesihatan yg lain juga..sama sahaja ..bila ada niat,usaha ..insyaallah Allah akan lorongkan kearah itu..

Bagi yg mempunyai modal kecik seperti me.. anda berminat nak ada niat seperti me utk kukuhkan pendapatan keluarga ,nak jaga anak sendiri.. boleh pm me.. insyallah me akan bantu semana yg boleh...

#sidshaklee
#arlinaabdrahim
#1108040
#018.365.9551

1 comment:

  1. Aslm awk, terima kasih kerana tinggalkan komen di blog saya..
    Salam perkenalan...nak panggil awk per ye?

    Sedih plak baca post awak yg ni...tula, susah sgt nak mengubah persepsi orang lama yang memandang perniagaan dengan sebelah mata..keluarga saya pun sama...lebih-lebih lagi ramai ahli keluarga saya yang makan gaji dengan kerajaan.

    Saya tak salahkan mereka, sbb saya pun berpikiran sama mcam mereka dulu...alhmadulillah, banyak yang saya belajar bila join Shaklee.

    Hurmm, panjang plak coretan saya kat sini..keep in touch yer. Saya doakan awak berjaya didunia & diakhirat. :)

    ReplyDelete