18 March 2015

Update kali ini

Assalam semua,

dah lama tak update.. entah la gmail ni ada masalah ..

baru ni ade kesempatan untuk update blog..

Aku dah temui hobi baru ...dan dari suka-suka , akhirnya boleh menambahkan pendapatan sampigan aku.. walaupun tidak seberapa tapi ..aku puas hati bila feed back bagus ..seronok sangat .. dan menambahkan lagi semangat nak buat yang lebih baik dan kemas lagi..

Doakan aku dimurahkan rezeki ya.. Insyaallah .. Amin ..





kalau ada yang berminat nak buat tempahan boleh pm saya ya..

Insyaallah harga berpatutan dan memuaskan anda semua..

018-365 9551 -ina 


06 January 2015

Tahun baru 2015

Assalammualaikum,

Dah jarang dah aku berblogging, bukan apa ..sebab kedudukan workstation aku yg betul2 bertentangan dengan bilik boss besar..
Tambahan lagi aku ni banyak nau kerja nak buat ..( atau buat-buat bizi ) hehehe

Pejam celik pejam celik , kita dah melangkah dah ke tahun baru ,cepat je kan..sekarang ni banyak sungguh masa dihabiskan dengan kerja hakiki, anak-anak dan suami ..
Penat pun ada tapi bila fikirkan balik , itu la namanya tugas seorang isteri, nak menjaga rumah, menjaga kebajikan suami dan mengajar anak-anak...

Anak aku yang sulung pun dah masuk 5 tahun, dan tahun ni dia akan start sekolah,sekolah pagi dan sekolah petang..segala urusan utk persekolahan anak tadika ,aku dah settekan awal-awal, tinggal nak daftarkan anak utk sekolah petang pulak, sekolah agama..

Bak kata suami ,dia nak anak-anak sekolah agama..tahu mengaji,sembahyang dan sebagainya... aku pun menurut perintah la.. demi kebaikan anak-anak ku nanti, tapi rasa macam kesian sebab mesti dia kepenatan dan tak ada masa nak bermain-main dengan kawan-kawan..

Takpe ,kita tengok macam mana dulu.. dan second choice kalau tak dapat sekolah agama... aku just nak hantar dia mengaji kat rumah orang yg pandai mengaji.. utk dia dan adiknya..
Maybe sebelah petang sebelum maghrib la kot,sebab malam cikgu tu nak ke masjid pulak katanya..tapi yang ini belum deal lagi..

Dan sempena tahun baru ini , aku ada banyak wishlist yang aku harap dapat laksanakan ..Antaranya :

 Menjadi seorang insan yg patuh agama, taat pada suami dan lebih menyanyangi anak-anak

 Menjalankan bisnes sendiri sambil menjaga anak-anak..

 Berhenti kerja bila bisnes yang ingin diusahakan berjalan lancar atau stabil

 Ingin belajar menjahit

Dan jika , aku diberi kekuatan  utk menjaga anak-anak orang, aku berhasrat nak mengusahakan taska utk kanak-kanak ... sambil-sambil tu boleh menjaga anak-anak sendiri .. Insyaallah .. Ini memang dalam perancangan .. tapi rasanya kena modal besar dan kena ada ilmu utk menjalankan perniagaan macam ni..

Itu je impian aku , tak ada yang lain, disamping jaga suami,jaga rumah dan jaga anak-anak .. aku nak pegang duit jugak.. Harap semua dipermudahkan ..



30 December 2014

Permudahkan la segala urusan kami

Salam..

Dah lama tak blogging, sebab utamanya banyak kekangan masa di tempat kerja..
Sekarang ni kita dikejutkan dengan segala dugaan yang menduga rakyat-rakyat Malaysia ..
Antaranya adalah kejadian banjir yg besar melanda di kawasan pantai timur ..
Kelantan, Terangganu ,Pahang
Dan di kawasan utara pulak ..
Perlis , Kedah, Perak dan kemungkinan Johor pulak ..
Maysallah hebatnya dugaan dari -Mu Ya Allah..

Dikesempatan ini aku dengan rasa simpatinya berharap mangsa banjir di tempat kalian supaya tabah menghadapi dugaan ini..Insyaallah bantuan akan menyusul ..antara cepat dan lambat je..
Sedih sangat bila rakan-rakan masa belajar update status dalam wasaps group di tempat meraka ..di kelantan, terangganu , pahang ...

Sedih melihat ..warga kanak-kanak, ibu yg mengandung , warga tua ..dan sekalian menghadapi kepayahan dalam meredah arus banjir .. dalam menyelamat diri masing-masing dan keluarga..
Sedih bila tengok video yg di share oleh kawan-kawan melihat bayi dalam inckubator dipindahkan dihospital lain .. melihat warga tua, pesakit icu,ccu dan sebagai nya terpaksa dipindahkan ..akibat air yg naik di hospital dan bekalan elektrik yg terhad..

Harap kalian semua tabah menghadapi dugaan ini ..
dan aku juga sedih, risau dan sedang bertabah kerana suami menjadi sukarelawan dalam membantu rakan-rakan, sahabat-sahabat yg dikenali atau tidak dikenali di sana.. terutamanya di Kelantan ..harap urusan ini dipermudahkan dan selamat pergi dan kembali ..
Walaupon aku risau dengan suami tapi aku pecaya suami ku kuat ,dan berani dalam membantu kalian..
Demi semangat suami yg ingin membantu .. aku pecaya .. hari ini kita bantu mereka.. mungkin esok lusa kalian pulak yg akan bantu kami sekiranya kami berada di dalam kepayahan..

Demi kepayahan ini , kita dapat menilai bahawa Allah menduga kita dengan dugaan kecil .. supaya kita musabah diri dan tunduk akan perintah Allah..
Sahabat-sahabatku semoga kalian tabah, selamat dan berhati-hati ya..

Bagi yang ada anak-anak kecil tu ,sila perhatikan anak-anak anda, supaya tiada kejadian yg buruk berlaku..
Bagi kawan ku .. Azura Hj Uji .. selamat berpantang , kawanku ini sempat membantu dan menghadapi banjir di Machang ,Kelantan .. dan sewaktu kejadian dia dah due dan tunggu hari je utk bersalin.. dan telah turun darah ..
Alhamdullilah .. selamat mengahdapi banjir sebelum kelahiran puteri ke-tiga nya yg comel ... syukur sangat ..tabah akak zura.. harap aku setabah akak zura jugak ..

Buat rakan-rakan di terangganu , Yuzz harap tabah dan dapat membantu mangsa-mangsa banjir dan pesakit-pesakit di hospital ya yang ... besar ganjaran nya..

Dan buat sahabatku di pahang,semoga tabah menghadapi dugaan hidup ,,dan jaga diri,kesihatan dan jaga anak-anak kecil anda..kami disini akan membantu atau menghulurkan mana yg patut dengan anda sekalian ..

Mari la kita bersatu dalam membantu mangsa-mangsa banjir ini ... buangkan segala sengketa, isu perkauman dan politik sekalian.. bersatu demi Malaysian ...




26 November 2014

Kesihatan sukar dijual beli

Dah lama tak buat post blog, banyak sebab jugak .. 
kadang -kadang sebab banyak kerja nak buat  dan ditambah lagi aku bertukar lagi workstation bahagian pentadbiran yang berdekatan dengan bilik bos..
Jadi hasrat nak menaip tu macam terbantut sedikit la..

kenapa kesihatan kita amat penting dan sukar di jual beli ..
sebab melalui tahap kesihatan yang baik la kita dapat melakukan pelbagai pekerjaan ,ibadah dan sebagainya..
Melalui kesihatan yang baik juga kita dapat mencari rezeki di muka bumi ini..

Cuba bayangkan kalau kesihatan kita kurang, macam mana kita nak mencari rezeki, macam mana kita nak melakukan ibadah.. dan macam mana melakukan sesuatu pekerjaan..
lebih-lebih aku yang berstatus ibu ni kan.. kalau aku sakit ,terabai sikit la anak-anak , yelah tak ada orang nak masakkan makanan, nak tengokkan mereka dan nak menjaga mereka.

Sebab tu aku cakap kesihatan amat penting dijaga,
kadang-kadang kita kedekut nak mengeluarkan duit tambahan utk menjaga kesihatan sebagai contoh ,macam makanan tambahan, supliment dan sebagainya..

Sekarang ni pun kos perubatan pun semakin mahal, nak harapkan hospital kerajaan ,kadang-kadang terlalu banyak sangat pesakit ,dan kadang-kadang katil pun tak cukup.. so adakah kita hanya tahu merungut je kalau hospital penuh dan bila dah sakit baru nak ambil tindakan kan..

langkah yang terbaik adalah dengan kita mengambil langkah pencegahan utk menjaga diri kita ,dengan mengambil langkah protection iaitu kita invest sedikit wang utk keperluan badan kita.
Kita invest sedikit wang ringgit utk membeli supliment yang sesuai dengan tubuh badan dan yang kita memang mampu milik..

Insyaallah dengan penjagaan yang baik, insyaallah tubuh badan kita akan sihat walafiat..
dan secara tidak langsung kita akan dapat mencari rezeki untuk keluarga dan juga dapat melakukan perkerjaan seharian kita nanti..

Bagi yang masih tercari-cari makanan tambahan yang anda mampu milik dan inginkan keberkesanaan yang maximum dengan izin Allah.. Anda boleh mencuba makanan tambahan Shaklee yang memang diakui keberkesanaannya, kebaikannya , diluluskan olek KKM dan diiktiraf sijil HALAL nya..

Jangan ragu-ragu utk menghubungi saya ,dan juga untuk mendapatkan maklumat lanjut..

Arlina Abd Rahim
1108040
018.365.9551
Taman Medan, PJ 

18 November 2014

Orang ke-3

Ramai sangat komen yang aku baca mengenai kehadiran orang ketiga tu..

orang ke 3 bukan bermaksud cahaya mata ya, kalau maksud ini memang ditunggu-tunggu la kan..

Orang ketiga ni boleh jadi ..kekasih gelap
Orang ketiga ni juga boleh jadi .. ibu bapa,saudara mara, adik beradik, sahabat handai dan yang seangkatan dengannya..

Bagi pendapat aku.. bila kita dah bersedia melangkah ke alam rumah tangga ni, secara tidak langsung kita sepatutnya dah bersedia fizikal dan mental dalam menghadapi situasi-situasi yang tidak dijangka ..

Contohnya .. kadang-kadang kita suami isteri mesti ada selisih faham ... bila dah berselisih faham tu jangan la kita melibatkan dengan orang lain kerana bila dah melibatkan orang lain secara tidak langsung kita memberitahu orang lain akan masalah rumah tangga kita .. dan ia akan akibat kan jugak orang lain campur tangan akan masalah rumah tangga kita ni..

So sebagai suami isteri kita patut berbincang, dengan setiap isu yg berlaku sekali pun.. Dan bawak-bawak bersabar dalam menghadapi dugaan.. Kalau dah tak mampu .. kita patut berfikir secara rasional untuk masa depan kita dan anak-anak kita..

Kunci dalam rumah tangga bagi aku ,setia ,tiada rasa dan sabar dalam hadapi dugaan hidup rumah tangga.. Insyaallah akan selamat dan bersembahyang la ,berdoa la kerana pada Allah kita meminta segala petunjuk dan kesabaran ...


17 November 2014

Kisah rumah tangga

tadi semasa view kat fb , terbaca kisah pasangan suami isteri ini..

Suami curang dengan seorang janda ,dan telah terlanjur dengan kekasih gelapnya.. 

Sedihnya bila baca kisah ini, tergamak si suami buat macam tu dekat isteri dengan alasan isteri tidak bersiap -siap untuk suaminya, si isteri gemuk dan berbau busuk.. tahu kah kamu wahai si suami .. jangan pandang seseorang tu yg belum kita tahu akan jaga anak kita dan diri kita..

kenapa nak cari lain sedangkan kita tak tahu orang tu elok ke tidak jaga diri kita atau jaga anak anda.. jangan nak cakap orang tu bagus sedangkan kita tak tahu lagi macam mana kan..Aku rasa kaum laki ini selalu ingat orang yg kat luar sana lebih baik dari isteri sedangkan entah baik atau tidak kita tak tahu lagi kan.. Yelah memang mereka cantik sebab mereka tak ada tanggungjawab ,hanya jaga diri sendiri je..

Cuba try mereka boleh ke jaga kita, anak-anak kita dan diri sendiri,dan jangan nak harapkan orang lain..kita sendiri yg jaga, rasa-rasa cukup tak masa tu.Sedangkan nak jaga anak seorang pun belum tentu kita cukup tidur kan.. ni kan nak jaga 2/3 orang anak.. 

Memang penat, yelah nak jaga anak-anak , nak uruskan rumah tangga, nak layan suami , nak jaga kerja lagi dan nk jaga diri sendiri..tengok mana mana, atau kaum laki tu switch kan rutin harian si isteri kepada anda ,tengok macam mana mampu ke tidak..

Dan kepada wanita diluar sana yg nak bercinta, tolong sedilik pasangan anda dahulu dan jangan cepat percaya pasangan anda tu bujang atau duda, please check dulu ..kesian tau kat kalau terjadi kat isteri kekasih anda.. bayangkan kalau anda berada di tempat mereka .. 

Apa perasaan anda sekiranya suami anda curang .. ???? tepuk dada tanya selera .... kalau tak nak berlaku kat diri anda,jangan cuba-cuba untuk buat macam tu ..

Kesedihan hati ini

kesedihan hati ini siapa yang tahu..

kelukaan hati ini siapa yg tahu, hanya Allah saje tempat aku meminta petunjuk..Rasa sedih,rasa kecil ,rasa kerdil sangat ..nak cerita kan pada siapa..nak ceritakan pada suami,kawan.. entah ada ke orang nak ambil tahu..

Apa yang perlu ku buat untuk langkah seterusnya.. susah nak fikir.. aku nak jadi seorang yg berfungsi tapi rasa macam tidak diperlukan lagi.perkhidmatan ku tidak diperlukan.bila-bila masa aku akan ditolak ke tepi. 

Sebelum perkara ini terjadi, aku perlu bertindak membuat sesuatu.. perlu mencari jalan keluar.. sedihnya.. demi keluarga ,anak-anak aku perlu teruskan lagi perjuagan.. perlu kuatkan langkah.. Sejujurnya aku teramat cemburu dengan kejayaan dan kepandaian orang tapi ,langkah utama aku perlu bertindak ..

tapi bila kena bertindak kerana orang yang paling hampir dengan ku ,tidak memberikan sokongan... perlu ke aku meminta sokogan ,perlu ke aku bertindak sendirian .. Pening,buntu,susah hati ,sedih dan frust memikirkannya... 

perlu berdiri di kaki sendiri , perlu bertindak , jika orang laki mampu kenapa tidak aku ????

Ya Allah berikan petunjuk ,dan kekuatan.. murahkan rezeki sebagaimana orang lain .. adakah sebab kegagalan ku .. Aku perlu baiki ...

Ya Allah,kuatkan imanku,kuatkan pendirianku,murahkan rezeki ku,permudahkan perjalanan rezeki ku... Eangkau murahkan rezeki ku dalam bidang yang aku ceburi.. Engkau murahkan dan permudahkan perjalanan hidupku..

Amin...

Insan yang lemah, 

14 November 2014

Lunch kami

Tadi kami berdua sempat la berjalan-jalan ke Giant.yelah hari Jumaat kan ..waktu lunch lama sikt..

pergi foodcourt kat Giant Kelana Jaya tu, ternampak plak gerai baru..gerai makanan Arab..

So kami berdua pun try la nasi mandy with chicken.. bagi aku harga ok la tak mahal ... nak mampu milik ..

memang kenyang la makan nasi mandy tu , pastu dah settle makan kita pun gi la jalan-jalan di sekitar giant tu..dan terus masuk ke Guardian..

Sekarang guardin tengah buat promosi tau..ada banyak barangan ditawarkan sempena promosi tu.. so bagi yang nak beli produk penjagaan diri,mekap dan sebagainya boleh terjah guardian..

Promosi sampai 20hb ni..so jangan terlambat ya..



Kisah Yang Perlu Diambil Iktibar

Tadi terbaca satu kisah di fb mengenai hubungan suami isteri ..
Tersentuh dan insaf kat diriku ini..

Kisahnya yg si isteri nak membeli pakaian anak utk anak yg bakal dilahirkan..tapi disebabkan si isteri terjah baby fair yg memang terkenal dengan lautan manusia,si suami dah feed up dah ..ditambah plak dengan kerenah anak yg sulung ..

Kisah ini pernah terjadi kat diriku yg masa tu aku dan si suami terjah baby fair jugak..memang banyak sangat insan-insan yg ingin membuat persiapan bgi baby mereka.. dan bagi aku kalau kita nak ke baby fair ke , jangan bawa kanak-kanak sebab panas,rimas dan nanti mereka cepat bosan..

Tapi dari segi penjimatan memang aku tak nafikan ,memang jimat sangat-sangat ... sebab aku hanya belanjakan tak sampai RM200 , tapi aku dah beli berhelai-helai baju bayi, barangan mandian, botol susu dan macam -macam lagi..

Pada aku kita sebagai suami isteri memang tak dinafikan akan sentiasa bertelingkah sebab kita mempunyai pendapat masing-masing.. Pendapat kita tak semestinya betul pada pandangan orang lain.. Cuma kita sebagai isteri kena lebih banyak bertolak ansur ..dan memahami karenah suami .. dan sentiasa bercakap lemah lembut walaupon masa tu keadaan tengah tegang .. walaupon pada hakikatnya kita rasa kita betul.
Insyaallah bila kita bercakap lembut, suami pun tak akan meninggikan suara nya kepada kita...

Dan kepada para suami pulak, jangan la disebabkan anda .. anda mengarahkan si isteri dan anak-anak mengikut pendapat anda sahaja.. Cuba la kita bertolak ansur sedikit.. walaupon anda rasa anda betul.. Kan tak seronok kalau nak jalan-jalan ,membeli belah dengan suasana yang tegang dan bergaduh..mesti tak seronok kan..

Apa yang si isteri buat tu kadang-kadang adalah demi kebaikan kita seisi keluarga , dan si suami diharap faham akan situasi itu..jangan cepat nak melenting .. cuba faham situasi dan keadaan itu .. Apa yang kelebihan dan apa keburukan plak..

Yang penting ..kita sebagai suami isteri akan lebih bertolak ansur dan lebih faham memahami .. 

 

13 November 2014

M.O.T.I.F

Semalam malam aku sempat la layan satu cerita ni ..kat Astro Prima .. MOTIF..

Kisah dalam motif ini lebih kepada penyiasatan yang berunsurkan jenayah ... dan kisah semalam ialah mengenai kes pembunuhan kanak-kanak yang berusia 3 tahun yang dulu pernah menggemparkan Malaysia..

Sedih dan takut kalu perkara itu terjadi kat anak-anak di dunia terutama sekali kalau terjadi kat anak-anak kecil ku..Yang Allah .. kadang-kadang aku ni ada termarah dan terpukul anak-anak , tapi lepas tengok kisah jadi takut sangat ...

Cepat-cepat insaf tak nak marah anak sampai macam tu sekali, cepat-cepat cakap kat suami kalau kita marah kat anak pun ..jangan jadi sampai macam ni ye.. anak-anak yg tengok pun cakap kat kami .. kalau marah jangan pukul macam ni.. yelah anak aku yg sulung tu dah 4 tahun.. dah pandai cakap dah dan dah faham akan cerita-cerita kat tv tu..

Ya Allah lindungi la aku dari sikap dan sifat macam tu, jadikan aku seorang yg tabah dalam menjalani kehidupan rumah tangga dan bersama anak-anak yg semakin membesar tu.. Jadikan la aku lebih tabah dalam menghadapi karenah  anak-anak ...

Bila tengok kisah kes tu rasa macam alahai sedihnya tengok anak kecil yang tak tahu apa-apa.. harap semua dipermudahkan la ya.. Aminn ...

Rossa - Hati Yang Kau Sakiti (with Lyric) | VC Trinity

Sakit belakang .. ostematrix

Semalam aku mc, aku syak sebab sebelum tu aku dah berpindah workstation
Dan aku dah terasa sakit petang tu lagi.. sebab malam tu aku tak boleh nak tidur sangat..tidur-tidur ayam ..

Sambil tu jugak anak yg kecik tu merengek-rengek menyusu.. dan alhamdulilah aku masih menyusukan anak sampai sekarang walaupon aku dah start campur dengan susu formula.. 

Aku perasaan lately ni ,badan asyik sengal-sengal je, dan aku syak kalsium dalam badan dah tak cukup kot ,sebab anak pun dah ambil sedikit kalsium aku ni.. 

Jom la kita tambahkan supliment utk badan demi kesihatan kita dan kesejahteraan anak kecil ku tu..takpe pengorbanan ibu .. tidak minta dibalas ,cukup la anak -anak ku faham dan menjadi insan yg berguna nanti..



Ostematrix - mengandungi 120 kapsul ..

Kenapa? Kalsium Shaklee unik formula dari Laut Mati, mengandungi Vitamin D yang memudahkan penyerapan terus ke dalam tulang. Meringan stress, kejang kaki & kebas-kebas otot. 
 
Untuk siapa Kalsium ni? Sesuai untuk semua, lelaki, wanita & warga emas. Wanita bekerjaya yang sering berkasut bertumit tinggi (kejang kaki), wanita hamil (melegakan sakit belakang & menghalang osteoporosis) dalam pantang serta Ibu yang menyusukan anaknya. Kalsium merehatkan otot & saraf untuk tidur yang berkualiti.


Arlina Abd Rahim
1108040
018.365.9551


07 November 2014

Rus Adriana Nasuha

Macam-macam kisah sekarang anak aii yg si kecik ni ..kadang-kadang pening kepala emak ko ni nak..kadang-kadang geram sangat..tapi takpe sebab itu salah satu proses pembelajaran anak ..ku turutkan jua..

Semalam ,ayah nya tak kerja sehari suntuk kat rumah..jaga anak-anak.. pastu ayahnya asyik update pic je kat wassaps mengenai anak-anak..si ayah dah pening anak-anak buat sepah rumah,, tak nak tidur walaupon susu dah 2x minum..

so aku pun bagitau la ..haahh macam tu kan rasanya bila aku mengadu letihnya menjaga anak-anak.. Si adik, asyik punggah je segala tupperware aku,jug -jug plastik.. yang dalam rak almari,,tonggang tebalik dah..pastu bila ayahnya ajak anak-anak tidur.. dia tak mau tidur2 ..dah 2x kali minum susu pun x nak tidur jugak.. buat sepah bilik dengan baju-baju kerja aku ..sekali balik petang semalam..masyaallah bersepahnya bilik tidur.tak sanggup denn..terus denn kerah anak-anak mengemas bilik tidur kan..

pastu si adiknya tak habis nak menyepahkan bilik tidur disepahkannya pampers pulak..alahai anak oi. jangan macam ni..si ayah dah mengadu-ngadu letih nak jaga si kecik ..surrender tak larat katanya..xpe bagi aku pengalaman ..mana la tahu kot2 nanti aku outstation ke ,apa kan..so ayahnya dah ada pengalaman dah...

Pastu aku memang dah panaskan siap-siap nasi dan so nanti mereka tinggal nak makan je kan.. pastu balik semalam..sampai-sampai rumah si adik terus terpa aku nak nenen la tu.rindu kot kat mummy dia satu hari tak nampak kan..

Aku siap cakap dengan suami lagi macam mana jadi pengasuh arini .. ok ke tidak..next time boleh tolong lagi kan ..so ayah-ayah kat luar sana ..sekali sekala boleh la tolong jaga anak-anak, jadi kita tahu macam mana penatnya seseorang isteri itu kat rumah ..walaupon ada yg cakap suri rumah tak penat..mana ada bagi aku sama je suri rumah pun penat jugak,kerja office pun penat jugak sebab balik rumah je kena take care keluarga pulak kan..

Jadi kita sebagai suami isteri kena tolak ansur la dalam menjaga keluarga dan anak-anak.. semua sama je ..lelaki penat ,perempuan pun penat jugak..pandai-pandai jaga keluarga masing -masing...

Tahun depan bulan March si adik dah berumur 2 tahun dah..kalau journey penyusuan ok, aku akan teruskan penyusuan sehingga 2 tahun..Insyaallah.. harap -harap semua dipermudahkan hendaknya..



Tips untuk menghilangkan selsema ,batuk berpanjangan..

Bulan 8 haritu anak-anak ku batuk ,demam ,selsema.. kita sebagai emak ayah ni risau la sangat sebab anak-anak tak sihat..nak pergi kerja pun tak senang ..asyik terfikir-fikir je macam mana anak-anak di rumah pengasuh..

So aku pun gugel la ,tips,petua yang boleh dipraktikkan selain beri anak makan ubat .. Antaranya yang aku rasa berkesan untuk anak-anak aku ialah:


  • Garlic Socks : 
- Caranya ..aku ambil 2/ 3 ulas bawang putih ,bakar dengan kulit-kulitnya sekali ..Bila dah agak terbakar sikit kulitnya ..aku tumbuk bawang putih tu kasar-kasar dan campurkan dengan minyak zaitun ,tapi kalau tak ada minyak zaitun , minyak masak pun boleh .. pastu sapukan di belakang badan anak,di dada dan di kaki kedua belah.. Pastu balance dari bawang putih tu .. letak dalam socks dan pakai kan kat kaki anak .. sampai keesokkan harinya.. Yang rutin ni aku buat 2 -3 hari juga ..nak tengok keberkesanannya.. Bagi aku oklah keberkesanannya .. esoknya hingus pun kering ..

  • Kunyit Hidup :-
tips ini pun aku dapat hasil dari informasi kawan-kawan ofis dan dari gugel ... senang je cara ni.. ambil kunyit hidup, tumbuk kunyit tu kasar-kasar ,dan campurkan dengan minyak masak atau olive oil.. sama jugak kaedahnya .. sapukan di batang hidung anak,di dada dan di belakang ... tapi kaedah ini anak aku rimas sikit kot sebab yelah mungkin tak selesa kan kat hidung tu .. pastu aku pun macam rimas jugak tengok baju anak -anak kotor... 
Tapi bagi aku kaedah ini memang berkesan untuk anak-anak aku.. masa tu anak aku selsema,berhingus je, pastu malam tu aku buat sapukan kat batang hidung ... esoknya memang selsema dan hingus anak-anak ku hilang ..Wow terbaikkkkk sangat ...

  • Daun Kadok + Air + Kapur Makan :-
Caranya ni aku buat berkesan jugak,,, caranya aku ambil daun kaduk,campurkan air , dan kapur makan ..ramas-ramas kan..air guna sikit je.. dah ramas-ramas tu sapukan kat dada anak-anak,belakang badan ,dan hidung mereka.. aku buat cara ni 2/3 kali jugak ..dan Alhamdullilah berkesan..

  • Gula melaka /gula kabung :-
Ini pun aku dapat petua dari en gugel.. caranya macam ni,pecah-pecahkan gula kabung tu kecil-kecil..Lepas tu kita bagi anak-anak makan ,makan macam kita bagi mereka makan gula-gula..Yang tips ni aku dah beli gula kabung tu tapi tak try lagi sebab ,cara kunyit hidup & daun keduk tu berkesan kat anak-anakku.

  • Madu lebah asli :-
Yang ni aku dapat dari en gugel dan info-info orang sekeliling...dan bagi aku Al-hamdullilah berkesan .. aku haritu ada gi pasar malam sekitar taman medan ni, pastu singgah la gerai pakcik ni..Pakcik ini menjual madu lebah,asli katanya dari Tualang ..so kami risik-risik madu lebah yang sesuai untuk anak-anak yang selalu batuk,selsema ni,dan pakcik ini syorkan sejenis madu lebah yang khas utk sakit ini,sebab menurut pakcik ni madu lebah ada banyak kategori... so bagi sesudu kecil sudu plastik ya,tak boleh guna sudu besi sebab nanti khasiat hilang.. kat anak-anak ..atau boleh juga dicampurkan dengan air suam untuk dibancuh bersama..

Tapi anak-anak ku tak berapa suka sangat bancuh dengan air suam,kalau masuk dalam susu ok,tapi aku senang ,,bagi je terus kat mereka.dan anak-anak ku suka je... minum madu sebab manis kan.. 

Madu lebah ini hanya boleh diberi kepada kanak-kanak yang berumur 1 tahun ke atas je.. Al-hamdulliah berkesan utk anak-anakku..

  • Supliment tambahan kepada anak-anak Meal Shake :-
Aku dah amalkan meal shake shaklee, untuk anak-anak dah  3bulan kot aku amalkan secara konsisten.dan keputusan nya aku puas hati dengan meal shake..dari anak-anak ku yang kurang makan,memilih dan sekarang selera dah baik je..dan dari selalu selsema, deman dan batuk ..pun dah ok dah..dan alhamdulillah buat masa ni mereka dah tak demam,batuk dengan selsema dah..Syukur sangat .sebab kesihatan anak-anak dah pulih macam biasa. So kita yang emak -emak ni pun senang hati nak bekerja dengan tenang..

kesimpulannya ,,aku rasa tips ini sangat berguna untuk anak-anakku.. dan seboleh mungkin aku nak elakkan dari pemgambilan ubat-ubat ,, melainkan kalau dah terpaksa.. seboleh-bolehnya aku nak amalkan tips-tips tradisional dan amalkan supliment ,untuk menguatkan imum badan anak-anakku dan dan protect mereka dari sebarang penyakit.. Syukur kepada Allah.. mereka ,keluarga ku diberi kesihatan yang baik-baik sahaja..

Nak dapatkan meal shake shaklee untuk anak-anak anda, sila hubungi aku atau sid shaklee yang berdaftar.. nak dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai meal shake .boleh hubungi saya ya.

# Arlinaabdrahim
#018.365.9551
#1108040

Buli

Sejak seminggu dua ni hangat sungguh berita pasal kes buli membuli ni ,terutama di kalangan pelajar sekolah 

Hai la adik kecik oi.. retikan la sikap membuli ni bukan apa, apa faedah yang korang dapat dari membuli tu ..macam sekarang kan tak pasal-pasal dapat tindakan dari sekolah ..tak pasal-pasal kang kena buang sekolah ..kan dah bad rekod dikk..

Dulu masa aku pun dah ada kes buli, aku ingat lagi masa tu aku sekolah asrama ..sekolah teknik..aku junior dan ada pelajar senior.. kiranya .. aku ni adalah langgar peraturan asrama, tak sembahyang... pastu katil tak tegang la... 

Malam tu pelajar senior buat sessi interview .. marah-marah aku.. dulu aku takut la kan ..yelah kita siapa kan ..tak kan nak marah senior plak..aku ingat lagi salah seorang kakak ni .. kita panggil kak adik.. amboi kemain garangnya..sound-sound sebab apa tak sembahyang.. macam la ko tu alim ulamak sangat kan ..same jugak..biasa dulu kita nakal jugak tuang-tuang sembahyang.. tapi lepas tu ok dah ..

Pastu ade seorang kakak ni ..sound -sound ngapa cadar tak tegang .. amboi kemain lagi ... yelah dah kita baring sebelum tu ..pastu kita masa tu tak tahu cara macam mana nak tegangkan katil... kita masuk asrama dah setengah tahun..

kemain lagi korang nak sound-sound aku tengah malam ..siap tutup lampu lagi..aku duk tengah-tengah ..korang kelilingi aku..entah la..besar sungguh pangkat korang kan.. siap marah aku lagi sebab ada kakak angkat..eh bukan aku yang nak tau..kakak tu yg berkenan kat aku..so ok la aku terima ..

Siap cakap lagi ..ni nanti mesti report kat kakak angkat..eh.. ingat aku ni apa ..mulut tempanyan macam korang ke..nasib baik tak jawab..jawab dalam hati je la...

bagi aku la ..retikan la amalan membuli ,tak payah nak sound-sound,nak sound dalam gelap ke,konon tak nak orang cam kot.. cakap elok-elok kan senang..tak payah nak pakai tangan kaki bagai ..ko tu sapa nak teranjang ,tunjal anak orang.. meh sini nanti anak ko tu orang buat macam tu marah ke tidak nanti..

Apa-apa yang tak puas hati ,bicang elok-elok..tunjuk ajar elok-elok.kadang-kadang kita ni sebagai manusia terlepas pandang... pihak sekolah,,warden .. sila ambil perhatian.. kalau keadaan bertambah teruk ..buat report polis..habis cerita..

kakak -kakak senior,abang-abang senior tolong jangan buat macam tu.. kalau korang buat salah takpe pulak ya..kalau yang adik-adik ni..amboi kemain lagi ,nak marah.. kalau korang nak betulkan adik-adik..korang kena betulkan dulu sikap dan perangai korang tu ..baru la nanti adik-adik ni akan ikut..

Kemain lagi ..semalam aku siap pesan kat anak-anak ..nanti kalau dapat asrama ke ,,mummy akan tengok dulu camne nak bagi masuk ke tidak.. 

06 November 2014

Omega Guard

OMEGA GUARD - NOVEMBER 2014 PROMOTION :




Omega Guard ( buy 6 free 1) RM 136.00 

Omega Guard - get 5 % for 2 botol



Apa itu Omega Guard ???

Omega Guard adalah sejenis minyak ikan yang terbaik.Omega Guard diekstrak dari ikan lautan sejuk seperti sardin, mackeral, herring di perairan lautan sejuk Jepun. # kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan .


Siapa yang memerlukan Omega Guard ????


1. Kanak-kanak sangat memerlukan omega bagi perkembangan otak mereka dengan pesat. Seeloknya diberi sekitar usia satu tahun. Ini kerana omega mempunyai DHA, EPA, ALA dan banyak lagi. Ada lebih kurang 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi.

2. Ibu hamil sangat memerlukan omega bagi perkembangan otak bayi dalam kandungan. Sebenarnya kan omega nie sangat bagus diberi sewaktu awal kehamilan. Haa sebelum nie saya pon tak tau. Saya dok ingat omega beri masa kandungan dah besar. Rupa-rupanya tanggapan saya tu salah. Jadi korang yang dah tahu awal nie elok la beri seawal usia kandungan. Biar baby pon dapat khasiat yang baik daripada minyak ikan nie.

3. Ibu menyusu juga perlu mengambil omega. Jika anda menyusu secara tak langsung khasiat omega turut sampai ke anak anda. Untung lah baby tuh walau belum cukup umur nak telan omega tapi mak nye dah beri khasiat itu dekat dia melalui air susu. Secara tak langsung dapat meningkatkan IQ anak bagus tak?

4. Sesiapa yang hendak menguruskan berat badan digalakkan mengambil omega. Ini kerana omega dipercayai sangat cepat bertugas untuk menurunkan berat badan. Tapi dengan syarat uols kena senaman lah. Kalau malas senaman acaner lelemak nak turun? tak kan makan vitamin tak keluar peluh badan jadi kurus.. eh itu pelik! cuba amalkan 3 biji sehari dan amalkan senaman fuhh sebulan jer kot badan dan turun berkilo.

5. Omega untuk pesakit atshma. Kalau ada anak yang mengalami asthma elok korang beri omega. Kalau dia tak nak telan picitkan dan masuk je dalam susu. Insyaa Allah menurut pakar boleh melegakan atsma.

6. Omega untuk warga emas. Sesuai sangat sempena promo nie anak2 belikan untuk ibu bapa sebagai hadiah. Omega bagus sangat untuk meningkatkan sistem imun badan dan menyihatkan paru-paru. Mana mak ayah ada sakit sendi pon elok diberi Omega disamping beri ostematrik dan advanced joint health. 

7. Pesakit kanser. Kajian telah menunjukkan bahawa omega 3 boleh mencegah kanser paru-paru, payudara, prostat dan kolon. Ia juga boleh meningkatkan enterogastritis, merangsang kesihatan hati selepas pembedahan dan bantu pankreas pesakit kanser untuk berfungsi dengan lebih efektif 

Arlina Abd Rahim
018.365.9551

Kisah hidup seseorang

Aku ni suka baca kisah perjalanan hidup mereka ,,, rasa bila dah baca kisah perjalanan macam best je.. rasa semangat tetiba -tiba , tapi bila dah melaluinya alahai banyak kan cabaran yang kita tak tahu ..

kadang-kadang aku selalu terfikir apa langkah pertama yang kita perlu ambil untuk mempromosikan diri dan produk ..macam orang cakap biasa la adat berniaga ada pasang surutnya.. aku pun sama jugak kadang ok kadang-kadang tak okay..

Letih aku fikirkan macam mana nak bagitau apa bagusnya produk dan apa kelebihan produk yang kita ada ..yang produk lain tak ada ..nak jadi magnet untuk orang lain supaya orang lain akan tertarik dan akan bertambah tertarik untuk mencuba dan membeli dan terus menjadi pelanggan tetap kita ...

Apa yang aku tahu ..dan yang aku faham seboleh mungkin menjadi pedengar dan juga penyelesaian masalah yang sebaik-baiknya untuk mereka..dan kalau boleh dan nak sangat bantu menceri cari produk yang bermanfaat dan jimat duit poket mereka..

Just do it ...dan ikut flow .. nak menjadi magnet untuk orang bukan senang kan ,,nak bagitau nak minta orang tu keluarkan budget pun bukan senang..hanya mereka yang dah guna dan rasa produk itu berbaloi je yang tahu ..dan juga hanya mereka yang rasa kesihatan itu penting je tahu .. 

aku selalu jadikan blog aku ni macam tempat luahkan perasaan aku ,sebab aku suka mendengar masalah dan cerita orang .. dan aku juga tak terlepas dari masalah..kadang-kadang nak cerita dengan suami ,suami pun dah letih dengan kerja hakiki kan.so nak cerita dengan anak-anak.anak kecil lagi.. so pada blog ni la aku luah kan perasaan dan rasa hati yang terpendam .. 

harap sapa yang melangkah ke blog aku jangan rasa bosan la ya.. takpe aku tak boleh nak buat seseorang tu suka atau menyampah dengan kita .. takpe dah ini memang diri aku nak buat macam mana..just diri aku saja..

30 October 2014

Kelebihan vivix


Kelebihan Vivix yang anda perlu tahu :





Penemuan hebat vivix :



PM untuk maklumat lanjut ...


# Arlina Abd Rahim
#018.365.9551

Dinner semalam

Semalam petang suami ada kat rumah,sebab kerja tak ada..dan dia pun macam penat je..
So aku bagitau suami ..stok barang dan barangan anak dah hambis nak habis..
so semalam ke Matahari mall lah kita..
survey pampers dengan susu anak kat sana..tapi harga mahal bagi aku sebab aku boleh dapat pampers dengan susu murah dari harga semalam..

so esk atau hari ni decide nak ke Chekers plak ..
kat sana kadang-kadang harga susu dan pampers murah...
susu aku memang selalu beli stok dalam 6 /7 pek sebulan ..
so kalau beli susu dengan harga yang mahal.. rasa rugi pulak sebab boleh dapat harga susu lebih murah .
tapi kena survey banyak tempat ..macam tesco,99 speedmart, mydin ,matahari mall,cherkers..

semalam hanya beli beras 10kg, pencuci pinggan magkuk, biskut kudap-kudap anak..dan barang keperluan sikit,,itu pun dah nak dekat RM 150.00 kot..
Ini tak termasuk susu dengan pampers..selalu susu kami beli dalam 6/7 pek dan pampers dalam 2 pek sebulan.. pampers utk siang hari dan pampers utk malam hari ..
bertabah la kami suami isteri demi keperluan anak-anak..

Takpe rezeki mereka kita sebagai ibu bapa dah memang tanggungjawab kita dah.. tak boleh nak bising banyak-banyak ..ikut je..
pastu balik pun dah dekat pukul 8 mlm kot,sekali suami dapat panggilan job utk bawa kereta rosak ke Ayer Tawar ,perak.. so suami ke gi outstation malam tadi..tinggalla kami 4 beranak..
Tanya anak-anak nak makan apa..aku kalau suami outstation ,rasa macam malas nak masak yang meriah-meraih ..makan yang simple sudah..

Petang semalam memang dah pesan siap-siap kat suami kalau dia sampai rumah awal, tolong rendam kan ikan siakap dalm frezeer tu, balik je dari shopping la sangat tu..ikan pun dah lembut..dan semalam aku masak ikan siakap stim ..dengan semalam perangatkan balance ikan tongkol masak singgang tu..

Anak-anak memang suka makan ikan tongkol itu,first time aku masak ,so nanti boleh repeat lagi menu ikan tongkol tu..aku masak sebelah je ikan siakap tu sbb nanti membazir plak kan..
so terjadi la menu ikan siakap stim dan nasi putih..sayur bayam macam malas plak nak masak..
maybe arini aku masak la sayur bayam tu pastu goreng sebelah lagi ikan siakap tu ..jadi la menu utk anak-anak..

Stok barang basah pun tak ada dah,kalau suami free maybe petang ini akan ke chekers atau ke pasar malam  tengok keadaan macam mana dulu ..
Since sekarang suami dah bekerja sendiri,banyak jugak la kepayahan dan kelebihan nya ..yelah memang anak-anak suami yang selalu hantarkan..pastu kadang-kadang suami dah ada kat rumah..dan selalu kalau kerja biasa-biasa je paling lambat suami aku balik pun dalam pukul 12.00 malam atau pkl 1 kot..

Biasa la kerja sendiri kan,bertabah je la rutin harian kami dah berubah..takpe demi rezeki kami sekeluarga dan rezeki anak-anak..tapi semalam merasa la suami tak tido di rumah ...cuba terpaksa berkorban sikit la..
tu dari segi kepayahan la.. biase la mesti ada pro dan kontra nya..

Harap perjalanan hidup kami sekeluarga akan bahagian selamanya .. dan akan sentiasa dikelilingi tawa ketawa dari anak-anak.. dan dijauhkan la perkara yang tidak baik dari kami berdua ..Amin..

Nota: ESP & Meal shake shaklee akan berakhir promosi hujung Oktober 2014.PM untuk maklumat lanjut

#Arlina Abd Rahim
#018.365.9551
# ibu dengan cerita mengenai keluarga dan dinner semalam..

Kecurian lagi

Pagi nie dapat msg dari suami ..kawan dia telah kehilangan lori tanker syarikat ..
Khabarnya lari nya telah dicuri..kepala lori dah dicuri tinggal badan je ..
Faham ke tidak maksud aku nie, takpe buat-buat faham ..sudah ya.. >>>

Kesian jugak kat kawan suami aku tu, yelah ..kalau dah lori syarikat hilang ..
macam la dengan pekerjaannya pulak kan..takut kalau-kalau syarikat tak dapat terima alasannya nanti..
takut kalau-kalau boleh dibuang kerja pulak..
Tapi aku harap syarikat dia ada budi bicara la ..jangan nak buang pekerja dengan sewenang -wenang nya ..
Yelah sapa nak kan kejadian ni jadi kat kita..

Tambah-tambah lagi kawan suami aku ni ,baru je menambah cahaya mata ..so ada tanggungan yang kena pikul..
Apa -apa pun harap kawan suami & keluarga tabah dalam menghadapi dugaan hidup ni..
Dugaan yang terpaksa kita tempuh walaupon berat hati ..

Sekarang ni ,banyak sangat kes kecurian kat tempat aku..dengan kes kecurian motor ,kes kecurian kereta dan yang terbaru ni, kes kecurian lori plak ..
Apa la nak jadi kan..manusia-manusia tahu nak dapat kekayaan dengan jalan yang mudah je..

So ini peringatan aku,dan lain-lain jugak..berhati-hati bila nak park kereta lebih-lebih lagi kalau kawasan perumahan tu padat .. so kalau boleh jangan nak parking kereta jauh-jauh..lebih elok parking kereta dekat-dekat dengan rumah dan rumah orang so kita boleh selalu tengok.
Pastu pastikan kunci kereta atau kenderaan elok-elok..
Tak kadang-kadang bila semua hal keselamatan dah dibuat , kadang-kadang tak dapat dielakkan ..tu dah namanya dugaan kita ..
Hanya kepada _nya je kita boleh berserah..