26 February 2014

Tips untuk memperbanyakkan susu

Hari tu aku dah berkongsi dengan anda semua mengenai kenapa saya menyusukan anak saya dan kaedah penyusuan badan kan.. sekarang aku nak berkongsi pulak tips bagaimana nak memperbanyakkan susu badan..

Sebenarnya banyak tips yang boleh dipraktikkan oleh anda untuk memperbanyakkan susu badan , antara tips -tips yang aku praktikkan macam ni;

1. Masa aku mengandung ,aku selalu berdoa supaya susu badan aku ni lancar, tidak tersekat-sekat dan susu aku murah .. dan dengan izin NYA susu aku boleh dikatakan meriah jugak.

2. Aku selalu baca tips dari internet, kawan-kawan mengenai tips macam mana nak banyakkan susu badan ni.

3. Semasa menyediakan keperluan untuk baby, untuk diri sendiri, aku juga selalu survey pam susu yang mampu milik dan aku senang dengan penggunaannya.

4. Selain tu aku jugak makan makanan yang berkhasiat ,mcm roti penuh bijirin, nasi , sayur, ikan , dan makan yang boleh membekal kan sumber protin kat diri aku. 

5.Selain itu aku jugak minum air banyak-banyak sampai dah tak larat dah nak minum air dah.. 

6. Aku jugak makan lobak putih, sayur sawi, sayur siam, tauhu dan ape je yang boleh mendatangkan susu yang banyak.

7. Selalu jugak kerap pam susu.. maksud aku .. kalau boleh pam la 2/3 jam sekali.. dan mempunyai jadual pam yang konsisten.. aku siap buat jadual pam susu lagi ..

8. Kalau boleh aku sentiasa berniat dari awal untuk berikan pam susu selama mana yang boleh kepada anak aku tu.. 

9. Lagi satu sebab dulu peti sejuk aku , satu pintu , jadi aku memang kalau boleh nak peti sejuk yang ada 2 pintu ,so susu tu tahan dalam masa 6 bulan. Dan nasib baik la cik asben memahami isterinya ini.

10. Aku juga minum air horlicks, mila , air herba , makan kurma dan apa aje lah yang boleh memperbanyakkan susu badan ..

11. Memang aku ni dah jatuh chinta sangat dengan istilah pam susu, so memang apa-apa aje aku fikirkan pasal pam susu , susu badan dan apa -apa yang berkaitan dengan susu la.

12. Aku banyak kan direct feed dan sambil aku direct feed aku buat pam kat sebelah lagi, masa tu memang boleh nampak susu agak meriah ..

13. Aku jugak amalkan makanan supliment yang boleh memperbanyakkan susu badan, antara makanan supliment yang aku makan.. aku menggunkan produk shaklee seperti esp untuk memekat kan susu .. 
alfalfa untuk memperbanyakkan susu.

Ni contoh supliment yang aku ambil dalam menjayakan proses penyusuan aku tu :


Mula-mula aku makan supliment ini untuk memperbanyakkan susu badan aku sendiri, dan bila aku sendiri nampak akan keberkesanannya.. aku dengan tidak was-was lagi nak syorkan kepada anda semua..

Insya-Allah dengan niat, usaha dan sentiasa berdoa , Allah akan mudahkan dan murahkan rezeki anda semua..

Jangan ragu-ragu nak mencuba produk ini :

SID : 1108040
Arlina Abd Rahim
018-365 9551

Love
Arlina 



No comments:

Post a Comment